Buat Akhawat, moga kita terus istiqamah

 

Dah lama saya tak menulis khas utk akhawat

 

Dulu masih ada medan emel untuk bercurhat.

 

Ternyata saat-saat berkongsi rasa itu sangat dirindui.

Merindui manisnya saat ditatang dengan madunya tarbiah.

 

Kesibukan kita dalam bekerja di medan amal masing-masing terkadang menjadikan kita lupa akan manisnya rasa mendapat hidayah Allah satu masa dahulu.

 

Begitu juga berebutnya masa antara keluarga, kerjaya dan amal dakwah lain menjadikan hati kita begitu kering untuk menyantuni sesama akhawat dengan pertanyaan khabar dan juga nasihat.

 

Saya sendiri melihat teman-teman lama saya di dada FB dan sering bertanyakan apa khabar diri mereka yang sudah berbulan2 barangkali bertahun tidak bersua. Sedangkan satu masa dahulu kami saling bahu membahu dan melututi sesama sendiri saban waktu. Satu masa dahulu kami sering berkongsi rasa akan isi tarbiah dan kerisauan dakwah, namun ternyata kini, seolah-olah tenggelam dalam timbunan amanah masing-masing. Dulu masih seorang, sekarang dah bertriple quadruple. Sungguh cepatnya masa berlalu!

 

Namun saya yakin, di dalam rabithah dan doa harian, seringkali kita mengingati wajah sesama kita. Walaupun barangkali sudah tidak begitu tahu updatenya. Nak menelefon terkadang segan. Berwhatssap sering lambat di jawap. Jika pun berhubung sesama kita atas urusan dakwah semata. Untuk bertanya khabar saja-saja barangkali rasa haish, sibuk ukhti saya itu, segan nak mengganggu mereka.

 

Barangkali masing-masing kita sedang struggle di dalam keadaan masing-masing, namun segan untuk berkongsi. Barangkali ada luahan isi hati yang tak mampu diungkapkan tapi tidak tahu siapa yang harus berbincang. Barangkali terasa geram dengan diri sendiri tidak dapat perform dengan baik namun tidak tahu jalan keluar. Barangkali juga ada di antara kita yang sudah selesa dengan keadaan diri sendiri sehinggakan kita alpa akan tujuan besar yang harus kita capai di akhir sana.

 

Akhawati fillah,

 

Ikatan hati kita adalah Lillah. Ikatan hati kita adalah di atas impian bersama untuk merebut syurgaNya. Itulah ikatan yang sentiasa menyatukan hati-hati kita. Semaraknya iman kita adalah atas rasa mahu menyebarkan dakwah kepada seluruh masyarakat. Kita bertenaga disebabkan tarbiah yang kita curahkan buat masyarakat.

 

Ya, berkeluarga menjadikan kita berubah. Begitu juga bekerja. Bertemu orang baru di tempat baru menjadikan kita berubah. Beramal di medan baru di tempat yang asing akan mengubah diri kita. Namun yang pasti adalah tujuan hidup kita takkan pernah berubah. Kita adalah daie sebelum segala-galanya. Apa jua yang kita laksanakan adalah untuk melestarikan makna tersebut.

 

 

Kita adalah daie sebelum segala-galanya. Itulah moto kehidupan kita. Itulah simbol kebanggaan dan izzah kita. Itulah yang menjadikan diri kita mahu perform yang terbaik dalam setiap aspek kehidupan kita.

 

Ini akan tergambar pada keikhlasan kita untuk mengajak manusia kepada Allah. Keikhlasan ini terpancar pada pemikiran dan hati kita. Seterusnya perbuatan dan kata-kata kita. Sehinggalah mengajak manusia kepada Allah bukanlah sesuatu perkara yang dibuat-buat melainkan perkara natural yang akan sentiasa berlaku dalam kehidupan kita.

 

Benar kita pasti ada ups and down. Untuk istiqamah itu tidak mudah. Ramai yang kecewa dengan diri sendiri kerana tak mampu perform seperti dulu. Namun hakikatnya Allah mahu kita perform the best dalam semua suasana yang kita ada sehingga jadilah seluruh kehidupan kita bernuansakan dakwah. Walaupun mungkin hasilnya tidak selaju dahulu, namun hakikatnya ia membuahkan juga buah-buahan dakwah.

 

Buat akhawat fillah yang ana kasihi kerana Allah. Ikatan kita adalah fillah.

