Seputar ward tulang

salam,

saya masih perbualan saya dengan bekas teman belajar saya yang kini berada di Malaysia.

‘ Amacam. Best tak balik Malaysia? Ada life tak kerja kat sana?’

‘ Biasalah. Tapi bestlah. Saya buat ortho sekarang. So asyik jahit kaki orang, basuh luka, jahit itu jahit ini.’

Aku terdiam sahaja membaca tulisannya di balik kekaca komputerku.

Seronok juga dapat pengalaman sebegitu secara hands-on di tanah air.

Sebelum aku melangkah ke ward tulang ini, aku telah pun diperingatkan akan kesibukan ward ini.

Ada 6 konsultan di sini dan mereka selalu buat ward round mengejut pada bila-bila masa yang mereka nak.

Pesakit akan datang setiap hari untuk dibedah dan tugas kami sebagai doktor pelatih ( FY1) adalah  untuk ‘clerk’ mereka.

Nak basuh luka ? Nak jahit kulit? nak cuci tulang?

Jangan harap!

Di sini semuanya berlaku di bawah anaesthaesia. Sehinggalah sekecil-kecil kecederaan pun mereka akan baikinya di dalam theatre/wad pembedahan.

Kat malaysia banyak pakai local anaesthaetic, maka ramai doktor pelatih berpeluang untuk dapatkan pengalaman praktikal. Seingatku, aku pernah menjahit sekali sahaja sewaktu aku masih pelajar perubatan.

Di sini kami banyak buat kerja-kerja kerani semata-mata.

Memang semuanya perlukan ilmu dan pengalaman. Tapi kami kurang praktikaliti itu.

Sebab itu mungkin aku agak terkejut bila datang ke ward ini, suasana amat lenggang. Aku ada masa untuk minum kopi dan teh selepas sahaja ward round. Sempat membalas emel dan berhubung dengan dunia luar.

Berbeza ketika aku membuat medikal rotation. Ward round sahaja selama 3-4 jam. Kene amik darah patient sendiri. Venflon tak henti-henti kene resite. Lepas itu patient asyik sakit sahaja. So memang kebiasaan bila aku pulang ke rumah, mesti akan pengsan terus.

Alhamdulillah, semuanya ditentukan oleh Allah dengan baik sekali. Terkadang rasa serba salah sebab otakku asyik fikir dakwah dan tarbiyah lebih daripada kerjaku ini.

Sebagai doktor pelatih di sini, kami juga perlu memasukkan/mengupdate buku log kami secara online. Ada juga test online untuk kami. Dan kami kene juga ambil peluang untuk buat audit, tulis journal atau buat case discussion untuk disiarkan dalam majalah medical.

Kalau ikutkan, memang patut aku menumpukan ke arah demikian, supaya dapat naikkan CV aku dan nampaklah aku lebih sket dari orang lain.

Tapi itulah, kene seimbangkan antara dakwah dan kerjaya supaya akhirnya bila aku pulang ke Malaysia, lebih mudah aku apply kepakaran yang aku mahu. ( Doakan saya semangat untuk buat dua2!)

Satu benda paling kelakar di ward ini adalah, antara banyak-banyak doktor di sini, akulah yang paling rendah sekali!

Pakar-pakar tulang ini semuanya tinggi belaka. Semuanya lelaki. MAsyaallah tinggi aku cuma di bahu mereka sahaja. Tapi mereka memang baik dengan kami semua.

Baru-baru ini aku ada berjumpa dengan adik-adik yang struggle antara dakwah dan study.

Sebelum ini memang mereka gila-gila dakwah dan berjaya dalam study.

Namun bila datang ke uk dan eire, ambil medic pulak tu, situasi dia amat berbeza sekali.

Dan kenyataan tak pelik aku dengar dari bibir mereka:

Kak, saya tak ada rasa passion nak belajar pun!

huhuh.. rilek rilek.

Amazingly, dulu saya rasa camtu juga!

Waktu saya final year, saya dan rakan2 saya semuanya menyesal ambil medic. Rasa nak drop out je time tu ( gile apa!! dah 6 tahun belajar..huhuh)

Tapi sebab memang sangat stress dan dah usaha gila-gila, tapi rasa susah sangat nak berjaya. BAnyak sangat kerja kene buat ,dan terlalu banyak benda kene baca dan belajar.

