dedikasi

Maal Hijrah 1440

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1440.

Moga kita dikurniakan kesihatan, dan barakah dalam kehidupan ini.

Antara azam untuk tahun baru hijrah ini.

1) Perubahan itu perlu. Kerana perubahan itu kita bertambah baik.

2) Segera melakukan kebaikan, kita tidak tahu kebaikan mana yang dipandang tinggi di sisi Allah.

3) Segera bertaubat dan berhenti dari kemaksiatan. “Sesungguhnya manusia itu banyak salahnya.Dan sesungguhnya sebaik-baik orang yang banyak salahnya, adalah orang yang banyak bertaubat.” (HR. Tirmidzi).

4) Baca sejarah kegemilangan Islam, terutama zaman kegemilangan Abbasiyah dan Uthmaniyah. Di situ akan termotivasi diri untuk menjadi cemerlang seperti mana umat Islam terdahulu.

Moga tahun ini lebih baik dari sebelumnya.

Luahan Rasa

ketika rindu menyedut nafasnya.

Sejuk di hati
bagaikan embunan yang membasahi tekak
di tengah panasan sahara

begitulah juga cinta dan kerinduan yang mengirinya setelah itu
ia menyegarkan
mengasyikkan
namun pasti datang setelah itu
keperitan dalam perpisahan
mahupun kerinduan yang berpanjangan.

namun cinta dan kasih itu indah
ia mengikat jiwa-jiwa
ia menjadi gurindam pengubat jiwa yang lara

mahupun memberi tenaga pada jasad yang kelelahan kepenatan
ia menjadi ‘misbah’ pelita yang sentiasa menyuluh menerangi

kerana ia adalah pemberi harapan di atas perjalanan

ramai manusia asyik dengan cinta
leka dengannya
akhirnya tersadung kerananya

ramai juga manusia menjadi hidup dengan cinta
bertenaga dengannya
mahupun mendapat nafas baru dan kehidupan bercahaya kerananya

kerana cinta itu teramat istimewa
apabila tersandar awalnya
pada yang Esa.

Kerana kerinduan yang akan mengiringinya
pasti akan menjadi senandung malam
yang walaupun memberikan sedih di jiwa
pasti juga memberi sinar harapan.

Samada bertemu di sini, mahupun di sana nanti.

juga mengandung pahala beserta pujian
pada yang Esa

Muharikah,
Cairo

curahan hati... · dedikasi · sajak

Sebuah cinta

Di bumi ini,

Walau teriknya memijarkan wajahku

Walau bahangnya mengalirkan peluh di  tubuhku..

Namun di bumi ini,

Ku saksikan cinta

Ku karangkan bait-baitnya

Dan kurasainya sepenuh hatiku

Melihat wajah- wajah itu..

Sering mengundang

Mimpi yang indah

Sering membasahkan

Sebuah haraapan.

Dan di bumi ini,

Terus menerus

Menghantarkan aku erti sebuah cinta

Lebih hebat

Lebih dahsyat

Lebih damai

Dari terpaan angin

Yang mengelusi lembut wajah-wajah kita

D celah kedamaian kita

Berada dalam jilsah zikrullah itu

Dan di situ,

memori itu akan terus terakam

dalam frem ingatan ini

dan akan terus menjadi bekal

buat diriku terus tersenyum

melayari perjalanan seterusnya nanti.

 

Di bumi ini

kisah cintanya

lebih hebat dan agung

dari bongkah-bongkah Petra

serta batu-batu Romannya

Dan di situ

harapannya

kita akan terus mengikat janji setia kita

kepada Allah

selama-lamanya..

Wasalam

Muharikah

11 ramadhan

Irbid, Urdun

curahan hati... · Luahan Rasa

Futuwwah Cinta

Inilah dia cinta

Pak Rahmat mengatakan, cinta itu dakwah, dan dakwah itu cinta.

Dan dakwah ini mengenal kita pada Dia.

Mentaqarrubkan kita pada Dia.

Masuliyah fardhiyah kita adalah untuk sentiasa mendampingi kitabNya, mengikuti sunnahNya dan beriltizam dengan akhlak QuraniNya.

Dan seluruhnya dibuatkan kerana Dia.

Dan Dia semata.

Dan itulah dia cinta.

Bila segalanya dihadapkan pada Dia.

Dan cinta itu mengalunkan kita pada syahadahNya

Menerokai puncak-puncak kekuasaanNya,
Continue reading “Futuwwah Cinta”

Luahan Rasa

Di sana, ada manisnya cinta

Antara yang kurasai manis di jalan ini,

adalah nikmatnya merasai cinta di jalan Allah itu.

Tentu aku mengasihi semua mutarabbiku.

Namun tentu aku lebih mengasihi mereka yang bersama-sama denganku memikul beban dakwah yang amat berat ini. merasai pahit manisnya berjuang di jalan ini.

apatah lagi mereka yang saban waktu denganku berbincang akan perihal dakwah dan tarbiyah di sini

Kami duduk berjauhan.

Bertemu seminggu sekali jika bernasib baik.

Jika tidak 2 minggu sekali

Pernah paling kronik 3 minggu sekali.
Continue reading “Di sana, ada manisnya cinta”

curahan hati... · sajak

BM dan couple

Apa beza kita dengan mereka?

adakah beza kerana kita berBM dengan perantara borang?

adakah beza kerana kita sama-sama pergi program?

adakah beza kerana kita sama-sama memasang niat, berusaha mendirikan bait Muslim demi dakwah kita berkekalan sampai kita bertemu Allah kelak?

adakah beza kerana bertudung labuh dan berkopiahnya bakal pasangan kita?

saratnya hafazan dan bertaburannya anak binaan?

adakah itu bezanya kita dengan mereka?

Sedangkan lukisan yang ditunjukkan, serupa sahaja dengan mereka yang tak pernah mengerti,

apakah proses BM itu sendiri..

Melalui bahtera proses itu sendiri adalah satu ujian yang amat besar buat kita.

Ujian dalam….

Continue reading “BM dan couple”

curahan hati...

Kerana sebuah cinta…

Hari minggu ini penuh ceritera dan warna warni.

Tentu aku kesedihan melihat kak mimi yang mengalami bengkak di tisu lymphoidnya ( mungkin akibat jangkitan) dan shidah yang gastritis disebabkan pregnancynya.

Namun kejinggaan dihatiku bertukar menjadi wajah pelangi yang sangat indah untuk ditatap.

Asyik.

Alhamdulillah Wa Subhanaallah.

Maha Suci Allah yang mengurniakan keindahan pada perasaan dan hati kita di saat kita mengenal Allah dan risalahNya.
Continue reading “Kerana sebuah cinta…”