Kanvas kehidupan

Posted on

Salam

 

Just bump into a friend who reminded me how important to keep this blog alive and active.

 

I didn’t realized that it has given impact, if not huge, to many people that I have encountered.

 

After all, what I hold tightly in my life is this.

 

 

Maybe my life was hard before.

Maybe I have done many bad things in life, things that invisible to many.

 

Thus, I want to repent. I want to make things better.

I want to improve thing that I have done bad in the past.

 

After all, I am just a normal person with a big dream.

To inspire and to do many changes in life.

Especially in our country, where many people already suffered from depressions and poverty.

‘Ustaz, boleh tak saya nak jadi ahli politik?’

 

That was my question 8 years back, when we had our monthly daurah.

Our murabbi previously was quite ‘syadid’/strict in terms of fiqh dakwah methodology. For him, in order to get great result from dakwah, we have to focus on takwin –> usrah, grow more people in usrah. Breed them with dakwah knowledge.

Hence, during that time, a lot of us, choose to be participate actively in usrah more than our activism in other dakwah field, such as in NGO/FOSIS etc.

I learned quite a lot at that time. Although I know I have such a good leadership skill, but I endevoured it in my usrah/daurah.

Bawak 3 usrah seminggu. Bentangkan daurah almost every week.

Every month adik-adik dari seluruh dunia datang ziarah, bulan jan dari jordan, bulan feb dari jepun, bulan mac dari mesir..

I wonder whether they all can still remember how tiny my apartment was and 1 toilet can fit in 30 ppl at one time!

( ingat lagi my rumah banyak betul stok tilam/duvet/bantal)

I even bought many cooking utensils for 30 ppl and more. I used to cook for 30 ppl every week for usrah/daurah purpose. And that’s how my cooking skill got sharpened.

Once a policeman knocked our door.

It was a quite Sunday morning.

Arinah was lazying around in couch and I was watching Jamie Oliver latest cooking.

We invited them to come inside our apartment.

We were quite surprised but we know we never did anything wrong.

The whiteboard that we used the day before for daurah was still in the living room.

Adalah tulisan Arab sket-sket atas tu with a lot of circular image ( representing usrah )

Mind you, policeman in Scotland was quite mascular and ….. firm. I mean when you look at them, you know you cant ever eve messed up with them.

 

‘ Sorry madam, your neighbour in front had put a complaint on this house. She said that she saw a lot of hijabis girls went to your house in a group. Any particular reason why?’

 

I was scratching my head at that time thinking of possibility answers.

Makcik depan rumah? Why she bothered? Ingat kami teroris?

‘ Owh, they were all from Malaysia.  We were having party last night! It was a great fun!’

‘But what is with this drawing on the white board?’

‘ Oh, we were playing game as well!’

 

Arinah muka dah tergeliat-geliat and I was like cepatlah balik policeman oi! Nak sambung tengok Jamie Oliver ni!

 

Then they went though I can see muka tak puas hati mereka.

 

It was a fun year.

A learning year of dakwah and tarbiah. When I got to deliver almost all tarbiah materials and able to master them.

 

When I came back to Malaysia end of 2011, that’s were I began to see where my life should be at.

And I remember what my murabbi said,

‘ Insyaallah, kalau anti yakin boleh ubah Malaysia. why not. Jadilah politician.’

 

And I am not yet embarking towards that journey yet, but my dream is always want to change Malaysia to become a better country and nation.

And I’m preparing myself towards it.

  1. Financially
  2. Socially
  3. Mentally
  4. Emotionally
  5. above all, with the right skills and knowledge to become the leader for this ummah.

 

Till then, I wish you best in whatever you do, cause I know you always gonna do your best!

 

 

Love, life, hope

Posted on

7637-new-life-new-love-new-hopeApa yang menggembirakan hati kita?

-Cinta?

Betul ke cinta kasi kita happy?

-Dah tu? Apa dia?

Actually, yang buat kita betul-betul happy, adalah our purpose of life. And fullfillingnya hati kita dengan purpose itu.

-Duh, berfalsafah. Aku tak faham, dude.

Kau pernah bercinta?

-Huh?

Kalau kau pernah, mesti kau pernah rasai peritnya kekecewaan bukan? Walaupun yang kau cintai adalah yang halal untuk kau. Mesti ada hiccups dan kesalahan yang buat kau kecewa pada si dia kan?