Dan terkadang benda kita belajar itu tak masuk dalam diri kita( tak faham-faham juga walaupun dah baca banyak kali!) , dan kite terdistract dengan kerja-kerja dakwah menyebabkan kita sedikit mengabaikan study kita.

Satu benda kita kene jelas dan faham, ( dan kene paksa buat) adalah:

Kite kene LULUS dalam study kita!

Kalau cemerlang, itu satu bonus.

Tapi kita memang kene lulus study kita.

Kalau tak boleh cope, kita minta tukar, tapi dalam apa keadaan pun, kita mesti ada degree kita.

Itu aset teramat besar untuk dakwah.

Dalam persoalan study dan tarbiyah ini adalah:

1) kene cari titik tolak yang menjadi minat kita.

Waktu saya tahun 1 dalam perubatan, saya teramat tak suka hafal histology, pathology, physiology dan anatomy sebab semua itu memerlukan hafalan dan teori semata-mata.

It doesn’t make sense to me kenapalah kena belajr kesemua itu?

Kami tak berjumpa patient tahun itu, tak belajar jenis-jenis penyakit pun, so tak dapat nak relate dengan realiti yang ada.

Tapi saya paksa dan paksa juga untuk study walaupun saya menyampah.

Alhamdulillah saya lulus.

Dan saya lupa apa saya belajar tahun 1 itu. huhuh…

Tahun 2-4 adalah tahun klinikal. Tahun-tahun ini kami belajar tentang penyakit, berinteraksi dengan pesakit dan mula beraksi di medan sebenar.

Dan di waktu-waktu inilah passion saya pada medic menyala-nyala.

Sebab kita deal dengan manusia. Kita appreciate penyakit-panyakit yang kita belajar.

I became so enthused bila tahu pasal penyakit-penyakit yang ada dan eager to know how to treat them all.

And when i reached final year, kene deal sendiri dengan patient-patient yang ada dan berusaha untuk mengubati mereka.

DAn indahnya perasaan itu bila kita dapat relievekan kesakitan mereka.

Even hanya bercakap lembut dengan mereka.

‘ Who send you here my angel?’

Seorang pesakit pernah tanya begitu bila saya review dia selepas dia hampir-hampir nak pengsan. Haemoglobin dia rendah sebab itu dia asyik rasa pening sahaja.

Saya senyum dan tergelak sahaja mendengar pertanyaan itu.

Saya pernah tanya seorang patient saya:

‘ Would you remember me, pep when you leave this ward?’

‘Of course I do. The doctor with the lovely smile.’

Kesian dia patah kaki, pastu ada chest infection pulak tu. Sekarang ada constipation, selalu tak dapat makan sebab asyik nak muntah sahaja. Saya selalu tengok dia sebab dah tua makcik tu. 83 tahun.

Pep= panggilan manja orang2 di Greenock ini. Dia macam perkataan sayanglah kat malaysia. Ada juga orang guna perkataan love. Tapi kat sini orang panggil pep.

Bila kita berinteraksi dengan manusia, barulah make sense apa kita belajar.

Baru kita ada passion pada study kita itu!

Bersabarlah ye adik-adikku. Kadang2 kita tak jumpa lagi titik tolak passion kita. Bila kita jumpa, kita takkan berhenti bekerja untuk itu.

2) Perlu bercita-cita besar

Kita perlu jelas, kenapa kita ambil course yang amat susah ini?

Untuk duit? untuk beli kereta besar supaya dapat tarik mad’u? supaya orang terpengaruh dengan kata-kata kita sebab kita doktor?

hurmm..

kan tak ikhlas namanya itu!

Sebab tak semestinya dengan doktor ini kita buat dakwah pun dan tak semestinya jadi doktor ini orang terpengaruh dengan kita.

Orang terikat dengan kita kerana Islam. Kerana dakwah yang kita bawa. Dengan kekuatan graviti kita yang lahir dari hubungan dengan Allah yang erat.

Kita jadi doktor kerana Allah. Memang nak bantu orang sakit. Sebab ramainya orang Islam kene berubat dengan orang2 kafir. Terpaksa membuka aurat mereka di hadapan orang kafir. Takkan kita nak biarkan semua itu?

DAn kita tahu ekonomi semua dipegang oleh orang bukan Islam.

Sekrang tiba masanya kita kuasai kesemua jurusan ekonomi yang ada.

