Potensimu yang terbaik

Posted on

Salam

Saya masih teringat seorang ikhwah yang sering meminta nasihat dari saya tentang dakwah dan tarbiahnya. Dua orang kakaknya sempat menjadi mutarabbi saya sewaktu di Mesir, dan saya tahu, mereka datang dari keluarga yang bukan calang-calang orangnya.

Dari situ saya cuba membimbing dengan segala keterbatasan yang ada. Bukan kerana tiadanya ikhwah, namun mungkin pengalaman dan pengetahuan tentang sesuatu waqie itu menyebabkan pertanyaan itu diberikan kepada saya. Apabila teringatkan Mesir, saya masih terkenang detik-detik pertama saya menjejakkan kaki di sana.

Menjadi impian saya semenjak tingkatan 4 untuk melanjutkan pelajaran di Mesir. Saya mahu sedut udara yang dihirup oleh Hassan Al-Banna dan para sahabat ikhwan. Saya mahu menghafal al-Qur’an. Saya mahu qawiyy di dalam bahan2 fikrah. Saya mahu benar-benar menguasai Deen-Nya.

Namun, Allah menetapkan cara yang terbaik untuk saya memahami Deen-Nya. Lalu, saya gagal untuk mendapat tempat di Mesir dan dihantar ke negeri paling ceruk di UK iaitu di Dundee. Alhamdulillah.

Tidak saya sangka 4 tahun selepas itu, saya berpeluang untuk membentangkan kertas kerja research yang saya buat sewaktu saya third year di UK di salah sebuah conference antarabangsa di Ain Shams University di Kaherah. Allah memudahkan perjalanan saya di waktu itu. Walaupun dengan kesempitan wang yang amat, PPIM bersetuju untuk menaja saya ke sana dengan cost sebanyak 600 pounds. Walaupun sekejap, itulah pengalaman saya paling bermakna. Itulah pertama kali saya merasai nikmatnya berada di bumi anbiya’. Allah telah mengabulkan doa saya.

Saya masih ingat lagi akan muka-muka comel yang berdiri di hadapan lobi hotel saya, menanti untuk bertemu dengan saya. Tidak sempat untuk saya berehat selepas flight yang panjang, mereka terus menantikan taujihat dari saya. Kasihan melihat wajah yang mungil dan penuh berharap. Kerana kesuntukan masa saya berada di situ, jadilah bilik hotel yang kecil itu sebagai tempat daurah mereka yang pertama dengan saya. Kami berkongsi tentang marhalah dakwah, wasilah dakwah , DF dan planat dakwah. Di situlah saya mengenal kemanisannya berdakwah ila Allah terutamanya apabila terpaksa bermusafir jauh untuk itu.

Dari detik itulah, tautan hati kami semakin utuh dari hari ke hari. Terkadang mereka datang menziarahi saya di Dundee. Ada waktu saya ke mesir, tempat kecintaan saya. Saya melihat mereka menjadi dewasa, dari gadis kepada wanita, Dari anak yang naif kepada seorang serikandi yang kritis akal dan jiwanya. Dakwah mereka berkembang dengan baik di sana. Dari bilangan mereka belasan orang, selepas 6 tahun dari detik itu, bilangan penggerak dakwah di sana mencecah 300-400 orang. Subhanallah. Moga Allah kurniakan pahala pada setiap murabbi yang menyentuh hati akhawat-akhawat mujahidah ini.

Dari kesungguhan dan keazaman merekalah barangkali ikhwah sendiri merasa perlu bangkit dan harus melebihi mereka.  Sehinggalah al-akh itu bertanya kepada saya tentang beberapa soalan fiqh dakwah utk waqie di sana.

Pergolakan di Mesir dengan peristiwa tsaurah sehinggalah turunnya Mursi dari takhta Presiden menyebabkan akh ini harus berhenti belajar di sana untuk menyambung di Malaysia. Entah bagaimana, saya mendapat tahu, sementara dia menantikan peluang untuk sambung belajar, dia bekerja di KFC. SEhingga letih dan tak mampu untuk commit dengan dakwah dan tarbiyah.

Terus saya teringatkan pengalaman saya sewaktu futur di dalam dakwah satu masa dahulu. Sewaktu sebelum fly ke UK, saya pernah bekerja sebagai waitress di Sushi King. Berat saya turun 10kg sejak jadi waitress. Sejak dari itu saya tahu kepahitannya untuk bekerja di kedai makan sedemikian. Sebab itu, saya tak sanggup melihat mana-mana ikhwah ataupun akhawat bekerja di kedai-kedai sedemikian kerana cukup membazirkan potensi dakwah dan tarbiyah mereka.