-Hurm

Tapi, bila kau ingat balik purpose kau kenapa kau cintakan dia? Kenapa kau sayang dia? Bila purpose itu adalah kerana Allah, tentu hati kau akan tenang. Tentu hati kau akan mula bahagia balik. Sebab yang akhirnya menghappykan kita adalah Allah. Yang menyebabkan kita ada sense of purpose, adalah Allah juga.

-Kau memang hebat berkata-kata dude.

Aku bukan begitu. Aku cuma insan yang mencari makna dalam hidup aku.

Begitu lama aku dah bekerja dan begitu ramai aku mengenali ramai orang, ternyata ramai orang begitu lost dalam hidup dia. Walaupun dia mempunyai kereta yang mahal, isteri yang cantik, anak-anak yang ramai serta harta kekayaan begitu melimpah ruah.

-Hurm

Begitu juga aku jumpa orang yang begitu popular di mata manusia, tapi sengsara jiwanya.

Diri mereka tak bertemu dengan satu perkara teramat penting itu. Itulah purpose of life. Makna kehidupan mereka.

Dari makna kehidupan itulah, mereka bertemu cinta, mereka bertemu hidup dan mereka bertemu harapan yang begitu luar biasa sekali.

-Sekali lagi aku cuba memahami. Barangkali aku juga masih mencari. Atau hati aku kaku dari nak rasa apa-apa ini. Dan please dude, aku sebenarnya alergik dengan benda-benda Islamik ini.

Haha. Dan aku pelik napa kau masih suka melekat dengan aku walaupun kau tau dakwah dan aku melekat kuat.

-Maybe, sebab kau suka buat aku terhibur…

Haha. Seriously?

– Takdelah. Aku saja nak kasi ko rasa macam bagus. Tapi dude, purpose of life? Amenda kau cakap tu?

Well, purpose of life kitalah. Mengabdikan diri kepada Allah. Menjadi khalifahNya.

-Bosan dude bosan! Aku dah tahu semua tu! Tapi macam aku tak faham nak buat camne.

Ok, camni. Yang penting, satu je. Kau kena mula dengan ikut program-program ilmu dan tarbiah.

-Grr.. Alerg..

Wait. Sabar, kasi aku habis dulu! Sebab, memang kita tahu nak beribadah semua. Kita tahu kena jadi khalifah mende-menda tu kan. Tapi, kita susah nak betul-betul faham dan buat kalau takde geng. Bila pergi program-program ilmu dan tarbiah itu, kita boleh jumpa geng, boleh tanya dan boleh belajar macam-macam.

Camne perasaan ada purpose tu eh.

Dia akan rasa seperti, semua benda kita buat adalah untuk Allah. Semua benda kita usahakan adalah untuk bawak orang kepada Allah. Apa juga tindakan kita adalah demi untuk capai redhaNya sahaja.

-Bro, ucapan kau memang win. Aku salute!

🙂 🙂

Memenangi hati manusia

Posted on

logo GU elegant1Dia merenung sahaja buku yang dibacanya.

Sekejap dia membaca beberapa patah ayat, kemudian dia melihat handphonenya. Dibukanya twitter dan dibaca beberapa status twitter yang dibacanya. Selepas retweet beberapa status, serba salah, dia membuka balik muka surat yang ditandanya di buku itu..

‘ Ini Sejarah Kita, oleh Thoriq Ahmad’. Buku yang dicetak hitam putih itu dibacanya berulang kali, tapi dia tak jumpa apa yang dicari.

Telah hampir 16 tahun dia berada di jalan tarbiah ini. 8 tahun bergerak di dalam dakwah kampus di UK, dan 4 tahun di medan belia di negaranya sendiri. Tentu bahan yang digunakan untuk menarik orang kepada dakwah satu masa dahulu tak semestinya mampu menarik orang pada kadar dan tahap yang sama zaman kini. Manusianya berbeza. Suasananya berbeza. Keadaan berbeza. Umur pun sangat berbeza.

Hattakan syarikat Nokia sendiri boleh bankrup akibat lambat untuk mengikuti teknologi dan adaptasikannya, apatah lagi dakwah. Jika kita menggunakan cara yang sama 10 tahun yang dahulu tentu kita takkan dapat hasil yang lebih baik.

Razan tak pasti siapa yang akan hadir esok hari. Dia hanya poskan gambar poster  di Instagramnya tentang usrah umum esok hari di Dataran Merdeka. Dataran merdeka tu! Niatnya nak tarik seramai belia yang mungkin yang berminat dengan Islam.

