usrah

Dunia sudah berubah, bagaimana pula dengan kita?

Posted on

Salam.

Dunia blogging juga sudah berubah. Dahulu begitu ramai mencari input dari blog untuk pengisian jiwa mereka. Kini, dunia sudah mula mencari sesuatu pengisian dengan cepat dan mudah. Maka YouTubelah menjadi pilihannya.

I guess ramai juga struggle sekarang untuk menulis konten berbisa yang mampu ‘hook’ orang membacanya. Malah anak usrah saya sendiri struggle untuk membaca lebih dari 30 minit sehari. Blog saya? Bertuah juga jika mereka sekali sekala membuka dan membacanya.

Moga negara merah di atas mampu bertukar menjadi hijau selepas ini..

Tidak seperti belasan tahun yang lampau di mana kami bertaut kasih dan membina inspirasi menerusi penulisan. Maka penulisanlah tempat kami mengayam kasih dan mengugah idea baru membina gagasan dalam perjuangan dakwah.

Barangkali penulisan saya juga turut mengikat ilmu-ilmu yang dipelajari lewat usrah mahupun bacaan buku.

 

Kini, segalanya kelihatan begitu malap dan hambar. Walaupun suara kebangkitan sering berkumandangan untuk memberikan peringatan, barangkali kerana desakan dan tekanan begitu dahsyat di negara ini, sesuatu yang drastik harus dilakukan dengan segera. Menukar pemerintahan merupakan agenda utama, termasuk penyiapan melahirkan kepimpinan negara baru yang lebih amanah dan cekap mengurus tadbir negara ini.

 

Kefahaman dakwah yang dipelajari lewat pelajaran buku tarbiah sendiri harus mampu diterjemahkan ke atas waqie negara yang sama sekali sekala berbeza setiap penggerak dakwah menafsirkannya. Pada tahapan yang sama, desas desus bahawa penggerak dakwah di Indonesia mahupun di Mesir juga mengalami kemalapan yang sama.

Jumlah ahli terlalu ramai dan terlalu cepat diterima menjadikan sistem tarbiah dan penyusunan tanzim mengalami kepincangan tersendiri. Walau usaha pembaikan tetap ada, namun tentu memerlukan masa dan tenaga berterusan.

Apabila melihat perkara ini, aku sendiri terketuk dan harus menerima dengan realiti yang perit bahawa realiti dakwah tidaklah seperti yang diharapkan. Bekerja dalam sebuah kumpulan yang besar, kita harus terutama sekali menurunkan keegoan dan pendapat peribadi, serta cuba mencari titik pertemuan dan persamaan. Perlu lebih banyak mendengar dari memberi pendapat. Malah jika kita nak sesuatu perkara dilakukan, kita perlu terima perkara itu akan mengambil masa untuk diputuskan. Kerana itu ramai anak muda akhirnya suka bebas bekerja sendiri tanpa terikat dengan mana-mana jemaah, kerana itu lebih mudah can cepat buat mereka.

Namun, tentu ada kebaikan pada jemaah walaupun ada kelemahan yang harus sama-sama ditampal.

Jemaah tidak pernah sempurna. Namun, dalam ketidak sempurnaan itu, jemaah membantu kita menjadi manusia sempurna, hanya apabila kita benar-benar menghidupkan tiga rukun usrah yang Hasan Al-Banna sentiasa sebutkan.

  1. Taaruf
  2. Tafahum
  3. Takaful.

 

Tafahum itu berlaku apabila saling menasihati. Taaruf itu menghasilkan cinta. Takaful itu manifestasi hubungan kasih sayang teramat erat.

Benar, golongan salafi, ilmuan, malah pendakwah terkemuka jarang mahu terikat dengan jemaah/NGO gerakan dakwah. Malah, ramai berkomentar akan kepincangan sistem usrah yang jemaah NGO ini bawakan. Apatah lagi mereka datang dari background syariah, malah bertalaqi dan menuntut ilmu dari ulama besar dari Mekah/Madinah/Jordan, apalah yang ada sangat pada kader dakwah yang hafalan Quran sendiri masih tergagap, malah barangkali tidak menguasai kitab-kitab popular Imam Hadis sekalipun.

