jemaah

Dunia sudah berubah, bagaimana pula dengan kita?

Posted on

Salam.

Dunia blogging juga sudah berubah. Dahulu begitu ramai mencari input dari blog untuk pengisian jiwa mereka. Kini, dunia sudah mula mencari sesuatu pengisian dengan cepat dan mudah. Maka YouTubelah menjadi pilihannya.

I guess ramai juga struggle sekarang untuk menulis konten berbisa yang mampu ‘hook’ orang membacanya. Malah anak usrah saya sendiri struggle untuk membaca lebih dari 30 minit sehari. Blog saya? Bertuah juga jika mereka sekali sekala membuka dan membacanya.

Moga negara merah di atas mampu bertukar menjadi hijau selepas ini..

Tidak seperti belasan tahun yang lampau di mana kami bertaut kasih dan membina inspirasi menerusi penulisan. Maka penulisanlah tempat kami mengayam kasih dan mengugah idea baru membina gagasan dalam perjuangan dakwah.

Barangkali penulisan saya juga turut mengikat ilmu-ilmu yang dipelajari lewat usrah mahupun bacaan buku.

 

Kini, segalanya kelihatan begitu malap dan hambar. Walaupun suara kebangkitan sering berkumandangan untuk memberikan peringatan, barangkali kerana desakan dan tekanan begitu dahsyat di negara ini, sesuatu yang drastik harus dilakukan dengan segera. Menukar pemerintahan merupakan agenda utama, termasuk penyiapan melahirkan kepimpinan negara baru yang lebih amanah dan cekap mengurus tadbir negara ini.

 

Kefahaman dakwah yang dipelajari lewat pelajaran buku tarbiah sendiri harus mampu diterjemahkan ke atas waqie negara yang sama sekali sekala berbeza setiap penggerak dakwah menafsirkannya. Pada tahapan yang sama, desas desus bahawa penggerak dakwah di Indonesia mahupun di Mesir juga mengalami kemalapan yang sama.

Jumlah ahli terlalu ramai dan terlalu cepat diterima menjadikan sistem tarbiah dan penyusunan tanzim mengalami kepincangan tersendiri. Walau usaha pembaikan tetap ada, namun tentu memerlukan masa dan tenaga berterusan.

Apabila melihat perkara ini, aku sendiri terketuk dan harus menerima dengan realiti yang perit bahawa realiti dakwah tidaklah seperti yang diharapkan. Bekerja dalam sebuah kumpulan yang besar, kita harus terutama sekali menurunkan keegoan dan pendapat peribadi, serta cuba mencari titik pertemuan dan persamaan. Perlu lebih banyak mendengar dari memberi pendapat. Malah jika kita nak sesuatu perkara dilakukan, kita perlu terima perkara itu akan mengambil masa untuk diputuskan. Kerana itu ramai anak muda akhirnya suka bebas bekerja sendiri tanpa terikat dengan mana-mana jemaah, kerana itu lebih mudah can cepat buat mereka.

Namun, tentu ada kebaikan pada jemaah walaupun ada kelemahan yang harus sama-sama ditampal.

Jemaah tidak pernah sempurna. Namun, dalam ketidak sempurnaan itu, jemaah membantu kita menjadi manusia sempurna, hanya apabila kita benar-benar menghidupkan tiga rukun usrah yang Hasan Al-Banna sentiasa sebutkan.

  1. Taaruf
  2. Tafahum
  3. Takaful.

 

Tafahum itu berlaku apabila saling menasihati. Taaruf itu menghasilkan cinta. Takaful itu manifestasi hubungan kasih sayang teramat erat.

Benar, golongan salafi, ilmuan, malah pendakwah terkemuka jarang mahu terikat dengan jemaah/NGO gerakan dakwah. Malah, ramai berkomentar akan kepincangan sistem usrah yang jemaah NGO ini bawakan. Apatah lagi mereka datang dari background syariah, malah bertalaqi dan menuntut ilmu dari ulama besar dari Mekah/Madinah/Jordan, apalah yang ada sangat pada kader dakwah yang hafalan Quran sendiri masih tergagap, malah barangkali tidak menguasai kitab-kitab popular Imam Hadis sekalipun.

Dahulu barangkali kader-kader dakwah mampu merasa yakin bahawa kefahaman dakwah mereka lebih kebal berbanding ilmu-ilmu yang dimiliki oleh para pelajar dari timur tengah. Namun, kita sendiri melihat kecairan ramai kader dakwah ini, terutama yang berlatar belakangkan ilmu pendidikan sains. Apabila mereka bekerja, mereka tidak lagi berkesempatan untuk menambahkan ilmu agama mereka sendiri. Pekerjaan mereka sendiri tidak menambahkan suasana keilmuan. Usrah sendiri hambar. Daurah terkadang hampir tiada. Masa yang ada disibukkan dengan mesyuarat dan agenda perubahan masyarakat.

Maka, apabila diminta mengisi tazkirah mahupun ceramah, tidak mampu mereka menandingi asatizah dari latar belakang syariah yang lain. Maka jemaah dakwah ini hilang magnetnya menarik potensi insan lain ke dalam jemaah.