Cuma dia tak mahu guna cara yang sama. Dia tak boleh nak guna teknik yang sama. Sentuhannya harus berbeza. Tapi bagaimana ? Dia buntu. Aku ini orang medik, otak sains. Haih, mana nak cari kreativitinya, gerutunya sendiri.

Jika dia mahu menarik orang muda, caranya harus seperti orang muda sendiri.

Cuma, dia sendiri sangat struggle untuk menambahkan ilmu dan skill dalam dakwah. Apatah lagi kehidupan yang begitu menggila sebagai masters student dalam Internal Medicine. Proposal tesis yang belum dibuat, kes report yang belum bertulis. Ini tidak termasuk ilmu-ilmu medik yang perlu dia kuasai untuk jadi pakar perubatan dalam masa beberapa bulan lagi.

‘ Awak ini buat kerja gila ini Razan. Semua benda awak nak buat!’

Begitu teman karib dan belajarnya, Nusayba bergurau. Di waktu itu , mereka sedang belajar bersama di perpustakaan universiti mereka. Bezanya Razan dan Nusayba,  Nusayba tidak boleh multitasking. Dia begitu fokus kepada medik dan alhamdulillah dia berjaya pass MRCP sekali percubaan dan merupakan pelajar terbaik sewaktu exam masters mereka.

Namun Nusayba amat memahami jiwa Razan.

‘ An memang tak boleh fokus. I dont know what is wrong with me. Tapi I get bored so easily. Like I cannot do the same thing all over again. I need some excitement in life. Something that can give me colours and make me happy. Sebab itu An involved dalam dakwah. Sebab dakwah sebenarnya fun, Sayba!’

Begitu bersemangat dia bercerita kepada Nusayba. Bukan dia tak pernah mengajak Nusayba untuk join usrah, cuma Nusayba tak boleh berikan komitmen kerana perlu menjaga ibunya di rumah. Dia anak tunggal dan ayahnya telah meninggal dunia. Ibunya sangat attach dengan dia.

‘ Sayba akan support dan sokong je An. Paling penting kita kena berjaya dalam studi kita. Penting ini, ini jihad kita untuk Islam!’

Sekurang-kurangnya, sentuhan dakwah di UIA, tempat Nusayba belajar degree mediknya sangat memberi kesan kepada perwatakan Nusayba. Walaupun Nusayba tak join usrah, tapi perwatakan dan akhlaknya begitu baik sekali.

 

Dia kembali menatap buku yang sedari tadi dibaca berulang kali tapi tak beranjak muka surat.

Apa yang aku nak sampaikan esok? Razan begitu menggerutu sekali. Apa kelainannya? Apa yang aku nak sampaikan kepada yang hadir esok. Nak kasi apa ni?? Tolong!

Sambil baring memandang dinding biliknya, Razan berdialog dengan dirinya sendiri,

‘Sebenarnya, aku nak yang datang esok,tersentuh bahawa, kehidupan hidup kita di dunia hanya sekali sahaja. Maka kita harus gunakan sebaiknya untuk mengenal Allah dan menjadi manusia yang terbaik di dunia ini. Terbaik untuk Islam!’

Fuh, macam hebat sangat je bunyinya, tapi apa yang harus aku lakukan?

Lantas dia menutup buku ISK yang telah pun dikhatamnya berulang kali. Jika nak berjaya, kita tak boleh guna cara yang sama. Perlu ada evolusi. Jika dalam studi pun sendiri adanya evolusi dan penambah baikkan, apatah lagi dari  sudut sentuhan dakwah.

Dia ambil beberapa kitab yang wujud di raknya tapi sudah jarang disentuh. Dibelek dan diteleknya. Diambil beberapa potongan ayat yang menyentuh jiwa dan mampu membangkitkan rasa. Diletaknya di dalam powerpoint. Diletakkan sedikit gambaran dan corak.

Satu perkara yang pasti menyentuh manusia dan memberi kesan pada jiwa adalah —-> Ayat-ayat Allah. Tapi ayat apa dan bagaimana menyampaikannya ? Ini yang menjadi skil harus dimilikinya.

Teringat satu masa dahulu dia berkesempatan untuk berforum bersama Imam Muda Asyraf. Ustaz muda itu begitu bersahaja, namun gaya dan ilmunya begitu mendalam. Barangkali sudah biasa berbicara di khalayak umum, maka penguasaan ilmunya begitu mantap dan memberikan kesan di jiwa. Gaya penceritaan yang begitu membuai dan melekakan. Razan begitu ingin sekali mempunyai pengetahuan sebegitu rupa agar dia mampu memberikan ceramah yang berkesan seperti Imam Muda Asyraf.

