cerpen

Love, life, hope

Posted on

7637-new-life-new-love-new-hopeApa yang menggembirakan hati kita?

-Cinta?

Betul ke cinta kasi kita happy?

-Dah tu? Apa dia?

Actually, yang buat kita betul-betul happy, adalah our purpose of life. And fullfillingnya hati kita dengan purpose itu.

-Duh, berfalsafah. Aku tak faham, dude.

Kau pernah bercinta?

-Huh?

Kalau kau pernah, mesti kau pernah rasai peritnya kekecewaan bukan? Walaupun yang kau cintai adalah yang halal untuk kau. Mesti ada hiccups dan kesalahan yang buat kau kecewa pada si dia kan?

-Hurm

Tapi, bila kau ingat balik purpose kau kenapa kau cintakan dia? Kenapa kau sayang dia? Bila purpose itu adalah kerana Allah, tentu hati kau akan tenang. Tentu hati kau akan mula bahagia balik. Sebab yang akhirnya menghappykan kita adalah Allah. Yang menyebabkan kita ada sense of purpose, adalah Allah juga.

-Kau memang hebat berkata-kata dude.

Aku bukan begitu. Aku cuma insan yang mencari makna dalam hidup aku.

Begitu lama aku dah bekerja dan begitu ramai aku mengenali ramai orang, ternyata ramai orang begitu lost dalam hidup dia. Walaupun dia mempunyai kereta yang mahal, isteri yang cantik, anak-anak yang ramai serta harta kekayaan begitu melimpah ruah.

-Hurm

Begitu juga aku jumpa orang yang begitu popular di mata manusia, tapi sengsara jiwanya.

Diri mereka tak bertemu dengan satu perkara teramat penting itu. Itulah purpose of life. Makna kehidupan mereka.

Dari makna kehidupan itulah, mereka bertemu cinta, mereka bertemu hidup dan mereka bertemu harapan yang begitu luar biasa sekali.

-Sekali lagi aku cuba memahami. Barangkali aku juga masih mencari. Atau hati aku kaku dari nak rasa apa-apa ini. Dan please dude, aku sebenarnya alergik dengan benda-benda Islamik ini.

Haha. Dan aku pelik napa kau masih suka melekat dengan aku walaupun kau tau dakwah dan aku melekat kuat.

-Maybe, sebab kau suka buat aku terhibur…

Haha. Seriously?

– Takdelah. Aku saja nak kasi ko rasa macam bagus. Tapi dude, purpose of life? Amenda kau cakap tu?

Well, purpose of life kitalah. Mengabdikan diri kepada Allah. Menjadi khalifahNya.

-Bosan dude bosan! Aku dah tahu semua tu! Tapi macam aku tak faham nak buat camne.

Ok, camni. Yang penting, satu je. Kau kena mula dengan ikut program-program ilmu dan tarbiah.

-Grr.. Alerg..

Wait. Sabar, kasi aku habis dulu! Sebab, memang kita tahu nak beribadah semua. Kita tahu kena jadi khalifah mende-menda tu kan. Tapi, kita susah nak betul-betul faham dan buat kalau takde geng. Bila pergi program-program ilmu dan tarbiah itu, kita boleh jumpa geng, boleh tanya dan boleh belajar macam-macam.

Camne perasaan ada purpose tu eh.

Dia akan rasa seperti, semua benda kita buat adalah untuk Allah. Semua benda kita usahakan adalah untuk bawak orang kepada Allah. Apa juga tindakan kita adalah demi untuk capai redhaNya sahaja.

-Bro, ucapan kau memang win. Aku salute!

🙂 🙂

Advertisements

Memenangi hati manusia

Posted on

logo GU elegant1Dia merenung sahaja buku yang dibacanya.

Sekejap dia membaca beberapa patah ayat, kemudian dia melihat handphonenya. Dibukanya twitter dan dibaca beberapa status twitter yang dibacanya. Selepas retweet beberapa status, serba salah, dia membuka balik muka surat yang ditandanya di buku itu..

‘ Ini Sejarah Kita, oleh Thoriq Ahmad’. Buku yang dicetak hitam putih itu dibacanya berulang kali, tapi dia tak jumpa apa yang dicari.

Telah hampir 16 tahun dia berada di jalan tarbiah ini. 8 tahun bergerak di dalam dakwah kampus di UK, dan 4 tahun di medan belia di negaranya sendiri. Tentu bahan yang digunakan untuk menarik orang kepada dakwah satu masa dahulu tak semestinya mampu menarik orang pada kadar dan tahap yang sama zaman kini. Manusianya berbeza. Suasananya berbeza. Keadaan berbeza. Umur pun sangat berbeza.

