fail exam

Budak Usrah Fail Exam

Posted on Updated on

 

 

 

” Apsal bebudak fail ini cakap dia fail sebab sibuk sangat usrah?”

Aku terdengar perbualan antara pensyarah-pensyarah universitiku sewaktu menunggu assesment akhir posting. Sebelum itu aku terlihat pensyarahku sedang berbual-bual di dalam biliknya dengan seorang pelajar. Aku ingatkan berbincang perihal case report atau sewaktu dengannya. Tak sangka itulah isu yang sedang dibincangkan.

Pensyarahku lagi seorang itu tekebil-kebil mendengar persoalan itu dan menyerigai balik.

” Siapa budak itu? Usrah mana dia ikut?”

“Adalah persatuan pelajar ini buat usrah. DIa cakap sibuk sangat usrah sampai tak sempat nak study.”

Bukan sekali usrah menjadi fitnah. I just wondering, kalaulah adik itu sibuk pergi konsert dan jamming, orang akan salahkan juga tak konsert atau jamming? Ada juga adik2 yang tak sibuk dengan apapun, masih lagi boleh fail. Mungkin ada masalah peribadi ataupun barangkali memang struggle dengan studi. Adkah orang akan salahkan adik itu?

Aku pun alami situasi yang sama dengan adik tersebut. Aku pernah fail Tahun 2 di Fakulti Perubatan. Tahun 1 aku hampir-hampir fail by 1 markah. Tahun 1 tahun aku lalalala lagi, time tu  usrah pun tak jumpa. ASyik pergi jalan dan main snow sahaja.

Tahun 2 aku dah mula kenal akhawat dan dakwah. Tahun 2  aku sudah memang bergerak aktif. Di waktu itu, tidak ada akhawat di kawasan. Usrah pun 5 jam jauhnya perjalanan menaiki tren. Hujung minggu aku akan ke program untuk tarbiah.

Namun di tahun itu juga, aku alami masalah penempatan. Sepatutnya aku duduk dengan seorang akak pHD di sana, tapi last minute dia tak jadi stay di Scotland. Dengan masalah kewangan, aku terpaksa mendapatkan teman serumah untuk membayar sewa apartment saya. Tidak ada muslim yang sanggup duduk dengan saya ( disebabkan agak jauh dari universiti dalam 30 minit berjalan). Malaysian mmg sudah sedia tidak ramai. Maka, aku terpaksa duduk dengan chinese dari China dan indian dari India.

Tahun itu memang tahun depresiku dalam banyak hal. Aku akui aku struggle dalam studi. Dengan tidak ada kawan belajar. Balik rumah tak jumpa langsung orang Melayu. Aku hanya menemui kebahagian di hujung minggu di waktu program. Di waktu itu sudah masuk tahun klinikal , tapi aku tak tahu cara belajar yang betul. Aku tidak tahu yang aku sudah jauh ketinggalan. Akhirnya menjadikan dakwah di hujung minggu sebagai escapismeku.

Aku fail exam  tahun itu sehingga terpaksa repeat year.

Maknanya ibu aku terpaksa membayar yuran dan juga elaun hidup aku pada tahun repeat year itu; berjumlah RM 150k camtu! huhuuh.

( boleh bayangkan tak bagaimana ibu saya rasa nak cekik saya dan tarik tudung saya goyang2 kepala saya??)

Sepanjang tahun itu ibu aku asyik ungkit tentang kegagalan itu dan bagaimana dia rasa depress terpaksa berjimat duit untuk aku.

Dia nampak buku dakwah sahaja di atas mejaku terus dia akan maki hamun.

” Apa kau ni asyik pentingkan dakwah sahaja dari study? Ko ingat kawan-kawan dakwah ko boleh tolong ke time ko fail exam? Siapa yang bayar ko punya yuran semua? Aku tahu!’

‘ Stop doing dakwah AIsyah, Stop it!”

Telinga aku memerah dan hatiku mendidih. Tapi tidak ada ungkapan yang mampu aku lafazkan dari bibirku.

Senior-senior aku pun suruh aku berhenti berusrah dan fokus pada studi. Begitu juga adik beradik aku asyik mengungkit yang hidup mereka di Malaysia pun sangat miserable disebabkan mak kami asyik memarahi mereka kerana stress.

Tahun repeat year itu benar-benar tahun muhasabah bagi diriku. Aku benar-benar bertanya diriku adakah aku benar-benar mahu menjadi doktor.

Di waktu itu aku menyedari, yang menjadikan dakwah itu fitnah bukanlah usrah, tetapi diri kita sendiri.

Kerana kita kurang mengenal kemampuan diri kita sendiri.