‘ Insyaallah, doktor ustazah, satu masa nanti kita boleh berforum lagi ya,’

Begitu kata-kata terakhir ustaz muda itu pada dia. Di satu sudut bangga juga dapat sebaris dengan IM Asyraf yang begitu popular itu.  Namun jauh di sudut hatinya, ternyata ilmunya tentang Islam dan dakwah masih lagi cetek sebenarnya.

‘ Dah tu kenapa nak buat dakwah juga?’ Mak dia pernah beberapa kali bertanyakan soalan begitu menggoncang jantungnya.

 

Kerana tanggungjawab mak, kerana dosa-dosa Razan begitu besar sekali kepada Allah. Kerana Razan nak Allah terima amalan Razan dan masukkan Razan dalam syurgaNya. Kerana Razan, rasa begitu bahagia sekali dengan dakwah ini mak.

Skrip itu berulang-ulang kali berputar di kepada Razan, namun dia tahu, dia belum mampu mengungkapkan bicara itu kepada maknya. Barangkali satu masa nanti, apabila tiba masanya, dia boleh terangkan pada maknya kenapa dia begitu asyik dengan dakwah.

 

Tiba-tiba mesej ‘whatsapp’nya berbunyi,

Akak, all the best esok. Moga Allah mudahkan esok untuk menyentuh hati orang yang datang.

Mesej anak usrahnya begitu menyejukkan hati. Sambil menghadap lattopnya , angin sepoi-sepoi bahasa beralun menemaninya. Moga esok hari menjadi penentu perubahan ramai yang hadir. Yang pasti, dia mahu Allah redha akan amalannya, dan menjadi hujah bagi dirinya di akhirat kelak..

 

PS: Jemput hadir kepada yang berkelapangan ke usrah umum Geng Usrah esok hari ( Ahad 18 oktober) di KLCC. Follow instagram @geng_usrah ya!

 

 

Neraca #1

Posted on Updated on

 

” Kau tak kisah orang kutuk-kutuk kau?”

” Eh, nape nak kisah?”

” Yalah, Aku baca orang komen dan hentam blog kau pun dah tersirap dada aku”

 

Azlan tersenyum mendengar pertanyaan sahabatnya itu. Johan merupakan teman setia dan baiknya di perkampungan halaman di ceruk Mu’tah ini.

Sambil memegang bahu sahabatnya itu, Azlan menjawap:

” Kalau kau tengok, mana-mana penulis yang berjaya kat dunia ini pun dah biasa kena kutuk, kene kritik, kene hentam. Dan tengok apa yang jadi pada mereka? Mereka terus sahaja menulis dan menulis tanpa pedulikan apa yang dunia katakan tentang mereka. Ada yang siap kena saman lagi.”

” Erm, kalau aku, confirm aku dah takkan tulis lagi! Down doh..” Johan mengerutkan muka sambil kembali menatap komputernya. Di beleknya lagi blog sahabatnya yang dah pun mencapai reach view sebanyak 2 juta itu.

Pernah Johan katakan kepada Azlan betapa bertuahnya dia mengenal Azlan dalam keadaan ramai pembaca Azlan masih lagi tertanya-tanya akan peribadi pemilik blog jejakamacho.wodpress.com.

Tahulah nama macam sempoi, perasan tak hingat, Blog itu walaupun namanya agak cliche, tapi penuh sarat dengan pengisian yang benar-benar membina minda dan jiwa. Dari satu sudut dia kagum dengan kreativiti sahabatnya itu. Menyampaikan dakwah melalui seni yang begitu halus dan teliti.

‘ Bro, kau cuba tengok gambar ni.’

Azlan menunjukkan gambar di FB teman mereka yang sedang memegang gelas berisikan air berwarna hitam. Kawan mereka nampak gembira di gambar itu di samping rakan mat sallehnya seramai tiga orang. Masing-masing memegang gelas yang sama, tapi berisikan air kuning.. Background gambar di belakang seakan-akan di pub atau club.

” Cuba kau tengok gambar ini. Apa kau rasa tentang Farid? Kau rasa dia tengah minum apa?’

” Oih. Macam minuman.. erm.. kawan-kawan dia nampak macam minum air beer. Dia? Hurmm. Susah nak cakap. Tapi ini macam kat kelab je, beb. Dia ni budak baik, kan. Jaga solat semua. Ingat lagi time di KISAS, memang semua orang kenal dia sapa. Tapi, haih, musykil aku!”

