SVT

Pengalaman dapat SVT

Posted on

Salam

 

Sepatutnya saya oncall hari ini, cuma pagi tadi ada palpitation yang sangat dahsyat. I self-diagnosed myself to have SVT sebab heart rate 180-200 camtu dan tak turun-turun. Buat valsavla manouvre ( tingkatkan intrathoracic pressure, buat tiup wisel dengan tangan,) dan carotid sinus tak jalan. sejam tunggu dalam kereta tak turun2 heart rate. time tu tengah memandu, tapi ada chest heaviness dan giddines. baru faham sangat kenapa patient post MI tak boleh bawak kereta. meamng tak stabil!

 

Disebabkan memang oncall hari ini, terpaksa gagahkan diri juga pergi ke ED. Maybe akan turun heart rate. tapi tak turun2 lepas 20 minit dalam kereta.. tiba sahaja ED, semua orang pelik, sebab mereka datang ke saya untuk refer case, tapi saya plak jadi patient. Haha. Nasib baik ada HO yang sangat baik dan bagus. she took the vitals that confirmed my hear rate beats around 200. ECG pun dibuat stat, mmg ada SVT. tapi time tu dah drowsy tahap bagai. tak cukup oxygen nak supply ke brain. rasa nak pengsan pun ada.

Terus depa kasi Adenosine 6mg. First time experience apa yang patient saya experience. selalu saya yang kasi adenosine tu kat orang Adenosine akan stopkan electrical circuit kat SA node, then back to sinus rhythm. tapi time ubat itu kena rasa macam nak collapse sebab rasa jantung berhenti sekejap. ( kene tgk gambar baru faham circuit kat jantung tu camne) Mengucap saya banyak2.

Maybe pagi tadi saya minum kopi yang triggerskan SVT ini.

Disebabkan mmg saya oncall hari ini, saya minta je HO saya clerk saya dan confirmkan management.

Alhamdulillah lepas rehat, keadaan makin baik, cuma diri kepenatan macam orang berlari. ( yalah jantung berdegup laju selama sejam lebih) . Dapat MC hari ini. Alhamdulillah dapat team yang best utk coverkan. Moga oncall mereka ok hari ini.

Artikel semalam ternyata amat viral. saya harap tidak ramai salah faham atas artikel itu. tiada niat untuk saya judgemental kerana adik2 yang saya rapat ramai yang dari mesir. saya menulis artikel ini pun untuk mereka agar mereka bertahan dan menjadi kuat.

 

Memang, sistem di malaysia tak ideal. boss pun tak best dan suka downgrade kan orang.

 

cuma mungkin ramai adik2 tak nampak yang sebenarnya MO pun kena downgradekan. Saya pun selalu je kena perli2 dan maki sewaktu saya jadi MO. time tu HOD mmg marah sangat2 kat saya.

‘ Im dissapointed at you Aisyah! Im very dissapointed!”

And dia sebut lagi kesalahan saya kat depan semua orang di dalam department kami ( tak sebutlah nama saya tapi semua orang tahu). ini terjadi sebelum saya start masters. i really do struggle. sampai sekrang specialist2 saya ingat saya sbb saya bermasalah di hospital lama saya.

 

At one point, in medical, kita akan lalui traumatized phase begitu. it make us strong though. it makes us want to be better. saya selalu rasa hampeh bila saya tak dapat detect diagnosis patient ataupun missed some blood investigations. kadang2 saya macam tengah penat dan stress tak sempat nak tengok patient details2. then time tu kesilapan akan berlaku.

Di malaysia sistem kita belum ideal lagi. support system kita sendiri belum cukup kuat lagi. tapi ramai doktor yang ada kesedaran try nak improvekan situasi ini walaupun ianya akan mengambil banyak masa.

seperti mana HO perlukan banyak latihan, MO pun sama, specialist pun sama. cuma of course pressurenya berbeza-beza.

Cuma, kena selalu berfikiran positif dan nampak matlamat besar di hadapan!

Rata-rata yang saya lihat akan progress dengan cepat dalam dunia perubatan ini adalah jika:

a) semua kawan2 dia amik masters

b) suami/isteri dah ada mrcp/mrcog etc

c) bila tgk junior dia jadi boss dia.

 

kalau graduan luar negara, ramai yang by default akan buat mrcp sampai habis dengan harapan jadi specialist kat malaysia tak payah buat kerja MO. tapi sayangnya mereka juga struggle kat mlaaysia sebab tak memahami sistem dan tak mahir praktikal prosedur.

Satu perkara dalam bidang perubatan yang harus kita fahami adalah, pembelajaran kita takkan berhenti medical school. Kita harus belajar sampai kita mati. Kena selalu updatekan knowledge. kena sentiasa aim untuk menjadi yang terbaik

 

Disebabkan itu, niat untuk jadi doktor harus bermula semenjak hari pertama di medical school.

 

Hari pertama di medical school kena nampak, aku mahu jadi doktor yang bagaimana?

 

Banyak saya nak tulis, tapi saya perlu berehat. Baru ambil bisoprolol untuk turunkan heart rate ( tak sangka umur 30 tahun ini kena makan ubat jantung juga huhuh). Ada soalan mrcp nak dibuat dan satu kes report kena buat. next time saya ceritakan kisah2 menarik yang bakal dihadapi ketika buat masters agar ramai lagi adik2 yang sanggup tempuhi jalan mencabar tapi manis ini. moga sama2 kita tingkatkan kapasiti diri dan ummah melalui bidang perubatan ini.

 

wassalam

AisyahZ

gombak

Advertisements