Dahulu barangkali kader-kader dakwah mampu merasa yakin bahawa kefahaman dakwah mereka lebih kebal berbanding ilmu-ilmu yang dimiliki oleh para pelajar dari timur tengah. Namun, kita sendiri melihat kecairan ramai kader dakwah ini, terutama yang berlatar belakangkan ilmu pendidikan sains. Apabila mereka bekerja, mereka tidak lagi berkesempatan untuk menambahkan ilmu agama mereka sendiri. Pekerjaan mereka sendiri tidak menambahkan suasana keilmuan. Usrah sendiri hambar. Daurah terkadang hampir tiada. Masa yang ada disibukkan dengan mesyuarat dan agenda perubahan masyarakat.

Maka, apabila diminta mengisi tazkirah mahupun ceramah, tidak mampu mereka menandingi asatizah dari latar belakang syariah yang lain. Maka jemaah dakwah ini hilang magnetnya menarik potensi insan lain ke dalam jemaah.

Beza jika kader dakwah itu memiliki sumber keilmuan begitu mendalam sekali. Hasan Albanna, Abdul Qader Audah, Imam Maududi, kesemua mereka memiliki magnet ilmu tersendiri. Mereka ada substance yang unik bagi menarik orang mengikuti mereka. Begitu juga jika di kawasan Asia, Ustaz Anis Matta, Burhanudin Helmi, Tuan Guru Nik Aziz, Ustaz Dahlan, juga beberapa asatizah dari IKRAM mahupun ISMA, sebahagian mereka ada kualiti ilmu begitu mengagumkan.

Ilmu itu, apabila digabungkan dengan khazanah dakwah, maka ia mampu melassokan ramai anak muda bekerja di dalam jemaah dakwah mereka.

Ironinya, anak muda penggerak dakwah, amat kurang sekali sebegitu. Ramai antara kita berada dalam background medik dan engineering. Apabila dah begitu menjurus dalam bidang perubatan, maka tumpuan lebih kepada pekerjaan di hospital mahupun research-research yang begitu mengambil masa. Apabila sudah berkeluarga, maka di situ tumpuan harus diberikan.

Maka, bila saatnya engineer dan para doktor ini mampu menjadi ilmuan yang dapat menjadi magnet kepada orang baru masuk ke dalam jemaah dakwah?

Akhirnya, terpaksalah dikorbankan masa dan tenaga, untuk menguasai ilmu quran, hadis, sirah, fiqh, dakwah, syariah dan lain-lain. Begitu juga harus berusaha untuk menghafal al-Quran dan hadis yang popular.

Ada juga mengatakan biarlah para doktor ini fokus kepada ilmu kedoktoran dan berdakwah di bahagian itu. Namun, jujurnya telah dicuba perkara itu, namun tidak setinggi kemanisan apabila kita mampu menguasai ilmu Islam dan menjuarai kefahaman itu di dalam masyarakat.

Dunia sudah berubah.

Mad’u kita sendiri pun. Kita tidak lagi dapat menjadi jaguh usrah apabila diri kita tidak ditingkatkan secara eksponensialnya. Pangkat di tempat kerja kita makin meningkat. Duit kita makin membiak. Rumah dan kereta semakin bertambah. Namun, itu bukanlah tarikan manusia kepada dakwah kita. Dakwah kita tetap menjadi tarikan dan perhatian kerana ‘content’ yang kita bawa, disamping keikhlasan begitu tinggi untuk melihat agama Allah ini ditegakkan di atas muka bumi ini.

Perjuangan kita semakin mencabar, kita melawan bukan sahaja mehnah dari pihak luar, namun dari dalam diri kita juga. Bekerja dalam jemaah yang besar, tentu mencabar berbanding jemaah yang lebih kecil. Masing-masing dengan kelebihannya. Cuma terfikir, jika negara Islam dapat ditegakkan, bukankah kita bertanggungjawap kepada jutaan manusia lain di negara-negara tersebut. Mampukah kita?

