lama juga menyepi

Posted on

mungkin segan , mungkin juga jemariku seolah tidak mahu menconteng di sini. hakikatnya telah lama aku meninggalkan teman pencoret aku. bukan aku tidak menulis, malah aku telah menulis dengan banyak sekali. namun kesemuanya tidak dikongsi di sini. mungkin dengan rendah diri aku ingin nyatakan bahawa tidak mungkin ramai yang mengetahui kewujudan blogku ini. Jumla orang yang mahu membaca mungkin sedikit berbanding jika aku hantarkan karyaku di paparan akhbar dan majalah.

bagi aku, daya tarikan bagi sesuatu blog adalah design yang baik. kemudiannya isi kandungan..oleh kerana itu, aku mengambil masa yang agak lama dan panjang sehingga seringkali aku rasakan masaku terbazir kerana mahu menjadikan ‘design’ blogku ini seperti yang tergambar dalam kotak fikiranku. Sering aku fikirkan, alangkah mudahnya jika dapatku atur dan lukis sendiri blogku ini mengikut acuan yang kukehendaki, tentunya sanagt mudah buatku. namun hakikatnya, untuk membeuat blog hattakan, memerlukan kemahiran bermain dengan kod-kod yang aku tidak dapat fahami dengan cepat….

Jika ada yang menyelak blogku ini, tatapilah coretan2ku yang telahku hantar kepada utusan dan dewan agama dan falsafah. tapi saya sendiri tak tau samada karya itu diterima atau tidak.

seperti biasa, minatku cuma menulis dan berkongsi rasa hati kepada semua.

Adakah kita memiliki kemerdekaan yang sejati?

Pernahkah benak kita berfikir dan hati kita merasakan bahawa kemerdekaan yang kita rasakan ketika ini tidak sepatutnya cukup hanya apabila berkibarnya Jalur Gemilang di atas kenderaan dan juga di depan bangunan kerajaan? Pernahkah akal kita bertanya, cukupkah bangsa kita melaungkan jeritan ‘ Merdeka! Merdeka!’ berulang kali tanpa memahami maksud sebenar kalimah merdeka itu sendiri?

Adakah kita merdeka sebenarnya? Benar, secara literalnya kita telah merdeka. 48 tahun yang lalu, pemerintahan negara kita telah beralih kuasa kepada bangsa Malaysia sendiri. Ya! Itu satu kebanggaan!

Namun begitu, perlukan kita menyempitkan makna kalimah merdeka itu?Kita juga perlu menyedari bahawa sebenarnya generasi kita tidak layak untuk menikmati nikmat merdeka itu kerana kebanyakan dari kita langsung tidak pernah berusaha ke arah kemerdekaan negara. Kitalah anak-anak bertuah yang lahirnya sudah menghidup udara negara merdeka!Walaubagaimanapun, sebagaimana kebanyakan dari kita yang lahirnya pun Islam, maka kita harus syukuri nikmat Islam dan kemerdekaan yang telah Allah berikan kepada kita.

Walaupun begitu, tidak sepatutnya kalimah merdeka itu difokuskan definisinya kepada ‘kebebasan dari cengkaman penjajah’ semata-mata. Sedangkan mentaliti, cara hidup, perspektif, akhlak dan budaya kita hampir mirip dengan bangsa penjajah sendiri! Lihat sahaja cara kebanyakan dari kita menyambut kemerdekaan. Arak, perempuan dan hiburan seolah-olah sinonim dengan cara kita menyambut sesuatu perayaan. Baiklah, ketepikan arak itu kerana kita sedar dan tahu akan haramnya minuman itu. Namun perempuan dan hiburan? Tidak pelik jika kita melihat 300,000 muda mudi berkumpul sehingga subuh semata-mata untuk melihat konsert kemerdekaan sedangkan berapa ramai yang menghadiri syarahan agama untuk memahami makna kemerdekaan itu sendiri? Sudah tentu majoriti masyarakat Malaysia akan berpaling kepada hiburan dalam hampir setiap aspek kehidupan mereka. Agama adalah sesuatu yang disampingkan dan sangatlah bertuah jika kita melihat ada muda-mudi kita berkesempatan untuk menghadiri masjid selepas sahaja sambutan kemerdekaan itu untuk bersolat tahajud dan bermunajat kepada TuhanNya.! Bukankah perayaan itu berpanjangan sehingga dini hari?Bukankah kita perlu bersyukur kepada Tuhan yang memerdekan negara kita? Namun memahami makna kemerdekaan dari sudut maknawi tidak langsung dititik beratkan oleh negara kita sendiri. Cukuplah merdeka itu dirasakan lewat meriah dan gempaknya konsert-konsert hiburan yang diadakan!