 

Maka, lazimilah nasihat menasihati untuk cemerlang dalam iman dan amal. Berilah pendorong agar kita sentiasa berada dalam rel kebaikan dan mujahadah.

 

Ya, berilah pendorong untuk sentiasa bermujahadah kerana tarikan untuk berseronok dan berehat amat mencengkam sekali. Atas pelbagai jua alasan yang dikaburi. Kerana itu untuk kekal ikhlas pada perubahan fasa amat sukar. Namun di atas nasihat dan dorongan itu yang akan menjadikan diri kita kembali ke rel yang asal.

 

Sukar untuk kita istiqamah tanpa ukhuwah ini. Ukhuwah takkan terlahir hanya dengan senyuman manis dan like di FB. Ukhuwah yang sebenar lahir dari sebuah nasihat bermakna yang menggoncangkan jiwa. Sebuah nasihat yang mengingatkan kita bahawa ; “ kita tak cukup berbuat sehabis baik untuk berdakwah kepada Allah. Kita sebenarnya banyak leka , rehat dan bermain-main sahaja dengan amal ibadah kita ( yg menjadikan kita rasa cukup baik dgn apa yang kita buat)”.

 

 

Sedangkan dakwah memerlukan kita. Dakwah memerlukan kita mencetak ribuan lagi murabbi sedangkan kita hanya mencetak sebanyak……. Maka usaha perlu dilaksanakan.

 

Ini takkan dapat dipenuhi melainkan dengan amal jamaie.

 

Saya menasihati diri saya dan akhawati fillah akan beratnya amanah ini dan sedikitnya masa yang kita ada untuk memenuhinya. Kita amat memerlukan pertolongan Allah untuk meneguhkan hati dan meluruskan saff kita. Kita harus kuat dan meneruskan perjalanan. Walaupun kita letih untuk menunggu hasilnya.

 

Bersabarlah. Allah akan kurniakan kemanisan atas keikhlasan.

Jangan berputus asa, kerana asyiknya kehidupan adalah pada sebuah perjuangan.

 

Moga bertemunya kita satu masa nanti, bertemunya mata dengan mata, di situ kita akan merasai bahawa hati kita tetap sama, walaupun tanpa bicara.

 

Bahawa diri kita tetap sedang menuju tujuan yang sama… walaupun keadaan dan rate kita sudah berbeza.

 

Moga Allah mudahkan kita mengatasi segala mehnah, ujian dan tribulasi yang sedang kita hadapi di saat ini.

 

 

 

Uhibukum fillah,

Aisyah Z

Advertisements

Detik tarbiyah yang kita rindui

Salam,

baiklah, saya terima saranan untuk kekal menulis di sini. iALlah saya akan cuba menulis di kedua2nya supaya akhirnya ramai dapat manfaat.

Terkadang saya tidak tahu apakah sumbangan paling terbaik untuk dakwah boleh diberikan pada ruang-ruang sempit yang ada.

Apabila saya ada masa menulis, selalunya saya dihimpit oleh beberapa pilihan:

1) Edit artikel jom

2) tulis artikel untuk jom ! —> ini palinggggg susah sebab kene tunggu semua artikel siap baru boleh buat kesimpulan ( khulasah)

3) habiskan penulisan buku saya –> dah half. tunggu! nipis je tapi. bahan tarbiyah yang diolah je pun

4) susun balik artikel2 di muharikah.com/wordpress utk dibukukan.

Akhirnya yang saya pilih adalah, blog ini. Entah. Saya menjadi diri saya di sini. Dan saya senang menulis tanpa memikirkan huruf besar dan kecil, serta ejaan tersalah dan ayat yang tunggang langgang. ( owh ya, saya adalah editor paling tak cermat! hoho)

Saya tersentuh dengan ucapan murabbi saya yang amat merindui zaman-zaman kami di tarbiyah dahulu di UK. Masyaallah, sungguh indah kenangan itu dan ternyata amat manis.

