Adikku, bersabarlah..

Posted on Updated on

Salam

 

Saya bertemu lagi dengan seorang adik yang mengingatkan saya semula akan kepentingan saya menulis di sini.

 

Jujurnya saya memang rasa serba salah kepada studi saya di waktu saya menulis. Terlalu banyak yang perlu dipelajari tentang perubatan ini. Apatah lagi berkawan dengan orang yang memang ulat buku dan pengetahuan tentang perubatan itu di hujung jari sahaja.

 

Namun, bertemu dengan adik ini, menyebabkan saya tahu, saya harus menulis, walaupun kini, mungkin tidak semua anak usrah saya sempat membacanya.

' Penulisan akak banyak membantu saya selama saya sangat down masa houseman..'


Walaupun niat saya menulis adalah untuk mutarabbi saya, namun ternyata, ramai yang mendapat manfaatnya. Terima kasih adik kerana mengingatkan saya akan tanggungjawap saya ini.

Pernah salah seorang anak usrah saya memberitahu kepada saya:

 

‘ Kak, saya macam ada palpitationlah. Tak tahu nape. Sejak masuk surgical, jantung saya berdebar kuat sangat. Rasa cam takut apa-apa jadi pada saya.’

 

Dia pernah menghadapi perkara yang sama dahulu. Sudah pun berjumpa pakar jantung. Echo, ujian darah dan ECG semuanya normal.

 

‘Awak takut ke nak pergi kerja?’ Saya bertanya semula kepada dia.

 

‘ Mungkin kot. Saya rasa tak best sangat buat surgical ini. Macam tak boleh nak buat apa-apa. Buat salah, tak buat salah.”

 

Adik usrahku itu ku kira seorang yang competent dan pandai di dalam medik. Graduate dari universiti tempatan, pengalaman dan ilmunya tentang perubatan di Malaysia tentu lagi luas dariku sendiri.

 

Aku teringat detik awal ketika aku menjadi MO di sebuah hospital di Lembah Klang. Ketika itu sudah dekat 8 bulan aku tidak bekerja. Terus dimasukkan ke wad denggi. Wad denggi ok! Mana pernah belajar langsung di UK.

 

Aku pun tak tahu apakah peranan seorang MO di waktu itu. Mereka suruh aku tagging. Aku pun tak tahu apa itu istilah tagging. Maka aku buatlah macam apa yang disuruh, ikut sahaja ward round dan tengoklah apa yang dibuat oleh MO di situ.

 

Hari pertama aku berada di wad denggi itu, terus aku terkejut dengan pekikan seorang MO pada seorang houseman.

 

‘ Apa awak buat hah pagi-pagi buta? Tak review patient ke? Awak ini bodoh ke apa?!!!’

 

Suaranya sendiri begitu menggetarkan jantungku.

 

Doktor itu perempuan. Berwajah manis. Tapi, garang gila.

 

Begitu juga dengan registrar yang bekerja denganku di wad itu. Dia turut menengking housemannya di hadapanku.

 

‘ U tak tengok ke FBC dia? Haematocrit dia? You tak buat apa-apa ke? Why don’t u do anything? U blind?”

 

Sampai dada saya berdegup kencang dan berdebar-debar.

 

Hati saya sangat kecut sampai saya sendiri tak mampu berkata-kata untuk membantu houseman itu.

 

Sampaikan saya kena present case kepada registrar tersebut dalam keadaan tergagap-gagap. Entah kenapa saya tergagap. Saya jadi takut. Sedangkan berpuluh-puluh daurah saya berikan kepada ratusan orang. Itulah pertama kali saya gagap di hadapan manusia.

 

 

Barangkali itulah perasaan akhawat dan ikhawah yang diperkecilkan diri mereka di hadapan orang lain. Sehinggakan jiwa yang yakin dan konfiden menjadi terlalu kecil. Sehingga berasa hina di hadapan orang lain. Sehingga tergagap-gagap. Sehingga tak mampu menunjukkan potensi diri yang sebenar.

 

Sehinggalah ramai juga yang datang mengadukan kepada saya akan tekanan yang dihadapi sewaktu housemanship. Walaupun dahulu mereka orang yang hebat dan amat berpotensi sekali.

 

Ada yang direfer kepada psy ada yang mahu berhenti kerja, ada yang langsung menyepi, EL dan sebagainya.

 

 

Berat lagi mata memandang, berat lagi mata memikulnya. Tentu saya takkan dapat merasai beban housemanship di Malaysia ini walaupun keadaanya lebih baik dari sebelum ini. Tahun-tahun sebelum ini, memang ikhwah akhawat sangat terkenal kefuturannya sewaktu houseman. Kini, setelah sistem berubah, alhamdulillah, ramai houseman yang berjaya istiqamah di dalam usrah. Malah ada yang mampu membawa liqa usrah. Alhamdulillah.