Produk-produk perubatan perlu dari kilang-kilang orang Islam.

Bermulalah daripada jarum, kepada katil, kepada scrub, kepada alat-alat bedah, kepada ubat-ubatan, tiada negara Islam yang mengeluarkannya.

Kini sudah tiba masa kita untuk monopoli semua itu.

Kita takkan nampak semua itu kalau kita jadi orang biasa.

Perjalanan kita jauh lagi adikku. Kita bercita-cita besar. Banyak lagi kerja-kerja kita.

Belajarlah kerana Allah. Allah akan bantu kita.

DAkwah itu adalah sebahagian hidup kita.

Kita tak menjadikan title kita untuk melonjakkan kita sebab itu takbur namanya.

Tapi kita nak beritahu pada manusia lain bahawa kita seperti mereka juga.

Kita kerja, kita on-call, kita busy juga, kita ada family , kita ada anak  dan sebagainya. And yet, kita juga adalah seorang daie, seorang yang nak menegakkan kalimah Allah.

Kita bukan superwoman/man pun.

Kita adalah sebahagian dari manusia biasa yang ada. Dan Allah muliakan kita dengan Islam ini. So kene pegang Islam itu betul-betul dan sekuatnya. Dan indahnya Islam sebab Islam itu dapat berinteraksi dengan kehidupan manusia itu, regardless siapa mereka.

3) Perlu kenal kekuatan dan kelemahan dalam study kita.

– Kita kene jujur pada diri sendiri.

kene jujur!

tak boleh comparekan diri kita dengan orang lain.

Lain orang, lain pace study dia. Lain kemampuan menguasai bahan dan hafalan.

Maka kita kene tanya pada diri kita sendiri, kemampuan kita bagaimana.

Ada orang boleh study 3 jam je sehari. Dia mampu excell dalam study dia. Orang seperti ini kene gunakan sebahagian masanya yang lain untuk dakwah dan tarbiyah.

Ada orang memang perlukan 10 jam untuk belajar sehari, maka dia memang kene belajar 10 jam. Dan terpaksa kurangkan masa dakwah dan tarbiyah dia.

ada orang boleh belajar last minute.

2 minggu sebelum exam, memang dia stop pergi semua program yang ada, dan pulun study.

Ada orang kene belajar berterusan.

So dia still mampu pergi usrah dan daurah walaupun dah dekat sangat nak exam. Sebab dia dah banyak revise sebelum itu.

Terpulang pada diri kita. Kita perlu kenal kekuatan kita.

Dan penting sangat JANGAN  overestimate kemampuan kita.

Takpe merasai tak pandai dan perlu banyak belajar, dari perasan pandai.

Bila tak pandai itu, kita akan terus belajarkan?

3) Perlu ada jadual belajar dan dakwah serentak

4) Tahu kekuatan study anda

Ada orang kene study dalam group. So dia kena cari study group untuk belajar.

ada orang kene baca kuat-kuat, maka dia kenalah duduk belajar sorang-sorang. Nanti orang lain terganggu dengan suara dia.

So kene kenal style study anda.

Gunakan segala pancaindera dalam study. Gunakan mata, telinga dan mulut.

Ada benda kene baca, ada benda kene tengok gambar, ada benda kene dengar dan ada benda kene bercakap. Barulah dapat masuk dan faham apa yang kita belajar itu.

5) Jangan jadikan dakwah escapisme.

Ini amat berbahaya.

Ada antara kita yang bila stress sangat study, berpaling kepada dakwah sebagai escapisme. Berharap Allah akan membantu dia sebab dia dah membantu kerja Allah.

Benda ini salah!

Sebab takkan berjaya sesuatu perkara tanpa usaha. Kejayaan takkan datang dengan magis. Walaupun betul terkadang Allah memang membantu hambaNya yang benar-benar tawakal kepadaNya.

Tapi kita still kene belajar. Kalau terlalu stress, cepat-cepat jumpa akhawat lain. Curahkan masalah kepada naqibah ataupun pada hosmet ke.

Tapi jangan simpan sorang-sorang, dan jangan jadikan dakwah sebagai escapisme.

Nanti dakwah terfitnah kerana kita.

7) Lepas kamu dah habis satu urusan, buatlah urusan yang lain pula.

