2019 yang menumbuhkan.

Salam akhir tahun dan juga tahun baru buat akhawat semua.

Lama tidak berkongsi di sini. Sudah tentu tahun 2018 memberi satu lonjakan baru buat dakwah, juga cara kita melihat diri kita ini.

Maka, apa yang perlu kita persiapkan menjelang tahun 2019? Apa hala tuju diri kita seterusnya dakwah kita? Ke mana kita harus pergi?

Bagi saya sendiri, tahun 2019 ini merupakan tahun ke-20 mengenali jalan dakwah ini. 2 dekad yang agak panjang untuk menganalisa serta melihat jatuh bangun, juga keluar masuknya sahabat seperjuangan dari jalan dakwah ini. Saya juga melalui fasa tarbiah di mana IKRAM masih belum terwujud

 

sehinggalah kini apabila IKRAM sudah dikenali masyarakat Malaysia, ahlinya menjadi menteri malah sudah ada tempat sebagai pengarah/pengurus di dalam agensi negara ini.

Satu lonjakan baru tahun 2018 ini adalah bagaimana jemaah kita ini bertumbuh menjadi NGO yang relevan dan berperanan besar di dalam masyarakat.

Maka tahun 2019 memberitahu kepada kita, ada sesuatu yang besar yang harus kita persiapkan bagi diri kita, agar persediaan itu memberi impak yang besar pada dakwah itu sendiri.

Namun, sudah tentu, masih ramai tidak tahu, ke mana harus dia pergi? Apa hala tuju hidupnya? Apa yang dia harus cari? Sepatutnya tenaganya harus ditujukan kepada apa? Persoalan yang barangkali berulangkali muncul dalam hidup kita tetapi kita gagal mendapatkan jawapannya. Akhirnya, apa yang berlaku, ramai yang akhirnya, “follow with the flow”.

Sedangkan seorang daie, kitalah seharusnya “drive the flow”. Kita yang seharusnya memimpin umat ini, akhirnya masyrakat mengikuti kita, kerana kitalah pembawa obornya yang menjadikan masyarakat tertarik dengan cahaya yang kita bawa.

Antara cabaran yang ramai hadapi pada tahun ini adalah;

a) kepayahan mentajmik/merekrut ahli baru/millenial ke dalam relung tarbiah IKRAM.

b) karier di dalam kehidupan diri, seterusnya karier di dalam jemaah ( peranan yang boleh dimainkan di dalam jemaah).

Dunia sudah berubah. Begitu juga orang-orangnya. Kita hidup di dunia yang amat berbeza dengan dunia di mana kita mendapat tarbiah dahulunya.

Dunia yang “borderless and unlimited informations”, yang membentuk psikologi dan cara pergaulan generasi baru. Teknologi lebih membentuk peribadi dan cara fikir seseorang, menjadikan budaya tarbiah ‘duduk sebentar beriman sejenak’ perlu berevolusi cara pendekatannya.

Dunia yang” high demand” dari sudut aspek kehidupan juga menjadikan kita harus lebih “self-sustain” dari aspek pengurusan kewangan peribadi kita.

Apa yang boleh saya simpulkan untuk menjawab dua persoalan di atas adalah:

1) peribadi kita akan menjadi magnet kepada mad’u yang kita bakal tarik. Content yang kita ada itu akan menarik mereka untuk mendengar bicara kita.

Maka kita harus menjadikan content itu content yang relevan dengan kehidupan mereka. Bukan content yang kita mahukan, tetapi content yang mereka perlukan.

Tanpa mendidik diri kita ke arah ’empower’kan aspek content ini, we have no stories to tell.

Pekerjaan kita amat berperanan ‘content’ apa yang kita nak ceritakan kepada dunia.

2) Karier peribadi penentu istiqamahnya seseorang itu di atas jalan dakwah.

Setiap kali saya dijemput memberi taujihaat di luar negara, antara ‘concern’ terbesar penggerak di sana adalah menyediakan pelapis murabbi sebelum para seniors back for good. Fokus utama yang mereka sering minta saya kongsikan adalah bagaimana untuk mentajmik adik-adik baru dan bagaimana menjadikan adik muhib mampu menjadi murabbi sebelum naik ke muayyid. 12 tahun dahulu, saya mempunyai ‘concern’ yang sama. Passion saya adalah menjadikan semua anak usrah saya sebagai murabbi yang hebat. Tidak ada rasa keghairahan yang mengatasi rasa keasyikan membina mutarabbi di dalam relung tarbiah yang pelbagai, memastikan mereka bertumbuh menjadi murabbi yang mencetak puluhan lagi manusia.

