buah fikiran · curahan hati...

Sukarnya untuk cemerlang dalam semua perkara

Salam

Selalu kami dibentangkan dengan kisah-kisah orang terdahulu. Dengan kehebatan dan kejayaan mereka.

Membuka sekolah, membina hospital. Menjadi pakar itu. Pakar ini.

Dan kami?

Hanya menjadi insan marhaen sahaja yang teraba-raba di dalam mencari identiti sendiri.

 

Dahulu, tidak ada yang menjadi kecintaan saya melainkan dakwah. Mengembara ke serata dunia hanya untuk mengenali adik-adik baru dan membina lahan-lahan dakwah yang baru di sana. Itulah keseronokan hidup yang amat luar biasa sekali. Di samping mengembara, mengumpulkan ilmu-ilmu berharga yang ditemui dari guru-guru di sana.

 

Saya akan lakukan apa sahaja, demi supaya saya mempunyai lebih banyak masa dengan dakwah berbanding selainnya.

 

Namun, hakikat kehidupan tidak begitu. Memang hidup di alam pelajar dan luar negara merupakan hidup penul ideal berutopia. Kita berpijak pada teori yang amat sukar dibumikan di Malaysia. Kita boleh melaksanakan satu persatu rukun-rukun dakwah, wasilah-wasilah dakwah serta membina empayar dakwah menurut formula dakwah satu persatu. Kita merancang kemas taqwim dakwah dan semuanya kelihatan terbaik utk dilaksanakan. Alhamdulillah hasilnya terbaik juga.

 

Namun, apa yang dialami di waktu itu, hanya 10% akan berlaku di alam realiti ini. Inilah perjuangan sebenarnya. Perjuangan membumikan kefahaman dalam kehidupan.

 

Dahulu, saya cuba mencari punca mengapa tidak ramai di kalangan ikhwah akhawat yang menguasai bahan fikrah dengan baik. Ramai menolak dari memberikan pengisian. Jika memberikan pengisian , ternyata ia berbentuk ilmiah dan cuma bacaan yang diboleh dibaca sendiri. Tanpa ada saduran jis yang menggetarkan.

Akhirnya saya memahami. Pola kehidupan dakwah di malaysia adalam 70% berbentuk amal, barangkali 10% tarbiah jamiah dan 20% adalah tarbiah kendiri/zatiyah.

 

Ini kerana terlalu banyak relung dakwah yang amat perlu disii kekosongannya.

 

Disebabkan itu juga kita dapat melihat ramainya barisan orang terdahulu yang amat hebat di arena mereka. Kedoktoran, engineer,akauntannya, khidmat masyarakat dan sebagainya. SAya pernah terhadir ke mesyuarat ahli2 ekonomi dan akauntan. SAya terkejut antara tujuan kenapa diwujudkan some sort of kelab akauntan/ekonomi ini kerana mereka sangat teruja dengan IKRAM Health serta pengasasnya!

Ramai anak-anak muda merasa stress ( in a good way) memikirkan bagaimana nak jadi orang-orang sehebat mereka. Terasa bagaikan mereka di awan dan kami di bawah tanah sahaja. Susah nak mencapainya. Namun yang dapat saya teliti, mereka hanya fokus pada juzuk amal tersebut menyebabkan mereka amat cemerlang dalam apa yang mereka laksanakan.

Situasinya tidak sama dengan keadaan kita generasi muda. Bukanlah kita ini looser dan tidak sepandai mereka ( oh well, maybelah tak pandai sangat). Tapi keadaan dakwah generasi kita dan mereka berbeza sekali.

 

Kita lahir di mana kebangkitan dakwah pemuda teramat pesat. Kesedaran telah menyuntik pada tubuh jemaah ini bahawa kita amat perlu menumpukan sebahagian masa besar kita untuk membina kader-kader dakwah yang baru. Kita harus fokus kepada menanamkan kefahaman begitu mapan sehingga mereka mampu menjadi buah-buah yang harum dan membiakkan lagi baka-baka dakwah di seluruh Malaysia.