Pelik! Sudah 48 tahun kita merdeka, namun pernahkah kita melihat sejauh mana kita telah membina keperibadian para pemuda kita untuk siap menjadi pemangkin kepada pemerintahan negara bahkan golongan profesional yang mampu membawa nama Malaysia ke persada dunia? Adakah kita sudah berjaya membentuk jiwa-jiwa merdeka yang bebas dari dadah, yang memahami makna tujuan hidup dan mempunyai matlamat yang sangat besar dalam hidupnya. Mereka yang mempunyai visi untuk membawa negaranya ke hadapan, bukan sahaja dari sudut pembangunan ekonomi dan infrastruktur negara, bahkan kepimpinan dan keperibadian yang boleh mengagumi dunia. Kita jarang memberikan tumpuan terhadap perkara itu sedangkan itulah yang lebih utama untuk dilakukan. Bukan senang untuk mengumpulkan 800,000 orang dan mempunyai jutaan penonton di rumah menyaksikan sambutan itu. Jika terdapat seseorang berucap dan menyedarkan kepada bangsa kita, sejauh mana pencapaian negara kita dalam bidang pembangunan ekonomi, infrastruktur dan sosial serta apakah tindakan yang sepatutnya kita lakukan untuk menjadi bangsa yang lebih maju duniawi dan ukhrawi? Alangkah lebih baiknya jika perkara itu berlaku dari menyedapkan halwa telinga para pedengar dengan nikmat sementara nyanyian penyanyi-penyanyi jemputan. Ke manakah kita mahu membawa para pemuda kita? Hiburan yang melekakan? Atau menyedarkan mereka erti kemerdekaan yang sebenar dengan membebaskan diri mereka dari penjara kejahilan dan nafsu yang menguasai diri mereka!

Merdeka itu lebih besar dan agung maknanya dari mengibarkan jalur gemilang! Hattakan jalur gemilang tidak sepatutnya hanya dikibarkan sewaktu hari kemerdekaan semata.Rendahnya nilai merdeka jika hanya dilihat dari sekeping kain yang berbelang dan sorakan yang akan hilang. Sedangkan sepatutnya pada hari merdeka ini, rakyat Malaysia kesemuanya haruslah memperbaharui azam dan nekad mereka untuk menjadikan negara Malaysia negara yang lebih maju sifatnya, dunia dan ukhrawi. Membanteras gejala sosial, memahamkan rakyat akan agamanya dan menegaskan kepada para pemuda bangsa, bahawa mereka tidak boleh hidup di dalam dunia khayalan kerana meraka harus bersedia memikul amanah berat untuk memimpin negara di masa hadapan!

Negara kita takkan selamanya berjaya, jika kita tidak memahami kita dari siapa dan apa diri kita perlu dimerdekakan. Sudah tentu tidak ada lagi penjajah asing di negara ini. Namun bagaimana dengan kejahilan dan nafsu yang sering menjajah hati kita sesuka hati? Adakah kita perlu berdiam diri sahaja membiarkan perkara ini terus berlaku? Perlukah kita bersemangat membebaskan diri kita dari belenggu kejahilan dan nafus seperti mana kita mahu negara kita bebas dari penjajah?Atau kita boleh ubah diri kita dan membantu anak muda kita untuk berubah juga. Sudah tiba masanya merdeka itu bermula dari hati, dan selamanya negara akan merdeka sampai waktu itu mati.

Entry Lama – July 05

Posted on Updated on

assalamualaikum,

hmmmm…… saya tiba di rumah baru pada ahad ni. rumah baru tu belum ada lagi bekalan internet. telefon saya ‘3’ pun ada problem sekarang ni. entah bila akan dapat yang baru. persekolahan akan start hari isnin ini. segala2nya akan berlaku dengan banyaknya bermula hari isnin ni. dan saya yang telah menjadi superlazy semenjak 2-3 bulan yang lalu akan menjadi superbusy . saya akan jadi kelam kabut dan saya rasa bertambah ‘horror’ memikirkan detik2 saya masuk semester baru ni. loghat scottish telah sedikit tertanggal dari lidah saya. telinga saya sudah lama tidak bertamukan bahasa inggeris berloghat utara ini. saya harus bekerja lebih supaya saya boleh bersembang dengan kawan2 saya di dundee nanti. tidak mahu lagi terasa keluar dari kumpulan kerana tidak memiliki kecekapan berbahasa inggeris. mereka cakap sangat cepat dong!