” Itulah yang berlaku pada kita. Kita suka judge orang pada gambaran awal. Kita dah ada mindset pada sesuatu. Terkadang tengok gambar ini kita boleh sangka buruk.”

Selepas menghela nafas, Azlan menyambung,

“Aku ada tanya Farid tentang gambar ini, time ini dia tengah hangout dengan family angkat dia di London. Ni semua family dia.

Satu sudut memanglah Farid bersalah sebab meletakkan dirinya di tempat fitnah. Tapi di satu sudut, kita yang melihat kena cuba jangan cepat jump to conclusion. Sangka baik itu perlu walaupun sukar.’

 

Johan memandang sahabat baiknya itu sambil mengerutkan dahinya.

” Point kau?’

” Pointnya, ada setengah- setengah orang sudah ada macam prequisite mindset tentang seseorang penulis atau penulisan ini. Contoh macam orang yang tak pernah baca blog aku, for sure bila dengar je nama blog aku macam dia akan ingat, ini jejak jambu mana yang perasan sampai koyak ini? Tak sedar diri kot. Itulah gambaran asal manusia.

So, bila dia baca artikel aku pun dia ada mindset itu. So apa sahaja aku tulis, walaupun aku maksudkan lain, dia akan faham lain juga. So, walaupun kau agree dengan poin aku, dan faham, tapi orang lain takkan faham dan takkan setuju. Orang ini lah yang akan sentiasa ada stigma, atau sangkaan terhadap apa yang kau cuba sampaikan dalam penulisan.’

 

” Owh begitu. Susah juga. Sebab itu ada yang tak puas. So, bagaimana?’

 

” Aku jenis penulis yang ada prinsip. Aku tak menulis untuk kasi semua orang jatuh cinta dengan aku. Aku tak menulis supaya semua orang suka kat apa aku tulis. Aku menulis untuk menceritakan kebenaran. Untuk menceritakan hakikat. Walaupun orang takkan faham neraca yang aku tulis. Walaupun orang tak nampak dari perspektif mana yang aku lihat serta cuba sampaikan.”

Sambil menghela nafas Azlan menyambung,

” Ingat tak dulu Ustaz Aziz setiap kali nak share something dari sesuatu buku, dia mesti cerita sedikit background penulis buku. Supaya kita faham dari neraca mana setiap penulis itu menulis. Supaya kita lebih hayati dan fahami apa yang penulis cuba nak sampaikan.

Kerana akhirnya, setiap pembaca akan membaca ikut neraca mereka. Ikut pemikiran mereka. Akhirnya mereka buat konklusi yang cepat tanpa mengira dan membaca helaian serta poin-poin yang telah disebut sebelum ini.”

Johan mengangguk kemudian diam. Matanya begitu leka membaca blog. Sekali sekala melihat twitter dan FBnya.

‘Woi, ko dengar ke apa aku cakap ini? Grrr. Kau ini memang kalau aku cakap panjang lebar je, for sure tazabar dan malas nak dengar.’ Azlan menggerutu sambil menolak bahu sahabatnya.

“Ala.. aku dengarlah dan faham. Cuma macam ustaz sket setiap kali kau cakap Lan.

Aku macam….. mengantuk!”

Ketawa mereka berderai di dalam bilik kecil berkipaskan angin sejuk persisiran bukit di Mu’tah itu.

Satu masa nanti, pasti orang akan faham, satu masa nanti, begitu azam Azlan..

#Hijrah

Posted on

1383471156_191644

” Lama kau tak post apa-apa kat sini.’

 

Ermm.

 

‘ Writer’s block?’

Ermm.

 

‘ Mencari diri? Mencari ilham?’

 

Ermm Ermm.

Barangkali kau tak berapa tahu lagi betapa hidupku sedikit berubah dan macam haywire pusing-pusing siur  cuba mencari kekuatan untuk menulis kembali. Menganalisa dan berfikir kembali di manakah fasa hidup ini dan bagaimana aku mampu berlari lagi.

 

Umurku sudah bertambah. Pengalamanku juga berbeza. Manusia aku bertemu berbeza, dan yang lama dah aku jumpa sudah aku lupa-lupa nama teruk betul kau ni Aisyah  tentunya perspektif aku berbeza juga.

Pandangan dan kefahaman aku sendiri mengalami evolusi tersendiri.

Dan ternyata aku sendiri masih mencari erti kembali menulis dan memberi rasa kepada hati kamu semua.

