medik life

Gagal dan berjaya dalam peperiksaan.

Posted on

Pass dan fail dalam exam bagi seorang doktor bukanlah satu perkara yang asing. Walaupun dah berusia dan berkeluarga, debaran untuk menghadapi exam tetap tak pernah hilang.

Bagi kerjaya seorang doktor, peperiksaan adalah satu kemestian untuk naik pangkat.

Sewaktu saya pulang dari UK 4 tahun lalu , saya pun blur dan berbelah bahagi samada nak betul-betul all out dalam bidang medik ataupun jadi doktor biasa sahaja dan all out dalam dakwah.

Passion saya adalah dakwah walaupun saya tahu tak ramai boleh faham dan ‘compute’ perkara ini.

Kerana pada dakwahlah, saya temui ‘ciptaan’ dan kelahiran yang baru, yang mengujakan hari-hari saya.

Ia sangat memberikan makna dalam kehidupan.

Yang mengenali saya barangkali memahami apabila melihat ciptaan itu. Saya pun jarang berkongsi kerana itulah, tak ramai boleh faham, hahaha. ( ok main je).

Seorang senior saya, doktor pakar dalam IKRAMHealth berkata pada saya,

“Aisyah, apa yang anti minat ( dalam doktor)?”

“Tak tahulah kak. Saya tak kisah asalkan bantu dakwah je.”

“Kat Malaysia ini, banyak sumbangan kita boleh buat bila kita dah jadi specialist. Masa banyak terluang berbanding jadi MO. Begitu juga jika oncall, still boleh consult melalui telefon sementara ada di rumah. Banyak ruang untuk kita berdakwah bila sudah sampai tahap itu.”

” Ok. Tapi bagaimana?”

Biar benar aku nak jadi pakar. Aku ni dahlah banyak kali fail exam undergrad. Peluh besar tapi segan-segan keluar dari dahiku.

“Anti join masters program. Akak sarankan ambil medikal. Sebab senang bila dah jadi specialist nanti. Kalau ambil MRCP , you dont know when can you pass. At least masters program, you know by 4 years you akan jadi pakar..”

A year later, I have enrolled myself into Masters Programme in Internal Medicine in one of the university in Malaysia. Little that I know what I might be facing, but tawakal ala Allah, langkah diteruskan juga.

The rest are history.

Medicine is not my cup of tea. I need to force myself to love it. I need to make myself happy learning about it.

Kalau menulis itu macam kejap je boleh siap. Nak kasi usrah tu like prepare 5 minit pun boleh kasi pengisian 2 jam.

But medicine.. man I struggled a lot!

Medicine is not a thing that makes me wake up first thing in the morning. Hence, I need to justify myself why I need sacrifice 4 years of my life , learning and working in the department that I hate so much during my housemanship.

Dah lah macam tak leh bayang ini the future nak jadi doktor bahagian apa.

I attempted MRCP exam multiple time and failed. I have failed countless time ( tipulah tak leh kira,haha) during my undergraduates. Never in my life my ego was tested with the failures.

But each failure make me understand one important lesson.

I have no control in my success. But Allah does.
Even if I studied so hard, if He didn’t allow me to pass, I won’t.

Terasa sangat Allah nak kasi pahala bila belajar medicine ini sebab memang saya struggle a lot.

I just need to keep on doing my best because Allah wants me too.

Bukannya belajar sebab tak nak orang kutuk-apalah-orang-usrah-ini- tulah-asyik-usrah-je-pastu-tak-belajar.

Bukannya belajar supaya dapat jadi kaya raya dengan jadi doktor ( jadi doktor takdelah kaya manapun. Dahlah penat kerja)

Kita belajar, supaya Allah kasi kita pahala itu.

If we need to study harder, it means Allah wants to give us more rewards and makes our understanding about medicine become deeper.

I kept asking myself repeatedly, ‘ Aisyah, why on earth are you sacrificing your time and energy learning this? You can do other things much better!’

