amusement · curahan hati...

Selendang malam

Salam

 

Lama tak mencoret di sini. Banyak pengalaman telah dilakarkan tetapi ternyata jemari ini tidak singgah di sini. Seringkali jika bertemu sahaja masa, pasti diri ini akan terus berada dalam dilema:

 

a) menulis utk JOM –> tapi selalu ambil masa utk kaji dahulu isi kandungannya

b) menulis buku–> ini pun kene rujuk

c) buat soalan2 MRCP –> selalu dah start buat ini akan hanyut dan tak menulis

d) menulis blog–> selalu inilah yang terabai.

 

Sementelahan itu, website muharikah.com sendiri tidak bergerak. Memang utk gerakkan blog perlu selalu update dan menulis. I wonder what to write in short time. Tapi sukar juga.

Banyak isu yang perlu dikupas dan dikongsi bersama

a) Isu kedua ibu bapa Malaysia yang ditangkap di sweden

b) Isu Syiah yang semakin berleluasa di Malaysia

c) Isu kangkung. Heh. ini mmg akan jadi sangat cliche.

Namun ternyata segala pendapat itu hanyalah tinggal buah fikiran di dada.

Sewaktu saya menjengah kinokuniya bersama mutarabbi saya,  dia membeli buku ini:

 

 

Buku ini menceritakan kaedah-kaedah menulis dengan pantas dan percuma ( free), maknanya sentiasa bebas mengeluarkan idea tanpa mengedit dan takut2 tak dapat publish buku tersebut.

Ternyata sudah lama saya tidak berbuat demikian. Mencatit bait-bait kehidupan saya untuk dikongsikan dan dimanfaatkan bersama. Saya pun tak pasti sempatkah saya menulis kisah hidup saya untuk diceritakan kisah dan pengalaman tidak seberapa ini. agar anda tidak berbuat kesalahan sama seperti saya.

Selalu terfikir ada ke orang nak baca. Selalu terfikir adik2 zaman sekarang ini suka membaca atau tidak. Selalu terfikir apa yang akan didapati dari tulisan ini.

 

Ternyata, saya hanya harus menulis dan terus menulis.

 

Alhamdulillah hari ini berlangsung daurah separuh hari untuk belia muayyid daerah ikram setiawangsa. Inilah pertama kali saya benar-benar involve dalam perlaksanaan daurah ini. Sudah setahun lebih saya membawa grup usrah mereka namun jarang mendapat peluang untuk mengendalikan daurah. Saya masih baru dan perlu bertatih mengenali selok belok waqie dakwah di Malaysia. Dahulu bawak 4 usrah seminggu sekarang bawak 1-2 sahaja. Dahulu daurah tiap2 minggu , sekarang maybe 2 bulan sekali sahaja yang perlu dihandle. Dahulu di mana2 sahaja mesti kena selalu dengar rekording untuk preparekan bahan daurah/usrah. Di malaysia, takde force untuk berbuat demikian. Sebab pelawaan jadi muwajih selalu clash dengan oncall ataupun daurah sendiri. Waktu weekdays selalu akan sibuk dengan usrah dan meeting.

 

Dalam masa yang sama, waqie di Malaysia ini menyedarkan saya betapa perlu kita allocatekan masa untuk keluarga. Merekalah mad’u paling utama kita dan kepada mereka perlu diberikan masa khas seminggu sekali untuk bersama dan berbuat aktiviti. Sebab itu daurah di Malaysia akan disusun supaya hujung minggu ada masa boleh diluangkan buat keluarga. inilah satu jihad dan satu kemestian kita di malaysia.

 

Memang gerakan dakwah di Malaysia slow and steady. Kerana ia mengambil kira seluruh aspek kehidupan kita sebagai manusia. Ia menuntun kecemerlangan dalam seluruh aspek.

 

a)keluarga

b) kerjaya

c) jemaah

d) dakwah

e) masyarakat

Kesemua ini perlu disantuni dan dilengkapi. Tidak lengkap keperibadian kita sebagai seorang daie jika cukup membawa usrah tetapi tidak mengambil peluanng utk menyantuni masyarakat dalam program2 kecil di pejabat mahupun di suraunya. Tidak juga lengkap jika dia tidak bersama jemaah dalam merencana agenda jemaah dalam mendirikan sebuah negara islam tahun 2030. Tidak juga lengkap jika mak ayahnya tidak bertemu dengannya sebulan sekali dan merasa diri mereka diabaikan. Tidak juga lengkap jika mutarabbi ditinggalkan tidak berusrah berminggu2 hanya kerana kita sibuk dengan tuntutan lain.

Untuk seimbang dalam setiap aspek kehidupan seorang daie, ternyata amat sukar sekali. Inilah jihad. Inilah perjuangan. Inilah jalan hidup kita.

 

Di sini kita bertemu kebahagian.

 

Sambung lagi iAllah. Saya kena sambung belajar medic. huhuh

 

wassalam

4 thoughts on “Selendang malam

  1. k.aisyah..jazakillahu khayr. perkongsian yang sgt bernilai. kami org baru nak blajar waqi’ malaysia sgt menhargai tausiah dri org2 mcm akak.. teruskan mnulis kak. 🙂

  2. jzkk kak…it’s all about being excellent in our time management…sobss…dan yang mampu mngurniakan keberkatan masa hanya DIA…Allahu rabbi…may Allah bless our effort…rindu dari jauh~penang je pon..hee

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s