Sepanjang 2 tahun ini saya berusaha mencari semula kebasahan yang sama pernah saya rasai dahulu.  Saya berharapkan kebasahan itu datang dan barangkali jemari saya mampu mengalir laju seperti selalunya. Namun keadaan itu tidak lagi datang. Memaksanya datang adalah satu penyeksaan.

Apa yang mampu saya buat adalah , berlaku jujur. Jujur dengan keadaan yang ada. Dan berkongsi. Barangkali pembacanya sudah tidak sama. Barangkali orang tidak lagi judge saya berbeza dari dulunya. ( mestilah kena berbeza sedangkan berat badan boleh turun naik apatah lagi jiwa dan pemikiran manusia).

Namun, pivot aku tetap sama. Aku masih lagi terikat dengan dakwah seperti selalunya. Barangkali itulah yang menjadikan aku terus berlari. Namun pentasku sudah berbeza kini. Muzik dan jalan ceritanya semakin bersimpang siur. Aku mencari hiburan-hiburan peribadi melalui sentuhan dakwah yang aku cuba ciptakan sendiri. Dalam nada dan melodi tersendiri. Terkadang aku senyum seorang diri, eh betul ke langkah aku ini? So far, hasilnya bertambah baik dari hari ke hari, walaupun aku belum boleh berkongsi sepenuhnya . Satu hari nanti. Apabila mata rantainya semua bercantum. Apabila jalan ceritanya sedikit sempurna. Apabila pendulum kepada pivotnya sudah berhenti berayun. Barangkali di waktu itu aku akan berkongsi..

 

a) dakwah melalui bisnes

b) dakwah melalui penulisan

c) dakwah melalui social media

d) life di bawah kilauan kamera

e)real dakwah life in Malaysia , with real challenge and tribulations.

f) relationship/marriage story..

I guess telling stories are much easier than writing articles where people like to judge you.

But then again,

“I’d learned that some things are best kept secret.”
Nicholas Sparks,

Till we meet again,

PS: Above all, this page of mine, still remains as a place for my rant and rambling 🙂 Moga insyaallah saya dapat berkongsi lagi sesuatu yang bermakna buat anda semua..

Wassalam

Aisyah Z

Gombak

It has been a while….

Posted on Updated on

Salam

44609_467283065902_6369464_n

Hi blog, lama dah tak menjenguk diri. Kenapalah hidup rasa lain sejak kebelakangan ini.

What happened today really make me think a lot.

Deeply.

 

Walaupun banyaknya kilauan flash camera dan juga terkenalnya kita di mata manusia, Allah tetap mengetahui isi hati kita.

Allah tetap mengetahui kisah silam kita dan dosa-dosa kita. Allah tetap tahu kelemahan diri kita.

Bila selesainya usrah dengan adik-adik malam ini, aku termenung memikirkan, sewaktu mereka hantar mereka pulang ke rumah masing-masing, ternyata aku amat kasih dan cintakan jalan ini.

Disebabkan itu, ketika adik2 usrah lamaku masih lagi menegur dan mengcontact aku , aku terasa begitu bahagia sekali. Jujurnya aku tidak berniat memperolehi populariti kerana aku mahukan popular itu. Aku juga tak sukakan perhatian kerana padaku cukuplah perhatian itu aku dapati orang terdekatku. Aku mendakwahi anak-anak usrahku kerana aku mahu mereka cintakan Islam dan dakwah ini seperti mana aku mencintainya.

 

Walaupun ada yang sudah tidak mengikut lagi usrah, namun hubungan ukhuwah kami mesra dan masih basah. Tiada kecintaan bermakna melainkan kecintaan hanya kerana Allah.

 

Muncul di media massa adalah kerana satu perkara sahaja –> menyebarkan agenda kebaikan. Ini kerana masyarakat memerlukan tokoh yang boleh dijadikan ikon untuk dijadikan contoh dan sandaran. Dan saya mahu ceritakan pada adik-adik yang masih belajar di universiti dan sekolah menengah bahawa kita mampu untuk berjaya di bahagian pelajaran dan agama. Untuk berjaya dalam pelajaran, kita juga harus menjadi orang yang paling dekat dengan Tuhan.

Kita juga harus menjadi manusia yang seimbang emosi, akal dan jasadnya. Maknanya bukan sekadar dapat jadi scorer di universiti, tetapi keimanan dan peribadi kita terbentuk sewaktu kita masih studi lagi .

 

Ini kerana pembentukan peribadi sewaktu di universiti lebih mudah dan berkesan, berbanding sewaktu di universiti.

