Catatan hati

What makes us keep on going?

Posted on

 

Apa yang menjadikan seseorang itu sentiasa bersemangat dalam kehidupanya?

Jika kita melihat seorang wanita berpangkat nenek berlayar merentasi lautan meditaranean menuju ke Gaza walaupun diketahui akan mendapat sekatan, tentu kita akan bertanya soalan yang sama.

What makes her so enthusiastic to get there?

Kenapa dia begitu bersemangat untuk ke sana sedangkan dia boleh sahaja duduk di rumah berehat menikmati usia yang semakin senja. Tidak ada sebab kenapa dia perlu ke Gaza.

Namun kata beliau, ” Saya pergi ini untuk Ummah. Saya mewakili Umah untuk menyedarkan ramai manusia tentang isu Gaza.”

Tubuh yang kecil penuh ikhlas itu menyentak jutaan manusia di seluruh dunia akan isu Gaza. Dengan menggadaikan nyawanya sendiri untuk ke sana.

Gol adalah motivasi terbesar kita di dunia.

Apa lagi motivasi terbesar kita melainkan syurga?

Tidak ada nikmat paling manis melainkan berjuang di atas jalan Allah dengan harta dan jiwa kita untukNya.

Mulakan dengan apa yang ada pada diri kita.

Berusahalah menuntut ilmu dengan mempelajari ayat-ayat Allah.

Dari apa yang dipelajari itu, sampaikanlah pada orang lain.

Sedikit demi sedikit kita membiasakan diri kita untuk sentiasa berkongsi dan berdakwah di jalan Allah.

Dari situ kita akan merasai kemanisan yang sebenarnya, berjuang di atas jalanNya, menuju syurgaNya!

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan yang sebenarnya berhak disembah kecuali Aku. Rahmat-Ku sudah mendahului kemurkaan-Ku. Barang sesiapa yang naik saksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya berhak disembah kecuali Allah dan Nabi Muhammad SAW adalah hamba dan utusan-Nya, nescaya ia berhak mendapat syurga.” – (Hadis diriwayatkan al-Daimali)

Moga kita dapat bertemu di syurga kelak insyaallah!

It has been a while….

Posted on Updated on

Salam

44609_467283065902_6369464_n

Hi blog, lama dah tak menjenguk diri. Kenapalah hidup rasa lain sejak kebelakangan ini.

What happened today really make me think a lot.

Deeply.

 

Walaupun banyaknya kilauan flash camera dan juga terkenalnya kita di mata manusia, Allah tetap mengetahui isi hati kita.

Allah tetap mengetahui kisah silam kita dan dosa-dosa kita. Allah tetap tahu kelemahan diri kita.

Bila selesainya usrah dengan adik-adik malam ini, aku termenung memikirkan, sewaktu mereka hantar mereka pulang ke rumah masing-masing, ternyata aku amat kasih dan cintakan jalan ini.

Disebabkan itu, ketika adik2 usrah lamaku masih lagi menegur dan mengcontact aku , aku terasa begitu bahagia sekali. Jujurnya aku tidak berniat memperolehi populariti kerana aku mahukan popular itu. Aku juga tak sukakan perhatian kerana padaku cukuplah perhatian itu aku dapati orang terdekatku. Aku mendakwahi anak-anak usrahku kerana aku mahu mereka cintakan Islam dan dakwah ini seperti mana aku mencintainya.

 

Walaupun ada yang sudah tidak mengikut lagi usrah, namun hubungan ukhuwah kami mesra dan masih basah. Tiada kecintaan bermakna melainkan kecintaan hanya kerana Allah.

 

Muncul di media massa adalah kerana satu perkara sahaja –> menyebarkan agenda kebaikan. Ini kerana masyarakat memerlukan tokoh yang boleh dijadikan ikon untuk dijadikan contoh dan sandaran. Dan saya mahu ceritakan pada adik-adik yang masih belajar di universiti dan sekolah menengah bahawa kita mampu untuk berjaya di bahagian pelajaran dan agama. Untuk berjaya dalam pelajaran, kita juga harus menjadi orang yang paling dekat dengan Tuhan.

Kita juga harus menjadi manusia yang seimbang emosi, akal dan jasadnya. Maknanya bukan sekadar dapat jadi scorer di universiti, tetapi keimanan dan peribadi kita terbentuk sewaktu kita masih studi lagi .

 

Ini kerana pembentukan peribadi sewaktu di universiti lebih mudah dan berkesan, berbanding sewaktu di universiti.

 

Tentu saya sendiri jauh dari kesempurnaan. Cuma orang yang terdekat sahaja mengetahui keterukan dan juga kelemahan diri saya. Namun untuk membiarkan peluang dakwah dari berlalu, tidak sama sekali. Dengan tawakal dan bantuan dari Allah, segalanya dimudahkan.

 

Kini masa untuk terus beramal. Saya lebih seronok untuk belajar sesuatu tentang Islam, menghafal ayat-ayat Quran dan hadis, seterusnya membentuk masyarakat melaluinya. Namun, cabaran utama juga adalah untuk cemerlang dalam kerjaya. Buat masters dan ambil exam MRCP sangatlah tidak mudah. Menghafal penyakit-penyakit , memahami dan mampu untuk mengubatinya tidak mudah. Ini semua pengorbanan. Kalau saya ceritakan anda akan bosan.

Namun di sudut hati saya, saya berharap Allah memerhatikan saya dan memelihara saya. Saya berharap Allah memimpin tangan saya untuk menentukan kebaikan dalam setiap langkah yang saya ambil..

Terkadang ( atau banyak kali) saya membuat pilihan yang akhirnya saya ragu-ragu akannya. Terkadang saya ‘tak nampak’ apabila neraca iman itu berkurang. Lama saya berada di dalamnya. Kadang-kadang saya keliru akan apa yang sedang berlaku dalam diri saya. Sehinggalah setiap kali lepas solat, Allah akan ‘mencerahkan’ pandangan dan memandu saya dalam berbuat pilihan.

Walaupun satu dunia menegah dan bertanyakan keputusan saya itu, namun di hati saya, tanda-tandanya sudah jelas dan pasti. WAlaupun nafsu saya kelihatan menyanggah dan mahu berbuat sesuatu yang sebaliknya.

Apabila kita memilih sesuatu kerana Allah, Allah akan buka jalan-jalanNya, walaupun pada logik akal manusia, jalannya buntu dan mati.

 

Apabila kita berbuat keputusan untuk dapatkan redha Allah, Allah akan membuka hati kita melihat cahaya-cahayaNya. Janganlah memilih atau berbuat sesuatu kerana apa yang kita mahu. Buatlah sesuatu kerana Allah mahu kita buat perkara itu.

Biarlah sifat submissive itu hanya pada Allah. Biarlah Allah menjadi raja kita. Biarlah Allah menjadi pilihan utama kita. Biarlah apa yang Allah mahukan menjadikan denyut nadi pemikiran kita. Walaupun hati kita memberontak mahukan sebaliknya..

Kerana hati orang beriman, teramat-amat cintakan Allah, sehinggakah dirinya begitu mudah sekali mengikuti apa yang Allah mahukan.

Adapun orang-orang yang beriman Amat sangat cintanya kepada Allah.” (QS. Al Baqarah [2]: 165)

Life is not easy. So does Jannah. Only those who persevere will eventually enter it.