SElepas aku fail exam tahun dua itu, aku diminta untuk bertemu dengan seorang kaunselor. Mula-mula aku enggan. Tapi supervisor aku meminta aku bertemu dengannya.

Itulah milestone aku sehingga menjadikan aku seperti diriku sekarang.

DAri kaunselor itu aku mengenali cara belajarku selama ini salah.

Setiap orang ada cara belajar tersendiri.

Kaunselor tersebut memperkenalkan saya tentang learning style. Kami buat sedikit test sebelum sesi kami yang pertama itu, dan baru saya tahu learning style saya adalah by visual dan kinetik ( berbuat). Bukan membaca.

Boleh cek untuk diri anda sendiri di sini http://www.learning-styles-online.com/overview/ 

Saya memang minat membaca. Cuma untuk belajar sains dan memahaminya, saya harus melihat dengan gambar. Seperti saya katakan tahun 2 saya mempunyai masalah kewangan kerana sewa rumah yang mahal. Hampir semua nota lecture saya tidak ada gambar.  ( sebab nak jimat dakwat printer) Syaa buang semua gambar2 yang ada. Yang ada cuma tulisan. Di waktu itu tidak ada youtube lagi. Maka apa yang saya belajar adalah dari buku.

Semenjak dari itu, saya pastikan setiap nota lecture saya ada gambar dan mesti berwarna warni. Thats how i remember. Sehingga sekarang, saya belajar menggunakan youtube dan gambar rajah. Dari situ saya boleh faham dan explain semua dari orang lain.

SEbenarnya, usrah harus menjadikan diri kita manusia terbaik. Yang menjadikan diri kita lemah dan teruk bukanlah usrah, tapi diri kita sendiri.

Jangan menjadikan usrah sebagai hambatan untuk kita menjadi manusia terbaik.

Saya tidak pernah merasai usrah membebankan saya. Usrah dan tarbiah adalah nadi hidup saya. Ia menjadikan saya sedar kenapa saya harus hidup kat dunia dan untuk apa saya hidup di sini. Usrah menjadikan diri saya harus bangkit berbuat sesuatu yang terbaik. Dia menarik semula rel kehidupan saya kepada rel kebenaran, selepas beberapa lama mengarah ke arah kelekaan dan kelalaian.

Dari usrah, saya beroleh barakah. Barakah itulah yang mencukupkan segala kekurangan saya. Memang ada orang ada bad experience dari usrah. Saya pun banyak pengalaman sebegitu. Namun, merasai barakah di dalam sebuah jemaah, sudah cukup menjadikan hati saya tetap akan pilihan hati saya ini.

Meninggalkan usrah, tidak sama sekali. Kerana ia merupakan nyawa kehidupan saya. Banyak kali saya tersadung langkah dalam kehidupan, usrahlah yang menarik saya dari lumpur kejijikan kepada hidup penuh kemuliaan di muka bumi ini. Melalui usrah, I gain back my strenght.

Kerana itu, sebagai budak usrah, kita kena kenal diri kita.

Kita tak boleh samakan diri kita dengan orang yang tak ikut usrah. Tak boleh bandingkan dengan orang pandai yang ikut usrah.

Kita kena KENAL kelebihan dan kelemahan diri kita. Kita kena KENAL potensi diri kita. Kita kena kenal titik kelemahan kita. Selalulah berbincang dengan naqibah supaya meletakakkan tugasan dan bebanan mengikut kemampuan diri kita.

Neraca keseimbangan itu, kita sahaja yang tahu. Orang lain tidak tahu. kita sahaja tahu di mana titik kemampuan kita.

Apa yang kita harus buat sebagai budak usrah adalah:

1) Memahami kenapa kita harus berada di atas jalan dakwah dan tarbiah.

Jalan ini adalah jalan contoh dan qudwah. Kita mahu menarik orang kepada dakwah dan kebaikan di dalamnya. Kita harus buktikan by joining usrah, banyak kebaikan telah kita perolehi. Bermakna kita lebih berjaya apabila kita join usrah.

Bukan sekadar menunjukkan mata gelap tak cukup tidur dan juga tak fokusnya kita dalam studi, tapi benar-benar menunjukkan bahawa Islam membawa barakah dalam hidup kita.

Islam menjadikan diri kita mudah faham. Dari kefahaman itu kita boleh membawa manusia kepada Allah.

Pressure memang pressure. SEbab itu kita tak boleh makan macam orang lain, lepak macam orang lain dan tidur macam orang lain!

2) Kenal cara belajar masing-masing. Kenal diri kita paling bagus belajar guna cara apa.

Ramai student fail adalah disebabkan cara belajar yang salah.

Benar, ada orang kata perlukan study group. Itu membantu. Tapi paling penting, cara belajar harus betul.