Kita sedar walaupun sudah 30 tahun ++ dakwah ini bertapak di Malaysia, tapi jumlah kader dakwah masih lagi di bawah angka 30 ribu anggota. Dari 30 ribu itu, yang benar-benar mapan dan solid dalam dakwah barangkali bawah 10 ribu sahaja. Yang benar-benar berjiwa teras dan teguh menongkah badai, malah lebih sedikit dari itu.

 

Disebabkan itu di era ini, seorang kader dakwah memegang 4-5 amanah dakwah. Terlalu banyak relung dakwah perlu diisi! Sehingga penumpuan pada setiap relung dakwah itu terpencar-pencar. Ada yang membawa dua tiga usrah. Menyusun daurah dan program bukanlah sessuatu yang mudah sekali di era Kuala Lumpur dan kota metropolitan. Seperti mana kita berperang dua tiga jam di dalam jem yang tak berkesudahan, seperti itulah kesabaran dalam membina manusia di malaysia ini.

Disebabkan amanah dakwah begitu berat ini, tanggungjawap membina mutarabbi sehingga mampu menjadi kader dakwah, tanggungjawap pada organisasi di daerah dan negeri dan tanggungjawap di pusat, menyebabkan penumpuan menjadi kurang pada pembinaan karier dan selain darinya.

Ditambah lagi dengan kurang bimbingan , ramai di kalangan anak muda yang tidak tahu mengorak langkah di alam kerjaya dengan lebih cemerlang lagi.

Ini kerana, cabaran sedia  ada dalam mengendalikan keluarga, amanah dakwah dan kerja sedia ada sudah tidak mampu terpikul lagi!

Itu jika dakwah menjadi pilihan.

Tidak sedikit orang yang terpaksa memilih untuk menumpukan masa dalam mencari nafkah yang lebih untuk keluarga. Ramai di kalangan ikhwha akhawat mempunyai side income. Just to survive! Sehinggakan terpaksa mempromosikan barangan mereka di waktu usrah, kerana itu sahaja waktu yang ada untuk menambahkan rezeki. Berniaga di pasar malam bukanlah satu option buat mereka!

 

Cabaran ini begitu kompleks sekali.

Di satu sisi, kita amat perlukan sumber tenaga manusia yang ramai dan berkemampuan tinggi.

 

Maksud saya berkemampuan tinggi adalah mereka yang mempunyai kefahaman tinggi dalam Islam dan multiskill. Saya terkejut bila saya pulang ke Malaysia, tidak ramai mahir untuk marketingkan program dakwah melalui facebook! Ini adalah skill paling common perlu ada pada seorang daie di era ini. Multiskill juga bermakna berkemampuan tinggi menjadi murabbi, membina a’dho dengan berkesan, serta mampu menceritakan bahan dakwah dengan penuh bersahaja di dalam ucapan dan tulisan mereka. Multiskill ini juga adalah kemampuan bekerja dengan orang lain, yang tidak sama taraf pendidikan dan pemikiran. Multiskil ini juga bermakna kemampuan mengurus masa dan rumah tangga dengan baik.

 

Ini adalah sesuatu yang mencabar  sekali!

 

DI satu sisi, dakwah memerlukan muslim profesional. Ini adalah dilema teramat luar biasa sekali. Untuk commit dalam dakwah dalam masa yang sama all out cemerlang dalam karier, adalah satu kehidupan yang hanya boleh dibantu oleh Allah. Apatah lagi untuk akhawat yang sedang menjadi ibu untuk dua tiga orang anak???

 

It is just impossible!

 

Benar, ianya jihad dan pejuangan luar biasa sekali.

 

Makna cemerlang dalam kehidupan dunia adalah menjadi peribadi yang mampu mempengaruhi manusia dengan pekerjaannya. Jika jadi guru, menjadi guru terbaik. Jika menjadi jurutera, jurutera terbaik. Jika menjadi penceramah, penceramah terbaik.