Lepas kamu dah belajar gila-gila. DAh berkorban perasaan sebab dah lama tak pergi program sebab nak study. Dah penat terperap dalam bilik, maka, KELUARLAH kamu berterbangan untuk menyampaikan kalimah Allah ini. Keluarlah untuk mengejar tarbiyah kamu semula.

Buatlah dakwah gila-gila.

Baru rasa nikmat pengorbanan sebab study kita itu.

Seminit lepas keluar dari dewan peperiksaan, boleh fikirkan agenda dakwah dan tarbiyah. kan best tu!

7) Stay fokus

Untuk masa sekarang, sesiapa yang akan ada exam, fokus pada exam. Setelah itu kita fokus dakwah pulak.

Susah nak tumpu dua benda dalam satu masa unless dua-dua otak kamu boleh berjalan serentak.

Bila fokus, kita akan menghasilkan impak yang besar pada usaha kita. Kita takkan mencapah

Amacam?

oklah. saya kene makan tengahari. Pastu nak kene cek darah patient pulak.

Moga Allah memberikan hidayah dan kekuatan buat kamu semua ikhwah dan akhawat ku!

ukhtikum fillah,

muharikah

invervclyde hospital

11 thoughts on “Seputar ward tulang

  1. “DAn kita tahu ekonomi semua dipegang oleh orang bukan Islam.

    Sekrang tiba masanya kita kuasai kesemua jurusan ekonomi yang ada.

    Produk-produk perubatan perlu dari kilang-kilang orang Islam.

    Bermulalah daripada jarum, kepada katil, kepada scrub, kepada alat-alat bedah, kepada ubat-ubatan, tiada negara Islam yang mengeluarkannya.”

    insyaallah, kenyataan di atas akan direalisasikan dengan wujudnya team medik yang sanggup berkorban demi Islam dan dakwah.

    moga matlamat membina kilang2 perubatan Islam akan terlaksana, ameen.

  2. Assalamualaykum wa rahmatullah Sister,

    Jazakallahu khayran katheeran for the article. MashaAllaah seems like Im not going through this battle alone. Many times, I feel depressed and feel like giving up my study. Your phrase on “Really dont have any passion in study” really hit me on the nail. MashaAllaah.

    Thank you for the insight as it made me realised I need to study, regardless of what I feel and what I madly want to do right now. Yeah, its really true, we need to have at least a degree education. For us to be educated not just in matters of syariatullah but also sunnatullah.

    p/s: Inshaallaah after I finish my engineering degree, would like to pursue on a certificate in an Islamic course. Hmnn it’ll be 3 years from now but hope my wish wont sway away by that time. Jangan lupa doakan semua ya ukhti =)

    Wassalam.

  3. Assalamualaikum wbt.

    Bismillahirrahmanirrahim 🙂

    Jazakillahu khairan kathira Ukhti 🙂 Entry sangat membina disaat exam approaching dan banyak kerja nak buat sebagai ‘pekerja-pekerja’ islam 🙂

    Mari niat segalanya kerana Allah. 🙂

  4. Salam.. akak~ baru pas attend kuliyah Shahadatul Haq…
    rasa cam.. besar sgt tggjwb nie.. skrg medic 2nd year.. subjek thoery 5, klinikal 5.. huhu~ rasa berat… artikel nie very much help! thanks akak! 😉

    maaf tnya, akak skrg final year ya? or dah jadi dokter? 😀

  5. zikr—> amiin… moga begitulah yang kita cita-citakan…

    aisyah–> anti dari brunei ke? hebatnya lepas buat degree engineering nak buat islamic degree… moga allah mudahkan buat anti!!

    aisyah suki –> passion dalam tesl ke? mesti adanya tak?hhehehhe

    farah –> ni farah moscow ke? moga Allah kurniakan najah buat awak dalam exam..

    dr mujahidah—> hehehe.. betul2.

    amirah –> alhamdulillah saya dah kerja dik. awak study kat ner tuh?