Hattakan syarikat Nokia sendiri boleh bankrup akibat lambat untuk mengikuti teknologi dan adaptasikannya, apatah lagi dakwah. Jika kita menggunakan cara yang sama 10 tahun yang dahulu tentu kita takkan dapat hasil yang lebih baik.

Razan tak pasti siapa yang akan hadir esok hari. Dia hanya poskan gambar poster  di Instagramnya tentang usrah umum esok hari di Dataran Merdeka. Dataran merdeka tu! Niatnya nak tarik seramai belia yang mungkin yang berminat dengan Islam.

Cuma dia tak mahu guna cara yang sama. Dia tak boleh nak guna teknik yang sama. Sentuhannya harus berbeza. Tapi bagaimana ? Dia buntu. Aku ini orang medik, otak sains. Haih, mana nak cari kreativitinya, gerutunya sendiri.

Jika dia mahu menarik orang muda, caranya harus seperti orang muda sendiri.

Cuma, dia sendiri sangat struggle untuk menambahkan ilmu dan skill dalam dakwah. Apatah lagi kehidupan yang begitu menggila sebagai masters student dalam Internal Medicine. Proposal tesis yang belum dibuat, kes report yang belum bertulis. Ini tidak termasuk ilmu-ilmu medik yang perlu dia kuasai untuk jadi pakar perubatan dalam masa beberapa bulan lagi.

‘ Awak ini buat kerja gila ini Razan. Semua benda awak nak buat!’

Begitu teman karib dan belajarnya, Nusayba bergurau. Di waktu itu , mereka sedang belajar bersama di perpustakaan universiti mereka. Bezanya Razan dan Nusayba,  Nusayba tidak boleh multitasking. Dia begitu fokus kepada medik dan alhamdulillah dia berjaya pass MRCP sekali percubaan dan merupakan pelajar terbaik sewaktu exam masters mereka.

Namun Nusayba amat memahami jiwa Razan.

‘ An memang tak boleh fokus. I dont know what is wrong with me. Tapi I get bored so easily. Like I cannot do the same thing all over again. I need some excitement in life. Something that can give me colours and make me happy. Sebab itu An involved dalam dakwah. Sebab dakwah sebenarnya fun, Sayba!’

Begitu bersemangat dia bercerita kepada Nusayba. Bukan dia tak pernah mengajak Nusayba untuk join usrah, cuma Nusayba tak boleh berikan komitmen kerana perlu menjaga ibunya di rumah. Dia anak tunggal dan ayahnya telah meninggal dunia. Ibunya sangat attach dengan dia.

‘ Sayba akan support dan sokong je An. Paling penting kita kena berjaya dalam studi kita. Penting ini, ini jihad kita untuk Islam!’

Sekurang-kurangnya, sentuhan dakwah di UIA, tempat Nusayba belajar degree mediknya sangat memberi kesan kepada perwatakan Nusayba. Walaupun Nusayba tak join usrah, tapi perwatakan dan akhlaknya begitu baik sekali.

 

Dia kembali menatap buku yang sedari tadi dibaca berulang kali tapi tak beranjak muka surat.

Apa yang aku nak sampaikan esok? Razan begitu menggerutu sekali. Apa kelainannya? Apa yang aku nak sampaikan kepada yang hadir esok. Nak kasi apa ni?? Tolong!

Sambil baring memandang dinding biliknya, Razan berdialog dengan dirinya sendiri,

‘Sebenarnya, aku nak yang datang esok,tersentuh bahawa, kehidupan hidup kita di dunia hanya sekali sahaja. Maka kita harus gunakan sebaiknya untuk mengenal Allah dan menjadi manusia yang terbaik di dunia ini. Terbaik untuk Islam!’

Fuh, macam hebat sangat je bunyinya, tapi apa yang harus aku lakukan?

Lantas dia menutup buku ISK yang telah pun dikhatamnya berulang kali. Jika nak berjaya, kita tak boleh guna cara yang sama. Perlu ada evolusi. Jika dalam studi pun sendiri adanya evolusi dan penambah baikkan, apatah lagi dari  sudut sentuhan dakwah.

Dia ambil beberapa kitab yang wujud di raknya tapi sudah jarang disentuh. Dibelek dan diteleknya. Diambil beberapa potongan ayat yang menyentuh jiwa dan mampu membangkitkan rasa. Diletaknya di dalam powerpoint. Diletakkan sedikit gambaran dan corak.