( Well, the thing I missed the most time sibuk buat masters ini adalah belajar tentang Islam dan share dengan orang lain akan ilmu tersebut)

Akhirnya, I need to repeatedly remind myself,

‘Aisyah, kan kau ambil course ini sebab dakwah. Bukan sebab kaya. Bukan sebab pangkat. Bukan sebab nak orang rasa wow-hebatnya-ko! Bukan nak jadi boss-pastu-berlagak-hebat . Tapi buat sebab dakwahkan. Bila berkorban tu, berkorbanlah sebab dakwah. Rasalah perjuangan ini untuk menduduk ummah dan bangsa kita.

Belajarlah supaya merasa lebih kenal kehebatan Pencipta kita. Lihat betapa kompleksnya sistem badan manusia. Belajarlah apabila temui pesakit yang mudah atau komplikated, kita diberi ilham untuk menyembuhkannya dengan ilmu sedikit yang Allah berikan buat kita… ‘

Itulah niat yang terbesar. Itulah motivasi yang menjadikan saya bangun pagi setiap hari.

Inilah motivasi yang menyebabkan saya beritahu diri saya setiap , ‘Yes, I need to do this!’

Untuk dapatkan redhaNya melalui pekerjaan ini ( Alaaa… clichenya ayat ni….huhuh)

 

Untuk teruskan perjuangan hidup ini agar setiap pengorbanan ini Allah kira sebagai pahala. So, setiap saat dan masa untuk membantu manusia di hospital itu menjadi saham untuk masuk ke syurga kelak, insyaallah.

Maka dengan ilmulah kita dapat buat keputusan yang tepat untuk pesakit. Dengan ilmulah kita dapat jadi pengantara untuk mereka sembuh dengan cara yang betul.

Benar, masters adalah perjalanan yang sangat panjang penuh berduri. Ramai yang terkandas. Ramai yang kecewa. Ramai yang terkorban banyak perkara.

But at the end, all the struggle and the money we spent, become worth it.

Sesuatu itu nampak mustahil. Dengan kesibukan kita. Dengan tanggungjawap sedia ada.

Jangan jadikan perkara luar sebagai halangan ( family, money, bussiness, personal issues).

Yang penting adalah usaha kita berterusan. Tidak berputus asa. Semua kita sama sahaja. Cuma sejauh mana kita sanggup untuk berusaha dan berkorban, itulah yang membezakan kita…

Alhamdulillah, saya pass kertas Teori untuk Part 2 Masters of Medicine Internal Medicine ( Perubatan Dalaman), bukan kerana kepandaian saya ( colleague saya pun tahu kot perkara ni hahaha), tapi kerana Allah mengizinkan ia berlaku.

Untuk yang belum lagi lulus, jangan putus asa. Allah nak kita belajar 1000 kaedah untuk fahami bidang perubatan ini. Hebat atau tidak kita di sisi Allah, bukanlah diukur pada skrol dan keputusan exam kita, tetapi kepada sejauh mana kesabaran kita menghadapi ujian ini..

 

Saya rasa bila belajar kerana Allah ini, rasa Allah tolong sangat-sangat. Tentu doa mak ayah dan rakan-rakan sangat membantu juga.

Tips saya:
1) Belajar berterusan
2) Minta sungguh-sungguh dengan Allah
3) Keredhaan dari ibubapa
4) Doa rakan-rakan yang tidak dlihat.

Insyaallah, tak perlu jadi pandai untuk berjaya. Yang penting berusaha sungguh-sungguh dan jangan putus asa!

Saya masih ingat lagi seorang senior saya sewaktu di Dundee pernah kasi saya kata-kata semangat ini:

” Ala aisyah, bila awak dah pass exam, takde siapa ingat atau tahu dulu awak pernah fail!’

And I’m sure, dalam postgraduate ini, bila kita dah jadi pakar, orang tak tahu dan tak kisah pun berapa kali kita fail. Asalkan kita pass!

Doakan exam clinical pula dalam masa 5 minggu ini. Lepas tu, barulah boleh lega dapat melangkah menjadi pakar perubatan setahun selepas itu insyaallah…