Tips Menulis #2: Banyakkan membaca

Posted on

Salam,

Saya masih ingat lagi kata-kata seorang penulis terkenal Indonesia, Helvy Tiana Rosa,

” Menulis itu adalah dengan meniru.”

Saya membaca banyak tulisan karangan Helvy Tiana Rosa lewat majalah-majalah dakwah yang berjaya masuk ke sekolah saya menerusi senior saya yang belajar di Indonesia sana. Ternyata itu merupakan detik momentum pertama saya menjadi seorang penulis sehingga kini.

Sewaktu saya berada di tingkatan 1, guru bahasa Melayu saya seringkali menganjurkan pertandingan cerpen sewaktu mengajar subjek tersebut di kelas. Dia mahu menggalakan pelajarnya menulis. Jujurnya, ada seorang pelajar lelaki yang jauh ke depan dari saya dalam bidang penulisan. Saya amat cemburu padanya.

Guru saya tidak memberikan apa-apa ganjaran berbentuk hadiah ( atau mungkin ada, sudah lupa. Sudah 17 tahun yang lampau), namun keinginan untuk memenangi pertandingan itu tetap ada.

Alhamdulillah, sedari kecil, ibu bapa saya suka untuk ke kedai buku. Hanya untuk mencari majalah kesukaan mereka. Ibuku suka membeli majalah interior home design.Ayahku pula majalah perang ataupun kapal terbang. Kami anak-anak, akan ke seksyen buku bahasa Melayu. Dari situlah aku mengenali buku-buku yang cukup terkenal di waktu itu; Kompilasi pemenang pertandingan cerpen siswa, penerbitan Utusan. ( yang dahulu mengumpulkan cerpen-cerpen terpilih di dalam Majalah Siswa. Ya, dahulu kami melanggan majalah ini dengan setia. Barangkali generasi kami masih ramai yang menyintai bahasa)

Dari situ aku belajar bagaimana untuk menghasilkan sebuah penulisan yang boleh memenangi sebarang pertandingan. Akhirnya, aku belajar meniru penulisan yang ada di dalam buku cerpen tersebut. Aku olah sedikit untuk dimuatkan dalam cerpenku tersebut, namun 50% adalah berasal dari kisah sebuah cerpen di dalam buku tersebut.

Alhamdulillah, percubaan pertama itu berjaya, dan akhirnya aku memenangi pertandingan tersebut.

” Aisyah, anti tak nak hantar penulisan anti ke majalah ke?”

Begitu tanya guruku.

Aku tersenyum simpul sahaja mendengar pertanyaan itu.
Dalam diam aku menjawab, ” Camne nak hantar cikgu nanti kantoi saya meniru!”

Begitulah kita dengan penulisan. Kita hanya boleh menjadi mahir menulis dengan banyak meniru penulisan orang lain. Ia bukan berbentuk plagiarism. Ia bukan copy and paste. Tapi mengambil poin-poin tertentu daripada banyak bentuk penulisan, seterusnya menggambungkannya menjadi satu penulisan yang komprehensif.

Dari situlah penulisan yang baik pasti terhasil.

 

Ramai penulis yang berjaya di dunia akan menasihati 5 perkara penting ini:

a) Membaca
b) Membaca
c) Membaca
d) Membaca
e) Menulis

Jangan silap dalam memahami perkara ini. Ini tidak bermakna anda harus mengkhatamkan berpuluh-puluh buku sebelum menulis. Tapi, cukuplah melazimi untuk membaca bacaan yang baik, sehari satu muka surat.

Jenis buku dan genre juga harus diberi perhatian.

Di waktu saya masih di bangku sekolah, minat saya amat cenderung kepada novel dan cerpen. Novel Ahadiat Akasyah dapat saya habiskan selama 3 jam sahaja.

Namun, setelah mengenali dakwah, saya mula mengenali penulisan dari majalah-majalah indonesia dan ulama-ulama dakwah. Dari situ minat saya mula cenderung untuk menulis bahan-bahan ilmiah berbentuk santai.

Barangkali kerana menulis karya kreatif dan sastera boleh memakan masa saya dalam membaca banyak novel dan bahan bacaan yang kemungkinan mampu melekakan. Apabila saya mula membaca bahan-bahan yang tinggi isinya, maka penulisan saya semakin cenderung ke arah itu.

Buku ini dihadiahkan oleh anak usrah saya kepada saya. Ia menceritakan bagaimana penulis ini dapat mewujudkan 10 ribu library di seluruh dunia! Hanya untuk mengatasi masalah buta huruf pada masyrakat dunia.
Buku ini dihadiahkan oleh anak usrah saya kepada saya. Ia menceritakan bagaimana penulis ini dapat mewujudkan 10 ribu library di seluruh dunia! Hanya untuk mengatasi masalah buta huruf pada masyrakat dunia.

Ini adalah benar, dan pilihlah bahan bacaan yang baik.

