Neraca #1

 

” Kau tak kisah orang kutuk-kutuk kau?”

” Eh, nape nak kisah?”

” Yalah, Aku baca orang komen dan hentam blog kau pun dah tersirap dada aku”

 

Azlan tersenyum mendengar pertanyaan sahabatnya itu. Johan merupakan teman setia dan baiknya di perkampungan halaman di ceruk Mu’tah ini.

Sambil memegang bahu sahabatnya itu, Azlan menjawap:

” Kalau kau tengok, mana-mana penulis yang berjaya kat dunia ini pun dah biasa kena kutuk, kene kritik, kene hentam. Dan tengok apa yang jadi pada mereka? Mereka terus sahaja menulis dan menulis tanpa pedulikan apa yang dunia katakan tentang mereka. Ada yang siap kena saman lagi.”

” Erm, kalau aku, confirm aku dah takkan tulis lagi! Down doh..” Johan mengerutkan muka sambil kembali menatap komputernya. Di beleknya lagi blog sahabatnya yang dah pun mencapai reach view sebanyak 2 juta itu.

Pernah Johan katakan kepada Azlan betapa bertuahnya dia mengenal Azlan dalam keadaan ramai pembaca Azlan masih lagi tertanya-tanya akan peribadi pemilik blog jejakamacho.wodpress.com.

Tahulah nama macam sempoi, perasan tak hingat, Blog itu walaupun namanya agak cliche, tapi penuh sarat dengan pengisian yang benar-benar membina minda dan jiwa. Dari satu sudut dia kagum dengan kreativiti sahabatnya itu. Menyampaikan dakwah melalui seni yang begitu halus dan teliti.

‘ Bro, kau cuba tengok gambar ni.’

Azlan menunjukkan gambar di FB teman mereka yang sedang memegang gelas berisikan air berwarna hitam. Kawan mereka nampak gembira di gambar itu di samping rakan mat sallehnya seramai tiga orang. Masing-masing memegang gelas yang sama, tapi berisikan air kuning.. Background gambar di belakang seakan-akan di pub atau club.

” Cuba kau tengok gambar ini. Apa kau rasa tentang Farid? Kau rasa dia tengah minum apa?’

” Oih. Macam minuman.. erm.. kawan-kawan dia nampak macam minum air beer. Dia? Hurmm. Susah nak cakap. Tapi ini macam kat kelab je, beb. Dia ni budak baik, kan. Jaga solat semua. Ingat lagi time di KISAS, memang semua orang kenal dia sapa. Tapi, haih, musykil aku!”

” Itulah yang berlaku pada kita. Kita suka judge orang pada gambaran awal. Kita dah ada mindset pada sesuatu. Terkadang tengok gambar ini kita boleh sangka buruk.”

Selepas menghela nafas, Azlan menyambung,

“Aku ada tanya Farid tentang gambar ini, time ini dia tengah hangout dengan family angkat dia di London. Ni semua family dia.

Satu sudut memanglah Farid bersalah sebab meletakkan dirinya di tempat fitnah. Tapi di satu sudut, kita yang melihat kena cuba jangan cepat jump to conclusion. Sangka baik itu perlu walaupun sukar.’

 

Johan memandang sahabat baiknya itu sambil mengerutkan dahinya.

” Point kau?’

” Pointnya, ada setengah- setengah orang sudah ada macam prequisite mindset tentang seseorang penulis atau penulisan ini. Contoh macam orang yang tak pernah baca blog aku, for sure bila dengar je nama blog aku macam dia akan ingat, ini jejak jambu mana yang perasan sampai koyak ini? Tak sedar diri kot. Itulah gambaran asal manusia.

So, bila dia baca artikel aku pun dia ada mindset itu. So apa sahaja aku tulis, walaupun aku maksudkan lain, dia akan faham lain juga. So, walaupun kau agree dengan poin aku, dan faham, tapi orang lain takkan faham dan takkan setuju. Orang ini lah yang akan sentiasa ada stigma, atau sangkaan terhadap apa yang kau cuba sampaikan dalam penulisan.’

 

” Owh begitu. Susah juga. Sebab itu ada yang tak puas. So, bagaimana?’

 

” Aku jenis penulis yang ada prinsip. Aku tak menulis untuk kasi semua orang jatuh cinta dengan aku. Aku tak menulis supaya semua orang suka kat apa aku tulis. Aku menulis untuk menceritakan kebenaran. Untuk menceritakan hakikat. Walaupun orang takkan faham neraca yang aku tulis. Walaupun orang tak nampak dari perspektif mana yang aku lihat serta cuba sampaikan.”

Sambil menghela nafas Azlan menyambung,

” Ingat tak dulu Ustaz Aziz setiap kali nak share something dari sesuatu buku, dia mesti cerita sedikit background penulis buku. Supaya kita faham dari neraca mana setiap penulis itu menulis. Supaya kita lebih hayati dan fahami apa yang penulis cuba nak sampaikan.

Kerana akhirnya, setiap pembaca akan membaca ikut neraca mereka. Ikut pemikiran mereka. Akhirnya mereka buat konklusi yang cepat tanpa mengira dan membaca helaian serta poin-poin yang telah disebut sebelum ini.”

Johan mengangguk kemudian diam. Matanya begitu leka membaca blog. Sekali sekala melihat twitter dan FBnya.

‘Woi, ko dengar ke apa aku cakap ini? Grrr. Kau ini memang kalau aku cakap panjang lebar je, for sure tazabar dan malas nak dengar.’ Azlan menggerutu sambil menolak bahu sahabatnya.

“Ala.. aku dengarlah dan faham. Cuma macam ustaz sket setiap kali kau cakap Lan.

Aku macam….. mengantuk!”

Ketawa mereka berderai di dalam bilik kecil berkipaskan angin sejuk persisiran bukit di Mu’tah itu.

Satu masa nanti, pasti orang akan faham, satu masa nanti, begitu azam Azlan..

Advertisements

Author: Muharikah

Dr Aisyah Daie di JalanNya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s