Be the best of what you can be

Salam

DIsebabkan masih ada mood nak menulis ( dan alhamdulillah ada masa sedikit), saya meneruskan penulisan di sini.

Saya tertarik dengan banyak komen-komen adik2 terutama dari student2 yang banyak memberikan semangat dan kesan kepada saya untuk menulis perkara ini. Moga2 adik2 akan sentiasa termotivasi dan melihat satu harapan yang besar dalam dunia perubatan ini.

Dahulu, saya memang blur kenapa saya nak jadi doktor. Jujurnya, saya takut mak saya akan marah kalau saya fail exam saya.

Tapi saya benar-benar tahu yang saya memang nak jadi doktor untuk dakwah. SEbab dengan jadi doktor, saya akan dapat bertemu orang biasa dan dapat mendakwahi mereka. Itu niat awal saya.

Sebelum saya tahu betapa horriblenya pekerjaan doktor ini sebenarnya..

Di Malaysia, di waktu kita di sekolah menengah, sewaktu kita nak memilih kerjaya kita, takde siapa yang kasi kita insight sebenar apakah kehidupan dalam setiap pekerjaan yang kita pilih. Kita memilih course-course yang glamour seperti perubatan, engineer, akauntan dan sama waktu dengannya. Yalah, course-course yang ada prestij tersendiri dan mak bapa akan sangat suka dan bangga anaknya mengikuti pelajaran seperti ini. Satu kampung mengetahuinya.

Namun, yang merasainya diri kita. Setelah saya buat medic dan melalui kehidupan sebagai seorang doktor, tidak ada kepuasan kehidupan bagi seorang manusia generasi Y melainkan pekerjaan yang tidak menjadikan kita terikat. Kita suka bebas berbuat apa yang kita mahukan. Kita nak buat ikut apa kita minat dan suka. Soal gaji dan duit jadi faktor nombor dua.

Pekerjaan doktor, engineer dan accounting tidak langsung memberikan kita peluang berbuat sedemikian unless kalau kita bekerja sendiri atau buat locum. Kita jarang terexpose dengan course perniagaan, media dan sewaktu dengannya yang sebenarnya amat diperlukan oleh Islam. course politik, sejarah juga amat diperlukan.

Namun, sudah tentu ada hikmahnya Allah menentukan kita berada dalam dunia ini; dunia perubatan.

Disebabkan kita sudah berada di sini, inilah peluang untuk kita perform dan berbuat sesuatu dengan sebaiknya.

Jujurnya, jika kita kerja sebagai doktor, for the sake of kerja, seriously u will get depressed and down. U want to resign as early as you can. Kita akan rasa lousy dan buat kerja semborono. We never care about the patient and whatever jadi pada patient jadilah. U never get into the feeling of rasa bahagia menjadi seorang doktor.

Untuk kita benar-benar melakukan yang terbaik dalam kerjaya kita, kita perlu rasa bahagia. Bahagia menjadi seorang doktor.

Kebahagiaan menjadi seorang doktor itu terletak pada dua perkara:

a) Mengajar junior ( HO atau junior MO)akan ilmu2 kedoktoran

b) membantu meringankan kesakitan pesakit ( termasuklah mendengar permasalahan mereka dan layan perasaan mereka!)

Sebagai doktor kita bukan merawat darah dan penyakit mereka, tapi kita merawat keseluruhan diri mereka. Mustahil memang. tapi itu yang kita perlu buat.

Sebab itu terkadang saya amat kecewa apabila pesakit yang stroke, tak mampu bergerak dan berjalan, tidak dapat bangun dari katil sebab tiada yang membantu. Saya sangat faham staff nurse memang kesibukan, bukan mereka tak mahu bantu, mereka tak mampu. Apabila anak-anak tiada , dan pesakit itu ditinggalkan, maka tinggallah dia di atas katil, tak bergerak2, sampai dapat lagi DVT, strok atau bed sore. It makes my heart so painful, but i know i cannot do anything about it.

‘ Doctor, can you please ask the nurse to help me open bowel on the toilet? I cannot open bowel in my pampers.’

Begitulah kata pakcik berumur 60 tahun yang baru sahaja didiagnos kanser paru-paru. Separuh anggota sudah lemah sebab strok. Sudah bercerai.Anak tiada. saudara mara tidak ada yang melawat.

Aku cuba meminta bantuan staffnurse, tapi aku lihat dirinya seorang diri melayan 10 pesakit, amat tidak mampu sekali. Aku cuba berbincang dengan Sister Wad, tapi ketidak cukupan staff tidak mampu menyebabkan mereka dapat membantu pesakit.

Aku amat berazam, jika ada peluang, kita harus memohon kerajaan menambahkan pembantu nurse, agar dapat bantu para pesakit kronik ini sekurang2nya untuk duduk di atas kerusi setiap pagi supaya takde bed sore! Dan juga physiotherapist!
( impian saya dahulu nak buka strok centre di Malaysia. Tapi di Malaysia kena jadi neurologist baru boleh jadi strok physician).

