Buat Akhawat, moga kita terus istiqamah

Posted on

 

Dah lama saya tak menulis khas utk akhawat

 

Dulu masih ada medan emel untuk bercurhat.

 

Ternyata saat-saat berkongsi rasa itu sangat dirindui.

Merindui manisnya saat ditatang dengan madunya tarbiah.

 

Kesibukan kita dalam bekerja di medan amal masing-masing terkadang menjadikan kita lupa akan manisnya rasa mendapat hidayah Allah satu masa dahulu.

 

Begitu juga berebutnya masa antara keluarga, kerjaya dan amal dakwah lain menjadikan hati kita begitu kering untuk menyantuni sesama akhawat dengan pertanyaan khabar dan juga nasihat.

 

Saya sendiri melihat teman-teman lama saya di dada FB dan sering bertanyakan apa khabar diri mereka yang sudah berbulan2 barangkali bertahun tidak bersua. Sedangkan satu masa dahulu kami saling bahu membahu dan melututi sesama sendiri saban waktu. Satu masa dahulu kami sering berkongsi rasa akan isi tarbiah dan kerisauan dakwah, namun ternyata kini, seolah-olah tenggelam dalam timbunan amanah masing-masing. Dulu masih seorang, sekarang dah bertriple quadruple. Sungguh cepatnya masa berlalu!

 

Namun saya yakin, di dalam rabithah dan doa harian, seringkali kita mengingati wajah sesama kita. Walaupun barangkali sudah tidak begitu tahu updatenya. Nak menelefon terkadang segan. Berwhatssap sering lambat di jawap. Jika pun berhubung sesama kita atas urusan dakwah semata. Untuk bertanya khabar saja-saja barangkali rasa haish, sibuk ukhti saya itu, segan nak mengganggu mereka.

 

Barangkali masing-masing kita sedang struggle di dalam keadaan masing-masing, namun segan untuk berkongsi. Barangkali ada luahan isi hati yang tak mampu diungkapkan tapi tidak tahu siapa yang harus berbincang. Barangkali terasa geram dengan diri sendiri tidak dapat perform dengan baik namun tidak tahu jalan keluar. Barangkali juga ada di antara kita yang sudah selesa dengan keadaan diri sendiri sehinggakan kita alpa akan tujuan besar yang harus kita capai di akhir sana.

 

Akhawati fillah,

 

Ikatan hati kita adalah Lillah. Ikatan hati kita adalah di atas impian bersama untuk merebut syurgaNya. Itulah ikatan yang sentiasa menyatukan hati-hati kita. Semaraknya iman kita adalah atas rasa mahu menyebarkan dakwah kepada seluruh masyarakat. Kita bertenaga disebabkan tarbiah yang kita curahkan buat masyarakat.

 

Ya, berkeluarga menjadikan kita berubah. Begitu juga bekerja. Bertemu orang baru di tempat baru menjadikan kita berubah. Beramal di medan baru di tempat yang asing akan mengubah diri kita. Namun yang pasti adalah tujuan hidup kita takkan pernah berubah. Kita adalah daie sebelum segala-galanya. Apa jua yang kita laksanakan adalah untuk melestarikan makna tersebut.

 

 

Kita adalah daie sebelum segala-galanya. Itulah moto kehidupan kita. Itulah simbol kebanggaan dan izzah kita. Itulah yang menjadikan diri kita mahu perform yang terbaik dalam setiap aspek kehidupan kita.

 

Ini akan tergambar pada keikhlasan kita untuk mengajak manusia kepada Allah. Keikhlasan ini terpancar pada pemikiran dan hati kita. Seterusnya perbuatan dan kata-kata kita. Sehinggalah mengajak manusia kepada Allah bukanlah sesuatu perkara yang dibuat-buat melainkan perkara natural yang akan sentiasa berlaku dalam kehidupan kita.

 

Benar kita pasti ada ups and down. Untuk istiqamah itu tidak mudah. Ramai yang kecewa dengan diri sendiri kerana tak mampu perform seperti dulu. Namun hakikatnya Allah mahu kita perform the best dalam semua suasana yang kita ada sehingga jadilah seluruh kehidupan kita bernuansakan dakwah. Walaupun mungkin hasilnya tidak selaju dahulu, namun hakikatnya ia membuahkan juga buah-buahan dakwah.

 

Buat akhawat fillah yang ana kasihi kerana Allah. Ikatan kita adalah fillah.

 

Maka, lazimilah nasihat menasihati untuk cemerlang dalam iman dan amal. Berilah pendorong agar kita sentiasa berada dalam rel kebaikan dan mujahadah.

 

Ya, berilah pendorong untuk sentiasa bermujahadah kerana tarikan untuk berseronok dan berehat amat mencengkam sekali. Atas pelbagai jua alasan yang dikaburi. Kerana itu untuk kekal ikhlas pada perubahan fasa amat sukar. Namun di atas nasihat dan dorongan itu yang akan menjadikan diri kita kembali ke rel yang asal.

 

Sukar untuk kita istiqamah tanpa ukhuwah ini. Ukhuwah takkan terlahir hanya dengan senyuman manis dan like di FB. Ukhuwah yang sebenar lahir dari sebuah nasihat bermakna yang menggoncangkan jiwa. Sebuah nasihat yang mengingatkan kita bahawa ; “ kita tak cukup berbuat sehabis baik untuk berdakwah kepada Allah. Kita sebenarnya banyak leka , rehat dan bermain-main sahaja dengan amal ibadah kita ( yg menjadikan kita rasa cukup baik dgn apa yang kita buat)”.

 

 

Sedangkan dakwah memerlukan kita. Dakwah memerlukan kita mencetak ribuan lagi murabbi sedangkan kita hanya mencetak sebanyak……. Maka usaha perlu dilaksanakan.

 

Ini takkan dapat dipenuhi melainkan dengan amal jamaie.

 

Saya menasihati diri saya dan akhawati fillah akan beratnya amanah ini dan sedikitnya masa yang kita ada untuk memenuhinya. Kita amat memerlukan pertolongan Allah untuk meneguhkan hati dan meluruskan saff kita. Kita harus kuat dan meneruskan perjalanan. Walaupun kita letih untuk menunggu hasilnya.

 

Bersabarlah. Allah akan kurniakan kemanisan atas keikhlasan.

Jangan berputus asa, kerana asyiknya kehidupan adalah pada sebuah perjuangan.

 

Moga bertemunya kita satu masa nanti, bertemunya mata dengan mata, di situ kita akan merasai bahawa hati kita tetap sama, walaupun tanpa bicara.

 

Bahawa diri kita tetap sedang menuju tujuan yang sama… walaupun keadaan dan rate kita sudah berbeza.

 

Moga Allah mudahkan kita mengatasi segala mehnah, ujian dan tribulasi yang sedang kita hadapi di saat ini.

 

 

 

Uhibukum fillah,

Aisyah Z

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s