dedikasi

Puisi buat seorang teman

 

Salam,

bila memberi hadiah kepada dua orang mutarabbi saya sempena hari jadi mereka.. mengingatkan saya akan dua orang ukhti yang dekat di hati saya.

mereka lahir pada hari yang sama. 7 April ini.

Seorang berada di kepulauan Borneo. Selepas berkenalan dengan beliau 4 tahun lepas (2007), banyak entri-entri saya tulis berkisarkan dia. Terlalu banyak pelajaran saya belajar dengannya. Walaupun saya cuma bertemu dengan dia selama 3 minggu di sana, ukhuwah itu cukup menautkan hati kami. Selepas berpisah 4 tahun lepas, sehingga kini kami belum pernah bertemu lagi. Namun kenangan bersamanya ketika kami masih single, menghadap wajah kami ke pantai kampung air di borneo, terlalu menggamit memori nan indah. Terlalu besar pengajarannya di pulau itu. Dan tentu saya akan kembali lagi satu hari untuk bertemu dia dan juga akhawat2 lain yang telah menancapkkan memori besar dalam hidup saya.

Begitu juga hari ini, hari kelahiran seorang ukhti yang baru saya kenali minggu lepas. Baru sempat bertemu selama 3 hari.3 hari yang teramat panjang dalam hidup saya, penuh pelbagai cerita.
Continue reading “Puisi buat seorang teman”

catatan · dedikasi

Teruskan melangkah…

saya ada exam esok… insyaallah akan tulis lebih lagi lepas tu..

just nak cakap pada semua.

walau apa2 yang berlaku dalam hidup kita, apapun yang berlaku dalam hidup kita…

jangan sekali-kali lari dari jalan dakwah ini…

jangan sekali2 berpaling dari ALlah..

apa2 yang berlaku dalam hidup kita,

mehnah yang dahsyat
ujian yang menghentakkan,
bala yang menghancurkan perasaan kita..

jangan sekali-kali lari dari jalan dakwah ini…

syaitan happy kalau kita futur..

syaitan happy kalau kita lari dari jalan dakwah ini..

sedangkan kita pasti akan merana kalau kita berpaling arah
umat akan terus kesakitan dan sesat apabila kita berpaling dari jalan dakwah ini..

sabarlah..
sabarlah..
sabarlah..

ujian itu pasti akan datang..

pada semua orang..

samada kita ikut dakwah ataupun tidak.

cuma kita akan diuji lebih sedikit,
kerana Allah mahu memantapkan iman kita dan menguji keikhlasan kita pada Dia.

“Dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka).”Alilmran: 141

“Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk (munafik) dengan yang baik (mukmin). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib.” Alilmran: 179

Yakinlah,

selepas mendung, pastinya ada mentari
disebalik hujan, pastinya ada pelangi,
selepas kesusahan pasti ada kesenangan.
selepas kesusahan pasti ada kesenangan.

menanggung ujian itu perit,
tapi kebahagiaan selepas itu, pasti menfanakan,
menjadikan kita lupa akan beban ujian itu.

Ingatlah,

nikmat sebenar adalah di syurga,
mampukah kita bertahan sebentar di dunia ini
untuk mendapat syurga indah nan abadi?

وَالَّذِينَ هَاجَرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ ثُمَّ قُتِلُوا أَوْ مَاتُوا لَيَرْزُقَنَّهُمُ اللَّهُ رِزْقًا حَسَنًا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
لَيُدْخِلَنَّهُم مُّدْخَلًا يَرْضَوْنَهُ ۗ وَإِنَّ اللَّهَ لَعَلِيمٌ حَلِيمٌ

“Dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, kemudian mereka terbunuh atau mati, sudah tentu Allah akan mengurniakan kepada mereka limpah kurnia yang baik dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi limpah kurnia.” Sudah tentu Allah akan memasukkan mereka (yang tersebut itu) ke tempat yang mereka sukai (Syurga) dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.” (Al-Hajj 22: 58-59)

doakan kita sama2 istiqamah di atas jalan dakwah ini ye!

wassalam

ukhtikum fillah
aisyah
terus menderu di atas jalan dakwah.

cerpen · dedikasi

Cerpen:Nilai 100 pounds

‘ Sayang, abang kasi sayang 100 pound ye. Hadiah sebab dapat honest time exam hari itu.’

