Tinggalkan jejak..

 

Terima kasih kerana sudi menjengah blog tak seberapa ini..huhuhuh…

Untuk sesiapa yang tertanya-tanya siapa tuan punya blog ini, saya muharikah. Orang panggil saya muharikah. Saya pun tengah cari nama lain supaya orang tak kenal yang saya ini muharikah.huhuh… sebab kadang2 saya tak puas menulis kene control-control… tapi nak wat camne… membantu juga saya untuk fikir sebelum menulis. ( penting tu!huhuh)

Dakwah dan islam adalah nyawa saya. Allah adalah inspirasi saya, ciptaanNya menundukkan keegoan saya, kalamNya mengetuk kealpaan saya, dan RasulNya menggamit kerinduan saya. Kelemahan saya adalah pada barang-barang gadget; saya salu mengidamkannya dan harganya tidak murah. Kadang2 saya spoil sebab boleh dapat banyak benda yang saya nak, which is not always good. Saya sukakan kereta tapi tengah melatih diri untuk dapatkan sesuatu utk dakwah, bukan sebab diri sendiri yang nak dan minat.

Ubat saya adalah pada menulis. Terapi saya adalah ketika bertemu dengan akhawat dan mendapat jirusan hidayah dari ilmu yang disampaikan. Saya minat membaca, dan lapangan bacaan saya adalah penulisan kreatif, medic dan juga sosiology. Saya suka bersukan dan suka kenal ramai orang, walaupun saya mudah lupa nama2 mereka.

Dakwah adalah nyawa dan hidup saya. Tarbiyah adalah nadi saya. Islam adalah tunjang hidup saya. Walaubagaimanapun dunia ini serba penuh dengan ujian. Saya manusia biasa, punya kelemahan dan keburukan. Namun Allahlah tempat kembali saya, jika saya tersesat dan terserong ke arah benda lain.

Saya sukakan benda-benda techno dan grafik. Saya kagum dengan ciptaan moden terkini dan teknologi yang digunakan dalam filem dan fotorgrafi. Seperti mana yang ramai tahu, saya minat ambil gambar, membuat video dan menulis. Rangkuman inilah saya mahu abadikan dalam bentuk kisah filem seorang daie. Tapi saya perlu jadi doktor dulu, kumpul duit banyak banyak supaya saya dapat sponsor sendiri filem saya.

Cita-cita saya, saya mahu ada duit yang banyak supaya saya tak yah fikir banyak-banyak untuk buat kerja dakwah. Saya mahu buka konsortium yang merangkumi rangkaian hospital, pharmaceutical, peralatan kesihatan dan pemakanan sihat. Dalam masa yang sama, saya mahu menjadi pendidik dan menyumbang kepada ummah, baik dalam bahagian medikal mahupun Islam.

Ini impian saya, dan ini yang saya selalu fikirkan saban waktu. Dan mahu tahu apa impian tertinggi saya? Saya mahu tengok sebuah daulah Islam dapat berdiri di atas dunia ini, dan saya mahu pergi berjumpa khalifah pertama Islam selepas beratus tahun ditumbangkan, dan saya mahu kata kat dia:

Wahai Amirul Mukminin. Aku berbaiah padamu. Perintahkanlah aku apa sahaja demi melaksanakan amanah Allah di dunia ini

Maka insyaallah konsortium, hospital, pharmaceutical dan lain-lain takkan sama sekali mendahului tugas untuk menegakkan kalimah Allah di dunia ini… Dalam saya berusaha mengejar karier, dakwah takkan sekali-kali diabaikan..

Kerana dakwah…

adalah…

nyawa saya…

 

110 thoughts on “Tinggalkan jejak..

  1. masalah wordpress adalah mmg widget dia fix dan takleh tukar font. unless awak subscribe dan boleh wat template sendiri. cume kene bayarlah sket dik..huhuh

    1. As salam….
      Subhanallah..dlm bergelut tertanya2 nk buat apa, MCM mana, Allah tunjukkan laman ini..💖😢suka dan sebak.
      Bagaimana Ana blh hubungi Dr Muharikah.

  2. aslkm harap saya boleh jadi producer/director filem awk.saya tengah baca cerita2 awk.supaya saya boleh buat satu drama atau filem untuk awk.

  3. Assalamualaikum

    Terbaca luahan hati diatas , saya sendiri berasa apa yang ditulis oleh anti adalah seakan-akan saya yang menulisnya . Mungkin kita mempunyai cita-cita yang sama . Berbedza saya tidak pandai menulis seperti anti .

