Detik tarbiyah yang kita rindui

Salam,

baiklah, saya terima saranan untuk kekal menulis di sini. iALlah saya akan cuba menulis di kedua2nya supaya akhirnya ramai dapat manfaat.

Terkadang saya tidak tahu apakah sumbangan paling terbaik untuk dakwah boleh diberikan pada ruang-ruang sempit yang ada.

Apabila saya ada masa menulis, selalunya saya dihimpit oleh beberapa pilihan:

1) Edit artikel jom

2) tulis artikel untuk jom ! —> ini palinggggg susah sebab kene tunggu semua artikel siap baru boleh buat kesimpulan ( khulasah)

3) habiskan penulisan buku saya –> dah half. tunggu! nipis je tapi. bahan tarbiyah yang diolah je pun

4) susun balik artikel2 di muharikah.com/wordpress utk dibukukan.

Akhirnya yang saya pilih adalah, blog ini. Entah. Saya menjadi diri saya di sini. Dan saya senang menulis tanpa memikirkan huruf besar dan kecil, serta ejaan tersalah dan ayat yang tunggang langgang. ( owh ya, saya adalah editor paling tak cermat! hoho)

Saya tersentuh dengan ucapan murabbi saya yang amat merindui zaman-zaman kami di tarbiyah dahulu di UK. Masyaallah, sungguh indah kenangan itu dan ternyata amat manis.

Terkadang memori itu mengimbau halaman-halaman indah dalam kehidupan ini. Kisah merantau ke negara Ireland seorang diri, menunggu bestfren saya siha ambil saya di dublin airport. Kemudiannya membayar duit teksi teramat mahal ke rumahnya sejauh 30km dari airport. Selalu sampai waktu malam yang tiadanya teksi. Suasana di Ireland amat mengimbau perasaan dan kenangan. Di situlah aku menghirup banyaknya mutiara tarbiyah dan pengalaman. Di situlah aku mendengar bait-bait muntalaq yang begitu tertancap di jiwaku sehingga terngiang-ngiang lagi suara murabbiku menempelak diriku:

Pada diri anti, masih ada jahiliyah

Continue reading “Detik tarbiyah yang kita rindui”

Advertisements

Peluang itu

Malam ini aku menemani sepupuku.

 

Katanya untuk sebuah makan malam.

 

Namun tak ku sangka, rupanya dia bawa aku untuk bertemu dengan seorang artis kegilaan ramainya wanita, kerana ketampanan dan kesegakannya dalam lakonan dan menjadi host.

 

Aku ingatkan, benar-benar makan malam. Dan aku sendiri menjadi segan di khalayak itu, dan terlalu pelik kiranya aku berada di situ.

 

Tak pernah langsung berada di majlis seperti itu, seperti mana sepupuku baru pertama kali ke situ.

 

Dan aku melihat senyuman di wajah sepupuku itu, tentu dunianya takkan mampu aku fahami seperti mana dia takkan fahami jiwa dan pemikiranku.

Kami dihubungkan dengan talian darah, dan saban tahun aku berfikir, setiap kali aku pulang ke Malaysia, bagaimana dapat aku mewarnakan islam dalam dirinya, setidak-tidaknya dia akan tersentuh dengan islam, dengan suka dan rela.

 

Dan kerana itu aku tidak menolak ajakannya untuk makan malam.

 

Dan ternyata aku dicampakkan ke situ. Dan aku sendiri kaku,dan berfikir-fikir apa tujuanku berada di majlis seperti itu.

 

Dan akhirnya aku memutuskan untuk melihat dan mengambil peluang: jika ada.
Continue reading “Peluang itu”

Gerimis Salju

Salji melewati musim sejuk di sini buat kali ke dua.

Gerimisnya itu seolah-olah boleh diramas jemari. Jika kita hayunkan tangan pada udara walaupun salji tidak turun,  kita mampu memegang wap-wap air yang bertukar menjadi ais itu.

Subhnaalah. Allah Maha Kuasa menciptakan segala sesuatu itu. Keputihan pada langit, pada bumi, pada pohonan, malah pada jalan-jalan yang kami tempuhi dengan sabar, sungguh menggamit rasa kagum kepada Pencipta kita itu.