Sungguh, tempat akhiratlah kerehatan sebenar. Selagi nyawa masih dikandung badan, selagi nafas ini berhembus, selagi itulah dunia merupakan tempat perjuangan teramat mengasyikkan sekali.

 

Moga kita semua beroleh syurga insyaallah.

Muharikah

21 Syawal 1438H

Advertisements

Jangan terlalu kecewa dengan usrah

Posted on

Hadirnya kita sebagai daie di jalan Allah ini diibaratkan oleh Syeikh Abbas Assisi sebagai tiang- tiang elektrik yang menyebar ke seluruh penjuru tempat. Melalui tiang-tiang elektrik inilah, kuasa elektrik ini menyebar ke sluruh bandar hingga meneranginya. Semakin banyak tiang-tiang elektrik ini, semakin luaslah kawasan yang diteranginya.

Begitu jugalah dengan dakwah. Sumber utama kekuatan ‘elektrik’ itu adalah al-Quran. Dari Al-Quran itu tersebarlah cahayanya ke seluruh penjuru alam ini menerusi juru dakwahnya. Menerus Quran inilah meratanya kita sebagai daie untuk menerangi umat ini.

Barangkali masih adakah cahaya di hati kita untuk menerangi alam ini? Atau sudah pun gelap dari cahaya Al-Quran dek kesibukan kita dalam urusan dunia kita?

Luqman Al-Hakim pernah memberi nasihat kepada anaknya:

” Pertama, janganlah engkau menyibukkan dirimu dengan urusan dunia kecuali yang sesuai dengan sisa usiamu.

Kedua, sembahlah Rabbmu sesuai dengan keperluan dirimu terhadapNya.

Ketiga, beramallah untuk akhiratmu sesuasi kadar kedudukan yang kamu inginkan di sana kelak

Keempat, hendaklah kesibukan berlingkar kepada perkara-perkara yang dapat melepaskan belenggu dirimu dari neraka yang belum jelas samada kamu akan selamat darinya atau tidak.

Kelima, hendaklah keberanianmu melaluikan maksiat terhadap Allah sesuai dengan kadar kesabaran dan kesanggupanmu merasakan azab Allah.

Dan keenanmnya, bila engkau ingin melakukan maksiat, carilah tempat yang tidak boleh dilihat Allah dan juga malaikat.”

Begitu pedas sekali nasihat ini kepada diri kita. Sungguh kesibukan kita menyelesaikan urusan peribadi menjadikan kita terkadang terlupa matlamat asal kita diciptakan di dunia ini. Menjadikan kita lupa hakikatnya tugas kita adalah memimpin manusia ke jalan Allah S.W.T.

Disebabkan itulah, di fasa perubahan ke alam pekerjaan dan berkeluarga ini, satu tali dan mata rantai yang tidak boleh kita putuskan adalah usrah.

Jangan tinggalkan usrah walaupun kita begitu kecewa terhadapnya.

‘ Akak, sedihlah usrah saya kat sini. Usrah sekadar jumpa sahaja. Ukhuwah sahaja. Tapi takde pun amal dimutabaahkan. Tidak ada aktiviti dakwah dibincangkan. Saya tidak merasai pun macam bertambah meningkat dengan usrah.”

Bukan seorang dua pernah mengadu perkara ini dengan saya. Saya pun pernah merasainya. Namun, untuk keluar darinya tidak sama sekali.

Di sini kita harus memahami dan melakukan langkah proaktif. Ada yang boleh kita ubah, ada yang tidak.

Di fasa alam pekerjaan, terkadang kita tidak sempat berfikir dan bersiap untuk berusrah. Kita terkadang mahukan masukan dan jirusan sahaja. Jika perlu membentangkan apa-apa dalam usrah, kalau boleh kita mahu serahkan je pada orang. Pada usrahlah tempat kita ‘berehat’ dan menerima bekalan.