  4. assalamu’alaikum..
    salam ukhuwah..
    awalnye kita browse makai kata kunci manhaj Tarbiyah, ternyate blog ini yang muncul. ada beberapa artikel yang kite suka. tapi afwan kite dari Indonesia, jadi tak begitu ngerti bahasa Melayu…
    cerite tentang mutarabbi yang dihubung ke makcik tu keren sekali..
    jazakillah…
    wassalamu’alaikum..

  5. Ukhti … saya bangga membaca tulisan anti … cita2 dakwah yang tinggi. namun pesan saya agar cita2 itu tidak malap ditelan dunia pekerjaan dan kemewahan apabila kembali kemalaysia kelak ….

    ukhti … saya telah lalui jalan dakwah ini dgn penuh keperitan. Bukan perit dengan janji2 ujian tapi perit dgn ikhwah dan akhawat yang tidak istiqamah dalam perjuangan.

    mereka hanyut setelah mempunyai suami dan anak2 serta profession yg menjanjikan kekayaan. maka maha benarlah perkataan Allah ” qalilam ma tashkurun” Amat sedikit hamba ku yang bersyukur.

    Ukhti … perjalanan dakwah bukan satu perjalanan dengan tinta dan pena, dengan kata2 bermadah dan dengan syair yang meremangkan bulu roma … tetapi adalah dengan pengorbanan dan kerja yang berterusan ….
    sukar ukhti untuk digambarkan dakwah ini seperti sukarnya kita mengambarkan syurga …

    Ukhti … sekiranya benar cita cita yang berlandaskan pena yang anti ukirkan diblog ini …maka ana doakan agar anti teruskan jalan dakwah ini hingga keakhir hayat supaya anti tidak dipersoalkan satu persatu tinta tinta yang tidak bermata mencoretkan madah madah dakwah, cinta, kasih kepada yang empunya agama diakhirat nanti …. Insyaalah

    1. jzkk akhi. sangat berharga sekali mutiara peringatan anta. moga kita sama2 dapat tsabat di atas jalan ini insyaallah…

  6. Teruja melihat post di blog ini. Sibukkan diri dengan dakwah agar tidak menjadi dakyah. Penat dengan fikir maslahah, satu masalah umat akan hilang. Istiqamahlah hendaknya. salam perantauan dari bumi Mesir

  7. salam ukhuwah ye akak
    seriously, sy tak reti most of the arabic terms yg anda n akak gunakn, bknla x phm sume, tp certain
    al-maklum, sy baru abes spm,
    bagus ye akak
    teruskn usaha!!

  8. salam azuren… baru perasan komen ni…hehehe…

    kesiannya awak tak faham term2 arabic…

    huhuh… sowie… apa kata, lepas ni kalau ada word aawak tak faham boleh tak awak terus tanya kat ruang komen? insyaallah boleh sama2 kite belajar k?

  9. salam, akak (“,)/
    nickname saye dahiyah.
    saye dulu satu sekolah sgn kak `Afifah.
    sekarang saye belajar applied chemical engineering di jepun,3rd year student.
    next year will be my final year, insyaAllah.amin.
    umur 22tahun.
    saye banyak dapat pengetahuan, cerita-cerita agama dari blog akak.sangat menghargainya.
    semoga akak dan kita semua syahid di jalanNya.amin.
    jalannya mungkin berliku-liku dan mungkin kadangkala kita tumpas.cuma,sampai ke akhirnya,mari kita mujahadah di jalanNya.amin.semoga ape yg saye type ini tidak tinggal hanye sekadar type sahaja, semoga maksudnye berkekalan.insyaAllah, amin..

    salam ukhuwah fi sabilillah,salam sayang, dahiyah. (^^,)/

  10. salam akak..setelah lama berjalan-jalan kat blog akak ni, baru teringat nak tinggalkan jejak..
    semoga Allah memudahkan urusan akak dunia dan akhirat.teruskan berjuang kak!
    moga dapat kenal akak lebih lagi^_^

  11. salam dr nurani, salam ukhuwah juga… insyaallah ada masa kita boleh berjumpa dan berkenalan lebih dalam 🙂

  12. Salam

    Saya sangat tertarik dengan penulisan didalam blog ini. Membuka hati saya bila dada tersa sempit dengan nafsu keduniaan. Menjernih iman, bila mulai gelap terpengaruh arus duniawi. Sungguh, saya juga sering tertipu dan menipu diri.