Flight kami ke Milan batal semalam. Ibu dan dua sepupuku datang menziarahi kami di sini. Rancangannya untuk sama-sama luangkan masa setelah sekian lama tidak bertemu. Aku teringin ke Milan kerana aku ingin melihat kota fesyen itu. Katanya banyak barangan designer ( not that Im that ecstatic!). Tapi aku ke sana untuk melihat kemodenan tamadun Eropah dan moga-moga aku belajar sesuatu dari situ. Padaku, pilihan shoppingku tetap pada Clarks untuk kasut dan next utk seluar dan coat. Itupun dibeli ketika boxing day ketika semua barang di bawah paras GBP10!

Edinburgh Airport terpaksa ditutup semalam kerana salji yang amat tebal. Dan aku kaku untuk berbuat apa-apa di Glasgow kerana adik2 sudah pun pergi berjaulah, dan keadaan di luar amat beku. Aku memandang Arinah seketika kerana kami perlu melakukan sesuatu. Namun keadaan menjadi kekok bila keluarga ada bersama kami. ( Ya Allah , camne nak balik Malaysia ini???)
Continue reading “Gerimis Salju”

tungguuuuu kejap!!

Salam,

saya ada terima beberapa emel tentang dakwah. dan meminta pendapat saya tentang dakwah.

begitu juga bila adik2 mengadu tentang beberapa perkara, saya teringin nak memberi pendapat dan mengajarkan mereka tentang sesuatu fiqh dakwah.

tapi benda ini semua memerlukan pemerhatian dan tumpuan dalam pemilihan kata-kata.

ramai manusia bergaduh kerana tersalah faham, ramai bermusuh kerana sebuah istilah.
Continue reading “tungguuuuu kejap!!”

Tips usrah online

Semenjak dahulu ramai yang bertanyakan aku tentang usrah online ini.

Mungkin kerana aku membesar dengannya di bumi asing ini.

Menghirup sesejuk basahnya mata air hidayah di balik gegendang ‘earphone’ mahupun speaker yang sering bertukar ganti.

Dari situlah aku temui kekuatan.

Tahun itu tahun 2002. Memang di tempatku tiada yang membawa liqa penyambung kepada tarbiyahku. Paling dekat pun, aku  perlu bermusafir selama sejam setengah pada hujung minggu untuk menghadiri halaqah umum.

Apabila aku terpaksa bertukar usrah, naqibah baruku berada 5 jam jauhnya dariku.

Di tika itu hujung minggu pasti akan terpenuhi dengan daurah-daurah.

Lantas  bilakah lagi masa halaqah jika bukan pada hari biasa.

Maka usrah onlinelah penggantinya.

Sebelum itu, lama aku menantikan orang mengusrahkan aku.

Ketika itu memang usrah online tak pernah wujud di ukeire ini. Mungkin jika wujud pun, masih pada usia yang baru.

Skype pun baru sahaja muncul dan voip begitu juga.

Namun aku belajar dari seorang ukhti dari US. Umum tahu di negara sana, dengan kejauhan geografi yang melampau, usrah hanya bergantung kepada telefon mahupun usrah online.

Ya. Telefon! Maklumlah negara maju, telefon mereka boleh berkoference serentak seramai 10 orang!
Continue reading “Tips usrah online”

It’s me

Dah lama tak cerita pasal kehidupan saya.. mungkin kisah itu kurang signifikan untuk diceritakan pada hari-hari saya yang bsah dan beku di sini berbanding apa yang menjadi mulia di sisi Allah, iaitu dunia dakwah dan tarbiyah.

Benarlah kata aza adikku,

itulah dia dakwah. Penuh kepayahan. Kalau senang sahaja, kita takkan nak lebih berusaha pun.

Subhanaallah, Allah yang mengaturkan hidup kita.

Di sepanjang jalan aku mengenal tarbiyah ini, antara manusia yang saya amat struggle untuk tajmik dan bina adalah manusia di kawasan saya sendiri.

Entah kenapa..

mungkin kerana diri saya sendiri, akhlak dan perangai saya.

Ataupun inilah ujian bagi diri saya sendiri.

Dan alhamdulillah juga, Allah susun supaya hidup saya sebegini, supaya saya betul-betul menghargai betapa sukar dan peritnya mentajmik adik-adik yang masih hijau tentang Islam ini.

Telefon tak berangkat.

Text tak berjawap.

Ajak keluar tak mahu.

memang tebal sangat muka untuk terus mengajak dan mengikat hati mereka ini..

Sedangkan siang dan malam, tanpa ada satu hari pun malam-malam kulena memikirkan…

apakah akan jadi pada dakwah di sini saat aku tiada nanti di sini….
Continue reading “It’s me”