Beza jika kader dakwah itu memiliki sumber keilmuan begitu mendalam sekali. Hasan Albanna, Abdul Qader Audah, Imam Maududi, kesemua mereka memiliki magnet ilmu tersendiri. Mereka ada substance yang unik bagi menarik orang mengikuti mereka. Begitu juga jika di kawasan Asia, Ustaz Anis Matta, Burhanudin Helmi, Tuan Guru Nik Aziz, Ustaz Dahlan, juga beberapa asatizah dari IKRAM mahupun ISMA, sebahagian mereka ada kualiti ilmu begitu mengagumkan.

Ilmu itu, apabila digabungkan dengan khazanah dakwah, maka ia mampu melassokan ramai anak muda bekerja di dalam jemaah dakwah mereka.

Ironinya, anak muda penggerak dakwah, amat kurang sekali sebegitu. Ramai antara kita berada dalam background medik dan engineering. Apabila dah begitu menjurus dalam bidang perubatan, maka tumpuan lebih kepada pekerjaan di hospital mahupun research-research yang begitu mengambil masa. Apabila sudah berkeluarga, maka di situ tumpuan harus diberikan.

Maka, bila saatnya engineer dan para doktor ini mampu menjadi ilmuan yang dapat menjadi magnet kepada orang baru masuk ke dalam jemaah dakwah?

Akhirnya, terpaksalah dikorbankan masa dan tenaga, untuk menguasai ilmu quran, hadis, sirah, fiqh, dakwah, syariah dan lain-lain. Begitu juga harus berusaha untuk menghafal al-Quran dan hadis yang popular.

Ada juga mengatakan biarlah para doktor ini fokus kepada ilmu kedoktoran dan berdakwah di bahagian itu. Namun, jujurnya telah dicuba perkara itu, namun tidak setinggi kemanisan apabila kita mampu menguasai ilmu Islam dan menjuarai kefahaman itu di dalam masyarakat.

Dunia sudah berubah.

Mad’u kita sendiri pun. Kita tidak lagi dapat menjadi jaguh usrah apabila diri kita tidak ditingkatkan secara eksponensialnya. Pangkat di tempat kerja kita makin meningkat. Duit kita makin membiak. Rumah dan kereta semakin bertambah. Namun, itu bukanlah tarikan manusia kepada dakwah kita. Dakwah kita tetap menjadi tarikan dan perhatian kerana ‘content’ yang kita bawa, disamping keikhlasan begitu tinggi untuk melihat agama Allah ini ditegakkan di atas muka bumi ini.

Perjuangan kita semakin mencabar, kita melawan bukan sahaja mehnah dari pihak luar, namun dari dalam diri kita juga. Bekerja dalam jemaah yang besar, tentu mencabar berbanding jemaah yang lebih kecil. Masing-masing dengan kelebihannya. Cuma terfikir, jika negara Islam dapat ditegakkan, bukankah kita bertanggungjawap kepada jutaan manusia lain di negara-negara tersebut. Mampukah kita?

Sungguh, tempat akhiratlah kerehatan sebenar. Selagi nyawa masih dikandung badan, selagi nafas ini berhembus, selagi itulah dunia merupakan tempat perjuangan teramat mengasyikkan sekali.

 

Moga kita semua beroleh syurga insyaallah.

Muharikah

21 Syawal 1438H

Advertisements

Noktah di jalan dakwah

Posted on

Apabila aku pulang ke Malaysia, dimensiku mengenai dakwah jelas berubah. Ujian yang menimpa diriku sendiri cukup mengubah cara pandangku terhadap dakwah itu sendiri.

Pelajaran penting yang aku pelajari di kota Kuala Lumpur ini adalah istiqamah di atas jalan dakwah. Kami diberikan peluang untuk bertemu dengan makcik, pakcik, akak2 dan abang2 yang bukan sahaja lama di atas jalan dakwah, namun mereka telah melepasi beberapa cabaran di dalam jalan dakwah: Read the rest of this entry »

Mana satu jalanku…..?

Posted on Updated on

salam,

hampir akhir tahun akademik ini, ramai adik-adik sudah pun ditadahkan dengan pilihan mana satu jalan pilihan mereka..

– yang mana patut dipilih? Jemaah semua nampak sama dan menuju perkara yang sama.. mana paling tepat…?

boleh tak kalau tak nak pilih lagi.. pening paler laa ( boleh… asalkan sentiasa berada dalam lingkungan tarbiyah yang tersusun ie usrah, daurah, mukhayyam etc.)

– jemaah A ni kata jemaah B ini macam ni, macam lambat sangat, mula dari bawah, bukan Quran dah abes turun ke semuanya? nape nak buat semua benda dari scratch? Jemaah B kata betul ke kita dah bersedia untuk gapai benda yang atas itu sedangkan batu-bata untuk menampung daulah itu masih rapuh lagi?