Setiap kali aku lalu dihadapan pesakit itu, dia akan memanggilku dengan suaranya yang serak-serak basah, meminta aku membantunya. Aku hanya mampu meminta dia bersabar dan aku akan cuba meminta bantuan nurse. Tapi ternyata aku sendiri hampa. Aku tahu mereka sendiri sibuk dan tak mampu.

TErkadang, kita bukan kecewa dengan orang yang kita bekerja, kita hampa dengan sistem yang ada. Di Malaysia, memang banyak impian yang kerajaan dan negara impikan, tapi masalah di Malaysia adalah masalah sistem. Nak ubah sistem bukan sesuatu yang mudah di Malaysia ( sape yang kerja kat Malaysia faham2 jelah betapa banyakkkkkkkkkkkkkkkkkk borang kena isi untuk sesuatu perkara! )

Inilah juga bits and pieces yang kita perlu hadapi.

Disebabkan itu, niat yang betul itulah yang menjadikan kita dapat mencapai kepada tujuan. Ingatlah hadis ini:

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra. daripada Rasulullah saw., Baginda bersabda: “Sesiapa yang meringankan daripada seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat. ( HR Muslim)

Jadikanlah setiap langkah kita untuk belajar berbuahkan pahala. Kita belajar medic untuk membantu orang lain. Duit datang nombor dua. Yang penting adalah kepuasan membantu manusia.

Jika kamu mengejarkan duit, berhentilah jadi doktor. Jadilah ahli perniagaan. Seriously. Buatlah bisnes hartanah. Gaji seorang doktor jika bukan pakar, maksima RM 7000-10000 ikut pengalaman. Gaji ahli bisnesman boleh mencapai 6 angka sebulan. If you do the right method.

Apabila kita rasa puas dan bahagia, kita akan sentiasa termotivasi untuk mengetahui dan berterusan belajar. Ini kerana, apabila kita mengorak langkah di bidang medic ini, kita telah terikat menjadi penuntut ilmu sepanjang hidup kita. Kita telah berikrar untuk sentiasa belajar dan mengetahui perkara-perkara terkini dan betul untuk merawat pesakit. Kita akan cuba dapatkan the latest management dan ubat untuk pesakit. Kita akan teruja untuk dengar studies baru tentang ubat2 dan rawatan terkini pesakit. Maknanya, belajar merupakan kegembiraan dan kepuasan. Memahami physiology dan pathology sesuatu penyakit make more sense to us dan kita akan lebih ingat.

Disebabkan itu, kita takkan rasa nak belajar sekadar pass exam. Kita akan belajar to be the best student. Kita nak orang rely kat kita sebagai seorang doktor, bukan sebaliknya.

Kenapa saya cakap begini? Sebab i can see from my houseman’s eye, siapa yang sekadar nak siapkan kerja, dan siapa yang benar2 mahu tahu dan belajar. Siapa yang ada curiosity, siapa yang whatever sahaja. Sebab attitude sebegini akan tentukan samada kita akan progress dalam dunia perubatan atau sebaliknya. Itulah niat kita paling awal ketika kita mahu menjadi doktor.

Saya sendiri sangat enjoy oncall dengan houseman yang akan kasi saya idea-idea tentang diagnosis patient. Serta mencadangkan investigation dan management. Walaupun tak betul, saya suka sebab saya tahu dia berfikir. Masa depan untuk dia lebih maju ke depan dan buat specialities akan lebih terbuka. Attitude itu yang perlu dicontohi.

Dahulu, saya takde mentor dalam dunia perubatan sampailah saya pulang ke Malaysia. Kata mentor saya, kena cepat-cepat jadi specialist supaya dapat menyumbang untuk Islam dengan masa dan tenaga yang ada.. Oncall pun dari rumah sahaja. ( oncall adalah perkara yang sangat -sangat nak diavoid oleh kebanyakan doktor).

Disebabkan itu, tanpa berfikir 2 kali saya terus apply masters dalam bidang perubatan. Tanpa saya tahu apa akan saya lalui. Tapi azam saya, apa sahaja yang boleh saya lakukan untuk Islam, saya harus lakukan. Alhamdulilllah, permohonan saya lulus.

Namun, kini,nak masuk masters pun sangat kompetitif. Terlalu ramai yang memohon dan cuma sedikit tempat yang ada.

Ada adik bertanya saya, apa nak buat untuk keluar dari belenggu uni yang ada dan bagaimana nak progress?

Pada saya, pedulikan awak grad dari mana, tapi paling penting, equip yourself to be the best doktor kat Malaysia. Imagine diri benar-benar jadi pakar untuk merawat manusia. Memang banyak benda kena belajar, tapi paling penting, belajar perkara yang betul dan cara yang betul.