Tentu kita akan kecewa jika yang akhirnya kita sendiri terpaksa membekalkan kepada diri kita sendiri, dengan membentangkannya dalam usrah. Naqibah sendiri terkadang tidak prepare apa-apa untuk usrah. Alhamdulillah ada makanan yang sedap, namun yang kita mahukan adalah jiwa yang penuh terisi.

Disinilah kita harus menkonstruksikan kembali ‘expectation’ kita terhadap usrah.

Usrah di waktu student takkan sama di waktu kerja.

Usrah di waktu student takkan sama di waktu kerja.

ya, usrah di waktu student takkan sama di waktu kerja.

Jika kita mahukan perkara yang sama, kita akan stress, naqibah kita turut stress, ahli2 usrah akan stress.

Ada perkara, masa akan menjadi penyembuh. Ada perkara masa akan mematangkan kita dan membaiki keadaan.

Kesabaran ketika menghadiri usrah ini akan berbayar, cumanya, kita harus bertindak proaktif dan jangan degil membangkang.

Kita harus:

1) Mndoakan dengan seikhlas hati agar usrah kita dapat menjadi usrah dinamik yang menggerakkan ahli-ahli di dalamnya.

2) Proaktif berbincang dengan ahli usrah dan naqib/ah bagaimana untuk menjadikan usrah lebih hidup dan menggerakkan.

3) Mencadangkan aktiviti-aktivit yang boleh diadakan di dalam usrah.

4) buat-buat tak malu update keadaan diri dan juga dakwah yang dilaksanakan, agar naqib/ah alert yang dia perlu sama-sama proaktif membincangkan permasalah dakwah di dalam halaqah.

5) Berusaha berada dalam lingkaran jemaah sekerap mungkin dalam seminggu. Ini bermakna, jangan hanya bertemu dengan ikhwah akhawat dalam usrah sahaja. Aktif di medan dakwah. VOlunteer menjadi ajk dakwah di kawasan. Attend meeting. Attend liqa murabbi. Buat pertemuan-pertemuan dan perbincangan dakwah. Acapkali pertempuan yang kerap dalam seminggu itu akan membuahkan himmah yang luar biasa sekali. Banyak kali semangat sy yang luntur menjadi hidup apabila bertemu dengan ikhwah akhawat yang hebat-hebat di dalam mesyuarat.

Ingat, kestabilan dakwah terletak pada tiga unsur:

1) Quwwatul Ilm ( Kekuatan Ilmu)

2) Quwwatul Tanzi, ( kekuatan organisasi)

3) Quwatus silah bilah ( kekuatan hubungan dengan Allah)

kita tak mampu berdakwah tanpa jemaah yang kuat. Jemaah ini terdiri dari unit-unit usrah yang unik. Perkasakan usrah kita dengan kekuatan ilmu dan hubungan dengan Allah.

Dari itu kita akan menikmati kemenangan yang amat kita dambakan satu masa nanti.

” Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan, Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai,Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. ( an-nasr : 1-3)

Wallahualam

ukhtikum

AisyahZ

oh Usrahku!

Posted on Updated on

ok,

saya teringin nak tulis macam auni dan APG kalau sentuh bab-bab usrah dan dakwah. Saya rasa penulisan saya skema dan ketinggalan zaman tok kangkung dulu kala. Tak tahulah kalau saya tulis jela-jela, adik2 zaman alpha ini sanggup ke baca tulisan sampai ke noktah selepas 129 patah perkataan. Ok. Melampau.

Saya menerima dua emel tentang usrah.

Dan tentunya, saya rasa macam…

 

entahlah.

Numb.

Dari dulu lagi saya tulis pasal usrah.
Kasi semangat utk ramai ikut usrah.
kasi motivasi supaya STAY dengan usrah.
KAsi harapan bahawa usrah itu jalan pintu kita ke syurga………

tapi……

usrah tetap usrah.

ada masa best
ada masa bosan (baca: horror boring!)
ada masa terbeban
ada masa mengasyikkan.