dalam masa yang sama, detik2 saya bersama rakan2 saya di sheffield akan turut berakhir. tidak dapat saya nafikan saya agak kecewa kerana tak dapat nak spend masa yang banyak dengan mereka kerana masing2 mempunyai tanggungjawab yang harus dipenuhi..almaklum, masing2 semakin sibuk sekarang.

teringat kata-kata cikgu saya; semakin kita besar, semakin banyak urusan dan masalah kita. mmg benar, semakin kita besar, semakin terhad masa kita untuk banyak perkara. perubahan2 dalam hidup kita menyebabkan kita harus membuat pilihan yang tepat dalam hidup. tentu banyak perkara yang mahu kita capai dalam hidup, tetapi kerana bznya kita, kita harus memilih apakah yang lebih penting, dan mendatangkan manfaat buat kita. dalam perkara ini, tidak sedikit mereka yang salah dalam membuat pilihan dalam hidup.

oleh kerana itu, perlulah kita tau untuk menarik kesemua pilihan2 kita itu untuk berpaksikan kepada keredhaan Allah. supaya kita tidak akan mengecewakan orang, dan kita juga tidak akan kecewa bila dikecewakan orang.

Allah telah pun mengariskan paksiNya buat kita :

‘ Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan bagi manusia, kamu menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada ALlah ‘ (Al-Imran :110)

Khalifah Umar pernah berkata berhubung dengan ayat ini , ‘Sesiapa yang suka digolongkan dalam golongan umat yang terbaik ini, tunaikanlah syarat Allah yang terdapat dalam ayat ini.’

1) Suruh pada ma’ruf
2) cegah kemungkaran
3) Beriman kepada Allah

dalam surah Al-Asr pun begitu,

‘Demi Masa,, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. KECUALI mereka yang beriman, dan beramal soleh, dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan kepada kesabaran’

1) beriman
2) Amal soleh
3) pesan kepada kebenaran dan kesabaran.

Disebab kan surah Al-Asr turun sebelum perintah solat diwajibkan lagi, maka amal soleh yang difirmankan ALlah itu adalah berbentuk dakwah;menyeru manusia ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. (Tafsir fi zilalil qur’an)

hmmmmm…… mmg senang menyebut, nak membuatnya amat payah, bukan?

bagaimana iman kita hari ini? tentunya perlu kita jawab dan perbaiki sendiri untuk jadi umat terbaik.umat yang takkan mengecewakan orang dan takkan dikecewakan. Allahualam

Dunia islam yang telah lama dijajah

Posted on

alhamdulillah. setelah perjuangan selama 3 minggu akhirnya aku dah menemui penghujung perjuangan yang panjang ni.(kononnyalah kan…) sewaktu dalam perjalanan ke rumah kawan saya semalam, saya menghabiskan membaca buku WEIL CHINA oleh AMINAH schoer….lebih kuranglah nama dia.
mmg benar kata penterjemah dia, buku itu menyebabkan dia tidak lena untuk tidur semalaman. dan buku itu membuatkan saya menangis di sepanjang perjalanan!
kisah tersebut menceritakan tentang kekejaman komunis di negara Islam Turkistan pada tahun 1940-1980 . buku itu menyedarkan saya tentang kejahilan yang pekat yang bersarang di minda dan menunjangi hati umat Islam ketika itu. bezanya umat islam ketika itu disedarkan dengan penindasan dan kekejaman yang menyebabkan mereka terbuka hati dan menerima syahid di jalan Allah. namun kita kini berhadapan dengan kesesatan yang lebih samar dan saya tidak tahu adakah kita memerlukan penindasan dan kekejaman untuk membuka mata kita dan berpegang hanya kepada Islam. persoalannya adakah kita sanggup juga?
anda mungkin tak faham apa yang saya katakan ini sehinggalah anda membaca buku itu sendiri. saya tak pasti di mana anda boleh dapatkan, tetapi kalau anda nampak, jangan terlepas dari membacanya.

di atas itu adalah gambar wallpaper baru utk desktop saya. negara kita Islam sudah lama dijajah oleh kaum kuffar. sudah tiba masanya kita mendapatkannya semula.

boleh klik kat bawah kalau nak download gambar tu:
http://usrahonline.tripod.com/map1.bmp

motivasi

Posted on

gambar yang korang nampak kt atas tu adalah gambar desktop terkini saya. sekadar memberi motivasi untuk diri sendiri agar tidak putus asa dan leka dalam menambah ilmu dalam setiap aspek. kadang2 bile kita rasa kita dah banyak buat keje, kita dah berilmu. bahkan sangat salah sbnrnya….

dengan menuntut ilmulah ketawadhukan dapat dibentuk
dengan menuntut ilmulah cahaya wajah memancar
dengan ilmulah dapat ku kenal dengan lebih mendalam
lantas mendalam cintaku kepadaNya……

Bila status berbicara : Cara nk slimkan badan!

