Tips Menulis #1: Kenali siapa pembaca anda

Posted on Updated on

Salam

maaf jika terlalu lama tidak mengupdate diri. Tuntutan saya kini lebih kepada mempelajari banyaknya lautan ilmu Allah di dalam bidang perubatan. Benarlah, semakin kita belajar, semakin kita tidak tahu sebenarnya!

Saya pun tak sempat menukar wajah Majalah JOM di page ini, tak sempat nak godek2 di widget dan synckan pula dengan link. Di kebanyakan waktu saya mendapati capaian di FB lebih cepat dan meluas berbanding di blog, maka banyak juga kesempatan saya dihabiskan di situ.

iAllah peperiksaan masters saya akan berlangsung pada dua fasa : fasa 1 pada 14-15 April. Fasa 2: 28/29 May. Setelah gagal dua kali dalam percubaan peperiksaan MRCP saya, saya mula menyedari betapa ilmu saya dalam bidang perubatan ini amat cetek sekali. Banyak kefahaman perlu dimantapkan dan ditanam begitu rapi sekali. Rakan-rakan di sekeliling saya pass dengan sekali percubaan sahaja. Saya masih lagi struggle, ternyata banyak tarbiah yang Allah berikan kepada kita. Kerja2 penulisan dan editing sendiri telah saya serahkan pada orang lain kerana kebanyakan masa saya adalah dihospital dan berhadapan dengan buku-buku medik yang saya baca berulang kali untuk difahami dan diingati. Barangkali inilah struggle saya dan ALlah mahu berikan banyaknya pahala buat diri saya.

Alhamdulillah, Allah amat memudahkan perjalanan saya memahami dakwah dan Islam. SAya boleh memahami ilmu2 Quran dan hadis dengan sekali baca sahaja. Namun keadaan tidak sama dengan medic. Berbeza sekali dengan sebahagian teman saya. BEgitu juga Allah amat memudahkan saya menulis tentang dakwah dan kehidupan, tapi amat strugglenya saya memuntahkan fakta2 perubatan di atas kertas peperiksaan saya. Moga Allah sentiasa membantu saya dan semua para pelajar di segenap juzuk kelimuan. Inilah yang dikatakan jihad!

Saya menerima banyaknya penulisan dari pelbagai penulis. Ada yang sudah lama berkecimpung dalam bidang penulisan. Ada yang masih baru. Ada yang minta dibukukan, ada yang meminta untuk disiarkan di dalam majalah JOM.

Namun dari banyaknya karya yang diterima, hanya 90% sahaja benar-benar berkualiti dan menepati ciri-ciri penulisan yang baik. WAlaupun majoriti yang menulis adalah dikalangan penggerak dakwah.

Memang, sudahlah menulis amat payah dan sukar. Sekrang nak kena tulis yang berkualiti pulak. Pergghh!

Membina manusia menulis tidak sama dengan membina manusia menjadi murabbi. Ternyata rata-rata masyarakat malaysia lebih pandai bercakap dari menulis. Berbeza dengan masyarakat antarabangsa. Ini merupakan refleksi kepada kadar pembacaan kita yang serendah 4 buah buku sahaja setahun menurut penyelidiskan yang dilaksanakan oleh pihak perpustakaan negara.

MAka, ternyata tidak ramai antara penulis yang menulis secara kritis, berisi dan berseni sekali. 3 elemen ini yang sering saya cari di dalam setiap penulisan, namun sering kali kecewa.

Banyak yang memulakan penulisannya dengan tulisan seperti di blog, atau seperti sedang bercakap atau menyentuh persoalan harian yang tidak ada unsur tambahan.

Walaupun memang, banyak novel popular di Malaysia adalah berkitar pada soal-soal kehidupan harian, cinta, konfliks dan seumpamanya, namun penulisan bercirikan Islamik harus ada added point di setiap penulisannya.