    Tak sangka sebenarnya, saya terjumpa penulisan yang memiliki hati yang lebih kurang sama dengan saya. Mungkin sefikrah..kot…

    Suka juga fotografi, fgrafik dan teknologi terkini. Saya menunggu pertemuan kita suatu waktu nanti, moga saya dapat menemui penulis blog ini. Saya merasa dekat dengan penulis kerana tiap kata seperti dari hati saya.

    Terima kasih kerana berkongsi rasa. Teruskan…

  13. rahmat dan shi –> salam ukhuwah…. tak sempat2 nak updatekan ruangan link kat blog ini… insyaallah ada masa nanti…

    pembaca –> salam ukhuwah… alhamdulillah, jika menemui citra yang sama diruangan ini.. sama2 sumbangkannya pada islam insyaallah… bolehlah panjangkan taaruf dengan memperkenalkan diri, dan kalau ada blog, boleh sertakan link blognya sekali 🙂

  14. salam..
    ana baru lebey kurang sebulan jumpe blog anti… seronok bace. xsangka dalam dunia ade insan yang sanggup kesana-kesini demi menyebar dakwah, memenuhi permintaan mad’u yang ingin sentiasa diambil berat… terharu.. teruskan usaha..
    syukran…

  15. salam…tak sangka blog hopping and tjumpa blog ni. dan lebih tak sangka sbb ketiga2 karya ukht dalam buku2 tersebut ada dlm simpanan saya. memang dunia kita sangat kecil, bukan?

    mohon semoga terus thabat dlm jalanNya dan terus berjuang lewat penulisan 🙂

    salam kenal, mohon izin link.
    salamalayk

  16. Dear Muharikah,
    Wah, nama kita sama ya. Jangan2 ortu kita saling kenal. hehe… Senang bisa melihat blog Mbak. Rasanya ingin segera ‘menyusul’ jejak-jejak Mbak. Mungkin mulai menapaki jejak pertama saya di blog Mbak untuk mulai menyusul. Hehe… Sukses selalu ya, Mbak.

  17. Pada ana, blog ini memang kena dan cocok dengan jiwa seoarang dai’e. Sangat bagus di baca oleh orang yang inginkan hak dan daulah Islamiyah tertegak di bumi Allah.

  18. salam,

    kadang2 ada komen masuk spam. saya kalau tak update blog mmg jarang bukak dashboard blog ini sendiri.. kalau 2 minggu tak update, 2 minggu tak cek. so ada komen yang masuk spam tak dapat diclearkan. biasanya komen2 kat sini tak perlu approval. aasif atas keterlambatan mengaccept yang terspam itu…

    1. bolehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh insyaallah 🙂

      kita kene buat tempat program yang lapang dan ada bilik yang cukup untuk buat daurah tiap2 bulan.

      siap ada swimming pool dan padang bola lagi..

      tak sabarnya!!! ameen ya rabb!

  19. salam..
    sy cari2 mana tentang penulis..tp tk jumpa..
    kak muharikah masih study lagi?introduce skit:)

    best tulisan2 akak kt sini…sgt berminat…

  20. Salam Aisyah, izinkan akak copy n paste ur writings kat ym group anak2 usrah akak k…jzkk….Moga Allah beri segala yg terbaik utk aisyah…ameen.

  21. salam..ana dah lama dah jejak site ukhti tapi tak pernah nak buka page ni. btw, semangat dakwah yang mantap, ukhti!!
    teruskan perjuangan..teruskan menulis kerana tulisan ukhti kekadang menaikkan jiwa yang semakin futur. jeles dengan semangat ukhti dalam dakwah.
    doakan ana juga. moga dapat sekuat dan semantap anti.
    “maju mengalir bersama deru dakwah”..
    dakwah ni payah, ekstreme tapi yang dalam dakwah je tahu nikmat dia kan?..
    tak lupa, salam ukhwahfillah..

    1. alhamdulillah. moga berterusan dakwah ini.. kenapa blog ukhti takleh nak bukak ye? anti dari mana? masih belajar?

