Untukmu adikku..

Salam,

Aku menulis ini untuk kamu, kerana aku amat yakin akan potensi kamu yang amat besar untuk Islam dan dakwah ini.

Kerana itu padaku, amat penting jika ini diceritakan buat kamu agar apa yang kamu pilih di kemudian hari, adalah berdasarkan apa yang Allah mahukan buat kamu, bukan apa yang kamu mahu dari dirimu sendiri.

أَفَرَءَيۡتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَـٰهَهُ ۥ هَوَٮٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلۡمٍ۬ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمۡعِهِۦ وَقَلۡبِهِۦ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِۦ غِشَـٰوَةً۬ فَمَن يَہۡدِيهِ مِنۢ بَعۡدِ ٱللَّهِ‌ۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ (٢٣)

Apakah kamu tidak melihat orang yang mengambil hawa nafsunya sebagai Tuhannya? Dan dia pula disesatkan oleh Allah di atas ilmuNya. Dan dikunci pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah)? Oleh itu, mengapa kamu TAK mengambil peringatan? ( Jasiyah: 23)

Pernah dahulu seseorang pernah berkata padaku:

‘ K Aisyah, ada ke ikhwah ini kata akhawat ini macam warden penjara?’

Continue reading “Untukmu adikku..”

Advertisements

Aku juga seorang wanita

Salam

Walaupun kita akhawat supersaiya
Walaupun kita bekerja seolah-olah tiadanya siang dan malam
DAn seolah-olah dunia ini tiada lagi yang kita fikirkan
melainkan dakwah dan Allah,

namun,
kita tetap seorang manusia
kita tetap seorang wanita

wanita yang mahu disayangi
dibelai
dicintai
dan dihargai selalu..

samada oleh rakan-rakannya
apatah lagi oleh seorang insan istimewa
bergelar suami.
Continue reading “Aku juga seorang wanita”

Mana satu pilihanku?

Salam

Kini aku ditanya lagi tentang baitul Muslim.

Benarlah kata seorang sahabatku, bila dah menaiki tangga ini, kongsikanlah pula kisah-kisah baitul muslim untuk dijadikan tauladan.

Jujur aku katakan, kami sendiri masih lagi bertatih dalam menempuhinya dan terlalu banyak tarbiyah yang kami pelajari setelah melangkahnya.
Continue reading “Mana satu pilihanku?”

Teladan nabawi dalam rumah tangga.

Pernah di suatu ketika, terdapat sebuah kisah yang disampaikan oleh ‘Abbas al-’Aqad di dalam ‘Abqariah al-Siddiq berkenaan dengan sebuah syair yang telah dihafal oleh ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anha. Syair berkenaan dipelajari oleh ‘Aisyah daripada bapanya Abu Bakr al-Siddiq radhiyalaahu ‘anhu.

“Suatu hari ketika cuaca begitu panas terik, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam memperbaiki kasut baginda. Di dahi baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengalir peluh hingga ke pipi. Ketika itu ‘Aisyah mampir dan memerhatikan baginda dari dekat, seolah-olah beliau teringatkan sesuatu.

Lalu Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bertanya, “Apakah hal yang menyebabkan engkau tercengang?”

‘Aisyah menjawab, “Diriku merenung wajahmu, dan keringat yang mengalir itu menerbitkan kilauan yang menakjubkan diriku. Sekiranya Abu Kabir al-Hazli melihatmu, pastilah dia tahu bahawa engkaulah orang yang paling berhak ke akan syairnya.”

Baginda bertanya lagi, “apakah yang dia katakan?”

‘Aisyah menjawab dengan lantunan syair:

syair-abu-kabir

Tidak berbekas padanya (kebudak-budakan) susuan ibu atau sakit yang melarat
Jika engkau memandang kepada wajahnya yang berseri-seri
Bercahaya bagaikan kilatan petir yang menyambar

Baginda Rasulullah sallallaahu tatkala mendengar syair itu melepaskan apa yang ada di tangan Baginda, bangun lalu mencium dahi ‘Aisyah dan berkata, “kemanisan apa yang telah engkau ungkapkan, adalah lebih mengujakan berbanding pandangan peluhku berbekas kepada dirimu!” [Lihat juga Rahmat-ul-lil-Aalameen: jilid 2, ms. 153]

Catatan itu begitu indah pada menggambarkan keintiman hubungan di antara Uswah Hasanah kita dengan isterinya. Bagaimana ‘Aisyah menggunakan kuasa kata-kata syair yang indah untuk memuji suaminya yang kepenatan bekerja, manakala suami pula menunjukkan penghargaan tertinggi kepada usaha itu lantas membalasnya dengan ciuman mesra di kening sang isteri.

Tidak hairanlah pada titis peluh pun boleh ada sinar cinta!