 

Tentu saya sendiri jauh dari kesempurnaan. Cuma orang yang terdekat sahaja mengetahui keterukan dan juga kelemahan diri saya. Namun untuk membiarkan peluang dakwah dari berlalu, tidak sama sekali. Dengan tawakal dan bantuan dari Allah, segalanya dimudahkan.

 

Kini masa untuk terus beramal. Saya lebih seronok untuk belajar sesuatu tentang Islam, menghafal ayat-ayat Quran dan hadis, seterusnya membentuk masyarakat melaluinya. Namun, cabaran utama juga adalah untuk cemerlang dalam kerjaya. Buat masters dan ambil exam MRCP sangatlah tidak mudah. Menghafal penyakit-penyakit , memahami dan mampu untuk mengubatinya tidak mudah. Ini semua pengorbanan. Kalau saya ceritakan anda akan bosan.

Namun di sudut hati saya, saya berharap Allah memerhatikan saya dan memelihara saya. Saya berharap Allah memimpin tangan saya untuk menentukan kebaikan dalam setiap langkah yang saya ambil..

Terkadang ( atau banyak kali) saya membuat pilihan yang akhirnya saya ragu-ragu akannya. Terkadang saya ‘tak nampak’ apabila neraca iman itu berkurang. Lama saya berada di dalamnya. Kadang-kadang saya keliru akan apa yang sedang berlaku dalam diri saya. Sehinggalah setiap kali lepas solat, Allah akan ‘mencerahkan’ pandangan dan memandu saya dalam berbuat pilihan.

Walaupun satu dunia menegah dan bertanyakan keputusan saya itu, namun di hati saya, tanda-tandanya sudah jelas dan pasti. WAlaupun nafsu saya kelihatan menyanggah dan mahu berbuat sesuatu yang sebaliknya.

Apabila kita memilih sesuatu kerana Allah, Allah akan buka jalan-jalanNya, walaupun pada logik akal manusia, jalannya buntu dan mati.

 

Apabila kita berbuat keputusan untuk dapatkan redha Allah, Allah akan membuka hati kita melihat cahaya-cahayaNya. Janganlah memilih atau berbuat sesuatu kerana apa yang kita mahu. Buatlah sesuatu kerana Allah mahu kita buat perkara itu.

Biarlah sifat submissive itu hanya pada Allah. Biarlah Allah menjadi raja kita. Biarlah Allah menjadi pilihan utama kita. Biarlah apa yang Allah mahukan menjadikan denyut nadi pemikiran kita. Walaupun hati kita memberontak mahukan sebaliknya..

Kerana hati orang beriman, teramat-amat cintakan Allah, sehinggakah dirinya begitu mudah sekali mengikuti apa yang Allah mahukan.

Adapun orang-orang yang beriman Amat sangat cintanya kepada Allah.” (QS. Al Baqarah [2]: 165)

Life is not easy. So does Jannah. Only those who persevere will eventually enter it.

Ukhti, jangan merajuk dengan dakwah.

Posted on

Salam

 

lama dah tak tulis di sini. Rasa berhabuk. majalah jom pun tak ditukar. haish. Moga Allah berikan kelapangan masa.

 

Saya amat terkesan baru2 ini apabila beberapa orang akhawat seperjuangan saya seorang demi seorang saya ketahui telah pun menyendiri dari jalan dakwah. Mungkin mencari diri. Mungkin mencari erti.

 

Cuma saya, saya masih berfikir kenapa itu semua terjadi.

 

Kami membesar bersama. Belajar dari guru yang sama. cuma medan berbeza. lingkungan pun berbeza.

 

Ada yang saya ketahui sedikit2 kisahnya kenapa terjadi demikian. Ada yang terasa dengan akhawat. Ada yang terasa dengan jemaah. Ada pula kerana masalah BM dan keluarga. Pelbagai lagi.

 

Saya cuba refleksi kisah2 kami yang terdahulu. Dahulu tidak ada erti kehidupan melainkan melakukan sesuatu untuk dakwah. Kami bahagia bawa usrah. Kami bahagia bentangkan ISK dan muntalaq. Kami bahagia kerana dapat menyantuni adik2 dan bawak usrah mereka.

 

Akhirnya kehidupan berlalu. Selepas 5 tahun dalam tarbiah, tentu keadaan diri dan perasaan berubah. tentu status begitu juga. tentu banyak mehnah2 yang berlaku… ada yang masih bersabar, ada yang tidak.

selepas 8-10 tahun, kemungkinan kecewa dengan tarbiah. KEcewa dengan jemaah. Akhirnya masih tidak lagi bersama2.