Posted on

a’kum sume,

saya letak status kat YM saya utk hari ini : bagaimanakah caranya untuk menguruskan berat badan walaupun dah berjalan sejauh 3 km hari-hari pun tak menjadi…huhuhuhu….

betul saya pening!
permasalahan berat badan adalah masalah yang sangat sensitif especially utk wanita/perempuan di peringkat usia semuda saya (ewah..) bahkan perkara ini sangatlah dititik beratkan oleh wanita korporat mahupun bukan yang sudah mencecah usia setengah abad!!

barangkali ini masalah hormon kot…….pada saya lebih kepada pressure bile balik malaysia ni ha… sebab takde baju kat luar aka coat yang boleh ‘cover’ lebihan lemak yang ada. org kat malaysia lebih memandang kepada kecantikan ke? allahualam. tetapi saya rasa masalah berat badan telah menjadi satu pandemik kepada seluruh masyarakt membangun dan maju…

respon yang saya dapat dari kwn2 YM saya sangat menarik:

1) WA dari bristol :
wa: saya ada cara menguruskan berat badan. awk nak ker
i_sya_z: heheheh.boleh2
wa: caranye kan. makan nasik sesenduk je every meal
i_sya_z: huh?cukup ke tu? huhuhuh
wa: pastu breakfast jgn makan lebih dari sekeping roti.
wa: cukup je
i_sya_z: alahai….
wa: tapi lepas tu kene makan buah. kire diet aa. wakaka..tk makan mmg aa kurus
i_sya_z : huhuhuh….adoi
wa: tapi mende ni mmg kene sabar .saye bwat tu lam mase setahun. try aa..
i_sya_z:hmmmm.oklah.saya try. walaupun susah
wa:tapi kene lame aa.jgn putus asa.selagi tak cukup setahun! selamat mencube!

komen saya pada diri: mmg saya banyak terlebih makan walaupun salu je rasa lapar!

akak saya yg comey ada sorg kasi komen:

KD: diet n exercise
i_sya_z : dah buat dah
KD: kurangkan lagi makan
i_sya_z : laa… shari skali je tau makan nasi.huhuhuuh
KD: jgan makan bende berminyak. exercise lebih lagi la…

hello..!!?? exercise lebih lagi? huhuhu aku dah berjalan 30 minit setiap hari perlu exercise lebih lagi? ayoyoyoyo! nak buat apa lagi? but thanks anyway KD. luv u and miss u!! hehehee

ni sorg lagi akak saya yg amik farmasi dengan baiknya menyenaraikan tips2 yang sangat efektif!dia tulis mesej bile saya tgh offline sebab saya tgh buat keje sket waktu tu.so tiada perbualan YM dari pihak saya. boleh masukkan sekali dalam buku ATKINS DIET ni 😉

You currently appear invisible to kf

kf: salam, sory lewat, dgr tazkirah dr.amal kat ipij..alhamdulillah
kf: so psl slimming tips
kf: 1.istiqomah 2.amalkan apa yg Rasulullah S.A.W amal:makan masa lapar, berhenti sebelum kenyang
kf: 3.rajin2 baca fat content for each of foods yg u mkn, if possible, calculate fat intake for a day shud not exceed 50g, if possible 20g laagi baik n cepat kurus, insyaAllah
kf: 4.bila dah jaga jumlah fat n calories yg masuk dlm badan tiap2 hari, kena pastikn juga jumlah baru nk masuk ni, akn digunakn immediately n not to become stored fat
kf: thats why u need to minimise ur fat intake
kf: 5.at the same time, kena bakar stored fat tu…eheemm dah brape lama stored fat tu tersimpan?
kf: lagi lama tersimpan, lg byk skit time n iltizam needed fr u to slimming down
kf: 6.cara nk bakar lemak tersimpan, jogging laa effective, insyaAllah…tiap2 hari, if boleh jog for 30min..rest in between…InsyaAllah, awk balik uk ni kurus laa (sikit if x byk)
kf: 7. bila newly introduced fat tak sempat nak disimpan, n total energy consumption more than it, so ur body akn start la bkr the stored fat, right?
kf: if possible, rajin amalkan minum green tea- though effect lambat, but InsyaAllah will giv some help, lgpun bagus…antioxidant, insyaAllah
kf: ok.dah tu kot…insyaAllah…air minum byk2, nasi mkn 2/3 sudu besar jadi laa..n lauk2 tu amalkn yg rebus2 je
kf: takpun, tiap2 ari, jgn mkn benda lain selain corflakes-plain..bukan yg ada gula..+white bread…mkn nasi seminggu sekali or 2, ok dah, insyaAllah..
kf: if tak nak jogging…buat senaman ats katil je..baring, exercise angkat kaki dua2 belah serentak..turun naik turun naik, ulang laa if boleh 100x sehari..ehee
kf: selamat mencuba, wallahua’lam