Oleh itu, saya akan cuba menulis secara mingguan akan tips menulis agar penulis-penulis mengetahui ciri-ciri penulisan yang berkualiti dan diminati oleh editor dan para penerbit.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda semua yang menulis! Ini kerana cubaan untuk menulis kali pertama amat suakr sekali. Dan anda telah melalui tahap ujian ini! Tahniah! Sekarang, kita harus belajar bagaimana untuk menulis dengan baik.

TIPS #1 Kenali target pembaca anda.

Fakta ini nampak logik. Tapi ternyata ramai penulis gagal menulis untuk para pembacanya. Maka tulisannya akan melewah dan menerawang di angkasa. Atau bahasa directnya, suka menulis syok sendiri.

Inilah faktor kegagalan yang menjadikan sesuatu karya itu gagal mendapat perhatian penerbit dan editor. Ini kerana penulisan bercirikan novel kreatif harus diberikan kepada penerbit yang sesuai. Artikel bercirikan ilmiyah harus diberikan kepada majalah yang membahaskan ilmu yang sesuai dengan artikel tersebut. Jika anda menulis untuk mereka yang cenderung kepada Islam dan mahu berjinak-jinak untuk berubah, maka karya anda amat sesuai untuk Majalah Jom! seperti contoh.

Begitu juga dengan buku, jika target pembaca adalah dikalangan orang baik-baik dan juga cenderung kepada usrah, maka tulislah mengikut ciri yang dikehendaki penerbit tersebut. Jangan berikan mereka kisah cinta kosmopolitan pula untuk diterbitkan.

Apabila anda mengenali target pembaca, maka mudahlah bagi anda untuk fokus pada gaya penulisa anda. Anda akan mampu menyusun bahasa dan jalan cerita mengikut kehendak pembaca anda. Maka anda akan dapat kelompok pembaca yang tegar mengikuti anda.

Jika anda targetkan pembaca umum , anda harus juga mengkategorikan pembaca yang bagaimana? Yang sukakan bacaan ringan atau fakta? Yang suskakan cerita-cerita yang bagaimana, serta seterusnya.

Apabila anda mengenali target pembaca anda juga, anda akan mula meneliti contoh-contoh karya yang pernah diterbitkan. Dan anda harus belajar cara penulisan mereka, insyAllah anda akan berjaya.

Anda juga pasti dapat menulis di sekitar minat pembaca anda. Anda akan menulis mengikut keperluan mereka dan anda takkan pernah kekeringan idea iAllah!

Maka, selalulah melihat kepada target pembaca anda!

Target pembaca saya tetap adalah mutarabbi saya. Walaupun saya tidak pasti adakah mereka membaca penulisan ini. Alhamdulillah apabila saya menulis untuk mereka, saya tahu permasalahan yang dihadapi mereka dan ternyata itu yang mereka mahukan. Pada masa yang sama pula, ramai yang berhadapan akan isu yang sama, maka ramai yang mendapat manfaat darinya. Disebabkan itu, selalunya bertanyakan diri anda berulang kali : SIAPA YANG MAHU AKU TUJUKAN PENULISAN INI?

Apabila anda mengetahui untuk siapa ditujukan tulisan anda itu, anda akan dapat mengikhlaskan hati anda ketika menulis. Ini kerana anda ikhlas mahu memberitahu kisah hati anda kepada mereka.

Saya akan selalu membayangkan wajah mereka yang menjadi target pembaca saya. Dan kini saya sedang membayangkan wajah anda semua yang sedang membaca tulisan saya ini.

Apabila anda mengenali pembaca anda, anda tidak akan kisah akan kritikan akan tulisan anda kerana anda yakin anda benar-benar ikhlas dalam menulis dan menyampaikan…

Bersambung.. nak sambung study…..

Advertisements

2 thoughts on “Tips Menulis #1: Kenali siapa pembaca anda

    Christina said:
    May 4, 2014 at 9:05 am

    Whenever you forget where your told the Ares program to keep your downloads,
    you are able to always go back to this screen to prompt
    your changes.

    izzaradhiah said:
    November 6, 2014 at 6:49 pm

    Reblogged this on ceritaku and commented:
    Never late to learn..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s