Pengalaman luar biasa di pentas Asean

Alhamdulillah. Kami baru sahaja selesai pertemuan dengan 42 delegasi dari pelbagai negara di Asean. Dari Thailand, Phillipine, Cambodia, Sri Lanka, Indonesia, Singapore dan tentunya Malaysia.

WhatsApp Image 2017-03-12 at 13.32.50

Sebelum ini saya hanya dapat bertemu dengan student malaysia yang belajar di luar negara, memberi daurah dan sentuhan tarbawiyah. Kini, Allah izinkan untuk kami ,membina hubungan jalin dakwah bersifat nusantara dan antarabangsa. Bahasa dakwah kami melangkaui bahasa tsaqafah harakah, kepada tsaqafah daulah. Satu pengalaman cukup menarik dan sangat berinovatif.

Menurut Pak Anis Matta yang memberi banyak taujihat penuh berkesan, kita perlu tukar mindset dari berfikiran lokaliti kepada negara dan dunia. Begitu juga beliau menceritakan bahawa kita sedang berhadapan dengan persoalan global yang sedang berkecamuk. Akan datang, berlakunya global war. Ini menurut aturan sejarah. Maka, perlulah kita bersedia menjadi pemimpin yang relevan untuk masyarakat.

17192055_666077256933908_7446246853462754545_o
Semua berebut nak ambil gambar dengan Pak Anis

Antara pesan beliau adalah:

Perlulah kita membangun karisma street leader:
1. Siddiqu tawajuh ila Allah
2. Keberanian
3.Pengetahuan
4. Inovasi (gabungan pengetahuan + sains dan keberanian)

Dalam politik, tidak boleh digunakan strategi yang sama berulang kali. Ibaratnya seperti pampers, harus terus menerus bertukar dan berubah. Dalam dakwah pun begitu, kita harus berinovasi, menerusi gabungan ilmu, sains teknologi dan keberanian mengubah.

Dan kata beliau, menjadi innovator secara berterusan akan menjadikan diri kita standalone.

Ana sendiri bertanya pak anis, bagaimana jika orang tak mampu menerima cadangan dan gerakan inovatif kita?

Beliau menjawap, yang kita hadapi adalah:
1) complicated problem
2) sophisticated solution
3) simplify solution menjadi slogan jalanan ( sloganistik)

Tugas kita adalah menyampaikan solusi dalam bahasa yang sangat mudah, dan mudah diterima orang.

” Tidak ada leader di dunia yang tidak banyak membaca. Semuanya harus banyak membaca.”

Sepanjang sejam talk beliau, memang tidak ada sesiapa yang berbicara. Dia berbicara tanpa slide, tapi begitu menggugahkan.

Dalam perjalanan dakwah ini, begitu banyak pelangi dan bintang untuk diraih. Begitu banyak lautan dasar maknawiyah kehidupan dalam alquran perlu kita korek untuk dijadikan landasan amal dakwah kita.

Marilah kita melihat jalan dihadapan penuh cahaya bergemerlapan, penuh semangat berbintangan. Yang menjadikan kita jemu dan lesu adalah kita menggunakan cara yang sama berulang kali untuk menyelesaikan masalah kita.
Justeru kita stuck. Kita buntu. Nothing move and change.

Kuncinya adalah, inovasi. Dengan ilmu. Dengan data yang kita ada. Dengan keberanian untuk buat perubahan walaupun pada awalnya tidak ramai memahami dan bersetuju. Kerana manusia memang memerlukan masa untuk berubah. Maka jangan kita putus asa.

Inovasi cara kita melihat masalah. Inovasi cara kita menyampaikan concern kita. Inovasi cara kita memberikan solusi pada masalah.

Dakwah ini adalah hidup dan jihad kita. Jadikan ia menjadi tanamaan yang sentiasa berbugar dan memberikan bunga dan buah yang pelbagai rasa. Kerana itu kita akan sentiasa bersemangat dan mahu bekerja. Dari situ kita akan berbuat kerana cinta, bukan kerana kewajipan dan paksaan.

Moga di mana sahaja berada, akan sentiasa bertemu solusi kepada cabaran yang ada, seterusnya merasai kemanisan dalam perjuangan dakwah ini insyaallah.

PS: Kitalah yang melakar arena dakwah kita. Sabar, inovatif dan berani, itu kuncinya. Jangan menunggu peluang kerana peluang harus dicipta dan dicari. Berterusan beramal kerana syurga itu mahal harganya.

Coverage berita AYLF:

http://www.bharian.com.my/node/259108

https://www.facebook.com/ikram.malaysia/posts/1451286251588611

https://www.facebook.com/aylfmalaysia/

Ukhtikum fillah,
Aisyah Z

Advertisements

Author: Muharikah

Dr Aisyah Daie di JalanNya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s