I’m Lost

Posted on

Salam

Saya tidak menyedari saya sudah begitu jauh beramal dari apa yang saya percaya selama ini. Saya membiarkan kehidupan saya membentuk diri saya sehingga saya lupa untuk fokus bekerja untuk apa yang saya percaya selama ini.

Teguran seorang sahabat saya di jalan Allah begitu hebat memukul dan menghentak saya. Air mata saya hampir berguguran mendengar tegurannya itu namun saya terpaksa menabahkan diri mendengarnya.  Saya tidak menyangka bahawa yang selama ini saya lakukan adalah escapisme saya kerana berputus asa dengan apa yang saya cuba perjuangkan selama ini.

 

Situasi dakwah dan tarbiah di Malaysia begitu rancak. Ramai manusia yang mahukan usrah. Namun memang ternyata tidak ramainya murabbi yang mahu membina mereka. Di saat saya leka mengajak mereka ke usrah, saya leka dalam menyediakan lapisan murabbi yang mampu menyambut mereka. Saya lupa dahulu saya pernah membina murabbi-murabbi yang hebat ini.Saya lupa saya pernah membina 3 lapisan dakwah akhawat di beberapa buah negara dalam beberapa bulan. Saya lupa hidup saya sepenuhnya diabdikan untuk membina generasi pelapis pendakwah untuk umat ini.

 

Bila pulang ke Malaysia, saya ditimpa masalah peribadi dan juga adjustment disorder untuk adapt situasi di Malaysia. Saya ditempatkan di kawasan yang tidak ramai mengenali saya ( atau tidak ada langsung..huhuh), maka begitu banyak masa harus digunakan untuk mengenali dan juga mengadaptasi.. Saya cuba laksanakan apa yang biasa saya laksanakan dahulu di luar negara, ternyata hampa kerana tidak ramai begitu memahami.Di kawasan lain, ramai berjaya kerana kehadiran mereka di sana ramai dan akhirnya mereka berjaya mengubah.

 

Saya masih buntu. Saya pernah menulis, berwhatssap, mencadangkan, berkali2 setiap kali meeting.. Saya hampa. Kecewa. Menangis usah kata.Akhirnya, pertama kali dalam kamus hidup saya, saya berhenti berharap. Akhirnya, seperti mana seorang ukhti katakan pada saya, ‘escapisme’ dari berbuat apa yang seharusnya saya buat dan laksanakan sebagai seorang murabbi kepada mutarabbi saya.

Seharusnya saya membina dan mendampingi mereka, namun saya lebih selesa untuk berbuat sesuatu yang saya nampak hasilnya.. hasilnya memang nampak dan berjaya..

 

Namun saya tahu, my bread and butter. Apa yang saya harus fokuskan. Apa yang saya harus perjuangkan.. Harus dihidupkan semula. Walaupun sukar. WAlaupun sakit.

Mungkin anda yang pertama kali membaca tulisan saya ini ( tanpa mengikuti siri2 tulisan sebelum ini) sukar memahami apa yang mahu saya katakn ini. Namun, apa yang berlaku adalah, saya sendiri ‘futur’ dalam amal dakwah yang saya rasa buat betul.. tapi tariq amalnya.. seharusnya adalah dalam neraca berbeza..

Ini kerana, dalam dakwah, kuantiti manusia tidak mampu mengubah dunia. Yang boleh mengubah adalah kualiti seseorang individu itu. Namun melahirkan seorang murabbi yang sodiq dan ampuh tidak mudah. Ia sangat sukar. Sukar sangat di situasi malaysia. saya hampir putus asa. Saya hampir ‘what-everlah’, saya buatlah apa yang saya rasa betul. Sedangkan manhaj dan toriq amalnya harus dilalui dengan tahapan yang betul.

 

‘ Aisyah, u have so much to offer. Banyak benda awak boleh berikan!’ Jujurnya saya kecewa setiap kali usrah, anak usrah datang lambat. LEpas tu minta balik awal. Lepas tu saya dah plan nak kasi macam2, tapi sebab datang lewat dan balik awal.. saya rasa sangat sedih.. mutabaah amal lagi.. perbincangan2 lain lagi.. Saya juga begitu kelemahannya. Seringkali penat sebab penat bekerja.. Weekend ada program lain2 termasuk buat round di hospital. tanggungjawap study, tanggungjawab dakwah dan tanggungjawap keluarga. Semuanya seakan2 overwhelmed. Banyak persiapan saya buat last minit.

Mungkin inilah fasa-fasa kehidupan dakwah kita. SEkejap kita begitu semangat di atas, kemudian melalui masa adaptasi kerja dan keluarga, kita futur.. kemudian bertemu akhawat yang menggoncangkan kita, kita akan semangat balik… dan akhirnya menyusun semula alignment kita.