Ramai para pendakwah tidak mampu menulis hanya kerana kurangnya mereka membaca. Mereka tidak mempunyai perpustakaan sendiri di rumah. Sedangkan mempunyai perpustakaan sendiri di rumah amat membantu mendorong ke arah membaca buku.

Saya pernah mengadu kepada murabbi saya kerana begitu asyik membelikan saya buku sedangkan saya tidak sempat membacanya.

” Takpe Syah, anti bukan nak kena baca sekarang. Tapi nanti bila anti memerlukannya!’

Dari situ saya juga rajin membeli walaupun tidak berkesempatan membaca. Namun, apabila diminta untuk menulis artikel, saya tahu bahan-bahan yang boleh saya rujuk untuk menulis.

Tidak ada jawapan lain untuk menulis dengan baik, selain dari membaca. Menulislah sebanyak manapun, jika kita kurang membaca, nescaya pandangan kita kurang kritis dan penulisan kita hanya syok sendiri sahaja.

Apabila anda menyedari yang anda harus banyak membaca:

a) Belilah buku yang anda akan baca pada peringkat permulaan ini. Walaupun bukunya nipis.

b) Lihat gaya bahasa yang berinteraksi dengan pembaca. Nilailah sesebuah penulisan itu dengan neraca yang benar. Jika anda tertarik dengan gaya penulisan buku tersebut, tentu anda akan cuba meniru gaya tersebut. Kebiasaan mereka yang kurang membaca, mereka tidak tahu gaya penulisan yang mencangkuk.

c) Baca sekurang-kurangnya satu muka surat sehari.

d) Pilih bahan bacaan yang sesuai dengan mood dan keadaan:

  •  Selepas subuh, lazimkan diri membaca Al-Quran. Ia adalah sebaik-baik bahan bacaan untuk umat manusia.
  • Tengahari di waktu santai-santai, boleh baca isu semasa menerusi surat khabar mahupun internet.
  • Petang selepas bersenam dan bersukan, boleh membaca buku tazkirah atau tazkiyatun nafs yang membersihkan diri.
  • Selepas isyak, bacalah bahan bacaan ilmiah yang menjadikan otak kritikal. Saya memilih bahan bacaan agama mahupun berkaitan dengan medik dan bussiness.
  • Sebelum tidur, bacalah bahan bacaan novel atau kisah-kisah pendek yang menyegarkan jiwa.

Maknanya dalam sehari, ada 5 buah bahan bacaan yang boleh diselak.

Disebabkan itulah setiap orang harus memiliki sebuah perpustakaan di rumahnya. Haruslah kita berasa cemburu dengan mereka yang mempunyai banyak buku di rumahnya. Oh ya, habit saya sewaktu menziarahi anak usrah saya adalah melihat library di rumahnya dan buku2 apa yang dia baca dan ada.

 

 

Ini library ketiga yang ada di rumah saya. Bercampur sedikit antara buku medic, buku agama dan buku bussiness. Rak untuk bahan bacaan kreatif ada di rak lain. Bahan bacaan agama ada di satu rak yang berbeza.
Ini library ketiga yang ada di rumah saya. Bercampur sedikit antara buku medic, buku agama dan buku bussiness. Rak untuk bahan bacaan kreatif ada di rak lain. Bahan bacaan agama ada di satu rak yang berbeza. Bersepah sket. uhuhu

Harus juga menjadi bualan harian kita selain dari kisah-kisah seperti MH370 dan EG529 akan bahan bacaan apa yang telah sama-sama kita miliki dan baca.

 

Antara aktiviti yang saya lalui bersama naqibah saya dahulu adalah pergi ke kedai buku untuk membeli buku.

 

Saya harap dengan adanya imanshoppe, semua mutarabbi ada peluang mendapat bahan bacaan yang baik buat diri mereka sendiri. ( takde gambar latest plak. huhuh)

Moga dengan ini. ilmu di hatimu akan sentiasa mengalir di tanganmu. Dan moga dari situ, kamu tidak lagi akan buntu dalam berkarya iAllah.

Wassalam

Ukhtikum fillah
Aisyahz

Advertisements

3 thoughts on “Tips Menulis #2: Banyakkan membaca

    khadijah salim said:
    March 28, 2014 at 4:28 pm

    Jazakillah khayr k.aisyah.. Menginspirasi .berdebar menanti tips seterusnya..
    Doakan.saya pun sdg perlahan2 bljr menulis..

    Ku Hariz Farhan said:
    April 4, 2014 at 4:23 pm

    Syukran atas tips untuk menjadi seorang penulis yg baik,
    Moga sama-sama kita berusaha untuk memberi pencerahan kepada ummah ini.:)

    izzaradhiah said:
    November 11, 2014 at 12:09 am

    Reblogged this on ceritaku and commented:
    Next step.. step on it slowly..☺😊

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s