Untuk graduate luar negara, gunakan masa cuti anda selama sebulan untuk buat elektif di Malaysia. Belajar bagaimana nak jadi houseman di Malaysia. Tengok requirement yang diperlukan. Ada seorang houseman saya ini selalu kena marah dengan specialist saya sebab banyak benda basic dia tak tahu ( jangan tanya saya dia grad mana hahaha!). Tapi selepas 3 minggu, dia sangat2 improve. Dia selalu semangat nak buat prosedure. Selalu cepat buat kerja. Knowledge dia makin lama makin improve dan dia yang berikan saya cadangan untuk management patient. Sangat osem. Disebabkan saya happy dengan performance dia, saya kasi dia buat chest tube insertion ( time saya HO pun tak dapat peluang masuk chest tube). I hope he will do well in his future career insyaallah).

Saya tanya dia, mana dia pandai buat banyak prosedur;

Kat tempat saya belajar dulu, medical student kena buat banyak prosedur dah doktor.

I know he has the right attitude. He will survive insyaallah.

If your are student now, bila adik2 grad nanti, akan belaku banyak lambakan HO. Sorang HO maybe jaga dua tiga pesakit/ atau maybe tidak juga. Yes, you will have less experience. JAngan jadikan itu at your disadvantage. Apa saya nasihatkan adalah, cepat-cepat amik exam specialities. Itu akan jadi bonus untuk masuk masters dan seterusnya ( tentang beza exam mrcp/mrcog etc dengan masters, i will explain in next entry). Because, untuk masters, kita kene fight for our own place.

Nak masuk masters different games.

For now, survive HO, enjoy life as doctors , try amik exam specialities at least part 1, then kita boleh bincang camne nak survive MO plak , then specialist, then consultant.. then bersara.. .

Indeed, this life ( as a doctor) is a blessful life. I can assure you that.

Till then, i wish you all best of luck. Kita memerlukan ramai doktor untuk mengubah keadaan di Malaysia ini.

Wasalam

Saudaramu

Aisyah Z

Gombak

Advertisements

Detik tarbiyah yang kita rindui

Salam,

baiklah, saya terima saranan untuk kekal menulis di sini. iALlah saya akan cuba menulis di kedua2nya supaya akhirnya ramai dapat manfaat.

Terkadang saya tidak tahu apakah sumbangan paling terbaik untuk dakwah boleh diberikan pada ruang-ruang sempit yang ada.

Apabila saya ada masa menulis, selalunya saya dihimpit oleh beberapa pilihan:

1) Edit artikel jom

2) tulis artikel untuk jom ! —> ini palinggggg susah sebab kene tunggu semua artikel siap baru boleh buat kesimpulan ( khulasah)

3) habiskan penulisan buku saya –> dah half. tunggu! nipis je tapi. bahan tarbiyah yang diolah je pun

4) susun balik artikel2 di muharikah.com/wordpress utk dibukukan.

Akhirnya yang saya pilih adalah, blog ini. Entah. Saya menjadi diri saya di sini. Dan saya senang menulis tanpa memikirkan huruf besar dan kecil, serta ejaan tersalah dan ayat yang tunggang langgang. ( owh ya, saya adalah editor paling tak cermat! hoho)

Saya tersentuh dengan ucapan murabbi saya yang amat merindui zaman-zaman kami di tarbiyah dahulu di UK. Masyaallah, sungguh indah kenangan itu dan ternyata amat manis.

Terkadang memori itu mengimbau halaman-halaman indah dalam kehidupan ini. Kisah merantau ke negara Ireland seorang diri, menunggu bestfren saya siha ambil saya di dublin airport. Kemudiannya membayar duit teksi teramat mahal ke rumahnya sejauh 30km dari airport. Selalu sampai waktu malam yang tiadanya teksi. Suasana di Ireland amat mengimbau perasaan dan kenangan. Di situlah aku menghirup banyaknya mutiara tarbiyah dan pengalaman. Di situlah aku mendengar bait-bait muntalaq yang begitu tertancap di jiwaku sehingga terngiang-ngiang lagi suara murabbiku menempelak diriku:

Pada diri anti, masih ada jahiliyah

Continue reading “Detik tarbiyah yang kita rindui”

Suatu kehidupan buatmu

Seorang adik pernah berkata padaku :

‘ akak, fokus untuk majlis akak eh.. dah nanti balik boleh fikir lagi pasal kitorg’

‘ apsal akak baik sangat dengan kitorg ni? tiap2 minggu belanja makan, sure nak something ni..’

seorang adik lain berkata padaku:

‘ kasihan k aisyah, asyik fikir pasal kitorang je, dah lah nak kahwin ni’

seorang lagi adik berkata padaku:

k aisyah mesti takde masa rehatkan? lepas satu, satu k aisyah kena buat

dan setiap kali aku menatap wajah adik2ku, dan memeluk tubuh mereka, aku tak tahu bagaimana dapat aku lontarkan perasaanku pada mereka.
Continue reading “Suatu kehidupan buatmu”