Dunia yang berbeza

Salam,

sudah genap 7 hari saya bermastautin di tanah Gombak, tempat saya membesar.

Alhamdulillah , 7 hari yang penuh cerita dan tentu penuh warna..

Siangnya aku cuba manfaatkan dengan menziarahi ramai murabbi dan menuntut dari mereka. Tentu juga mengambil kesempatan yang lumayan pada masa yang sedikit untuk bertemu dengan saudara-saudaraku di jalan dakwah ini. Mengutip semangat dan membasahkan ukhuwah pada hati kami ini.

Alhamdulillah. Terasa amat sedih kerana tidak mampu bertemu dengan mereka yang telah lama tidak kutemui. Yang telah pun pulang ke Malaysia untuk beraksi di medan pentas di sini.

Semakin lama menyaksikan pelbagai generasi telah pulang ke Malaysia, semakin dirasai betapa usiaku sendiri telah beranjak senja. Fasa baru turut bermula apabila melihat ramai sahabat-sahabat telah pun berumah tangga. Tentu perbualan dan masa yang diberikan tidak sama seperti mana ketika mereka sendiri.

Tentu fasa-fasa itu perlu dijangkakan dan diterima sebagai sunnah kehidupan.

Di waktu malamnya aku cuba sedaya upaya berbakti kepada keluargaku, memastikan mereka merasa cukup dengan masa yang kuberikan buat mereka.

Pengalaman yang tidak dilupakan juga adalah membantu saudaraku, teman baikku di dalam walimahnya. Bermula dari awal perancangan walimah sehinggalah aku menjadi pengapitnya di hari bersejarah tersebut. Tentu kaget juga merasakan kini dia sudah berpunya, namun alhamdulillah, aku amat bersyukur kerana prosesnya berjalan lancar penuh barakah.

Raja Sehari

Continue reading “Dunia yang berbeza”

Hidup ini… utk apa?

KL berubah wajah lagi.

Terpaksa aku akui, kemodenannya menuju ke arah yang lebih baik. Namun, suasananya masih sama.

Bahang matahari yang merintikkan air peluh di tubuh menjadi ‘pakaian’ baru warga malaysia ini.

Aku merasa damai melihat ramainya wajah-wajah yang bertudung dan lelaki melayu berbaju Melayu di sepanjang tempat perjalananku.

Mungkin terlalu lama aku melihat permandangan yang berbeza sehingga aku merindui perasaan itu.

Perasaan kembali ke kampung halamanku.

Walaupun tidak dinafikan kesedihan yang tidak bernoktah sering berkunjung di hati saat melihat ramainya gadis muslim bertudung litup, tetapi berlengan pendek, mahupun memakai pakaian yang melekat di tubuh badannya. Continue reading “Hidup ini… utk apa?”

Soalan dari Kak Peter Pan

salam,

saya rasa maybe kita ramai2 dapat bantu kak peter pan jawap persoalan dia. Maafkan saya jika jawapan yang saya berikan ringkas dan maybe tak dapat penuhi soalan akak… kebelakangan ni ada esey wajib yang perlu disiapkan…

_____________________________________________________________________________-
speaking of material …& dunia

m not a blogger and i dnt like to blog but since i hav a fren who has a blog and who njoys blogging and unfortunately dat fren happened to be u, so i wud like to share some bit of my xperience here in ur blog.. may i? who caress.. ekekeke ;-P

i worked in a very corporate office where mostly wear complete suit and english is our medium all of da time. i m based in the HQ and there r about 40 of us around. we r located in the golden triangle of KL.. where Hard Rock Cafe, Petronas Tower, Zouk etc r within reach. Da moment m out of da office, clubs r everywhere…. ^_^

sejak balik nih, i hav no option but to wear baju kurong every single day, not dat becoz i m da goody-goody type but becoz kapal shipping tak sampai2 lagik. so takde pilihan, terpaksa la rembat baju mak and kakak yg mmg goody-goody type lah, tak ler mcm sy kn..hehe..

so these ppl know dat i jez came bck from Scot. i supposed dey imagined dat i must be sumone who is da speaking english, who only wear selected designer’s outfit, very stylish and sexy luking? rambut pun ade kaler2 sket ..hheeh ..but u knw wat?? i turned out to be sumone who wears baju kurong pesak tu every single day! no high-heels. infact i m wearing a flat shoe coz dat is all i hav at dis moment, i cudnt find da shoe dat i want so far.. uhuhu.. but dats not da point, my point here is.. dis company is 99% moslem malay.. and da office where i am based of, where all da CEOs, Vice Presidents, Presidents etc are, is really BIG where we hav upstairs n dwnstairs and yet dey refused to hav a small place for praying.. DEY REFUSED! and out of 40 moslem people in da office, only 4 who prays..! ‘amazing’!! Continue reading “Soalan dari Kak Peter Pan”