Penulisan

Tips Menulis dengan Cepat dan Tepat

Posted on Updated on

IMG_20170430_185617.jpg
Percaya atau tidak, saya tulis buku ini selama 2 jam! 

Setelah jelas Target Market, Topik Dan Bahasa yang mahu digunakan, kemudian, seorang penulis itu haruslah:

1) Idea
Jika ada idea, tulis. Rekod. Jadikan status FB, apa sahaja. Jangan biarkan idea itu berlalu pergi. Sekarang sudah ada wattpad. Boleh juga.

2) Rangka
Buat rangka untuk buku yang ditulis. Tuliskan poin untuk muqadimah, poin isi penting dan poin penutup. Framework ini penting supaya tak tersasar idea. Jika ada idea lain, buka folder/file lain untuk tulis idea itu.

3) Masa
Allocate masa khas untuk menulis dan sambung kembali poin tadi dengan baik. Setkan dateline. Jangan lebih 3 bulan. Paling bagus sebulan. Usahakan sehabis baik sampai siap satu buku. Allocate sejam sehari sampai siap

4) Jangan edit
Tulis sahaja idea sampai habis. Jangan edit. Biarkan sahaja idea itu flow.

5)Baca semula dan peram
Peram ini penting untuk kita membuat research dan berbincang dengan sahabat handai akan content kita. Lebih mengkayakan dan mencantikkan. Peram jangan terlalu lama, Paling lama 3 bulan. Paling cepat sehari.

6) Edit
Edit supaya sedap dan seronok dibaca publisher. Setiap publisher menerima purata 5-6 manuskrip seminggu. Manuskrip yang sedap dibaca biasanya menjadi minat bagi publisher.

Yang penting, kene tulis dan buat. Dari 20 orang yang saya temui inginkan menulis, hanya 1 orang yang akhirnya usaha menulis, walaupun sekadar sebuah artikel. Sebab itu, kita jangan cerita kita nak tulis buku, kita tulis terus. Masa takkan lapang bagi kita, kitalah yang harus ciptakan masa itu. Dan tentu kita tak boleh mengatakan kita tak cukup masa, hakikatnya, kita harus menguruskan masa itu agar cukup.

Moga berjaya!

Advertisements

Menulis untuk Generasi Millenium

Posted on Updated on

File 02-05-2017, 23 11 13.jpeg
Fenomena Hijrah Indie 2017. Kami sendiri tidak menyangka bahawa belia Malaysia masih ramai cinta dan sukakan membaca. Barangkali mereka hanya perlu tahu bahan bacaan apakah yang sesuai untuk mereka!

Di sekeliling booth Hijrah Indie ramai yang kaget bagaimana booth tersebut sering dipenuhi oleh belia remaja berumur 16-30 tahun. Sampai ada yang mahu berbincang dan bergabung bersama untuk pesta buku tahun hadapan.

Generasi millenium sekarang ini, kita berhadapan dengan generasi yang ada ownership pada pilihan mereka. Dan mereka sangat memilih trusted brand yang mereka yakin boleh deliver produk yang mereka mahukan.

Kita berhadapan dengan generasi yang akan survey dahulu barang yang mereka mahu beli. Mereka akan bersembang di twitter dan IG, kemudiannya akan hypekan sesuatu buku sesama mereka. Hattakan mereka akan beli sesuatu yang muncul di timeline mereka kerana tidak mahu ketinggalan sekarang.

Kerana itu, apabila kita hendak menulis, kita perlulah menjadi trusted brand mereka. Samada kita bina follower kita sendiri, jika tidak, ‘menumpang’ brand publisher yang sudah ada trusted brand mereka. Ini bukan sekadar marketing, tapi lebih kepada untuk beli kepercayaan mereka.

File 02-05-2017, 23 15 40.jpeg
Kunjungan seramai  hampir 1000 orang setiap hari ke booth kami

Disebabkan itu saya sendiri ambil masa begitu lama sebelum buku saya dikeluarkan, kerana mahu bina follower yang begitu kukuh, sehinggalah apa jua buku yang ditulis, mampu dipercayai oleh pembaca.

Menjual buku sekarang, tidak sekadar pada contentnya, tetapi kepada sejauh mana kita menjadi penulis yang dipercayai oleh pembaca millenium kita.

Cuba lihat dan kaji bagaimana sesuatu buku itu boleh berjaya, dan bagaimana buku lainnya tidak. Adakah kita telah membina sokongan pembaca yang benar-benar percaya kita hanya mahu deliver yang terbaik sahaja dari mereka. Their RM 25 spend on our book is worth to spend on.

Selamat mencuba dan melakarkan penulisan yang baru untuk generasi millenium ini!