  22. Salam ukht. Teruskan menulis. Gerakkan penamu maju bersama deru dakwah. Doakan kekuatan iman dan semoga kita sentiasa menjadi orang yang berjiwa besar. -ukht ruhjikad ^_^

  23. assalammualikum akak,

    congratz atas walimah akak..smoga masjid yg didirikan kukuh hingga ke akhir hayat dan dapat membentuk baitul muslim seperti yg diinginkan.heee.

    saya suka baca entry2 akak..saya juge tringin nak jadi sprt akak.penggerak agama Allah..but i don’t know how to start..sy tak pandai sngt nak becakap and tak reti juga menulis sprt akak..bole ke sy berdakwah sprt akak..sy suka tgk ukhwah yg akak bina dgn adik2 usrah akak and sy nak rasa nikmat ukhwah yg akak rasa..bole tak saya nak emel akak.. =)

    salam ukhwah~

  24. Memang berbeza antara org yg bertaqwa, org yg berpegang teguh dengan risalah tuhanya, tidak sama org yg menudukkan nafsu dgn org yg bermaksiat dihapan Allah. Para sahabat mereka itu semua luar biasa dan tidak mustahil juga kamu akan dpat mengikuti jejak langkah mereka … (Amin), walaupun aku salah seorang yg bermaksiat namun aku suka kpd org dapat menundukan hawa nafsunya, jika boleh aku ingin menjadi pembantunya agar aku juga mendapat sham pahala darinya.

  25. Saudara Muzy, iAllah, pintu taubat itu terbuka luas untuk semua manusia. iAllah if you are willing, awak bukan sahaja dapat menjadi pembantu, malah menjadi manusia yang dapat menundukkan nafsunya.

  26. salam ukhti.
    seronok baca penulisan ukhti. ana pun baru nak berjinak-jinak dalam blogging ni. harap dapat beri tunjuk ajar ye.
    jazakillah. (^_^)

  27. Assalamualaikum…

    saya begitu teruja dengan blog muharikah…,
    banyak input yg saya dapat..
    teruskan menulis post terbaru..
    Insyaallah..kalau ada kesempatan saya juga akan buat wordpress…

  28. salam ziarah..aiwah, jln-jln jumpe blog wordpress ni..;)
    dakwah itu mmg indah.. slmt menebarkan wasilah perjuangan baginda.
    insyaallah sampaikan walau sepotong ayat.

    salam juang.. moge istiqomah, barakallahu!

  29. salam ziarah..
    aiwah, mantop penulisannya..

    mabruk ala kullihal! teruskan menebar wasilah dakwah..
    moge istiqomah.. dulu, kini selamanya..

    barakallahu.. eid mubarak 😉

    1. salam ya muhammad…. terima kasih sebab sudi jengok blog ana ini. saya takdelah cool pun… nanti balik malaysia akan panas juga…:)

  30. Salam. Nak BUat Advertisement, especially untuk akhwat yg study kat Malaysia. NI dari group Ikwah Malaysia. Tak tau mana nak sebarkan tuk akhwat.
    Dari :
    Muhamad Hafiz Rusdi
    Assalamualaikum wbt.,

    Financial Assistance:-

    Makluman kepada ikhwah & akhawat yg memerlukan bantuan kewangan (Scholarship) untuk sambung pelajaran DEGREE, MASTER or PHD boleh hubungi ana or email.
    Ia terbuka kepada kepada individu yg sangat-sangat memerlukan. Ana offer kat ikhwah & akhawat dulu sblm ia dibuka pada umum. Ana akan uploadkan Scholarship form & cube penuhi semua keperluan yg dikehendaki.

    * Pohon dihebahkan pada akhawat ye.

    Wassalam
    Muhamad Hafiz Rusdi
    019-3494367
    hafiz@wamy.my

  31. assalamualaikum wbt. akak.

    =) setelah skian lame baca blog akak, hari ni tergerak hati nk bukak side nih..dan tingllkn jejak sekali.

    sy nk take part jgk dlm rncagan akak tuh..erk..nk blakon jgk dlm filem akak.n bila akak mntkon kolam renang..heehe..

    insyaAllah saya bakal cikgu pendidikan jasmani.=) saya kagum dgn akak. dengan kerja dakwah akak. huhuh. masih berusaha di bumi ini…

    salam ukhuwwah dari sini. bumi Allah.

  32. salam cikgi pauh.. jzkk atas tinggalan ukhuwah ini . ukhti bekerja di mana ye? boleh kita berjumpa nanti 🙂

  33. wkslm. assalamualaikum back. =)

    erk. saya maseh belajar hakak. ada 3 tahun lagi kat sini.huhuh. insyaAllah. 3 tahun untuk bumi nih. untuk tempat ni. insyaAllah.

    ^^

    erk…belajar berdekatan dengan Kolej Mata Sayu. ib world.
    heeeee.