 

Yes, I have lost. And I want to come back again. Menyusun semula prioriti. Memang sejak di Malaysia banyak masa saya digunakan untuk masyarakat dan membina based2 kewangan di dalam syarikat. Begitu juga membantu jemaah dari sudut media dan juga paparan umum. Namun, ada satu kerja yang hanya high level skilled people sahaja boleh buat. Dan ukhti saya menekankan pada saya , ‘ Tak ramai orang ada skill macam awk tu aisyah!’.

 

Dan skill itu adalah membina manusia……… mudah disebut, sukar dibuat…

Membina dia menjadi manusia super murabbi…

 

Kerja yang tidak pernah popular, tapi besar pahalanya iAllah!

I missed doing it again. And I know I should focus on doing it… trying to balance it with others if possible…

 

Sama2 kita mendoakan each other ya!

Advertisements

10 thoughts on “I’m Lost

    Ummu Atikah said:
    March 1, 2015 at 9:08 am

    Yeah i miss ‘you’ akk.. i was the one u helped if u still remember..

    Sedang lari, hampir tarik diri, namun ikhwah hampiri.. said:
    March 1, 2015 at 9:16 am

    n_n

    Najwa Sulaiman said:
    March 2, 2015 at 2:59 am

    Kak Aisyah…xde satu ayat yang akak tulis melainkan semuanya buatkan titisan air mata saya menitik. Saya rase, Allah sedang menyayangi akak sangat2….masha Allah…mungkin sebab akak x pernah kecewa dengan Allah. Allah sayang akak sangat2. Dia bagi akak rase semua keadaan & Dia bagi akak rase macam2 jenis tarbiah..Bukan salah akak, saya faham mungkin perjuangkan benda ni sorang2 tanpa support system, sangat susah…banyak perngorbanan diperlukan..tapi sebab mungkin akak je yang boleh buat keje2 hebat ni…sebab tu Allah letak akak dalam keadaan ni…akak, I want to be one of the people who support you. Let’s do this together and bring new hope to our beloved Setiawangsa! 🙂

    ukhtiz said:
    March 2, 2015 at 7:09 am

    Kak Aisyah. Selamat kembali pada perjuangan yg penuh ujian, tapi adanya kemanisan.
    Alhamdulillah thumma alhamdulillah.
    Moga terus kuat akk!
    Saya pun rindu sentuhan akk yg mengugah jiwa.

    syhnz said:
    March 2, 2015 at 12:20 pm

    kak aisyah..
    jatuh air mata saya baca ni kak.. even though saya belum BFG lagi, saya dapat rasakan dan faham statement akak.
    moga akak kuat dan tsabat membina murabbi yang berkualiti.

    Maryam said:
    March 2, 2015 at 3:28 pm

    Jaga diri kak Aisyah. Jangan tensi2 tau.

    fathiah;ahmad said:
    March 2, 2015 at 4:32 pm

    Kerana jalan ini sumpah jauh dan payah! moga terus tsabat di jalan nya.. teruskan membina rijal2 sodiq yg mnjadi bata2 utk mencapai kemenangan yg haq tu!..teruskan berbuat sis, iA

    nurul nadiah mustafa said:
    March 3, 2015 at 12:26 am

    Akak,

    Bila saya baca ni smalam, saya kelu. Saya hanya pandang akak dri jauh, tapi hanya berdiam diri dek kerana setahun jagungnya saya di dlm dnt. Maafkan saya akak. Akak dalam setiawangsa ada beberapa akhawat yg menunggu kepulangan ‘akak’. Mulakan drpd kami yg menunggu akak. Kami juga dahagakan sentuhan tarbiyyah dan sambutlah semangat kami. pandanglah kami daie kecil yang melakar dnt tanpa arah tuju, pandu kami dan ajari kami. Kami menunggu.

    Juza jzkk kpd ukhti akak yang berani menegur. Beliau sosok yg mengambil tempat selayak-layaknya. Jazakillah khairan kathira kak S . :,)

    akhwat said:
    March 3, 2015 at 3:33 am

    ye..akak we are waiting for your second comeback!

    x said:
    March 3, 2015 at 5:11 am

    teruskan berusaha kak aisyah. alhamdulillah Allah guide from the beginning till now. apa yang akk rasa ramai sbnrnya..bukan dua tiga ketul sahaja dlm dunia. kita sama-sama berjuang dgn apa yang kita ada; membina murabbi come first. to all sisters yang sdg struggle dgn apa yang anda usaha, we’re together syuuri & ruhi, paling penting Allah ada. Doakan moga semua faham apa yang sedang kita usahakan. Saya doakan moga Allah izinkan utk kita terus tsabat di jalan ni. aminn ya rabb.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s