Jika kita masih student

“Apa yang K Aisyah explore time masih student dulu?”

Apabila berjaulah dengan adik baru, seringkali soalan-soalan basic ditanyakan pada aku. Barangkali telah berlalu masa student aku sehinggakan aku lupa untuk mengingatkan diriku apa yang begitu bermakna pada zaman lalu.

Aku tersenyum sambil memandu kereta menuju ke Kuala Lumpur. Jaulah kami yang singkat namun bermakna mengingatkan aku akan detik-detik jaulah kami dari Dundee- Manchester satu masa dahulu. Ketika itulah masa aku bersama ( muayashah) dengan anak usrahku ( mutarabbi) dan berkongsi rasa dan kefahaman di ata jalan dakwah ini.

” Masa student inilah masa untuk kita belajar, dan cuba banyak benda baru. Try buat kesalahan. Saya buat bisnes pada umur 27 tahun. SEbelum itu saya tak fikir duit pun. Buat je macam-macam”

‘Contoh?’ dia bertanya, memohon petunjuk pengalaman.

Kemudian aku ceritakan kisah jaulah ke luar negara, bagaimana kami memandu kereta sehingga ketiadaan duit, explore kawasan baru walaupun tidak ramainya kawan menemani dan lain-lain. Barangkali pengalaman aku kurang relevan kepadanya, kerana agak sukar bagi student Malaysia untuk explore pengalaman di negara luar, tapi aku katakan padanya:

 

‘Masa student ini lah masa kita buat kesalahan. You should try as much as you can.”

Barangkali, dia harus berfikir sendiri dan explore peluang dihadapannya.

 

Namun, yang pasti, zaman student ini, jika berpeluang, belajarlah berbisnes. Tapi, jika tidak berpeluang, belajarlah sebanyak ilmu yang ada.

Apa yang saya muhasabahkan juga, what I wish to do more, is actually studying and learning. Especially learn new language. Tak apa miskin sebab belajar. Ilmu itu sangat berharga satu masa nanti.

 

Waktu saya explore banyak tempat di pelbagai negara, saya sebenarnya belajar banyak perkara di sana.

 

Maka, jika anda masih student, dan rasa banyak masa kosong yang tidak digunakan, samada anda aktif berpersatuan dan aktiviti, belajarlah banyak benda baru. Belajar sampai tak cukup masa.

 

Sebab bila dah bekerja dan berkeluarga, masa begitu sempit untuk belajar ilmu baru.

 

Sibukkan diri anda sewaktu student, supaya bila anda sudah bekerja, anda sudah biasa menyusun jadual padat anda!

file-11-02-2017-9-27-20-pm
Jaulah ke Melaka bersama team Geng Usrah

 

Aisyah Z

Gombak

Advertisements

Author: Muharikah

Dr Aisyah Daie di JalanNya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s