Kita adalah seorang murabbi

Posted on

Salam

Saya takut artikel saya sebelum ini mengundang salah faham dan fitnah yang tidak dingini. Kerana kita akan membaca mengikut neraca keadaan kita walaupun penulis bermaksud akan yang lain.

Apabila saya bertanya pada naqibah saya kenapa begitu lambat jemaah kami melahirkan para murabbi di saat ramainya orang nak usrah ( dekat 600 sahaja melalui fb page saya), dia memberikan jawapan begitu menumbuk jiwa saya;

” Antilah perlu menjadi murabbi itu yang melahirkan ramai murabbi. Kerana dari murabbilah akan lahirnya murabbi yang lain. Daurah dan program tidak melahirkan murabbi. Yang melahirkan murabbi itu adalah seorang murabbi juga!”

Saya begitu terpelusuk dan terpukul dengan kata-katanya. Di satu sudut memang saya agak terkilan dengan penyusunan-penyusunan bahan2 pembentangan di dalam daurah yang dirasakan kurang cepat memberikan kesan untuk melahirkan seorang murabbi, dari satu sudut, kata-kata naqibah saya mempunyai peranan yang sangat besar. Barangkali saya teramat bergantung kepada program2 di kawasan untuk membina mutarabbi saya ( atas alasan saya sibuk etc etc etc. alasan je tew) sedangkan dahulu saya sendiri membentangkan tajuk2 itu di daurah2.

Ternyata naqibah saya membina mutarabbinya yang berpuluh-puluh orang itu adalah daripada cara begini juga.

Benar, tidak semua yang kita harapkan dapat dicapai. Namun, ternyata sebuah jemaah yang didirikan manusia ini memerlukan masa penyembuhan. Cumanya kita harus terus belajar untuk bekerjasama dengan orang lain dan saling berterus terang. Faktor masa amat diperlukan untuk memahami. Asasnya adalah berbaik sangka pada semua orang, walaupun benar , ia terkadang amat sukar sekali.

RAmai orang-orang hebat di dalam jemaah tidak pandai untuk menghadapi konflik perbezaan ini. Sedangkan jika kita cuba bersabar memahami, banyak hikmah-hikmah tersembunyi. Banyak telaga-telaga harus digali. Didalam keserabutan yang sedia ada, jemaah ini banyak sangat barakah dan mutiaranya.

Pernah saya ditanya, ” Kita perlu fokus ke samada buat kerja masyarakat dan kerja tarbiah?”

Ketika saya buat master ini, saya memang harus fokus untuk belajar betul-betul dengan detailnya sekali. Jika tidak detail saya takkan faham dan saya susah nak jadi pakar.

Apabila kita fokus kita memang akan jadi pakar akan sesuatu perkara. Kita akan jadi expert dan tahu nak buat sesuatu kerja itu.

Begitu jugalah dengan kerja dakwah. Jika kita fokus akan sesuatu cara kerja, kita akan pakar akan bidang tersebut dengan latihan berterusan.

Dahulu memang saya bawak 4 usrah seminggu dan hujung minggu mengisi daurah. Tapi saya tak sempat belajar dan tak sempat nak perform medic. Saya memang plan nak quit je.

Balik dari Malaysia, 6 bulan saya terumbang ambik. Belum bekerja. Belum ada komitmen dakwah. Tak ada jawatan. Masih mencari-cari niche dakwah. Saya seterusnya terjun dalam dunia bisnes. Saya belajar dan menjadi pakar di dalamnya.

Selepas 18 bulan, bisnes saya telah sedikit kukuh dan sudah ada penerajunya, saya menceburi diri dalam bidang master.

Jujurnya, sukar untuk fokus banyak benda dalam satu masa. HAsilnya tidak akan sempurna. Kita akan buat kerja secara surface sahaja. Setiap perkara harus dibuat secara fokus.

Sewaktu saya terlibat dalam bisnes dan master, saya involve  di dalam dakwah belia. Cuba mengenali GEMA. Cuba untuk mengenali dakwah belia. Saya sendiri merancang perlatihan untuk aktivis dakwah belia untuk membuat dakwah umum kepada belia untuk mentajmik mereka di dalam jemaah kami. Saya belajar skill mentajmik untuk belia. Saya rasa sangat menarik sekali.

Namun satu sahaja yang benar-benar saya yakini, tidak ada skill yang lebih hebat dan lebih harus diasah melainkan menjadi murabbi. Melihat dunia ini dengan neraca murabbi.

Persoalan haruskah fokus samada kerja masyarakat dan tarbiah adalah tidak patut wujud. Malah nak kasi percentage pun sukar.

Sebab berdakwah adalah kewajipan. Kita harus mengajak semua orang kita jumpa kepada Islam. Kita mungkin tak mampu membina mereka tapi kita mampu memberi sentuhan kepada mereka..

Ini kerana tidak sedikit orang yang dikatakan qawiy tarbiahnya, pekat bahasa harakahnya dan jitu semanagat dakwah yang tidak mampu menyantuni org terdekatnya. Malah orang terdekatnya terasa begitu asing dan jauh serta amat berkecil hati. Malah kita menjadi kekok untuk bergaul dengan orang biasa dan akhirnya kita suka menjudge dan menilai orang.

Sedangkan daie adalah seorang pembawa rahmat. Sesiapa yang berada di sekelilingnya akan mencintai dirinya dan tertarik dengan kewarakan dirinya yang begitu menyentuh. Jika Islam benar-benar mewarnai diri kita, kita seharusnya tidak mempunyai masalah untuk bergaul dengan orang lain.

Begitu juga orang yang terlalu sibuk dengan masyarakat, memang akan hilang skill membina manusia. ini terjadi pada saya. saya merasainya. Saya dah lupa untuk berDF, untuk bermutabaah, untuk follow up… saya disibukkan membalas mesej2 di fb page saya ( which is sangat menarik utk dijawap dan mengenalkan saya akan perwatakan manusia begitu berbeza di Malaysia) dan juga memenuhi ceramah umum, Ya, saya belajar skill memberi pengucapan yang memukau tapi saya alpa dalam membina mutarabbi saya untuk mencetak ramainya orang sekualiti dia.

Kesimpulannya, seorang daie itu haruslah seperti apa yang disebut oleh Abu Ammar ( Ahmad Rasyid) dalam bukunya Al-Massar ( Khitah Dakwah), seorang politikus, sekaligus sasterawan, sekaligus hakim, ahli undang-undang, pemimpin keadilan dan juga pendidik ummah.

Kita memerlukan kesemua kualiti itu untuk memenangkan dakwah di bumi ini. Kita perlu menjadi seorang murabbi dalam masa yang sama menjadi pemimpin ummah ini dengan kualiti yang sebegitu rupa.

Dan saya tak katakan ia mudah. Ia adalah perjuangan berterusan yang memerlukan kesungguhan dalam menyeimbangkannya. Untuk hebat dan bagus dalam mentarbiah dan mentakwinkan manusia, dalam masa yang sama, memiliki peribadi mempesonakan di tengah masyarakat.

Moga bertemu sesuatu di dalam artikel saya ini.

Wallahualan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s