Cuba jawap soalan di sini untuk kenal diri anda http://vark-learn.com/the-vark-questionnaire/

Kalau cara belajar visual, banyakkan gambar. tengok youtube. Kalau cara belajar membaca, buat nota. Kalau cara belajar kinetik, banyakkan mengajar orang.

3) Kawan dengan orang pandai.

Di Dundee dahulu, saya takde kawan Malaysian sangat. ( kami ada dua orang je, saya dan seornag lagi lelaki). Saya lebih selesa belajar dengan kawan-kawan perempuan saya. Mereka banyaknya dari negara Asia lain. Ada seorang Scottish, Bangladesh, pakistan etc. Seminggu sekali kami akan hangout. Kadang-kadang layan mereka main kad. Tapi paling penting conversation kami tidak jauh dari medik. Begitu juga time nak exam, group kami paling aktif buat makan-makan sebab stress. Lepas makan kami akan diskas soalan.

Tapi waktu paling terbaik bagi saya adalah di waktu saya buat masters sekarang. Sebab berada di universiti, bermakna kita berkawan dengan pensyarah-pensyarah yang banyak ilmunya. Begitu juga pensyarah-pensyarah saya rajin mengajar di wasssap grup student masters. Selepas itu kalau pergi mana-mana seminar pun, jumpa orang-orang pandai ini. So benarlah kata-kata Rasulullah, kita akan menurut seperti sahabat terdekat kita.

Berkawan dengan orang pandai medic akan menjadikan kita pandai juga.

Begitu juga, berkawan dengan orang kuat dakwah, kita akan cepat pickup kefahaman dakwah itu.

Mingle with the right person!

4) Masa yang mencukupi.

Ramai juga bertanya bagaimana saya membahagikan masa dengan studi, family dan program-program dakwah.

Dalam kehidupan kita, tidak ada istilah strict timetable. Yang kita perlukan adalah masa yang mencukupi untuk berbuat sesuatu perkara. Inilah masa yang barakah.

Ada orang perlukan 5 jam untuk studi. Ada orang sejam. Antara saya dan awak, masa kita berbeza. Yang amat kita perlukan adalah masa yang barakah.

Iaitu menggunakan masa yang optimum untuk memahami suatu perkara dengan efektifnya.

Masa yang diperlukan ini juga bergantung kepada cara belajar kita yang betul. Kalau cara belajar salah, lamalah masa diperlukan. Jika betul, maka sekejap pun sudah dapat faham.

Apa yang saya lakukan, saya akan gabungkan kalendar dakwah dan juga studi saya. Maka saya akan prioritikan setiap program tersebut. Ada program dakwah yang tak penting. Ada juga program studi yang tak penting. Tak boleh pukul rata sahaja semua. You have to decide, lepas diskas dengan naqibah, apa yang penting dan apa yang tidak.

5) Belajar secara berterusan

Seterusnya, saya akan belajar berterusan. Bukan last minute. Menjadi doktor ini adalah seperti menjadi ulama. Kita tak boleh belajar untuk pass exam sahaja.

Kita harus study untuk jadi ulama’ medical. Hari-hari kena belajar. Ada masa sahaja belajar.

Jika saya tak menulis ini, saya akan belajar. Jika tak belajar, saya akan jogging. Jika tidak saya akan bawa keluarga dan adik-adik usrah saya berjalan.

Tapi belajar, harus setiap hari.

Maka, kita takkan nak cramp semua study sewaktu nak dekat exam. Tidak ada istilah cuti dari usrah untuk exam. Kalau kita belajar dari awal, dengan cara betul, kita tak perlu mengabaikan usrah kita. Malah, semua program barangkali kita boleh pergi. ( tapi biasanya memang susahlah begitu).

Dan sebagai doktor, kita harus belajar sampai mati. Lepas grad nanti pun kena belajar dan strart subscribe medical journal. Better get use to it now.

Saya berharap adik yang fail itu mampu bangkit dan lulus dalam exam.

SAya juga mendoakan bahawa kita budak-budak usrah ini akan terus sukses dan cemerlang.Kita tak boleh samakan dengan mereka yang tak ikut usrah. Orang yang tak ikut usrah barangkali studi 2 jam. Kita harus studi 4 jam barangkali. Kita harus lebih cemerlang dari mereka.

Yang perlu kita korbankan adalah masa tidur kita, masa berborak, dan masa berFB.

Yang banyak menggunakan masa kita bukanlah masa untuk usrah, tapi masa yang sering digunakan untuk sesuatu yang tak mendatangkan manfaatnya.

Moga sukses selalu!

Wassalam

Ukhtikum,

Aisyah Z