Burnt Out Daie

Salam

Selalu susah nak bertemu kalian di sini. I wonder ada tak orang yang masih menjenguk blog ini. Di saat saya menulis tulisan ini, ada program wajib yang saya harus lalui malam ini. Dalam masa yang sama, banyak amanah penulisan perlu saya tunaikan; majalah jom, majalah muslim teens, case reports, research study dan tidak dilupakan dua buku yang patut saya terbitkan untuk dua syarikat saya; deen prints dan iman publication. ( owh, ucapan selamat masuk ramadhan untuk Pertubuhan Gema Malaysia).

Entah kenapa, jadi berat untuk memenuhi hak-hak penulisan tersebut pada malam ini. Saya lebih tenang menulis di sini, di mana saya menjadi diri saya sendiri ketika berbicara dengan kamu semua. Ternyata penulisan sebegini walaupun kurang popular namun lebih dekat dengan diri saya sendiri.

Setelah memasuki era keterbukaan ini, jemaahku banyak menyusun agenda-agenda dakwahnya. Banyak relung dakwah yang harus diterokai. Tahun ini sahaja dekat 10 jawatan di offer kepadaku. 3 telah aku tolak dengan berat hatinya untuk aku benar-benar fokus akan apa yang mampu aku laksanakan. Apabila jumlah like di FBku semakin meningkat dengan post2 yang viral, begitu ramai menyangka aku amat pakar dalam bidang media. Maka bertimbun timbun jawatan media yang aku ditawarkan, sedangkan minat dan bakat sebenarku di wacana berbeza. T

Jujurnya, tidak ada yang lebih aku nikmati melainkan ketika aku bersama-sama dapat membina umat ini dengan sentuhan tarbiah. Menyendiri dan menikmati jirusan air kefahaman dari al-Quran dan as-Sunnah ternyata memberikan aku kebahagiaan luar biasa sekali. Memahami dan menghafal ayatnya di lidah dan kehidupanku, sungguh itu benar-benar menghidupkan jiwaku. Aku ternyata akhirnya menumpukan pemikiranku untuk mendidik lebih ramai manusia agar merasai sama apa yang aku rasai kini.

Namun, dakwah di Malaysia memiliki gelanggang yang berbeza sekali. Apatah lagi jika kita mahu membawa bersama golongan muda yang sudah berkeluarga dan membina kerjaya ke dalam gerombolan dakwah ini. Rata-rata golongan pemuda di kalangan orang dakwah adalah meereka yang berjaya ditarik dan ditajmik sedari bangku universiti lagi. Sebelum mereka dicairkan dan dikilaukan dengan kesibukan keluarga dan harta, mereka telah terdidik dengan kefahaman dan azam yang tekad untuk bersama dakwah ini. By hook or crook. Anda akan melihat mereka ini amat tegar dalam perjuangan walaupun hanya bersendirian memperjuangkannya.

Namun, gap paling besar adalah di kalangan pemuda yang tidak berkesempatan memasuki universiti di atas dasar ekonomi. Walaupun pemuda yang tidak tersentuh oleh dakwah sewaktu di universiti. Mereka akhirnya terserempak dengan kita di alam pekerjaan, lantas, usaha yang amat luar biasa harus dilaksanakan bagi membina kefahaman mereka untuk akhirnya bersama saff dakwah ini.

Ia cukup tidak mudah sekali.

Kerana bahasa student lain dengan bahasa orang bekerja.

Skill tajmik student, berbeza dengan skill tajmik golongan belia.

Tak sama nak tarik seorang kepada dakwah berbanding menarik seluruh familinya kepada dakwah.

Maka, kerja-kerjanya amat luar biasa banyaknya.

Disebabkan itulah. banyak lahan dakwah diasaskan bagi memenuhi keperluan ini. Memberikan mereka sentuhan tarbiah tanpa menggunakan banyak komitmen mereka. Apatah lagi untuk menarik kaum perempuan yang lebih suka duduk di rumah di waktu malam berbanding kaum lelaki. Apatah lagi masjid bukanlah tempat lepak wanita yang popular.

Disebabkan itu akhirnya orang2 dakwah ini terpaksa disibukkan dengan kerja-kerja teknikal yang amat memakan masa dakwahnya. Sehingga masanya bermuayashah dan merancang pembinaan mutarabbinya terbantut. Apatah lagi dia terpaksa merancang program untuk meningkatkan mutarabbinya jika dia melihat bahawa keperluan itu tidak dapat dipenuhi oleh jemaahnya atas sebab-sebab tertentu. Banyak malam-malam yang berlalu dipenuhi dengan meeting dan perbincangan. Program besar terpaksa dilaksanakan sehingga memakan masa, tenaga, kudrat, perasaan dan wang ringgit.

Sehingga jadilah daie itu, daie yang burnt out. kepenatan. Akhirnya meninggalkan dakwah ini seterusnya.

Saya pernah merasakan betapa saya mahu drop semua jawatan yang saya ada ( walaupun baru jadi sebulan dua ini) kerana mahu menumpukan perhatian saya pada penulisan dan kerjaya doktor saya. Namun saya tahu, inilah juga peluang untuk mengubah jemaah dan dunia secara umumnya.

Ramai akhawat yang beranak satu dan dua telah pun tidak mampu untuk membawa satu halaqah pun. Tidak usah dikata memegang jawatan lagi.Hanya mampu commit dengan usrah peribadi sahaja. Menjaga anak turut mampu memburn outkan seorang daie itu!

Akhirnya, saya berhenti sejenak dan bermuhasabah. Mengapa kita rasa burnt out? Sedangkan kita melaksanakan kerja dakwah. Sedangkan kita sepatutnya dekat dengan Allah?

Ternyata di saat kita terlalu sibuk dengan amal dakwah kita, kita lupa bermuhasabah akan hubungan kita dengan ALlah. Kita lupa bertanya pada diri kita kembali, apakah aku lebih dekat dengan Allah dengan usaha dakwahku ini ataupun aku merasa lebih jauh dan bertambah kering lagi.

Mungkin disebabkan itu terkadang kita buat banyak program besar tapi tak ramai orang melekat dengan kita disebabkan jauhnya hubungan kita dengan Allah.
Bagaimana kita mahu membawa manusia dekat dengan ALlah sedangkn kita pun jauh dariNya?

Quran tak sempat baca. Tahajud tak larat bangun. Buku-buku tarbiah langsung tak sempat sentuh.

Adakah ini model kader dakwah yang kita mahu lahirkan? Tentunya tidak.

Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berpikir? (al-Baqarah : 44)

Ultimatenya, dakwah itu adalah bekalan buat kita. Ia menjadi penyelamat buat kita dari api neraka dan memudahkan jalan kita ke syurga. Begitu banyak nikmat yang Allah berikan kepada golongan pendakwah. Seharusnya jangan jadikan dakwah mengakibatkan kita alpa akan tujuan sebenar kita berdakwah pada peringkat awalnya.

Maka,

kenalilah diri anda! Bermuhasabahlah. Dan pada saya, it’s ok to say no if you really cannot do it. 🙂

Wassalam
Aisyah Z

Advertisements

Author: Muharikah

Dr Aisyah Daie di JalanNya..

6 thoughts on “Burnt Out Daie”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s