Batrisya memandang kaget wajah suaminya sambil cuba menenangkan anak bongsunya Affan yang merengek-rengek meminta perhatian darinya.

‘ Kenapa abang? kan abang kata hari itu perlu berjimat cermat untuk kita simpan duit bila balik ke Malaysia nanti?’

Suaminya terus tersenyum penuh kecintaan buat sang isteri yang sentiasa memberikan yang terbaik buat suaminya.

‘ Tak apa. Abang ada banyak lagi simpanan. Duit ini hadiah dari abang buat isterinya tercinta. Tapi abang masukkan online tau.’

Batrisyia terus angguk tersenyum melihat suaminya itu. Kaget juga kerana suaminya jarang memberikan hadiah sempena kejayaan peperiksaannya. Lagipun exam master. Bukannya hebat sangat walaupun diakui amat sukar untuk menghadapi kertas kejuteraan mikroelektronik itu. Apatah lagi perlu menyesuaikan diri di tempat baru bersama dua orang anaknya.

Seketika pula, Affan sudah menjerit kerana dipukul adiknya Adlina. Lantas terus dia bergegas menenangkan dua anaknya itu sebelum bersiap-siap pula untuk menyiapkan makanan tengahari mereka di hujung minggu itu.

Suaminya, Salman, terus menghadap semula ke kekaca komputer, samada menyiapkan thesis PHD ataupun mungkin sedang memasukkan duit ke dalam akaunnya.
Continue reading “Cerpen:Nilai 100 pounds”

catatan · curahan hati... · dedikasi

Suatu yang indah

Salam,

alhamdulillah. Rahmat Allah itu tidak terkira dan Allah itu Maha Baik. Sangat-sangat.

Saya memang menahan diri dari mengatakan sesuatu dengan BM saya secara peribadi. Kita takkan tahu apa akan terjadi sehinggalah detik terjadinya akad dan sahnya ikatan suci perkahwinan itu.

Di tempoh inilah, tawakal kita kepada Allah benar-benar diletakkan pada tempatnya.

Hai Nabi, bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu menuruti [keinginan] orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, (1) dan ikutilah apa yang diwahyukan Tuhanmu kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan, (2) dan bertawakkallah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara. ( ahzab :1-3)

Continue reading “Suatu yang indah”

curahan hati... · dedikasi

Demi cinta ini

Tasbih di saat-saat yang berharga di penghujung mal;am dan menjalin persaudaraan seiman merupakan dua kekuatan yang saling berkaitan. kedua faktor inilah tertegaknya jemaah kaum muslimu, dan merupakan dua sumber yang melimpah ruah yang tidak pernah kering membekalkan kebaikan bagi para daienya.

Kekuatan kita yang pertama adalah mengukuhkan iman dan taqwa.

Keduanya adalah persaudaraan kerana Allah.

Semalam saya bertemu dengan saudara saya di jalan dakwah ini.

Bagaimana mampu saya ungkapkan kata-kata untuk mengambarkan perasaan saya di waktu kami bertemu itu.

Sewaktu dia pulang ke Malaysia 28 December 2009, memang air mata saya tidak tumpah sama sekali.

Kami turun bersama dari scotland ke program di Birmingham. Selesai program kami menghantarnya hari ahad itu ke heathrow. SAya masih ingat lagi Zarith ketika itu telah menangis teresak-esak bersama k mimi dan hana.

Saya masih kaku di situ. Mungkin sebab saya tahu dia pasti akan kembali semula ke bumi UK. Dan mungkin kerana setelah 7 tahun di bumi UK ini, saban tahun saya menyaksikan episod pertemuan dan perpisahan baru. Mungkin telah penat menangis, atau tak mahu menangis sebab tahu Allah pasti akan takdirkan pertemuan semula di dunia ini jika itu yang terbaik.

Huda memang teramat istimewa.

Saya mengambilnya sebagai mutarabbi selepas Zarith berjaya membawanya mengenal usrah. Kerana kematangan usia dan semangatnya, kami melajukan dia dan memasukkan dalam usrah penggerak.
Continue reading “Demi cinta ini”