Kecemerlangan kita dalam kehidupan tidak berhenti di saat kita menerima jawatan kerja. Ianya berterusan sehinggala detik kematian kita menjemput kita.

Jika menjadi doktor, harus menjadi pakar di dalamnya. Jika mahu buka klinik sendiripun, harus menjadi pakar.

Agar ilmu dan kehidupan kita takkan terpisah.

 

Agar kecemerlangan kita sentiasa berbasis pada penambah baikkan diri kita sendiri.

 

Jika mahu berniaga, berniagalah sehingga mampu menjadi jutawan dan hartawan yang boleh menyumpang RM 10k-100k kepada dakwah. Ini yang kita impikan dan mahukan.

Kita perlu menolak diri kita ke penghujungnya ( push ourselves to the limit).

the-perils-of-multitasking-1024x667

Generasi terdahulu sering mengingatkan kita akan pentingnya jemaah dalam menjadi cemerlang dalam kehidupan. Yes, we cannot achieve everything by ourselves. Terutamanya akhawat yang mempunyai anak, dalam masa yang sama perlu membawa usrah dan juga cemerlang dalam kerjaya. Mana masa mereka yang ada untuk diri sendiri? hatakkan sotong yang banyak tangan pun tak mampu buat semua perkara.

Yang penting, kita jangan menyerah kalah sebelum benar-benar berjuang sehingga ke akhirnya. Yang penting, kita bersangka baik dengan Allah bahawa Allah pasti akan membantu kita dan menguatkan diri kita. Yang penting kita tahu di mana mahu kita dapatkan pertolongan dan bantuan.

Seorang ukhti yang mempunyai 6 orang anak, mampu membawa 2-3 usrah seminggu, memegang jawatan dalam jemaah dan sudah berjaya menjadi doktor pakar menasihati kami:

‘Jika kita serahkan diri dan keluarga kita kepada Allah, Allah will help to ease the rest.’

Subhnallah. Tidak ada anak-anak yang mampu menaiki anaknya dari sudut ketaatan kepada ibu bapa dan kepandaian.

 

Ukhti itu benar-benar mengajarkan kami erti tawakal sepenuhnya kepada Allah. Bukan pada ucapan dan sangkaan. Tapi Hati ini, BENAR BENAR BERGANTUNG PADA ALLAH. BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH. BERTERUSAN BERDOA MEMINTA BANTUAN DARI ALLAH.

Ini adalah manifestasi sebuah iman. Bukan teori dan khayalan. Tidak sedikit di antara kita yang hebat berbicara tentang dakwah tetapi pergantungan kepada Allah ternyata amat rapuh sekali. Sehingga dia tidak yakin Allah akan membantunya dalam setiap urusah hidupnya.

Begitulah saudaraku.

Sebagai manusia kita takkan mampu cemerlang jika bukan Allah yang menakdirkan kita cemerlang. Sebagai manusia, kita tak mampu berbuat semua perkara tanpa Allah membukakan jalan dan memudahkan.

Dakwah tidak akan membantu kita cemerlang dalam kehidupan. Namun dakwahlah asbab utama untuk kita cemerlang dalam kehidupan ( kalau tak faham dua ayat ini baca betul2).

Ini kerana, dakwahlah merupakan motivasi terbesar kita untuk berbuat terbaik dalam kehidupan kita. Sehingga kita berusaha sehabis baik, dalam membina diri, membina keluarga,membina kerjaya serta membina empayar dakwah kita di Malaysia.

Kerana keredhaan Dia, tetap motivasi utama kita!

 

Alhamdulillah sempat menulis. Moga semua urusan kita akan sentiasa dimudahkan Allah!

 

Wassalam

ukhtikum fillah

aisyahz

 

Kita hanya perlu buat sahaja, dan keputusan itu terletak pada Dia!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s