yep! selamat mencuba diriku! i think apapun back to myself kan nak buat ke tak kan? even kat UK i kenot bring my BMI to normal value, apatah bile kat malaysia ni….adoi!!!! murtabak, roti canai, nasi lemak, mee goreng, semua bawah hidung jer….

hmmmm…… my nostrils smells something nice. it must be from the kitchen… trang trang trang……

what bout the diet tips? ah… i can start it tomoro can i?

PS: konflik diri yang sentiasa melanda diri! kene banyak berpuasalah kan?

satu permulaan kepada hari yang panjang

Posted on

aku menulis dan setup blog ini (setelah 3 blog yang lepas) setelah berfikir dan merenungi baik buruknya menulis sesuatu dan memaparkannya kepada masyarakat. aku menyedari hakikat ini, cuma kerana masa yang sentiasa tidak mampu aku uruskan dengan bijak menyebabkan cita-citaku untuk membuat website terbantut. aku bercita-cita untuk mencipta satu website yang menjadi tatapan umum, muslim dan bukan muslim bagi dijadikan sumber rujukan, bahkan tempat bagi melontar dan membincangkan isu2 yang besar dalam masyarakat.

aku menyedari peripenting akan wujudnya peribadi yang beruasaha dan berjuang di medan penulisan ini, dan aku mendapati, menerusi catatan peribadi dan harian, menyebabkan ramai yang tertarik untuk membaca daripada untaian tazkirah yang panjang dan berjela dan selalu membuat orang mengantuk(cakap pada diri sendiri nih 😉 ). terlalu banyak yang perlu kupelajari namun setinggi gunung keinginanku untuk berbakti pada umat.


aku menyelesaikan paper osce hari ini dengan perasaan yang kurang ceria, sedih barangkali itu lebih tepat. kecewa kerana tidak mampu ‘perform’ sebaiknya dalam peperiksaan itu. kecewa kerana tidak berusaha sebaiknya. kecewa kerana sering membuang waktu yang kuboleh gunakan untuk belajar.

teringat contoh peribadi yang ditunjukkan oleh aisya, vice presiden FOSIS UKEIRE skrg, kami memiliki nama yang sama , namun mungkin sikap yang berbeza. dia dengan aktiviti dakwah dengan fosis, dan tarbiyah dengan MAB mampu untuk mengegarkan dewan kuliah university of Nottigham dengan kejayaannya sebagai pelajar cemerlang. aku tidak pernah bertemu dengannya namun kutahu dia mempunyai 3 jenis nota bagi setiap matapelajaran! nota lengkap. nota rujukan dan nota ringkas untuk exam!. aku cuma ada nota ringkas untuk exam dan itu pun ada 2 buku kecik je?!!!

aku tahu aku mampu buat yang lebih baik, namun aku kecewa kerana aku lemah dalam mencapai cita-citaku sendiri. cinta hanya tercipta di atas kertas dan kotak fikiranku, namun tidak terjemah dalam perbuatanku……….


apa yang aku mahu sebenarnya?
persoalan yang perlu ditanyakan oleh insan pada setiap saat, di setiap ketika kakinya mahu melangkah menuju hari yang lebih panjang?

apa yang aku mahu sebenarnya?
kejayaan segulung ijazah?
gelaran yang boleh digah?
kereta yang boleh dimegah?
jawatan yang dimiliki susah payah?

atau apa sebenarnya?

semalam waktu mendengar ceramah pak ari di
radio tarbiyah , pak ari, cakap kita kene self explore ourslef. kene buat inner journey within ourself, kerana di situ, kita akan dapat berjumpa dengan tuhan kita.

cukuplah setakat ini dulu buat ari ni. ada banyak perkara yang perlu aku selesaikan dalam seminggu ni . moga allah mudahkan segala urusanku insyaallah..


lepas exam ni rasa sangat semangat kembali untuk menulis. banyak perkara yang berlaku dalam hidup sehariku, bukanlah yang terlalu peribadi untuk dikongsi namun coretan yang kuharap mampu menyentuh hati mereka yang mahu mengerti…. allahualam…..