Detik tarbiyah yang kita rindui

Salam,

baiklah, saya terima saranan untuk kekal menulis di sini. iALlah saya akan cuba menulis di kedua2nya supaya akhirnya ramai dapat manfaat.

Terkadang saya tidak tahu apakah sumbangan paling terbaik untuk dakwah boleh diberikan pada ruang-ruang sempit yang ada.

Apabila saya ada masa menulis, selalunya saya dihimpit oleh beberapa pilihan:

1) Edit artikel jom

2) tulis artikel untuk jom ! —> ini palinggggg susah sebab kene tunggu semua artikel siap baru boleh buat kesimpulan ( khulasah)

3) habiskan penulisan buku saya –> dah half. tunggu! nipis je tapi. bahan tarbiyah yang diolah je pun

4) susun balik artikel2 di muharikah.com/wordpress utk dibukukan.

Akhirnya yang saya pilih adalah, blog ini. Entah. Saya menjadi diri saya di sini. Dan saya senang menulis tanpa memikirkan huruf besar dan kecil, serta ejaan tersalah dan ayat yang tunggang langgang. ( owh ya, saya adalah editor paling tak cermat! hoho)

Saya tersentuh dengan ucapan murabbi saya yang amat merindui zaman-zaman kami di tarbiyah dahulu di UK. Masyaallah, sungguh indah kenangan itu dan ternyata amat manis.

Terkadang memori itu mengimbau halaman-halaman indah dalam kehidupan ini. Kisah merantau ke negara Ireland seorang diri, menunggu bestfren saya siha ambil saya di dublin airport. Kemudiannya membayar duit teksi teramat mahal ke rumahnya sejauh 30km dari airport. Selalu sampai waktu malam yang tiadanya teksi. Suasana di Ireland amat mengimbau perasaan dan kenangan. Di situlah aku menghirup banyaknya mutiara tarbiyah dan pengalaman. Di situlah aku mendengar bait-bait muntalaq yang begitu tertancap di jiwaku sehingga terngiang-ngiang lagi suara murabbiku menempelak diriku:

Pada diri anti, masih ada jahiliyah

Continue reading “Detik tarbiyah yang kita rindui”

Advertisements

What I love to do the most…..

 

Is going to the beach and feeling the breeze of its wind brush my face..

Is to be able to write and write without worrying I have got some other errands to do.

is to be able to travel wherever I am needed, to see as many people as I can so I can share the dream of dakwah with them.

is to be able to learn quran and hadis from the masters so I can understand it to teach other ummah.

( maybe if I have children of my own, I want to bring them to Mecca so that we all can learn to memorize quran and understand it! wow!)

The list would be endless and definitely I know what I don’t want to do : WORKING.
Continue reading “What I love to do the most…..”

Jangan berputus asa dengan tarbiyah

 

 

 

 

 

‘ Takkan saya nak biarkan diri saya mati bertahan dengan tarbiyah sebegini?’

Saya tersenyum kecil menerima wassap dari salah seorang mutarabbi yang amat ku kasihi di jalan dakwah. Aku masih ingat ketika aku menziarahinya di satu daerah amat terpencil di penjuru UK. Masa diambil untuk perjalanan dari scotland ke tempatnya itu adalah 15jam menaiki semua kenderaan yang wujud di waktu itu; kapal terbang, bas dan juga train. oh ya, teksi sekali!

Aku sangat hargai masa cutiku selama 5 hari dicurahkan buat mereka, berkenalan dan berkongsi rasa. Dari jiwa muda seperti merekalah aku perolehi kekuatan.
Continue reading “Jangan berputus asa dengan tarbiyah”

Buatlah persiapan

Salam

buat adik2ku di luar sana.
AKu tahu kamu pasti akan terus menanti untuk mendapatkan himmah dan semangat. Sungguh aku tidak mahu semangat dan geloraan bara di dadamu surut kerana berlalunya masa-masa tanpa taujihaat.

Sungguh hidupku sendiri amat berbeza apabila pulang ke bumi Malaysia. Dilanda ujian yang amat besar, walaupun tidak sebesar yang dihadapi oleh muharrik dakwah di Syria, mahupun Mesir dan Tunisia, namun cukup bagiku untuk memandang dunia ini dengan cara amat berbeza sekali.

Sekali sekala masalah itu menjadi terkubur sebentar apabila disibukkan oleh projek-projek research mahupun pengurusan syarikat Jom dan artikel yang banyak untuk diedit. Begitu juga terkadang boleh terlupa masalah yang begitu terpendam dan terbuku di hati apabila berhadapan dengan mutarabbi di Malaysia yang bergelut dengan ujian dunia yang begitu menghantui sekali.
Continue reading “Buatlah persiapan”

Dr Hyde and Miss Jekyl

Or should I say:

Dr Aisyah and Puan Muharikah. Ahaks!

Ternyata dunia perubatan dan pekerjaan yang aku temui amat berbeza dari tempelakanku di waktu aku mengambil keputusan untuk kembali ke bumi Malaysia.

Ramai houseman aku bertanya :

‘ Dr Aisyah, why u come back here? Aiyo! If I were you, I wont come back one!’

 

Kasihan mereka menjadi hamba orang aka HO, ternyata layanan terhadap mereka masih berbeza dari kami di UK.
Continue reading “Dr Hyde and Miss Jekyl”

Mass production vs handmade

Satu masa dahulu, siapa yang cair, pasti akan gugur.

Kerana dahsyatnya arus jahiliyah dan asingnya gerabak dakwah ini.

Di waktu itu, terasa sangat terpaksa melawan arus. Rakan yang baik, jika tak bersama kafilah ini, pasti akan bersama kafilah lain.

Kami yang berada di kelompok ini seringkali goyah melihat kafilah lain bertambah angkanya, sedangkan kami, kalau tidak stagnan, pasti akan ada yang berpindah kafilah.

Sehinggalah kami benar-benar memaknai serta jujur pada diri kami. Sehingga kami sering bertanya pada diri kami : Mengapa kami bersama kafilah ini.

Perkara itu sangat mengokohkan hati kami, dan kami sangat memaknai detik-detik tarbiyah di waktu bilangan kami sedikit di waktu itu. Terasa indah mendapat fokus dan perhatian daripada para murabbi kami serata uk .

Namun, fenomena dakwah berubah. Lanskapnya juga sudah tidak sama sepertimana dahulunya, orang sangat pelik mendengar pengisian yang ada singkatan huruf-huruf abjadiyah ( ISK, SH, IPK, GF etc).
Continue reading “Mass production vs handmade”

Bukankah hidup ini bagaikan mimpi?

Benarkan?

Kerana ia mimpilah, akan ada masa jaganya(wake up).

Masa sedar yang membangkitkan kita.

untuk menerima hakikat sebuah realiti

dan pada realiti itulah kita berhadapan pada sebuah hakikat

itulah dia  sebuah perjuangan.
Continue reading “Bukankah hidup ini bagaikan mimpi?”