Sudahlah ikhwah tak ramai, kerja dekat situ pula! Sudahlah dakwah memerlukan rijal,takkan nak biarkan masa mereka untuk pekerjaan yang tidak memberi impak sangat buat dakwah.  kerana itu kita perlu sediakan ruang mereka untuk bekerja dan hidup nyaman untuk dakwah.

Saya masih ingat kisah sekumpulan ikhwah dari UK yang gagal untuk melanjutkan pelajaran di bidang perubatan. Kisah ini berlaku dekat 8  tahun yang lampau. Kes ini menjadi satu fitnah yang besar di dalam jemaah dan dakwah. Mereka adalah sekelompok rijal yang qawiy dari sudut tekad dan azam mereka. Mereka adalah best of the best student di Malaysia. Namun, barangkali course mereka amat mencabar terutama di negara yang menekankan aspek kefahaman dari hafalan. Ini menyebabkan mereka under estimate kemampuan mereka di dalam menyeimbangkan antara dakwah dan study. Malangnya pula, exam di universiti mereka tidak membenarkan resit paper untuk yang fail. Sekali sahaja peluang untuk ambil exam. Kejam !

Dari 6 orang di kalangan mereka, hanya seorang sahaja yang lulus exam, selebihnya terpaksa merayu untuk resit, ada yang gagal, ada yang tukar course, sebilangan mereka terpaksa pulang ke Malaysia.

Saya cuba menfollow up kisah-kisah mereka. Kerana perjuangan anak muda ini amat menyentuh hati saya dan saya tercabar dengan kecekalan dakwah mereka. Sudahlah baru join usrah dua tahun, tapi dari timur ke barat, utara dan selatan mereka pergi. Termasuk menziarahi scotland di saat saya memerlukan muwajih dari ikhwah! Bagaimana tidak saya tersentuh! Saya sebagai ukhti, amat terasa bertanggungjawap akan hal ehwal mereka.

Terakhir saya mengetahui, sebahagian dari yang pulang ke Malaysia, cuba meminta bantuan dari ikhwah di Malaysia. Cuba untuk meminta kerja dari mana-mana syarikat ikhwah. Namun ternyata, mereka hampa. Tidak banyak yang dapat dibantu. Di waktu itu, semua orang berada dalam kemelut masalah masing-masing. AKhirnya, mereka semakin jauh dari jemaah dan membawa haluan sendiri. Saya sudah tidak bertemu lagi dengan mereka di dalam dakwah, walaupun ada sebahagiannya masih bersama jemaah ini.

Dari detik itu, saya memasang azam untuk membantu golongan seperti ini. Walaupun dengan keterbatasan saya. Walaupun dengan apa yang saya ada. Merekalah potensi paling besar dalam dakwah dan aset paling bermakna di dalam jemaah. Mereka hanya perlu dibantu.

Disebabkan itu, tanpa berfikir panjang, saya menawarkan pada akh ini:

” Anta nak kerja dengan ana tak?”

‘Kerja apa kak.’

” Anta pandai apa?”

‘ Akak, beritahu je apa2 iAllah ana akan cuba belajar. Ana cepat belajar orangnya!’

Ana tersenyum simpul membaca mesej di FB itu. Ikhwah tetap seorang ikhwah. Sentiasa confident.( over confident pun ada.hehe) Disebabkan itulah rasanya mereka akan tetap teguh mengejar impian mereka jika mereka benar-benar yakin.

1620500_10202823064959800_1099728579_n

Sebagai anak HR consultant, saya amat faham akan kepentingan memiliki staff yang terbaik untuk sesebuah syarikat. Syarikat besar2 sanggup membayar sehingga RM 50k sebulan untuk seorang CEO bagi menguruskan syarikatnya. Sebab itu di dalam petronas, mereka amat mementingkan talent management. Mereka akan invest jutaan ringgit hanya untuk mendapatkan the best people in their companies. Dan memang, orang2 terbaik akan selalu terserap di dalam company besar sebegitu.

” Tak apa gaji kecil? Ana cuma berharap anta dapat keluar dari lingkungan itu dan menyumbang banyak untuk dakwah”.

Disebabkan itulah saya mempelawanya bergabung dengan syarikat IMAN, hanya supaya manfaat dan potensi dirinya dapat dikeluarkan dan dimanfaatkan. WAlaupun kepakarannya masih belum terlahir. Walaupun pengalamannya masih kurang. Walaupun dia masih belum habis belajar.

