#Hijrah

Posted on

1383471156_191644

” Lama kau tak post apa-apa kat sini.’

 

Ermm.

 

‘ Writer’s block?’

Ermm.

 

‘ Mencari diri? Mencari ilham?’

 

Ermm Ermm.

Barangkali kau tak berapa tahu lagi betapa hidupku sedikit berubah dan macam haywire pusing-pusing siur  cuba mencari kekuatan untuk menulis kembali. Menganalisa dan berfikir kembali di manakah fasa hidup ini dan bagaimana aku mampu berlari lagi.

 

Umurku sudah bertambah. Pengalamanku juga berbeza. Manusia aku bertemu berbeza, dan yang lama dah aku jumpa sudah aku lupa-lupa nama teruk betul kau ni Aisyah  tentunya perspektif aku berbeza juga.

Pandangan dan kefahaman aku sendiri mengalami evolusi tersendiri.

Dan ternyata aku sendiri masih mencari erti kembali menulis dan memberi rasa kepada hati kamu semua.

Sepanjang 2 tahun ini saya berusaha mencari semula kebasahan yang sama pernah saya rasai dahulu.  Saya berharapkan kebasahan itu datang dan barangkali jemari saya mampu mengalir laju seperti selalunya. Namun keadaan itu tidak lagi datang. Memaksanya datang adalah satu penyeksaan.

Apa yang mampu saya buat adalah , berlaku jujur. Jujur dengan keadaan yang ada. Dan berkongsi. Barangkali pembacanya sudah tidak sama. Barangkali orang tidak lagi judge saya berbeza dari dulunya. ( mestilah kena berbeza sedangkan berat badan boleh turun naik apatah lagi jiwa dan pemikiran manusia).

Namun, pivot aku tetap sama. Aku masih lagi terikat dengan dakwah seperti selalunya. Barangkali itulah yang menjadikan aku terus berlari. Namun pentasku sudah berbeza kini. Muzik dan jalan ceritanya semakin bersimpang siur. Aku mencari hiburan-hiburan peribadi melalui sentuhan dakwah yang aku cuba ciptakan sendiri. Dalam nada dan melodi tersendiri. Terkadang aku senyum seorang diri, eh betul ke langkah aku ini? So far, hasilnya bertambah baik dari hari ke hari, walaupun aku belum boleh berkongsi sepenuhnya . Satu hari nanti. Apabila mata rantainya semua bercantum. Apabila jalan ceritanya sedikit sempurna. Apabila pendulum kepada pivotnya sudah berhenti berayun. Barangkali di waktu itu aku akan berkongsi..

 

a) dakwah melalui bisnes

b) dakwah melalui penulisan

c) dakwah melalui social media

d) life di bawah kilauan kamera

e)real dakwah life in Malaysia , with real challenge and tribulations.

f) relationship/marriage story..

I guess telling stories are much easier than writing articles where people like to judge you.

But then again,

“I’d learned that some things are best kept secret.”
Nicholas Sparks,

Till we meet again,

PS: Above all, this page of mine, still remains as a place for my rant and rambling 🙂 Moga insyaallah saya dapat berkongsi lagi sesuatu yang bermakna buat anda semua..

Wassalam

Aisyah Z

Gombak

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s