Namun, masa telah menunjukkan kepada saya, seorang demi seorang sahabat seperjuangan memilih jalan lain dari jemaah ini setelah pulangnya ke Malaysia. Begitu juga melihat adik-adik yang dahulu begitu hebatmenjadi penggerak, tetapi sudah tidak lagi kelihatan di mana-mana di program dakwah di Malaysia. Sudah tentu detik hati ini berfikir, ” Is there something wrong dengan tarbiah kita? Adakah tarbiah kita gagal melahirkan peribadi yang istiqamah di atas jalan dakwah? ”

Apa yang berlaku adalah, kita diberikan kefahaman dan juga jalan jenjangan kenaikan di atas jalan tarbiah. Tetapi tarbiah tidak menyediakan hala tuju karier kehidupan kita.

Kita bebas menentukan kita mahu kerja apa, kerja di mana, dan fokuskan potensi manusiawi kita di mana. Kerjaya kita tidak difikirkan dan dibincangkan secara mendalam di dalam tarbiah kita sendiri.

Sedangkan perkerjaan kita itu yang menentukan sumbangan kita di dalam dakwah. 1/3 masa kita berada di tempat kerja. Jika yang perlu overtime dan stay back, masa itu menjadi 2/3 masa kita. masa dakwah?Jika diambil porsi masa dakwah adalah masa usrah, maka 1/100 atau 1% sahaja dari masa itu malah kurang dari itu. Bagaimana kita dapat menjadikan semua urusan kehidupan kita adalah untuk dakwah, dan sebagai hambaNya yang bersyukur, menjadikan seluruh pekerjaannya membawa manusia kepada Allah?

Inilah peranan pekerjaan yang mampu melorongkan pekerjaan kita sebagai sebahagian dari dakwah dan ibadah. Pekerjaan sangat penting yang membentuk keperibadian dan seterusnya dakwah kita.

Kini, ‘concern’ terbesar saya yang sering saya ulangkan adalah ” Yang penting, saya nak antum semua istiqamah di atas jalan dakwah ini, sampai bila-bila.”

Relavannya peranan kita di dalam jemaah, sangat bergantung kepada pekerjaan kita – bagaimana self sustainnya kita financiallnya, dan bagaimana pekerjaan kita membuka lagi banyak peluang-peluang dakwah yang lain. Lihatlah pekerjaan kita sekarang, berapa banyak peluang dakwah yang boleh kita ciptakan, itulah peluang medan kita untuk beramal.

]Jika perlu, ciptakan sendiri pekerjaan menerusi perniagaan agar lebih banyak sumbangan yang dapat dibuat.

Dakwah adalah kehidupan kita. Kehidupan ini dibentuk oleh pekerjaan kita, apapun ia.

Generasi baru melihat siapa kita. Apa “brand” story kita. Apa yang kita bawa? Adakah mereka ikut kita, kita dapat relate dengan kehidupan. Apa manfaatnya mereka mengikuti kita?

IKRAM bukanlah sebuah jenama mahupun lembaga. IKRAM adalah pada orang-orangnya, kita semua. Manusia tertarik kepada kita dahulu, baru dapat tengok association kita pada jemaah kita. Maka, invest kepada pembangunan diri kita. Kita takkan pernah merugi.

Kerana orang-orang inilah yang menjadikan hidup kita ini terasa barakah dan ‘terjaga’. Bila bertemu dengan orang-orang yang menaikkan iman kita di saat kita tak menyedari iman kita memerlukan rawatannya. Jemaah kita mempunyai talents pool terbesar dan terhebat di dalam negara kita, samada kita sedar atau tidak. Disebabkan itu, talent ini harus dimanfaatkan untuk dakwah.

Saya mengakhiri perjalanan akhir tahun ini dengan menziarahi akhawat di Nihon dan beretreat bersama IKRAMEDIA Pusat. Tak pernah rasa merugi untuk bertemu dan belajar dari ramainya manusia hebat di dalam IKRAM ini.

 

Saya harap anda semua merasa benda yang sama.

Selamat menjalani tahun 2019 yang baru, tentunya untuk menjadi manusia bertumbuh yang lebih relevan dan bermanfaat untuk umat ini.

Uhibbukum fillah,
Aisyah Z / Muharikah
Gombak

Persepsi

“Apakah keistimewaan Aisyah? Aisyah mahu dikenali sebagai apa?”

Pertanyaan penceramah kepadaku menjadikan aku berfikir semula. Apabila kita memutuskan imej apa yang mahu kita tonjolkan, itulah yang harus banyak kita kongsikan.

Sebab itu, sosial media ini adalah permainan persepsi. Politik pun begitu juga. Apa yang ditonjolkan di sosial media hanya menunjukkan sisi yang mahu ditonjolkan sahaja tentang diri kita, barangkali hanya 10% sahaja tentang diri kita.

Sudah tentu social influencer lain banyak memberikan fokus kepada penampilan diri untuk berbicara tentang cerita mereka. Saya cuma punyai gambar seperti ini, tanpa lakonan dan buat-buat. Wajah kepenatan setelah 16 jam berada di luar untuk bekerja, dan berwefie bersama pada 11 malam.

