Medan yang baru…

Posted on Updated on

Selalu bila nak menulis,aku  selalu akan menunggu momen-momen ada ‘rasa’, ada idea best , ada benda yang mengasyikkan untuk dikongsikan…

Even kalau perkara itu datang sekalipun, pasti aku tak sempat untuk menitipnya di sini. Somehow, aku sendiri sudah kaku menulis kerana agak sibuk dengan kekangan sedia ada.

Namun, hidup baruku di medan perubatan dalaman ini memberikan satu pengalaman baru bagi diroku.
Berdakwah di kalangan student, di fasa luar negara, cukup berbeza dengan dakwah di Malaysia, di fasa bekerja. Menyantuni mereka yang bekerja adalah berbeza dengan pelajar. Aku sendiri sudah terjun di medan belia dan memang agak sukar. sekali.

Barangkali kami harus kembali mentajmik student-student semula jika dakwah di fasa belia ini tidak berjaya. Namun, ternyata bilangan mad’u utk dicapai dikalangan belia yang tidak berkesempatan ke universiti sangat banyak juga. potensi dalam diri mereka harus di gali. Walaupun lambat hasilnya, taktik dan strategi baru harus difikirkan utk melaksanakannya.

Apabila aku ditempatkan di rotation baru di sebuah hospital universiti, ternyata ia memberikan renjatan luar biasa bagi tubuh dan jiwaku. Tidak pernah aku rasa sepenat ini bekerja sepanjang hidupku. Setiap kali pulang pasti akan tertidur selepas Isyak. Jika hadir pun usrah, mataku sudah teramat berat pada pukul 10 lebih. Esoknya aku harus keluar awal untuk meneruskan lagi rutin pekerjaan di hospital itu.

Namun, Allah menemukanku dengan peluang dakwah yang baru. Peluang berdakwah dengan rakan sebaya. Mendekati mereka dan mendalami kehidupan mereka. IA amat menggugah jiwaku. TErnyata student di luar negara berpeluang untuk tersentuh dengan tarbiah. walaupun ada yang menolak, tapi perkataan usrah, daurah dan sewaktu dengannya sering didengari.

Namun, tidak begitu untuk ramainya student perubatan terutamanya di Malaysia. Ternyata kehidupan mereka adalah kerja, belajar, kahwin, anak, dan kerja , belajar.. jika tak ambil masters then akan melancong-lancong ke banyak tempat. Ku fikirkan, dari arah mana mereka akan tersapa dengan dakwah?

TErkadang aku malu untuk sentiasa mempersembahkan teori fikrah yang hebat-hebat di dalam usrah dan daurah, tapi aku tidak mampu mencairkannya untuk aku berdakwah setiap hari pada teman sekerjaku, staff nurse dan para pesakitku.

Disebabkan itu aku berusaha untuk bangun awal, agar aku dapat breakfast dengan meerka dan pulang bersama mereka. Di waktu itulah aku akan dapat banyak menyelami dan mengenali jiwa mereka. Mencari-cari peluang agar fikrah Islam dapat disemai di dalam jiwa mereka.

Kebanyakan mereka sudah sebati dalam kehidupan sedia ada mereka. Menukar pemikiran mereka yang bekerja dan stabil kedudukannya, amat payah sekali. tapi inilah cabarannya.

Allah telah menintersectkan kehidupan aku dengan mereka, dan aku harus melakukan sesuatu untuk itu. Jika dilihat dari perwatakan, pemakaian dan cara fikir memang berbeza sekali. Tapi aku tahu, rotation aku akan sia2 jika hanya bekerja sahaja tapi tidak menghasilkan sesuatu dari tempat belajar aku ini. Bayangkan dakwah di hujung minggu pun tak sefektif mana kerana kebanyakan masa digunakan utk hadiri daurah diri sendiri, daurah adik2, cuti keluarga, kenduri kahwin dan sebagainya. Bagaimana untuk berpeluang menDF mad’u?

Aku bersyukur aku berpeluang berdakwah walaupunku tahu hasilnya tidak segah mana.

Melihat wajahnya aku tidak pasti mampukah si dia commit untuk ikut usrah. Keluar malam tidak boleh sekali utk diajak berprogram. Cuma kesukaan aku pada dia, dia akan solat pada awal waktu. Walaupun pakaiannya tak seberapa dan suaranya lantang seperti mahu menelan mikrofon, tapi aku tertarik dengan kedekatan hatinya dengan solat. Dia takkan pulang ke rumah tanpa solat dahulu. Di situlah bibit harapan hidayah itu ku rasakan mampu masuk ke relung hatinya.

Walaupun aku terkadang bosan dengan perbualan kami yang asyik berkisar tentang pekerjaan kami, tetapi sekali sekala aku selitkan hadis dan juga ayat-ayat Quran melalui kisah2 kehidupan kami.. Aku nyatakan pada dia, kita jangan hidup seperti robot. Kita menjadi doktor supaya kita dapat menyumbang sesuatu buat ummah. Dia terdiam berfikir.

‘ Thanks aisyah jadi kawan aku. Aku bersyukur Allah kurniakan aku kawan yang baik-baik.’ Tuturnya di wassap.

Dan aku tersenyum penuh berharap. Benarlah, jika kita benar-benar sayangkan seseorang kerana Allah dan mahu dia menghirup udara keimanan ini, berdoalah.  Aku mendoakan agar dia mendapat hidayah dan taufiq dari Allah. Untuk menyumbang kepda islam dari arah yang dia mampu.

Aku sedar, perjalanan aku untuk membawanya bersama jalan ini akan sangat panjang. Barangkali aku akan terlepas akan tangannya di pertengahan jalan. Namun, aku tahu, satu hari, pasti dakwah ini perlukan dia. Dan aku hanya menjadi sebuah permulaan kepada perubahan hidupnya yang ternyata panjang.

Seringkali support system dalam study dan kerjaku adalah dikalangan rabtul amku. Mereka mungkin sukar untuk commit dengan usrah. namun kasih sayang dan support yang mereka berikan tidak kurang hebat dengan akhawat. Dari merekalah aku banyak mendapatkan sokongan dan akhirnya mampu menjadi seperti diriku kini ( tak ramai akhawat amik course sepertiku).

Jika kita berfikir untuk mengusrahkan mereka semuanya, memang akan stress, sebab kita tidak akan mampu.

tapi sebaiknya perlu cuba agar mereka minat dengan fikrah kita dan menyetujui. Mereka akhirnya menjadi penyokong kuat di belakang kita dan sentiasa membantu kita di saat kita perlukan.

Kita berharap dengan sedikit yang mereka tahu namun diamalkan secara ikhlas akan meningkatkan darjat mereka di sisi Allah. Moga dengan kefahaman dn fikrah yang dibajai itu, mereka mampu mencorakkan negara Malaysia dengan neraca Islam, sekurang2nya tidak menenetang apabila berdirinya sistem Islam satu masa nanti.

Kitalah yang harus menjadi magnet buat mereka. Bukan mudah, sebab kita pun struggle utk perform dalam study dan kerjaya kita.

Namun, Allah selalu meletakkan kita di suatu tempat atas sebab yang besar. Kita harus gunakan peluang itu untuk terus menyumbang kepada sesuatu yang besar, walaupun hasilnya lambat dan tidak nampak.

Wallahualam. Sungguh setiap fasa itu, ada fiqh dakwah yang tersendiri di dalamnya.

Wassalam

ukhtikum fillah

AisyahZ

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s