Memenangi hati manusia

logo GU elegant1Dia merenung sahaja buku yang dibacanya.

Sekejap dia membaca beberapa patah ayat, kemudian dia melihat handphonenya. Dibukanya twitter dan dibaca beberapa status twitter yang dibacanya. Selepas retweet beberapa status, serba salah, dia membuka balik muka surat yang ditandanya di buku itu..

‘ Ini Sejarah Kita, oleh Thoriq Ahmad’. Buku yang dicetak hitam putih itu dibacanya berulang kali, tapi dia tak jumpa apa yang dicari.

Telah hampir 16 tahun dia berada di jalan tarbiah ini. 8 tahun bergerak di dalam dakwah kampus di UK, dan 4 tahun di medan belia di negaranya sendiri. Tentu bahan yang digunakan untuk menarik orang kepada dakwah satu masa dahulu tak semestinya mampu menarik orang pada kadar dan tahap yang sama zaman kini. Manusianya berbeza. Suasananya berbeza. Keadaan berbeza. Umur pun sangat berbeza.

Hattakan syarikat Nokia sendiri boleh bankrup akibat lambat untuk mengikuti teknologi dan adaptasikannya, apatah lagi dakwah. Jika kita menggunakan cara yang sama 10 tahun yang dahulu tentu kita takkan dapat hasil yang lebih baik.

Razan tak pasti siapa yang akan hadir esok hari. Dia hanya poskan gambar poster  di Instagramnya tentang usrah umum esok hari di Dataran Merdeka. Dataran merdeka tu! Niatnya nak tarik seramai belia yang mungkin yang berminat dengan Islam.

Cuma dia tak mahu guna cara yang sama. Dia tak boleh nak guna teknik yang sama. Sentuhannya harus berbeza. Tapi bagaimana ? Dia buntu. Aku ini orang medik, otak sains. Haih, mana nak cari kreativitinya, gerutunya sendiri.

Jika dia mahu menarik orang muda, caranya harus seperti orang muda sendiri.

Cuma, dia sendiri sangat struggle untuk menambahkan ilmu dan skill dalam dakwah. Apatah lagi kehidupan yang begitu menggila sebagai masters student dalam Internal Medicine. Proposal tesis yang belum dibuat, kes report yang belum bertulis. Ini tidak termasuk ilmu-ilmu medik yang perlu dia kuasai untuk jadi pakar perubatan dalam masa beberapa bulan lagi.

‘ Awak ini buat kerja gila ini Razan. Semua benda awak nak buat!’

Begitu teman karib dan belajarnya, Nusayba bergurau. Di waktu itu , mereka sedang belajar bersama di perpustakaan universiti mereka. Bezanya Razan dan Nusayba,  Nusayba tidak boleh multitasking. Dia begitu fokus kepada medik dan alhamdulillah dia berjaya pass MRCP sekali percubaan dan merupakan pelajar terbaik sewaktu exam masters mereka.

Namun Nusayba amat memahami jiwa Razan.

‘ An memang tak boleh fokus. I dont know what is wrong with me. Tapi I get bored so easily. Like I cannot do the same thing all over again. I need some excitement in life. Something that can give me colours and make me happy. Sebab itu An involved dalam dakwah. Sebab dakwah sebenarnya fun, Sayba!’

Begitu bersemangat dia bercerita kepada Nusayba. Bukan dia tak pernah mengajak Nusayba untuk join usrah, cuma Nusayba tak boleh berikan komitmen kerana perlu menjaga ibunya di rumah. Dia anak tunggal dan ayahnya telah meninggal dunia. Ibunya sangat attach dengan dia.

‘ Sayba akan support dan sokong je An. Paling penting kita kena berjaya dalam studi kita. Penting ini, ini jihad kita untuk Islam!’

Sekurang-kurangnya, sentuhan dakwah di UIA, tempat Nusayba belajar degree mediknya sangat memberi kesan kepada perwatakan Nusayba. Walaupun Nusayba tak join usrah, tapi perwatakan dan akhlaknya begitu baik sekali.