– jemaah tua dan muda? (hurm… terkadang kita diputar belitkan dengan sejarah tanpa kita sedari.. so hati-hati!)

– legal dan underground? ( adakah legal maknanya jemaah itu salah? dan underground itu adalah benar? bukankah yang patut didokong adalah prinsip dan risalah yang dibawa, tidak kira samada legal ataupun tidak.)..
Read the rest of this entry »

Antara kebenaran dan ukhuwah

Posted on

Target pembaca: Muslim Daie

salam,

Kadang-kadang terpaksa mengakui bahawa bekerja di dalam jemaah yang makin berkembang dan memiliki ahli yang berlatar-belakang yang pelbagai sangat-sangat menguji keikhlasan hati dan juga kebersihan ukhuwah.

Aku melihat bahawa keutuhan sesebuah bangunan dakwah itu berdiri lebih kukuh tatkala ahlinya sedikit dan perbincangan sesama ahli dakwah itu meluas ( bila sedikit senang sketlah kan nak bincang). Termasuk juga jika mereka diacu dari sudut tarbiyah yang sama.

Apabila kita memasuki kandang kumpulan yang lebih besar, dan manusia di dalamnya itu pelbagai, memang sangat sukar untuk kadang-kadang mencapai kata sepakat dan kadang2 terpaksa menelan sahaja kepahitan yang ada demi menjaga ukhuwah.

Terkadang aku mimpikan aku berada di tempat yang tiada manusia lain di situ melainkan golongan pelajar sahaja. Di situ tentu dinamika golongan muda ini akan lebih berkembang.

Tapi dari sudut lain, jika ini berlaku, maka kuranglah muwajjih dan pembimbing di kalangan mereka. Maka terkadang akan lebih tersadung langkah dan tidak matang dalam membuat sesetengah keputusan.

Suasana realitinya adalah apabila kita dapat bersama berkerja dalam sebuah saff yang ada golongan syuyukh dan juga muda , yang berusaha sama-sama mencapai kesefahaman yang utuh dalam setiap perkara…

sebab perkara itulah yang akan berlaku di Malaysia…

dan perkara itu, padaku teramat susah…

Sebab mereka yang baru berjinak-jinak dalam tarbiyah akan mengambil sesuatu yang dipelajari sebagai satu yang ideal dan perlu dilaksanakan. Mereka akan bersemangat dalam beramal dan mengaplikasikan apa mereka tahu Read the rest of this entry »

hati sejuk bila teringatkan mereka

Posted on Updated on

Type of readers: Muslim Daie

AMARAN: Jangan jadikan entry ini sebagai alasan untuk memburukkan orang dan jemaah lain…. anggaplah ini luahan hati saya semata-mata..

salam

sungguh ironi kadang2 kita rasa frust dalam dakwah…

frust dengan anak2 usrah

frust dengan naqibah

frust dengan ahli dalam jemaah sendiri

cam pelik, orang nak benda sama, camne lah boleh selisih faham dan cam terasa2 hati?

tapi itulah manusia, punya hati dan perasaan. dan buat hati yang lemah, cepatlah syaitan menggoda dan mengusiknya.. Read the rest of this entry »

Ke mana kita pergi?

Posted on Updated on

Saya ingin membaca apabila terlalu lama menatap buku perubatan yang tidak akan pernah habis dibaca walaupun berpuluh tahun menelaahnya. Satu perkara tentang ilmu perubatan adalah , ilmunya bertambah pada setiap detik dan terlalu banyak perkara perlu diketahui, dari hujung rambut manusia hinggalah kehujung kakinya.

Kemudian saya cuba mencari buku-buku yang saya kira dapat membasahkan hati saya yang kontang.
Lantas saya mengambil buku karangan Yusuf Qardhawi yang telah saya miliki semenjak setahun lepas tetapi tidak pernah dapat menghabiskannya. Saya kira, mungkin dapat sedikit sebanyak membina fikrah dan membasahkan jiwa.

Buku yang bertajuk ‘Kebangkitan Islam : Di antara Perselisihan Yang Dibenarkan dan Perpecahan yang Dicela’ saya kira mungkin sesuai untuk dibaca sewaktu istirehat.

Malangnya, selang beberapa helai, otak saya sudah tidak boleh menerima input ilmiyah tulisan ulama’ tersohor itu. Apatah lagi isu yang dibincangkan adalah tentang masalah perbezaan pendapat dan pandangan antara muslim dan ini sepatutnya sudah pun difahami oleh ramai orang. Pada saya , tidak perlu ada sebuah buku pun yang perlu menyatakan kepentingan perkara itu kerana sepatutnya sebagai seorang yang beriman, dia akan bertoleransi dengan manusia lain dan menolak perpecahan.

Keesokan harinya saya sempat untuk berbual dengan guru saya setelah lama tidak berkongsi perkembangan di tanah air dan di UK ini.

Dan dari perbualan kami itu, barulah saya memahami, mengapa buku yang saya mengantuk membacanya semalam telah dibukukan dan menjadi bahan penting bagi duat yang ada dewasa ini.


Read the rest of this entry »