Dengan keyakinan kepada janji Allah untuk membantu hamba-Nya dan dengan keyakinan Allah akan menunjukkan jalan, dia menjadi salah seorang ahli keluarga iman. Dari situ, saya terpaksa drill dia berbuat banyak perkara sehinggalah terkeluarnya potensi-potensi dirinya yang luar biasa.

Benarlah, jika diri kita belum habis dipush, belum habis digilap, belum habis di asah, selagi itu potensi kita takkan pernah terkeluar. SAya sering mencabar adik bongsu saya untuk berbuat banyak perkara di dalam satu masa, alhamdulillah, kini dia mampu menguruskan 3 syarikat serentak tanpa banyak input dari saya.

Dakwah akan sentiasa menuntut bakat dan potensi kita. Dakwah sentiasa dahagakan karya-karya dan sentuhan diri kita. Hanya kita harus meletakkan diri kita di tempat yang betul dan sentiasa mempunyai mentor yang akan push kita to end of the limit. Yang akan drill kita sehinggalah kudrat kita kering dan masa kita begitu sempit sekali.

Saya tidak pernah tahu saya mampu berbuat banyak perkara dalam satu masa sehinggalah saya tercampak di scotland di mana saya harus menguruskan dakwah dan tarbiyah di sana bermula dari seorang. Sehinggalah saya terpaksa membawa 4 halaqah seminggu. Sehinggalah saya harus menguruskan potensi mad’u2 sedia ada. Sehinggalah saya terpaksa masak, memberi penyampaian dan menyediakan logistik untuk daurah mutarabbi saya. Sehinggalah saya benar-benar yakin segala potensi saya telah dikeluarkan.

Dan akhirnya, saya menumpukan kepada satu potensi yang menjadi kepakaran buat saya.

Bukannya menulis

Bukannya dalam bidang medik.

Bukannya dalam bisnes.

Tetapi, di dalam “Talent Management”. Membimbing manusia untuk mengenal potensinya, mengarahkan potensi itu untuk berkembang dan akhirnya menjadi pakar di dalam potensi itu. Walaupun mereka hanya orang biasa. Walaupun mereka tidak terpilih ke luar negara. Walaupun mereka bukanlah orang dikenali. Dengan kesabaran dan keazaman, saya berdoa agar Allah sentiasa membantu insyaallah.

Seorang mutarabbi saya pernah sebut, ” Kepakaran akak pada leadershiplah.”

Itu pun boleh. But i rather be a person who helps to create new leaders. Terutama untuk mereka yang sering tidak tahu kelebihan yang dia ada untuk dimanfaatkan untuk dakwah.

Mungkin ada orang bertanya, kenapa saya buat bussiness sedangkan saya sudah menjadi seorang doktor?

Saya pun sering bertanya pada diri saya sendiri , sebab bussiness saya sendiri tidak membawa hasil yang lumayan buat diri saya sendiri berbanding doktor.

Selain dari sebab-sebab untuk menyebarkan dakwah. Barangkali sebabnya…

Saya mahu membantu al-akh seperti beliau.

 

Moga kamu, jika ada peluang, dapat membantu golongan seperti ini di masa akan datang nanti.

 

Setakat itu sahaja. Doakan agar masa-masa kita diberkati. Sambung cerita lagi nanti.

Advertisements

2 thoughts on “Potensimu yang terbaik

    anonymous said:
    February 3, 2014 at 4:21 am

    Amat terharu dgn entry nie. Masih ada yg perhatin dgn mereka2 yang munkin tersilap langkah. Hakikatnya, diri ini jugak masih lagi struggle antara study dgn DnT. Kadang2 selalu terlintas if diri tak lulus, pasti gerak kerja dakwah slps itu jugak akan slow. dan ituadadalah modal utk terus study….sepatutnya mereka2 yang tersilap langkah ni, jemaah tak boleh pandang enteng…perlu ader support group…sbb hakikatnye munkin potensi mereka boleh disalurkan ke arah yg lebih baik. Jgn biarkan mereka hanyut dgn sifat rendah diri dan di tarik dgn kehidupan jahiliyyah.

    atiqasan said:
    February 4, 2014 at 3:19 pm

    rasa *speechless* dan *mashallah* dgn kisah2 yg sbnrnya dekat dgn diri dan ada jugak yg berlaku pd diri sendiri, sgt yakin pada akh dan akhwt kita yg berada dlm jln ini tapi tersungkur atas byk sebab, sehingga membawa mereka kpd ‘drawback’ dari jln ni. smg Allah berkati stp planning akk dan dpt mebawa manfaat yg lebih besar utk ummah enshallah! (: *nk mintak khidmat talent jgk la akk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s