 

Dia kembali menatap buku yang sedari tadi dibaca berulang kali tapi tak beranjak muka surat.

Apa yang aku nak sampaikan esok? Razan begitu menggerutu sekali. Apa kelainannya? Apa yang aku nak sampaikan kepada yang hadir esok. Nak kasi apa ni?? Tolong!

Sambil baring memandang dinding biliknya, Razan berdialog dengan dirinya sendiri,

‘Sebenarnya, aku nak yang datang esok,tersentuh bahawa, kehidupan hidup kita di dunia hanya sekali sahaja. Maka kita harus gunakan sebaiknya untuk mengenal Allah dan menjadi manusia yang terbaik di dunia ini. Terbaik untuk Islam!’

Fuh, macam hebat sangat je bunyinya, tapi apa yang harus aku lakukan?

Lantas dia menutup buku ISK yang telah pun dikhatamnya berulang kali. Jika nak berjaya, kita tak boleh guna cara yang sama. Perlu ada evolusi. Jika dalam studi pun sendiri adanya evolusi dan penambah baikkan, apatah lagi dari  sudut sentuhan dakwah.

Dia ambil beberapa kitab yang wujud di raknya tapi sudah jarang disentuh. Dibelek dan diteleknya. Diambil beberapa potongan ayat yang menyentuh jiwa dan mampu membangkitkan rasa. Diletaknya di dalam powerpoint. Diletakkan sedikit gambaran dan corak.

Satu perkara yang pasti menyentuh manusia dan memberi kesan pada jiwa adalah —-> Ayat-ayat Allah. Tapi ayat apa dan bagaimana menyampaikannya ? Ini yang menjadi skil harus dimilikinya.

Teringat satu masa dahulu dia berkesempatan untuk berforum bersama Imam Muda Asyraf. Ustaz muda itu begitu bersahaja, namun gaya dan ilmunya begitu mendalam. Barangkali sudah biasa berbicara di khalayak umum, maka penguasaan ilmunya begitu mantap dan memberikan kesan di jiwa. Gaya penceritaan yang begitu membuai dan melekakan. Razan begitu ingin sekali mempunyai pengetahuan sebegitu rupa agar dia mampu memberikan ceramah yang berkesan seperti Imam Muda Asyraf.

‘ Insyaallah, doktor ustazah, satu masa nanti kita boleh berforum lagi ya,’

Begitu kata-kata terakhir ustaz muda itu pada dia. Di satu sudut bangga juga dapat sebaris dengan IM Asyraf yang begitu popular itu.  Namun jauh di sudut hatinya, ternyata ilmunya tentang Islam dan dakwah masih lagi cetek sebenarnya.

‘ Dah tu kenapa nak buat dakwah juga?’ Mak dia pernah beberapa kali bertanyakan soalan begitu menggoncang jantungnya.

 

Kerana tanggungjawab mak, kerana dosa-dosa Razan begitu besar sekali kepada Allah. Kerana Razan nak Allah terima amalan Razan dan masukkan Razan dalam syurgaNya. Kerana Razan, rasa begitu bahagia sekali dengan dakwah ini mak.

Skrip itu berulang-ulang kali berputar di kepada Razan, namun dia tahu, dia belum mampu mengungkapkan bicara itu kepada maknya. Barangkali satu masa nanti, apabila tiba masanya, dia boleh terangkan pada maknya kenapa dia begitu asyik dengan dakwah.

 

Tiba-tiba mesej ‘whatsapp’nya berbunyi,

Akak, all the best esok. Moga Allah mudahkan esok untuk menyentuh hati orang yang datang.

Mesej anak usrahnya begitu menyejukkan hati. Sambil menghadap lattopnya , angin sepoi-sepoi bahasa beralun menemaninya. Moga esok hari menjadi penentu perubahan ramai yang hadir. Yang pasti, dia mahu Allah redha akan amalannya, dan menjadi hujah bagi dirinya di akhirat kelak..

 

PS: Jemput hadir kepada yang berkelapangan ke usrah umum Geng Usrah esok hari ( Ahad 18 oktober) di KLCC. Follow instagram @geng_usrah ya!

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s