motivasi

What makes us keep on going?

Posted on

 

Apa yang menjadikan seseorang itu sentiasa bersemangat dalam kehidupanya?

Jika kita melihat seorang wanita berpangkat nenek berlayar merentasi lautan meditaranean menuju ke Gaza walaupun diketahui akan mendapat sekatan, tentu kita akan bertanya soalan yang sama.

What makes her so enthusiastic to get there?

Kenapa dia begitu bersemangat untuk ke sana sedangkan dia boleh sahaja duduk di rumah berehat menikmati usia yang semakin senja. Tidak ada sebab kenapa dia perlu ke Gaza.

Namun kata beliau, ” Saya pergi ini untuk Ummah. Saya mewakili Umah untuk menyedarkan ramai manusia tentang isu Gaza.”

Tubuh yang kecil penuh ikhlas itu menyentak jutaan manusia di seluruh dunia akan isu Gaza. Dengan menggadaikan nyawanya sendiri untuk ke sana.

Gol adalah motivasi terbesar kita di dunia.

Apa lagi motivasi terbesar kita melainkan syurga?

Tidak ada nikmat paling manis melainkan berjuang di atas jalan Allah dengan harta dan jiwa kita untukNya.

Mulakan dengan apa yang ada pada diri kita.

Berusahalah menuntut ilmu dengan mempelajari ayat-ayat Allah.

Dari apa yang dipelajari itu, sampaikanlah pada orang lain.

Sedikit demi sedikit kita membiasakan diri kita untuk sentiasa berkongsi dan berdakwah di jalan Allah.

Dari situ kita akan merasai kemanisan yang sebenarnya, berjuang di atas jalanNya, menuju syurgaNya!

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan yang sebenarnya berhak disembah kecuali Aku. Rahmat-Ku sudah mendahului kemurkaan-Ku. Barang sesiapa yang naik saksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya berhak disembah kecuali Allah dan Nabi Muhammad SAW adalah hamba dan utusan-Nya, nescaya ia berhak mendapat syurga.” – (Hadis diriwayatkan al-Daimali)

Moga kita dapat bertemu di syurga kelak insyaallah!

Advertisements