Terkadang memori itu mengimbau halaman-halaman indah dalam kehidupan ini. Kisah merantau ke negara Ireland seorang diri, menunggu bestfren saya siha ambil saya di dublin airport. Kemudiannya membayar duit teksi teramat mahal ke rumahnya sejauh 30km dari airport. Selalu sampai waktu malam yang tiadanya teksi. Suasana di Ireland amat mengimbau perasaan dan kenangan. Di situlah aku menghirup banyaknya mutiara tarbiyah dan pengalaman. Di situlah aku mendengar bait-bait muntalaq yang begitu tertancap di jiwaku sehingga terngiang-ngiang lagi suara murabbiku menempelak diriku:

Pada diri anti, masih ada jahiliyah

Continue reading “Detik tarbiyah yang kita rindui”

Dakwah perlu diteruskan

Samada sukar,
Samada senang
Samada indah
Mahupun berselimut kesulitan dan kesukaran,
Kita perlu teruskan dakwah ini.

Aku tahu adikku
Engkau tak mampu melihat cahaya di hadapan
Terkadang dikau buntu apa yang terbaik boleh dilakukan
Mahupun langkah terbaik untuk dijejaki
Ataupun cara kerja paling benar dalam mencapai tujuan.

Akhirnya dikau terus keliru tidak memahami
Melihat angka-angka rijal yang makin susut
Mahupun lari kebelakang.
Dan dikau terus bertanyakan dirimu:
‘apa yang sudah berlaku ini?’

Sementelahan dirimu
Disalut,dibelit, ribuan masalah dan ujian.
Lantas dikau buntu.
Apa boleh kau buat sekarang?

-Study pun ‘horror’
-Tarbiyah diri entah ke mana
-Dah tahu banyakkkkkkkkkkkkkk perkara
-Buku nota dan bertukarrrr dan bertukar warna
Tapi dirimu masih lagi meraba-raba dalam kegelapan.

Dan kesannya
Pada adik-adik binaanmu..
Dan seterusnya kau terus tertekan
Kerana ketidak mampuanmu berbuat SEMUA perkara,
Dengan sebaiknya

‘ Aku bukan hebat sangaat weyyhhhhh!’

Dan kau terus berteleku beristighfar
Menangisi kelemahanmu dan ketidak mampuan dirimu.

Maka apa jalan keluar dari semua ini?

Tiada lain,

Melainkan untuk terusssssssssssssskan melangkah di jalan dakwah ini.

Teruskan sahaja bertahan
Terus menerus.
Kerana inilah formula duat terdahulu dan sekarang.

Walaupun diri diuji
Walau keluarga dibawa lari
Mahupun anak binaan tak menjadi
Mahupun tarbiyah diri tidak rapi.

Tapi mereka tetap dan terus menerus dalam dakwah ini.
Beramal, menyampaikan risalah ini.

Berkat sabar dan sangka baik mereka pada Allah,
Itulah yang menguatkan hati dan perasaan mereka.

Dan dari situlah mereka berjaya.

Aku yakin adikku,
Dirimu akan begitu juga,

Sayang fillah,
Akakmu,
AisyahZ
Leeds

Stesen perhentian

Bumi Polska ini seakan-akan ‘kasar’ bagiku.

 

Bahasa dan mimik muka penduduknya mengajarkan erti itu bagiku.

 

Kesian aku sendiri melihat akhawat Malaysia di Poland itu cuba berkomunikasi dalam bahasa mereka, cuba untuk berinteraksi dalam bahasa yang teramat sukar dan tiada langsung relation dengan bahasa arab, melayu ataupun inggeris.

warsaw

 

Kasar seperti juga bahasa rushcki ( russia) , setidak-tidaknya aku juga melihat sedikit kesan-kesan komunisme di ibu negara Poland itu. Pembangunannya seperti yang dilihat di Malaga Spain, bangunan tingginya tak seberapa, namun cukup untuk menganggak bahawa negara itu sendiri masih sedang membangun akibat perang dunia kedua yang amat dahsyat satu ketika dahulu.

 

Dan aku cube mengenali adik-adik yang amat menyentuh hatiku itu. ( haish, asyik tersentuh sahaja dengan adik-adik ini)

 

Mungkin kerana aku membandingkan diriku dahulu seusia mereka dan juga membandingkan dengan diri mereka sekarang.

 

Dan terasa malunya diriku kerana kehinaan dan kerendahan pada diriku dahulu di usia mereka. (huuhuh, kisahku amat panjang, dan ramai tidak tahu)
Continue reading “Stesen perhentian”

Pinanglah daku kerana dakwah.

Salam,

malas juga nak cakap tentang perkara ini. sebab rasa cam tak best plak asyik2 cakap pasal kahwin, sebab kahwin ini wasilah, sedangkan tujuan utama tetap ibadah kepada Allah dan menjadi khalifahNya.