Keindahan Rumahtangga Nabawi itu bukan dicampakkan Allah daripada Syurga tanpa harga. Ia datang bersama usaha Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan isteri baginda pada menimbulkan perasaan cinta dan kasih sayang yang membawa ke Jannah.

 

 

dipetik dari http://baituldakwah.blogspot.com

Rumah Islam

Salam,

moga kita semua dalam himmah aliyah.( semangat yang tinggi)

Barangkali irumah islam inilah model rumah yang kita impikan sebelum kita mendirikan baitul muslim wa dakwah.

Kita mengimpikan suasana yang sempurna dan kondusif seusai kita memahami peranan kita sebagai individu islam.

Kita mengimpikan biah yang mampu menjadikan kita lebih melaju dan melonjak lebih kehadapan dalam dua aspek: hubungan dengan Allah dan amal dakwah.

kita mahu hidup, tidur, makan, minum, gurau senda, dengan sahabat-sahabat yang melakukan semua perkara untuk Allah. Mempunyai rumah yang diinfakkan untuk dakwah. Rumah yang digunakan bukan sahaja dihiasi subuhnya dengan ma’thurat serta riyadus salihin , atau rumah yang memudahkan ahlinya untuk berqiyamullail, namun rumah yang intensif dan dinamik perbincangan dan praktikal amal dakwahnya.

Memang best duduk rumah Islam

Rumah contoh di mana ramai manusia merasai barakahnya, menjiwai kedamaian, serta berasa tenang dengan jirusan mawadahnya(kasih sayang).

Dan ahli didalam rumah itu benar-benar merasai, indahnya berada dalam biah islam, di mana semua ahli rumah: mempunyai aspirasi dan cita-cita yang sama: iaitu mahu mendekatkan diri dengan Allah dan mempengaruhi orang lain untuk beramal dengan amal Islam.

Namun kita melihat, di alam nyata/waqie ini, wujud 3 jenis keadaan rumah, tempat tinggalnya manusia yang telah mengenal peranannya sebagai individu muslim:

1) yang tak berpeluang untuk duduk dalam rumah Islam ( RI).

Bukan kerana dia tak mahu, tetapi keadaan tak mengizinkan. Bilangan yang mengikuti usrah kurang. Bukan sebab kurang berdakwah, sebab memang di tempatnya, tak ramai orang baru yang datang.

Ataupun di kawasan kami di scotland, tidak boleh lebih dari dua orang yang unrelated utk duduk sekali. Maknanya cuma 2 orang maksimum sahaja satu rumah jika bukan sekeluarga.

Di Malaysia pula, kekangan keluarga yang mahu anaknya duduk bersama keluarga daripada duduk di rumah islam ini.

2) orang yang duduk dalam RI dan benar-benar menghidupkan RI tersebut.

3) orang yang duduk dalam RI tapi tak rasa macam RI pun.

Malah lebih teruk dari orang yang duduk seorang-seorang ( erk… ada ke yang camni?)

Kita pernah bertemu 3 golongan ini, dan kita semua berada dalam salah satu keadaan tersebut.
Continue reading “Rumah Islam”

Pinanglah daku kerana dakwah.

Salam,

malas juga nak cakap tentang perkara ini. sebab rasa cam tak best plak asyik2 cakap pasal kahwin, sebab kahwin ini wasilah, sedangkan tujuan utama tetap ibadah kepada Allah dan menjadi khalifahNya.

Namun saya kira isu ini agak berat di saat ketika dakwah menjadi satu perkara yang amat phenomenan di era mihwar jahriyah ini. Menyebabkan unsur-unsur penjagaan dan juga kemanisan dalam berBM ini sedikit dicemari dengan tindakan peribadi mahupun perasaan duat itu sendiri.

Baitul Muslim ini urusan besar.

Saya katakan, ianya URUSAN AMAT BESAR.

Saya tanya pada kamu, susah tak nak bina individu muslim?

Susahkan….?

apatah lagi sebuah baitul dakwah. Ianya bukan sekadar sebuah akad nikah. Ianya adalah satu wasilah untuk urusan lebih besar dari itu. maka bersedialah dan berfikirlah sewajarnya akan hal ini.

Berbicara tentang perkara ini amat berbeza sekali fenomenanya dikalangan ikhwah dan akhawat sendiri.

Berbual dengan suami saya sendiri mengenalkan saya akan kepelbagaian sikap-sikap ikhwah mahupun saya sendiri mengenali banyak kisah-kisah akhawat yang ada.

Lain orang, lain ragam dan ceritanya.

Sebelum melangkah, mengambil keputusan dan memasang niat, jadilah perjalanan antum menuju anak tangga seterusnya, perjalanan yang terbaik sekali.

dari awal, sehinggalah pengakhirnya.
Continue reading “Pinanglah daku kerana dakwah.”