Naqibah dulu punyalah caring dan penyayang
usrah mate pertama dulu punyalah kamcheng.

yang sekarang ini….
kenal pun tak
asyik nak habis silibus sahaja
naqibah asyik marah je
balik-balik denda je
takde kasih sayang
takde peningkatan.
tak dapat apa2.

arrgghh!!!

Perlu ke lagi stay usrah camni?????

knock knock!

Oh Usrahku!

Bila bercakap tentang usrahku, aku terpaksa bercakap pasal…….

Read the rest of this entry »

Indahnya saat pertama mengecap tarbiyah!

Posted on

Tulisan ini bertarikh 18/1/2009

Kenangan berprogram di musim sejuk tahun 2009 di Scotland.

Pernah tak rasa..

bila sudah lama dalam tarbiyah….

himmah, semangat dan ‘bestnya’ tarbiyah seolah-olah sudah hilang ditelan masa dan zaman..

aku terlupa bagaimana perasan syoknya pertama kali mengenal Islam dan dakwah.

terkadang aku lupa bagaimana rasanya ketika membeli tiket last minit ke ireland untuk mendengar sesuap ilmu dari murabbi..

dan akhirnya dengan cahaya yang ku dapat darinya dapat kurasai menembusi relung hatiku…

ternyata sudah lama masa itu berlaku…
Read the rest of this entry »

Apa aku rasa pada kamu

Posted on Updated on

Salam

maafkan saya. Entri saya mungkin akan banyak luahan perasaan. Bukan sebab tak mahu berkongsi, tapi kerana mungkin telah puas berkongsi di depan mata sendiri, melalui lidah dan sentuhan tangan.

Dan itulah dia kepuasan bagi seorang daie, apabila dapat memberi kefahaman dari bual bicara.

Di bumiku ini, aku menerima pelbagai kunjungan. Dari adik-adik seantero dunia. Kebanyakan mengenaliku melalui blog. Banyak juga menerus talian hayat dakwah dan tarbiyah. ALhamdulillah.

Apapun, ada pelbagai makna tersembunyi di balik ziarah-ziarah itu, ada ibrah tersembunyi yang amat aku kagumi.
Read the rest of this entry »

Mawaddah

Posted on

Salam,

Minggu ini, ramai yang lahir pada tarikh2 di tahun2 lepas ( faham ke ayat ni?huhuh)

Begitu juga dengan dua orang mutarabbiku.

sebentar tadi juga kami ada liqa bersama selepas seminggu lebih aku meninggalkan mereka.

Jujurnya bila aku berada di bumi anbiya dan jajahan Muaz bin Jabal, hati dan kaki aku seolah-olah melekat di situ.

Aku mahu bersama mereka , lama lama lama lama lama lama …. mahu berada di situ.

Bukan sebab aku tak sayangkan adik2 aku di sini.
Read the rest of this entry »

Redha Allah sebagai Tuhan kita

Posted on Updated on

Salam,

dalam salah satu pengisian usrah, ada tajuk marhalah dalam berinteraksi dengan syahadatain( marahil bitafa’ul assyahadatain). Intipatinya adalah, meredhai Allah sebagai Rabb, meredhai Rasulullah sebagai ikutan, dan meredhai Islam sebagai Deen (cara hidup).

Cuba tengok gambar di bawah ini:

 

Faham tak gambarajah di atas?

 

Haaa… kene belajar Arab semua orang ini! hehehe…….

 

Dalam kita benar2 nak lahirkan kefahaman pada dua kalimah syahadah kita, perlulah adanya cinta.

Ya, cinta kepada Allah.

Ada orang kata dia cinta pada Allah.

 

tapi…………. ehem ehem..

takkan sama cakap dengan buatkan?

Mereka yang cinta pada Allah, pasti akan redha bahawa:

1)Allah –> sebagai Rabb

2)Islam –> sebagai Deen/cara hidup/way of life

3)Muhammad –> sebagai rasulnya

 

Read the rest of this entry »