Namun saya kira isu ini agak berat di saat ketika dakwah menjadi satu perkara yang amat phenomenan di era mihwar jahriyah ini. Menyebabkan unsur-unsur penjagaan dan juga kemanisan dalam berBM ini sedikit dicemari dengan tindakan peribadi mahupun perasaan duat itu sendiri.

Baitul Muslim ini urusan besar.

Saya katakan, ianya URUSAN AMAT BESAR.

Saya tanya pada kamu, susah tak nak bina individu muslim?

Susahkan….?

apatah lagi sebuah baitul dakwah. Ianya bukan sekadar sebuah akad nikah. Ianya adalah satu wasilah untuk urusan lebih besar dari itu. maka bersedialah dan berfikirlah sewajarnya akan hal ini.

Berbicara tentang perkara ini amat berbeza sekali fenomenanya dikalangan ikhwah dan akhawat sendiri.

Berbual dengan suami saya sendiri mengenalkan saya akan kepelbagaian sikap-sikap ikhwah mahupun saya sendiri mengenali banyak kisah-kisah akhawat yang ada.

Lain orang, lain ragam dan ceritanya.

Sebelum melangkah, mengambil keputusan dan memasang niat, jadilah perjalanan antum menuju anak tangga seterusnya, perjalanan yang terbaik sekali.

dari awal, sehinggalah pengakhirnya.
Continue reading “Pinanglah daku kerana dakwah.”

Rahsianya adalah pada istiqamah..

suhu di sini makin membeku.

Ianya sudah mencecah angka sifar, mahupun lebih rendah dari itu.

Baru2 ini sarah  cekkan minyak hitam kuda dakwah kami; salahuddin namanya. Terus keras minyak hitam tersebut dan tak boleh ditanggalkan tangkainya hingga melekat. Nasihat bijak dari K mimi setelah itu : startkan enjin kereta supaya cair minyak hitam itu!

Akhirnya selamat kami sampai ke destinasi dengan kuda dakwah itu, setelah sara buat final cek up pada kuda dakwah kami.
Continue reading “Rahsianya adalah pada istiqamah..”

Kerana cinta kerana Allah itu teramat indah…

Me and adik2 di Drumlanrig castle ( including illi, filah, k mimi dan yana 🙂 )

Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah saw. bersabda:
“Tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan di hari kiamat. Hari yang tidak ada perlindungan selain perlindungan-Nya:
1. Pemimpin yang adil
2. Pemuda yang masa hidupnya digunakan untuk mengabdi kepada Allah
3. Orang yang hatinya sentiasa terpaut di masjid
4. Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah, bertemu dan berpisah keranaNya
5. Laki-laki yang diajak berbuat ma’siat oleh wanita bangsawan lagi cantik, api ia menolak dengan berkata : “Saya takut kepada Allah”
6. Orang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi sehingga tangan dirinya tidak tahu apa yang disedekahkan tangan kanannya
7. Orang yang selalu berdzikir di waktu sendirian hingga mengalir air mata”.
(Hadith Sahih Bukhari)

Alhamdulillah. Baru balik dari jaulah dengan adik2 baru.

kami travel dari Glasgow, kemudian ke Loch Lomond, kemudian Ke Kendoon Youth Hostel di Dalry.

Esoknya kami ke Mull of Galloway , tempat terindah pernah kami saksikan. Kemudian kami duduk untuk sedikit tazkirah. Petangnya kami ke threave castle.

tadabbur alam dan Quran di Mull of Galloway
Mull of Galloway

Hari ini pula kami ke destinasi terakhir di Drumlanrig castle.

alhamdulillah. sesuatu yang amat indah berlaku. Dan sukar nak diungkapkan dengan kata-kata.

Dan saya amat sayangkan mereka.

kenapa?

kerana ukhuwah itu amazing. Dan Allah itu maha luas kecintaanNya…

“Orang-orang yang berkasih sayang kerana-Ku, untuk mereka singahsana daripada cahaya yang sangat indah. Mereka dicemburui oleh anbia’ dan syuhada.’”

(Riwayat at-Tirmizi)

saya letih juga. baru sahaja abes night dan terus ke jaulah. doakan saya ye akhawat sekalian..

saya pun rindukan kamu semua

selamat mengejar 10 malam terakhr!