    1. sekarang kat India, huhu.. antara pioneer batch la, sebab baru ada 4 batch kat sini..
      akak, kat sini kan.. jemaah pun tak berapa nak tough~ kitorg bawah satu Jemaah nie, dilantik jadi naqibah pun based on criteria2 cam tudung, pergaulan.. akhlak.. etc.. kdg2 rs tk mampu..,tup2 tercalon utk jadi naqibah..
      kitorg kena bwk adik junior tau.. then tiba2 recently, ada satu lagi Jemaah nie approach adek2 Junior bwk kendalian kitorg.. Jemaah lain la, buat UO, then ada gak datang sini.. but adik2 nie still follow kitorg.. and then ada yg dah rasa down dah.. *me is one of them* in which yang kalau kitorang tak move on pun, adik2 nie still ada pembimbing.. and i do not know why should ada feeling tarik-mentarik nie~

      and then, motivation dah banyak dah kak, tambah2 baca drpd blog akak, heheh, but how to keep on track eh.. =.=’

      untuk mnjadi Da’ie dan Murobbi tu umpama ingin memeluk puncak gunung, tp tgn baru panjang sejengkal. adehh.

  6. No ukhti muharikah, Im not from Brunei but from Kelantan 🙂

    Not sure whats so great about engineering, 🙂 but inshaAllaah maybe that is the field Allaah has fated for me. I wish you the best in everything too ukhti.

    BTW, have you ever come across this extraordinary website : http://www.turntoislam.com.
    There’s many revert stories there, authentic articles and also many other great discussions. Most of the members are from the West, but alhamdulillah they are Muslims. Yeah, most of them seems to be from US.

    Anyways ukhti, teruskan perjuangan hingga ke nafas yg terakhir. La tansini dua’aki. Illaliqa’

    Wassalam.

  7. assalamualaikum kak…

    saya masih baru di blog akak…setelah saya baca blog akak ini,subhanallah…banyak memberi motivasi dan iktibar untuk saya….Dengan ruangan yg sedia ini, saya ingin bertanya dengan akak ye…sy masih belajar lg dlm bidang engineering…tetapi agar sukar untuk membahagi masa antara study dan dakwah…sy bergiat aktif dlm program islamic di tpt sy blaja skrg ni….tetapi study tetap study…saya takut menjadi fitnah dlm islam dan ingin seiring kedua-duanya skali…sy harap kak dpt bg tips dan nasihat ye…..wassalam…

  8. aisyah humaira, insyaallah , may Allah destined us to meet with each other..

    salam miso… astaghfirullah… saya manusia yang amat lemah dan saya sendiri amat struglle sahaja dalam mengimbangi study dan dakwah.. dan bukan orang yang layak dalam memberi nasihat.. anak usrah saya semuanya struggle sahaja nak balancekan antara study dan dakwah ini…

    saya ada komen kat beberapa orang adik yang komen di blog ini, tapi saya lupa mana saya letak komen tu…huhuh

    tapi secara ringkas langkah praktikal dalam nak imbangi study dan dakwah ini:

    1) buat taqwim setahun utk both study dan prorgrma dakwah. so dah boleh plan setahun siap2 program mana nak pergi, program mana tak nak pergi, mana perlu lebih diutamakan mana tidak.

    2) kurangkan masa kepada perkara tak bermanfaat. facebook, cakap lama2 kat fon, borak lama2 dengan orang, tengok tv, etc etc.

    3) efektifkan masa belajar, efektifkan masa utk dakwah. maknya kalau u belajar, fokus belajar betul2 , jangan fikir pasal benda lain.

    dan bila buat kerja dakwah buat kerja dakwah betul2..

    4) study smart, dan halaqah muntijah.

    study kene ikut cara study kita yang terbaik. maknanya kene tahu cara study kita terbaik. kene study smart, buat soalan, buat study group. make sure masa sedikit dapat digunakan utk study. dan bila gune utk study terus melekat kat otak apa yang belajar tu.

    begit juga dengan dakwah, masa yang sedikit utk dakwah optimisekan betul2 dan jadikan ianya yang terbaik.

    5) kenali diri anda, be realistic.

    kalau anda seorang yang perlukan masa utk study, dan gunakan masa itu utk study, kalau cepat pick up, then boleh guna banyak masa utk dakwah.

    6) disiplin dengn masa belajar/dakwah.

    kalau usrah 3 jam, 3 jam optimisekan masa. jangan meleret2.. kalau rehat 30 minit, 30 minit je rehat, lain2 gune utk study…

    ini sahaja sebahagian kecil tips2 yang boleh dipakai. maybe kene buat satu entry ttg dakwah dan study ni supaya orang boleh jadikan rujukan kan….

Leave a comment