Satu perkara yang pasti menyentuh manusia dan memberi kesan pada jiwa adalah —-> Ayat-ayat Allah. Tapi ayat apa dan bagaimana menyampaikannya ? Ini yang menjadi skil harus dimilikinya.

Teringat satu masa dahulu dia berkesempatan untuk berforum bersama Imam Muda Asyraf. Ustaz muda itu begitu bersahaja, namun gaya dan ilmunya begitu mendalam. Barangkali sudah biasa berbicara di khalayak umum, maka penguasaan ilmunya begitu mantap dan memberikan kesan di jiwa. Gaya penceritaan yang begitu membuai dan melekakan. Razan begitu ingin sekali mempunyai pengetahuan sebegitu rupa agar dia mampu memberikan ceramah yang berkesan seperti Imam Muda Asyraf.

‘ Insyaallah, doktor ustazah, satu masa nanti kita boleh berforum lagi ya,’

Begitu kata-kata terakhir ustaz muda itu pada dia. Di satu sudut bangga juga dapat sebaris dengan IM Asyraf yang begitu popular itu.  Namun jauh di sudut hatinya, ternyata ilmunya tentang Islam dan dakwah masih lagi cetek sebenarnya.

‘ Dah tu kenapa nak buat dakwah juga?’ Mak dia pernah beberapa kali bertanyakan soalan begitu menggoncang jantungnya.

 

Kerana tanggungjawab mak, kerana dosa-dosa Razan begitu besar sekali kepada Allah. Kerana Razan nak Allah terima amalan Razan dan masukkan Razan dalam syurgaNya. Kerana Razan, rasa begitu bahagia sekali dengan dakwah ini mak.

Skrip itu berulang-ulang kali berputar di kepada Razan, namun dia tahu, dia belum mampu mengungkapkan bicara itu kepada maknya. Barangkali satu masa nanti, apabila tiba masanya, dia boleh terangkan pada maknya kenapa dia begitu asyik dengan dakwah.

 

Tiba-tiba mesej ‘whatsapp’nya berbunyi,

Akak, all the best esok. Moga Allah mudahkan esok untuk menyentuh hati orang yang datang.

Mesej anak usrahnya begitu menyejukkan hati. Sambil menghadap lattopnya , angin sepoi-sepoi bahasa beralun menemaninya. Moga esok hari menjadi penentu perubahan ramai yang hadir. Yang pasti, dia mahu Allah redha akan amalannya, dan menjadi hujah bagi dirinya di akhirat kelak..

 

PS: Jemput hadir kepada yang berkelapangan ke usrah umum Geng Usrah esok hari ( Ahad 18 oktober) di KLCC. Follow instagram @geng_usrah ya!

 

 

Neraca #1

Posted on Updated on

 

” Kau tak kisah orang kutuk-kutuk kau?”

” Eh, nape nak kisah?”

” Yalah, Aku baca orang komen dan hentam blog kau pun dah tersirap dada aku”

 

Azlan tersenyum mendengar pertanyaan sahabatnya itu. Johan merupakan teman setia dan baiknya di perkampungan halaman di ceruk Mu’tah ini.

Sambil memegang bahu sahabatnya itu, Azlan menjawap:

” Kalau kau tengok, mana-mana penulis yang berjaya kat dunia ini pun dah biasa kena kutuk, kene kritik, kene hentam. Dan tengok apa yang jadi pada mereka? Mereka terus sahaja menulis dan menulis tanpa pedulikan apa yang dunia katakan tentang mereka. Ada yang siap kena saman lagi.”

” Erm, kalau aku, confirm aku dah takkan tulis lagi! Down doh..” Johan mengerutkan muka sambil kembali menatap komputernya. Di beleknya lagi blog sahabatnya yang dah pun mencapai reach view sebanyak 2 juta itu.

Pernah Johan katakan kepada Azlan betapa bertuahnya dia mengenal Azlan dalam keadaan ramai pembaca Azlan masih lagi tertanya-tanya akan peribadi pemilik blog jejakamacho.wodpress.com.

Tahulah nama macam sempoi, perasan tak hingat, Blog itu walaupun namanya agak cliche, tapi penuh sarat dengan pengisian yang benar-benar membina minda dan jiwa. Dari satu sudut dia kagum dengan kreativiti sahabatnya itu. Menyampaikan dakwah melalui seni yang begitu halus dan teliti.

‘ Bro, kau cuba tengok gambar ni.’

Azlan menunjukkan gambar di FB teman mereka yang sedang memegang gelas berisikan air berwarna hitam. Kawan mereka nampak gembira di gambar itu di samping rakan mat sallehnya seramai tiga orang. Masing-masing memegang gelas yang sama, tapi berisikan air kuning.. Background gambar di belakang seakan-akan di pub atau club.