 

Namun, ada yang tidak bernasib baik, terpaksa berhadapan dengan boss yang malignant dan specialist yang tidak boleh tengok orang lain senang. Mungkin bukan maksud mereka begitu. Mungkin pada mereka, training yang paling baik adalah eksposur yang banyak sewaktu houseman.

 

Daripada mereka yang berhadapan dengan trauma di tempat kerja ini, maka ada yang terus rasa kecewa dengan kerjaya doktor. Ada yang berhenti atau terus mahu menjadi doktor yang bukan klinikal. Sedangkan ramainya wanita memerlukan doktor perempuan merawatnya terutama dalam bidang o&g, pembedahan, sakit tulang dan perubatan dalaman.

 

Memang sukar menghadapi dua tahun yang amat panjang. Dua tahun yang menyebabkan kehilangan:

 

a)    masa berharga dengan orang tersayang

b)   waktu untuk terlibat aktif dalam dakwah

c)    masa untuk hadir semua program

d)   rakan-rakan yang ramai

e) hilang keyakinan diri

f) keluar dari usrah

 

 

dan pelbagai lagi. Yang mengandung pun terkadnag boleh gugur sewaktu houseman. Berat badan memang akan susut sebab tak sempat untuk makan. Terkadang solat pun asyik jamak sahaja sebab tak sempat untuk solat.

 

Malah, urusan rumah tangga, baju dan makanan keluarga terabai.

 

What kind of life would you have?

 

It is a hell of life!

 

Memang best untuk keluar terus dari pekerjaan ini. Best untuk rasa bebas dan buat apa sahaja yang menghappykan. Selain dari kerja jadi hamba orang (HO). Biarlah duit sedikit asalkan hati bahagia.

 

 

Cuma,

 

Duhai adikku, bersabarlah dengan kesabaran yang besar. Sungguh, kesabaran itu ternyata tidak mudah. Ianya berat dan menyakitkan. Sabarlah. Allah bersama dengan orang-orang yang sabar ini. Malah dalam mengerjakan solat sendiri Allah taala suruh bersabar, apatah lagi dengan pekerjaan kita yang amat mencabar ini.

 

2 tahun itu memang panjang jika dihitung dengan jari. Namun, ia menjadi sebentar apabila diukur dengan zikir dan sabar.

 

Fikirkanlah kesenangan dan kebahagian di saat kau dapat menjadi MO dan specialist. Kau akan dapat membantu mengubah sistem yang menyakitkan ini. Kau akan dapat membawa perubahan kepada apa yang ada di sekelilingmu.

 

Menjadi doktor ini, bukanlah kerana kita mahukan pekerjaan yang stabil dan duit yang banyak. Jika mahu duit banyak, jangan jadi doktor. Jadi bussinessman.

 

Kita jadi doktor untuk menyelamatkan ummah ini. Kerana ummah ini amat memerlukan ramainya doktor muslim.

Dahulu saya sendiri tidak faham kenapa saya perlu jadi doktor. Apalah gunanya jadi doktor ini untuk dakwah dan tarbiyah. Namun seorang ukhti pernah berkongsi dengan kami,

 

‘Kita jadi doktor ini adalah untuk kita bersedia menyumbang di waktu negara kita terlibat di dalam bidang peperangan. Siapakah yang dapat merawat luka dan juga memberi pil tahan sakit terbaik untuk pejuang-pejuang kita. Siapa yang dapat membantu kita kecuali mereka?’

 

 

 

Ya, ini adalah kerja teramat mulia. Kerana itu ianya umpama sebuah jihad. Payah, penat, sakit, dan tak tahan sangat! Kerana Allah mahu ganjarkan pahala di sebalik itu. Allah mahu kuatkan hati kamu dengan suara-suara tengkikan MO-MO kamu supaya kamu bersedia untuk ditengking dan diuji lebih hebat lagi.

 

Supaya Allah menghapuskan dosa-dosa kamu dan meninggikan darjat kamu di sisinya.

 

Bertabahlah adikku. Tabahlah. Masanya sekejap sahaja. Kelak, kamu akan temui kenikmatannya. Apabila kamu sudah berjaya, dan mampu mengubah dunia.

 

Aku doakan, dikau sentiasa kuat tubuh badan dan sentiasa dikuatkan kesabarannya.

 

 

Ukhtikum,

Muharikah

Kelantan

Februari14

Advertisements

2 thoughts on “Adikku, bersabarlah..

    myudonandtea said:
    February 18, 2014 at 12:44 am

    Jzzk kak aisyah, teruskan menulis, i’m so thankful to Allah that there’s such people like u in this world, everytime sy futur, sy cari blog ni untuk beri semangat balik, and yes, semangat tu dari Allah juga kan

    syuhada said:
    February 18, 2014 at 1:35 am

    Alhamdulillah, syuhada masih lg belajar dlm degree of BBA. Terima kasih di atas nasihat walaupun nasihat ini khas utk seorg doktor.sesejngguhnya setiap pekerjaan ada ujian yg tersendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s