sharing

Idea vs Praktikal

Posted on

Idea vs Praktikal

Berada dalam industri dakwah, penulisan, perniagaan, NGO dan media, banyak mendedahkan kami dengan individu yang mempunyai banyak idea dan imaginasi.

Namun, sedikit sekali yang mampu implementasikan idea tersebut sehingga menjadi realiti. Jika ada, sedikit juga yang mampu bertahan sehingga menjadikannya betul-betul berjaya.

Idea adalah sesuatu yang mahal untuk memberikan perubahan kepada dunia dakwah, bisnes, media mahupun apa jua pekerjaan.

Saya sendiri adalah orang idea. Ramai merujuk saya untuk mendapatkan idea-idea baru dan segar, samada dalam approach dakwah, mahupun lain-lain perkara. Malah, saya sendiri banyak meluangkan masa membaca dan menonton karya-karya yang mampu memberikan idea yang luar biasa.

Dunia yang kita sedang lalui ini pun merupakan hasil jelmaan idea orang yang sangat luar biasa; Tun Mahathir, Mark Zukherberg, Jeff Besos, Tony Fernandes, Steve Jobs dan lain-lain. Malah industri muzik memerlukan idea dan sentuhan luar biasa; ini berlaku pada muzik Malaysia sendiri ; Mawi, Syamsul Yusuf, Faizal Tahir dan lain-lain.

Namun yang membezakan sebuah idea itu menjadi luarbiasa, malah melangkaui luar biasa adalah bagaimana idea itu diimplementasikan menjadi realiti.

Ramai yang mampu merangka idea di dalam otaknya dan ucapannya, sangat sukar mencari mereka yang betul-betul mampu merancang dengan telitinya bagaimana ideanya itu mampu bertukar jadi realiti.

Sehinggakan saya dan rakan-rakan dalam industri lebih suka melihat idea yang disembahkan mengikut praktikalitinya- work flow yang mampu menjadikan idea itu realiti, beserta dengan kajian mendalam , pro dan cons semuanya telah difikirkan. Bukan sekadar cakap-cakap sahaja.

Dari penelitian saya, jadilah orang yang praktikal ideanya. Idea penting, menjadikan idea itu praktikal lebih penting dan bermakna. Tak ramai orang nak berfikir lebih untuk berikan idea, tapi lagi sedikit orang yang berfikir untuk idea yang praktikal.

Perlu jadikan idea anda menjadi!

Ada beberapa perkara yang mampu menjadikan sebuah idea itu praktikal dan realiti.

1) Baca kisah pengalaman orang lepas yang memiliki idea yang sama. Lihat dan belajar cara mereka jadikan idea mereka sebagai realiti. Buku biografi adalah buku terbaik untuk kita belajar cara bagaimana nak jadikan idea kita menjadi.

2) Belajar dengan bekerja dengan orang yang mampu menjadikan idea itu realiti. Jadi orang kanan/partner orang tersebut. Lihat bagaimana dia menjadikan dakwah/bisnes/idea-ideanya menjadi. Dari ilmu pengalaman itu boleh dibaiki untuk lebih baik lagi.

3) Bergaul dengan masyarakat bawahan. Lihat samada idea itu sesuai untuk mereka. Tanya diri kita berulang kali,jika tulis buku/tulisan ini, siapa yang akan membelinya. Jika buat dakwah cara begini, siapa akan tersentuh. Jika jual produk A, siapa yang nak membelinya. Bergaul boleh secara fizikal mahupun maya. Yang penting, harus relevankan idea kita itu sehingga betul-betul sesuai dengan market/masyarakat.

4) Berbincang dengan teman yang boleh jadikan idea itu realiti.
Dalam apa jua idea yang kita ada, kongsikan dengan rakan kita yang mampu menjadikan kita berpijak di bumi nyata. Kawan yang dapat tarik kita dari awangan dan berikan laluan sehingga nampak jalan untuk laksanakan idea tersebut. Cari kawan yang gila-gila ideanya juga dan mampu kemaskan idea yang mencapah dalam otak kita. Jangan cari kawan yang pesimis dan pandang negatif idea-idea yang kita bawa. Yang penting, pijak ke bumi ( unless nak jadi macam Elon Musk untuk pijakkan idea di planet Marikh)

5) Kenal pasti sistem yang mampu jadikan laksanakan idea kita itu realiti.

Sistem itu adalah:
a) Validasi – buat survey. Tanpa pendapat samada idea kita valid atau tidak.
b) Dana – samada dakwah atau bisnes ataupun penulisan. Semuanya perlukan dana. Tapi jangan sebab duit, idea kita disekat. Teruskan memberikan idea, tapi cari idea yang mampu sampaikan kita kepada dana itu. Dengan dana memang banyak idea yang boleh kita explore.
c) Execution – ini adalah orang yang penting dalam melaksanakan idea kita itu. Samada staff, samada bisnes partner, samada anak usrah, atau AJK dalam persatuan. Untuk idea dilaksanakan, kita sangat perlukan bantuan mereka untuk execute plan kita. Kita tak mampu laksanakan idea itu seorang diri.

Untuk saya sendiri, dalam apa jua idea yang saya ada, saya lebih memberikan fokus kepada execution ini. Tidak ada idea tanpa execution. Saya akan spend masa membina orang yang mampu jadi tulang belakang perlaksanaan idea ini. Tempoh untuk membina core members kepada perlaksanaan ini adalah dalam 6 bulan – 2 tahun. Untuk dapatkan core bisnes partner, hubungan perlu terjalin dalam tempoh itu untuk betul-betul kenal hati budi dan ngam . Untuk bina anak usrah yang memahami idea dan niat kita juga mengambil masa tempoh itu. Dengan itu mereka dapat laksanakan idea dakwah tanpa rasa penat dan lelah.

6) Azam dan tawakal. Bila niat kita murni, dan matlamat jelas untuk laksanakan idea tersebut kepada praktikal, iAllah kita perlu berazam serta berjuang untuk jadikan idea itu sehingga betul-betul menjadi.

Mahu jadikan idea anda praktikal? Insyaallah boleh!

Aisyah Z
Founder kepada beberapa perkara. Hihihi.

#sharingmuharikah44609_467283065902_6369464_n

Advertisements