” Cuba kau tengok gambar ini. Apa kau rasa tentang Farid? Kau rasa dia tengah minum apa?’

” Oih. Macam minuman.. erm.. kawan-kawan dia nampak macam minum air beer. Dia? Hurmm. Susah nak cakap. Tapi ini macam kat kelab je, beb. Dia ni budak baik, kan. Jaga solat semua. Ingat lagi time di KISAS, memang semua orang kenal dia sapa. Tapi, haih, musykil aku!”

” Itulah yang berlaku pada kita. Kita suka judge orang pada gambaran awal. Kita dah ada mindset pada sesuatu. Terkadang tengok gambar ini kita boleh sangka buruk.”

Selepas menghela nafas, Azlan menyambung,

“Aku ada tanya Farid tentang gambar ini, time ini dia tengah hangout dengan family angkat dia di London. Ni semua family dia.

Satu sudut memanglah Farid bersalah sebab meletakkan dirinya di tempat fitnah. Tapi di satu sudut, kita yang melihat kena cuba jangan cepat jump to conclusion. Sangka baik itu perlu walaupun sukar.’

 

Johan memandang sahabat baiknya itu sambil mengerutkan dahinya.

” Point kau?’

” Pointnya, ada setengah- setengah orang sudah ada macam prequisite mindset tentang seseorang penulis atau penulisan ini. Contoh macam orang yang tak pernah baca blog aku, for sure bila dengar je nama blog aku macam dia akan ingat, ini jejak jambu mana yang perasan sampai koyak ini? Tak sedar diri kot. Itulah gambaran asal manusia.

So, bila dia baca artikel aku pun dia ada mindset itu. So apa sahaja aku tulis, walaupun aku maksudkan lain, dia akan faham lain juga. So, walaupun kau agree dengan poin aku, dan faham, tapi orang lain takkan faham dan takkan setuju. Orang ini lah yang akan sentiasa ada stigma, atau sangkaan terhadap apa yang kau cuba sampaikan dalam penulisan.’

 

” Owh begitu. Susah juga. Sebab itu ada yang tak puas. So, bagaimana?’

 

” Aku jenis penulis yang ada prinsip. Aku tak menulis untuk kasi semua orang jatuh cinta dengan aku. Aku tak menulis supaya semua orang suka kat apa aku tulis. Aku menulis untuk menceritakan kebenaran. Untuk menceritakan hakikat. Walaupun orang takkan faham neraca yang aku tulis. Walaupun orang tak nampak dari perspektif mana yang aku lihat serta cuba sampaikan.”

Sambil menghela nafas Azlan menyambung,

” Ingat tak dulu Ustaz Aziz setiap kali nak share something dari sesuatu buku, dia mesti cerita sedikit background penulis buku. Supaya kita faham dari neraca mana setiap penulis itu menulis. Supaya kita lebih hayati dan fahami apa yang penulis cuba nak sampaikan.

Kerana akhirnya, setiap pembaca akan membaca ikut neraca mereka. Ikut pemikiran mereka. Akhirnya mereka buat konklusi yang cepat tanpa mengira dan membaca helaian serta poin-poin yang telah disebut sebelum ini.”

Johan mengangguk kemudian diam. Matanya begitu leka membaca blog. Sekali sekala melihat twitter dan FBnya.

‘Woi, ko dengar ke apa aku cakap ini? Grrr. Kau ini memang kalau aku cakap panjang lebar je, for sure tazabar dan malas nak dengar.’ Azlan menggerutu sambil menolak bahu sahabatnya.

“Ala.. aku dengarlah dan faham. Cuma macam ustaz sket setiap kali kau cakap Lan.

Aku macam….. mengantuk!”

Ketawa mereka berderai di dalam bilik kecil berkipaskan angin sejuk persisiran bukit di Mu’tah itu.

Satu masa nanti, pasti orang akan faham, satu masa nanti, begitu azam Azlan..

Lonjakan aktivisme mahasiswa

Posted on Updated on

 

salam,

 

disiarkan juga di www.msmonline.info

 

Lonjakan aktivisme siswa.

 

Dalam kemelut dunia yang penuh dengan tribulasi bencana alam, ketidak stabilan ekonomi serta kejumudan akhlak, pemuda , terutamanya siswa perlulah memainkan peranan penting dalam melonjakkan semangat aktivisme yang ada dalam dirinya.