 

Apabila kaki mula mahu menyendiri selepas keluarga, memang sangat sukar utk masuk kembali. Perasaan segan dan malu tentu menyelubungi diri.
Apabila saya fikirkan kembali, rakan2 saya tersebut semuanya hebat sekali. Saya amat tersentuh dengan mereka. Mereka juga dahulu adalah mereka yang amat menyantuni saya. potensi mereka amat luar biasa sekali.. seandainya mereka bersabar, dan bertemu dengan orang yang sepatutnya, barangkali diri mereka masih berada dalam jemaah ini dan beraksi.

 

Seseorang yang sudah keluar dari jemaah pernah memberitahu saya ( walaupun saya cuba menarik dia kembali),

 

” banyak cara kita boleh menyumbang, tak semestinya dalam usrah dan jemaah.”

 

Namun, berada dalam jemaah adalah kunci keselamatan untuk menuju syurga. IA menjaga kita dari termasuk ke dalam perangkap jahiliyah. Kerana diri kita amat rapuh dan amat longgar apabila berseorangan.

 

Saya mahu katakan pada sahabat-sahabat saya itu, jika mereka membaca makalah ini, ukhti, sungguh diri anda tersangat mahal untuk dakwah. Ukhti tidak mengalami masalah ini seorang diri. Ramai lagi merasai perkara yang sama.

 

Ada seorang syuyukh, makcik yang begitu senior di jalan dakwah. Dia adalah antara pioneer dalam jemaah. Dia pernah sebut pada saya:

 

” Makcik pernah buat something yang besar utk jemaah, tapi akhirnya takde sapa yang appreciate apa yang makcik buat”.

 

Wow! I was like, makcik rasa benda yang sama saya rasa??? Like, wow! We are the same! Makcik itu antara yang senior. Pelik orang sepertinya pernah juga terasa dan merajuk dengan jemaah.

” Bila kita disakiti oleh ahli keluarga kita, kita tak rasa sakit sangat. tapi bila akhawat kita menyakitkan hati kita dengan ketidak pedulian mereka terhadap kita, wow, sakitnya terasa di hati!”

 

Aku duduk terdiam mendengarkan kata-katanya. How I have felt the same before. Saya pun pernah rasa tidak dihargai dan rasa sedih dengan sikap beberapa orang akhawat. Nak keluar jemaah memang banyak kali terasa.

 

Namun, who cares anywhere. Kita buat dakwah kerana Allah. Dan dalam dakwah mesti ada ujian. Sadly ujian terbesar kita adalah ujian sesama akhwat.Because we cannot make sense why akhwat will hurt other akhawat’s heart. Itu yang berlaku.

 

 

Ukhtiku, mungkin kita hadapi masalah yang berbeza. Mungkin ujian itu terlalu berat untuk engkau sehingga sukar utk kau terus berada di atas jalan ini.

 

Aku sendiri tak dapat menjanjikan bahagianya dikau jika kembali di jalan ini, kerana jemaah ini sangat penuh kecacatannya.

 

Namun, apa yang membuatkan aku terus stay walaupun banyak perkara yang telah berlaku:

 

a) terus menziarahi dan tabayun sesama akhawat. Bila terus komunikasi, perasaan benci akan hilang. Yang ada adalah cinta.

b) aku pernah merasai peritnya hidup dalam kegelapan tanpa pegangan. nak buat dakwah secara berseorangan sangatttttt mustahil sekali!

c) kehidupan berjemaah sangat membuahkan keberkatan. Di situ, walaupun ukhuwah itu kering, namun Allah akan ciptakan bahagia di hujungnya.

 

AKu amat berharap, dirimu akan kembali. Kerana aku mahu kita berlari bersama. Aku mahu memimpin tangan bersamamu ke syurga. Aku mahu nikmat hidayah dan iman ini terus mewarnai hidup kita.

 

KErana dahulu aku pernah ucapkan padamu wahai ukhtiku: ‘ Ana uhibbukum fillah – aku cintakan kamu kerana Allah’ Kerana jalan dakwah ini telah menemukan kita. Dan kita amat cintakan Allah, dari cinta itulah kita saling mencintai.

 

Aku berharap aku dapat terus ucapkan ucapan itu padamu kembali.

 

Kerana hidup ini hanya punya erti, apabila dakwah menjadi sebuah visi hidup kita .

 

Wassalam

 

ukhtikum fillah,

Aisyah