JOM! Selepas 2 tahun.

Posted on

Salam,

Apabila terkenangkan apa yang berlaku semenjak dua tahun yang lalu, sering terkuntum senyuman tersendiri di bibir dan wajahku.

Balik dari UK sahaja, terus saya bertemu dengan team bro arts untuk berbincang akan penerbitan majalah ini.  Teman saya paling tegar saya adalah ukhti faizah di tengah2 tu :)
Balik dari UK sahaja bulan November 2011, terus saya bertemu dengan team bro arts untuk berbincang akan penerbitan majalah ini.
Teman saya paling tegar saya adalah ukhti faizah di tengah2 tu 🙂 Gambar ini diambil pada Disember 2011. Majalah jom mula ditulis Januari 2012.

Sungguh, amat pantas masa berlalu. Tiadalah apa yang berlaku pada hari ini melainkan kesemuanya itu adalah kurniaan dan pertolongan dari Allah S.W.T semata.

Idea penerbitan majalah dakwah, sentiasa menjadi siulan dan bualan para pencipta dakwah. Mereka yang dahagakan ilmu Islam, tentu mahu membaca sesuatu yang membantu mereka di dalam kehidupan seharian mereka. Tidak cukup mengetahui asas-asas di dalam Islam. Lebih daripada itu, mereka mahu mengetahui langkah-langkah selanjutnya di dalam berdakwah.

Majalah JOM lahir di saat maraknya keinginan para pembaca muslim terhadap bahan-bahan ini. Walaupun penuh berisiko dan tidak mudah, namun atas dasar dakwah, majalah ini harus lahir di dalam masyarakat .

Perjalanan kami memulakan majalah ini amat berliku sekali. Bermula dari bahagian kewangan, kepada bahagian bahan, layouting, percetakan sehinggalah kepada jualan dan marketing. Apatah lagi kesemua kami amatlah hijau dalam selok belok perniagaan majalah. Buat majalah untuk NGO bolehlah. Tak perlukan untung. Menulis pun tak perlu fikirkan orang baca ataupun tidak. Tidak perlu fikirkan pasaran untuk menjual.

Namun, berbisnes di dalam majalah , adalah game yang berbeza sekali.

Menerbitkan majalah untuk pasaran umum, bekalan duit kena perlu mantap dan berkekalan. Prosesnya tidak mudah. Banyak kali kami melintasi roller coster perniagaan ini. Terkadang berada di atas, terkadang berada di bawah. Terkadang harus bergerak pantas, seringkali juga bergerak perlahan untuk bermuhasabah dan merancang perjalanan yang jauh di hadapan.

Berbekalkan tawakal yang tegar, penerbitan majalah JOM ini lahir pada Januari 2012. Itulah detik paling indah di dalam perjuangan kami di dalam penerbitan ini. Terutamanya apabila melihat majalah ini dimiliki orang ramainya penggerak dakwah. Tidak ada sesuatu yang lebih manis daripada melihat orang lain mendapat hidayah melalui perantara majalah ini.

Tentu, majalah ini tidak mampu kekal sehingga ke hari ini melainkan disebabkan oleh individu-individu yang bekerja keras memastikan penerbitan majalah ini berlangsung. Merekalah aset termahal majalah ini. Merekalah mutiara paling berharga. Merekalah para pendakwah tegar yang disebalik helaian majalah ini, tertulis pahala-pahala yang besar buat mereka. Tidak mungkin impian kami terhasil tanpa adanya mereka untuk menunjanginya. Ada yang masih setia sehingga kini, ada juga yang sering bertukar-tukar kerana mendapat peluang pekerjaan di tempat lain. Tanpa mereka, tentu tidak akan hadir majalah ini seperti hari ini

Team yang paling osem pernah saya bekerja. Tiada dalam gambar - grafik designer lelaki.  Gambar ini diambil sewaktu pelancaran Majalah JOM di pesta buku selangor 2012
Team yang paling osem pernah saya bekerja. Tiada dalam gambar – grafik designer lelaki.
Gambar ini diambil sewaktu pelancaran Majalah JOM di pesta buku selangor 2012

Kebanyakan dari mereka memiliki ijazah dalam bidang yang jauh berbeza daripada jawatan yang mereka miliki kini. Namun, Allah menetapkan hati mereka untuk berdakwah melalui media ini. Sesuatu yang menjadi keperluan di zaman ini.

Kekuatan majalah jom ini adalah pada sinergi idea, bahan dan juga grafik yang ditonjolkan. Hasil yang dilukiskan dari tulisan dan grafik pada setiap artikel tidak lain tidak bukan adalah pantulan keimanan dan kefahaman setiap penulisnya. Inilah sesuatu yang amat berharga sekali. Setiap infografik dihasilkan dari cernaan kefahaman dan iman. Kamu dapat merasainya di saat kamu membacanya.

Salah seorang dari kami tak mampu berkarya tanpa seorang yang lain.
Salah seorang dari kami tak mampu berkarya tanpa seorang yang lain.

Sepanjang dua tahun ini, majalah jom sudah tersebar ke seluruh malaysia dan dunia. Begitu juga Majalah jom sudah boleh didapati di sistem adroid dan IOS untuk pengguna apple. Inilah satu2nya majalah dakwah yang boleh didapati dari perisian tersebut. Akan datang, akan berada di ebrowser pula.

Pelajar luar negara yang banyak support majalah kami.
Pelajar luar negara yang banyak support majalah kami.
Perisian berbentuk emagazine dibangukan untuk mengatasi masalah pembeli dari luar negara yang mahu membaca majalah ini.  Kini boleh didapati di sistem android dan IOS.
Perisian berbentuk emagazine dibangukan untuk mengatasi masalah pembeli dari luar negara yang mahu membaca majalah ini. Kini boleh didapati di sistem android dan IOS.

Apa yang berlaku pada tahun-tahun mendatang? Apakah impian majalah jom terbesar?

Ada yang bertanyakan aku sedemikian.

Kami tidak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang. Namun yang pasti, majalah ini harus berkembang dan dimiliki oleh setiap para pencinta Islam. Majalah ini harus menjadi rujukan kepada semua penggerak dakwah di dalam menyampaikan mesej islamnya. Dari majalah ini akan lahirlah majalah-majalah baru yang lain, yang menjadi alternati kepada media hiburan sedia ada di pasaran.

Ini bermakna, tidak ada impian tertinggi majalah ini melainkan melihat sebahagian besar rakyat Malaysia gemar membaca majalah dan bahan2 bacaan islam dan dakwah.  Dari situ, akan tersebarlah kefahaman dakwah Islam dan mudahlah terdirinya sebuah negara Islam satu masa nanti inssyaallah.

More to come!!
More to come!!

Impian terbsar, tentulah memiliki syurga tertinggi nan abadi melalui dakwah ini..

Buat warga Majalah Jom, aku ucapkan, selamat maju jaya, dan moga terus menerus merasa izzah dengan majalah ini. Moga Allah terus menerus menetapkan hati kita dan melajukan langkah kaki kita.

Moga selalu berada di dalam rahmatNya!

Wasssalam

Ukhtikum fillah

Muharikah

Gombak

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s