 

Allah berfirman;

إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى

Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Kahfi:13)

 

Pemuda ataupun siswa memiliki semangat yang tidak dimiliki oleh golongan selainnya. Mereka juga memiliki kreaitiviti, idea dan tenaga untuk mencapai satu idealism dan visi yang mungkin tidak dapat dicapai oleh golongan selainnya. Gelora semangat ini sangat perlu dipandu agar tidak menjadi statis dan stagnan hingga akhirnya merugikan masyarakat manusia yang dahagakan anjakan perubahan di era globalisasi ini..

 

Rasulullah SAW,bersabda: “Manfaatkan lima perkara sebelum datangnya lima perkara: masa mudamu sebelum datang masa tuamu; masa sehatmu sebelum datang masa sakitmu; masa kayamu sebelum datang masa miskinmu; masa hidupmu sebelum datang masa matimu; masa luangmu sebelum datang masa sibukmu.” (H.R. Al Baihaqi)

 

Sesungguhnya masa muda adalah masa ghairah untuk melonjakkan aktivisme dalam diri yang dimanfaatkan sebaiknya. Masa itu tidak akan kembali andainya waktu itu sudah berlalu.

 

Wajarlah para siswa menggunakan sarana-sarana yang ada di sekelilingnya bagi mengembelingkan sumber tenaga yang ada serta seluruh potensi yang mampu dimanfaatkan oleh jasadnya.

 

Terdapat 4 potensi yang dimiliki oleh manusia yang perlu diasah dengan sebaiknya.

a)          a)Potensi akal.

Dari sini mahasiswa perlulah merasakan bahawa budaya membaca adalah sebahagian dari dirinya. Dia juga perlu bersungguh-sungguh dalam menuntut kursus yang diceburinya dan sebolehnya menjadi pakar di dalam jurusan tersebut. Di samping itu, mahasiswa perlu melengkapkan wawasannya dengan pelbagai aspek keilmuan,baik dari ekonomi, sosial, sejarah, sains, sastera, malahan politik dan ketenteraan. Ini adalah perlu kerana dengan ilmu sahaja mahasiswa akan dapat menggerakkan dunia yang berada di sekelilingnya. Kepentingan membaca ini juga teramat penting bukan sahaja kerana menjadi satu budaya dalam masyarakat barat , namun kita juga perlu melengkapkan diri kita dalam mengenal helah dan tipu daya masyarakat lain yang boleh menjatuhkan peradaban kita.

Read the rest of this entry »

cerpen: akan adakah lagi akh Marwan?

Posted on

Salam,

 

cerpen ini akan lebih difahami oleh orang yang mengikuti tarbiyah. Bagi yang belum, mungkin anda sukar memahami akan maksud cerita ini. Walau apapun saya sudi menjawap segala persoalan jika ada yang mahu bertanya… Btw, cerpen ini idea asal adalah dari seorang ukhti di malaysia, tetapi saya diminta untuk mengindahkan bahasanya..

 

wasasalam

 

 

Akankah kutemui lagi akh Marwan?

Insyarah duduk termangu sambil menanti menu pesanan di bawa kepadanya. Fikirannya melayang kosong. Kebiasannya Insyirah jarang membuang waktu sebegitu. Lantas dikuaknya kitab kesayangan di tangannya.

‘ Cukuplah jika hanya sehelai muka surat,’ bisik hatinya.

Setelah selesai bacaan khusyuknya mentadabburi ketinggian kalimah Tuhannya, lamunannya kembali menjelma, berterbangan di alam mindanya…

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Zahirah tersenyum malu di hadapannya. Tunduk tersipu-sipu..

‘ Ukhti, betul ke ni? Anti setuju ? Tidakkah terlalu awal ? ‘ Insyirah bertanya dengan wajah yang berkerut. Dia masih musykil dengan jawapan ukhtinya itu.

‘ Mengapa? Bukankah akak sendiri yang menyampaikankan lamarannya?’ Zahirah hairan terpinga-pinga. Di dadanya bergelojak perasaan tanda tanya yang pelbagai.

Insyirah menggeleng-gelengkan kepalanya. ‘Tidaklah.Akak cuma menyampaikan amanah akh Tariq. Dia mengatakan dia sudah bersedia untuk menikah dan ternyata dia memilih anti’.

Insyirah menarik nafas panjang lalu menyambung, ‘Kalau anti sudah bersedia, jangan risau. Anti pun sudah istikharahkan? Berserahlah pada Allah ya?’

….

‘Nasi goreng daging?’ teguran pelayan yang sopan dan anggun di Restoran Ala Kadar itu mematikan lamunannya.

Read the rest of this entry »