Kehidupan aktivis tidak diwarnai dengan kerehatan, bahkan sebuah perjuangan untuk meraih puncak ketinggian.

Barangkali jawapan yang boleh saya berikan kepada penceramah adalah;

“Saya mahu dikenali sebagai manusia yang menginspirasikan, walaupun saya juga hanya manusia biasa.”

Moga-moga begitu. Doakan saya selalu istiqamah, sentiasa dikurniakan ilham dan kekuatan, bagi terus menginspirasikan.

#muharikahlife

Bermulanya dari huruf i ( edited version)

Salam,

Zaman kini berbeza dari dahulu.

Saya masih ingat di waktu saya membawa adik-adik bertemu murabbi kami untuk menjelaskan kepada adik-adik tentang jemaah kami. Ketika itu,seperti biasanya, adik-adik baru akan didedahkan juga dengan iklan-iklan dari jemaah yang lain. Ada yang membuat iklan biasa, ada yang menghadiri tamrin meminta adik-adik mengikuti mereka. Dan tenyata menjadikan adik-adik mendengar tentang kami dari pihak lain, atau lebih menyedihkan kami, menjadikan adik-adik di waktu itu memahami jemaah dahulu sebelum dakwah dan Islam.

Di waktu itu, terkadang kami sedikit goyah.

Bila orang tanya, betul ke jalan kami ini?

Kamu nak bawa orang kepada JIM ke?
Continue reading “Bermulanya dari huruf i ( edited version)”

Tugas kita tetap sama…

Salam,

banyak perkara yang berlaku semenjak kebelakangan ini.

dan terkadang sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata berbanding bercakap dengan mulut. ( adakah sudah hilang seni2 dari tanganku?)

di satu sudut manusia umum amat dahagakan sentuhan hidayah. Mahukan sesuatu pada islam ini.

Pada satu sudut yang lain, manusia-manusia yang ditarbiyah turut dahagakan sentuhan seorang murabbi dan perhatiannya.

Jika disoroti perjuangan Hasan al-bana dan para sahabatnya, tumpuan terbesar mereka adalah pada pembentukan individu Muslim, pada pencernaan dan kelahiran seorang manusia rabbani. Dan kelahiran itu hanya akan terwujud dengan tarbiyah sahaja.

Namun itu memerlukan pengorbanan dan kerja yang amat bersungguh-sungguh.

Hujung minggu ini kami akan adakan daurah, antara tajuk yang nak disampaikan adalah‘thawabi t wa mutaghayyirat’. membaca buku itu semula sangat2 banyak merefreshkan kembali, ke mana kita harus dan di mana harus kita bermula.

Terkadang , dalam satu2 jemaah, banyak masalah terlahir, seolah-olah rapuhnya tanzim yang dibina. namun hakikatnya, tanzim takkan wujud tanpa adanya asas yang kukuh pada tarbiyah.

sistem akhlak, aqidah dan fikrah hanya boleh terwujud dengan tarbiyah yang bertahap namun berkekalan hingga mencapai tujuannya.
Continue reading “Tugas kita tetap sama…”

Dunia yang berbeza

Salam,

sudah genap 7 hari saya bermastautin di tanah Gombak, tempat saya membesar.

Alhamdulillah , 7 hari yang penuh cerita dan tentu penuh warna..

Siangnya aku cuba manfaatkan dengan menziarahi ramai murabbi dan menuntut dari mereka. Tentu juga mengambil kesempatan yang lumayan pada masa yang sedikit untuk bertemu dengan saudara-saudaraku di jalan dakwah ini. Mengutip semangat dan membasahkan ukhuwah pada hati kami ini.

Alhamdulillah. Terasa amat sedih kerana tidak mampu bertemu dengan mereka yang telah lama tidak kutemui. Yang telah pun pulang ke Malaysia untuk beraksi di medan pentas di sini.

Semakin lama menyaksikan pelbagai generasi telah pulang ke Malaysia, semakin dirasai betapa usiaku sendiri telah beranjak senja. Fasa baru turut bermula apabila melihat ramai sahabat-sahabat telah pun berumah tangga. Tentu perbualan dan masa yang diberikan tidak sama seperti mana ketika mereka sendiri.

Tentu fasa-fasa itu perlu dijangkakan dan diterima sebagai sunnah kehidupan.

Di waktu malamnya aku cuba sedaya upaya berbakti kepada keluargaku, memastikan mereka merasa cukup dengan masa yang kuberikan buat mereka.

Pengalaman yang tidak dilupakan juga adalah membantu saudaraku, teman baikku di dalam walimahnya. Bermula dari awal perancangan walimah sehinggalah aku menjadi pengapitnya di hari bersejarah tersebut. Tentu kaget juga merasakan kini dia sudah berpunya, namun alhamdulillah, aku amat bersyukur kerana prosesnya berjalan lancar penuh barakah.

Raja Sehari

Continue reading “Dunia yang berbeza”