  34. “Saya mahu buka konsortium yang merangkumi rangkaian hospital, pharmaceutical, peralatan kesihatan dan pemakanan sihat.”

    peralatan kesihatan..yeah! i wanna be a biomedical engineer =)
    insyaALLAH

  35. salam kak

    i read somewhere dr blog akk, akk tulis just tulis even xde org bc..
    hmmm.. actually, sy ni xpndi mnulis..mngkin klu tulis pn mksd x smpi..
    sy byk kli wt blog..n byk kli gak delete..
    but this time, sy buat n x delete.. sy tekad utk truskn..wpun org x bc..
    n sy mlu nk tell ppl psl blog sy.. krg ykin mybe..
    sy pljr jurusn agama d jordan.. harap akk doakn sy utk jd dai’e mcm akk..
    ilm fi ssudur laisa fi sutur..

    tq kak..

  36. assalam akak,
    truskan usaha 🙂 jumpe blog akak dr sorg kwan kat fb, bca2 komen kat atas nie, kes sy hmpir sma mcm ukhti cinta illahi, ade blog pastu delete, ble da ade kyakinan skit, wat blik, tp skang x daa… org bca atau tak, tuhan tahu niat suci myebarkan yg baik, sorg ambek iktibar drpd ctatan kita pon da bsyukur sgt drpd rmai pbca tp hnya sia2, menjadi da’ie mmg cita2 smua yg bgelar muslim kot, x tkecuali sy tp lntran kekurangan ilmu, sy hnya mampu bljr dhulu, blog sy skdr ctatan dri sndri, lgpon sy hnya lpsan spm j, x smbung study mhupon keje,jd rse cm xde ilmu yg mampu dkongsikan 🙂
    salam ukhwah

  37. erkkk…rasanya saya sikit ketinggalan dek zaman kot..hehehe..salam ukhwah kak..jika di izinkan Allah saya juga nak jadi seperti akak menginfakkan diri untuk orang ramai…doakan~~moga akak sentiasa dalam redha Allah..:))

  38. hamba, jangan putus asa dik. dengan banyak belajar boleh lagi berkarya

    huffaz , ameen.. iAllah lebih baik dari saya!

    Nailul muna, salam taaaruf juga.. jzkk seba ziarah

  39. Assalamualaikum
    tak sabar tunggu kedatangan akak ke Bintulu
    akak cari la si penjaga butik kat cni nnti yang bernama ika
    he3 😀
    macam mana rupa empunya diri ni yea?

  40. Salam ukhwah Moga ALlah beri kekuatan dan kelapangan masa untuk terus menyampaikan risalah ini. Mana nak dapat ketiga buku diatas.?

  41. salam taaruf akak, sy suka dgn akak punya blog..skrg ni baru2 dlm usrah sethn jagung, bersemangat, byk perkara nak buat..minta tunjuk ajar akak dan tips untuk memanfaatkan waktu sebaik2 nya sbb sy pun work as a doctor, now dh masuk 1 year as an MO..ke ade entri akk cmne akk bahagi mase utk DnT, kerja, keluarga, diri sendiri ??..
    jazakillah..

    p/s teringin nak bertemu dgn pemilik blog dh lama dh sejak tau dari kwn yg kenal akk

  42. Salam ziarah… dulu ada jugak terlalu didepan mata link2 yang kawan2 share, Muharikah.com. Penah jugak tanya2 kat kawan, “katne update akhbar..?”

    kawan jawab, “Muharikah.com ada… tapi blog akhowat la huhu”.

    akhirnya sampai jugak. terima kasih atas perkongsian yg bermanfaat 😀

  43. Alhamdulillah moga perjuangan dakwah saudara diberkati Allah swt, saya ingin tumpang iklan sebentar jika ada saudara mara kita yang sedang mencari codoh kami menyediakan platform cari jodoh 100% free kepada muslimin dan muslimat yang benar-benar ikhlas berniat untuk bernikah inshaAllah dipermudahkan http://nikahjom.com

  44. assalamualaikum,kak…
    i’m already fall in love with you and your story 😉
    semoga akak terus thabat di dunia tarbiyah..and berharap sangat dapat join gerabak DnT akak..hihiihii…
    macam mana nk dapatkan buku-buku akak?rasanya tak pernah jumpa pun di popular 😦

    may Allah ease us always:)
    aldabest akak…:))

  45. assalamualaikum. sy ingin bertanya, andai tuan punya page tahu jawapannya. apakah requirement to practice medicine in uk? untuk pengetahuan tuan punya page, sy malaysian yg skrg bljr medicine di russia.

Leave a reply to abuzaid Cancel reply