Takleh fokus study, nak all out dakwah dan tarbiyah

Posted on Updated on

salam

Saya menerima sepucuk emel, sebulan lebih yang lalu. Lama saya ingin membalasnya, tetapi kesempatan sering tiada.

Soalannya saya rasa amat penting sekali. Ia juga merupakan dilema saya satu masa dahulu.

Saya merupakan pelajar tahun akhir school of engineering di salah sebuah universiti. Saya juga bergiat aktif dalam dnt dimana saya merupakan slah seorang qiyadah. Saya ingin bertanya pendapat antunna.. Minat saya dalam dnt sangat mendalam sehingga minat saya dalam study sngt kurang, saya boleh bersusah payah dalam dnt, tak tido malam, tapi when it comes to study, saya xboleh buat perkara yang sama. Mcm nak cakap, saya tiada minat dah dlm pelajaran  T.T Saya memang betul2 nak all out dalam dnt.  Dan bila saya buat something, saya akan buat dgn sepnuh hati saya. Jadi masalah saya, saya xboleh nak fokus kpd dua benda dalam satu masa. Fokus saya dalam pelajaran jadi dilutes..xboleh nak all out. Sehingga saya terfikir untuk tak sambung dalam engineering dh bila nanti iA, saya bercita-cita untuk jadi aktivis sepenuh masa, mungkin bekerja dgn Aqsa Syarif or sort of. Saya figure out kemahiran saya bukan dlm engineering, tapi saya lebih kpd soft skills, deal dgn manusia. Saya tahu, ummah pun memerlukan rijal y hebat dlm bidang2 spt kdoktoran, engineering dll sbg alat utk dakwah dn membantu ummah, so saya sangat berada dalam dilemma skrg. T.T Saya just nak habiskan study je skrg. Xboleh nak all out dh dalam study sbab minat dh takde T.T Lebih2 lagi sbg seorng perempuan, saya xnampak sgt keperluan saya berada dlm dunia engineering. Allah.. tolong bantu saya. Dilemma T.T Saya tahu dikalangan antunna pon ada y tgah bekerja sbg doktor dn sbgainya..mcm k.aisyah z, jadi saya sangat memerlukan pendapat antunna. Kalau boleh saya nak bkerja yang kerjanya boleh bagi benefit yang MAKSIMUM kpd ummah, kpd DnT. Apakah dgn bekerja dan buat dnt lebih baik drpd jadi aktivis sepenuh masa?  Mohon bantuan antunna yang lebih pakar.

Setiap kali saya membaca soalannya berulang-ulang kali, hati saya akan tercuit dan pasti saya akan tersenyum sorang-sorang!

Adikku, rasa hatiku sama dengan kamu!

Dulu, saya berfikiran sama seperti kamu! Ketika saya bertemu dengan dakwah dan tarbiyah pada tahun kedua saya sewaktu belajar perubatan di University of Dundee dulu, itulah yang saya rasa. Saya nampak sikit-sikit peranan doktor dalam mendakwahi masyarakat. Tapi time tu, saya akur, minat dan keghairahan saya kepada medik, tidak seperti keghairahan saya kepada dakwah. Dakwah amat mengasyikkan saya, menghantui saya dan menyebabkan saya lupa masalah saya. Medik, urggh, bosan , mengantukkan! urghh!

Sehinggalah saya sendiri mengabaikan pelajaran saya. Saya fail 3x di dalam exam second year saya. Alhamdulillah kali keempat saya lepas, dan boleh naik tahun. Namun, sttrugglenya saya untuk melalui zaman-zaman student dahulu, tidak boleh saya lupa sampai sekarang.

Namun, sebagai orang muda, terutama perempuan, memang kita selalu fikir apa yang kita rasa best di waktu itu, di saat itu. Kita jarang berfikir lebih jauh ke hadapan. Kita masih naif dengan kehidupan sebenar dan kita tak tahu jangkaan masa hadapan.

Kita lebih merasai dakwah yang kita perjuangkan itu lebih betul dalam bentuknya yang ideal dan tulen. Seperti membawa usrah. Seperti DF adik. Seperti uruskan daurah, mukhayaam dan seterusnya. Pada kita, di situlah ruh dakwah dapat mengalir. Dari situlah umat ini terbina.

Namun, jangan kita lupa, aim kita adalah untuk mendirikan sebuah kerajaan Islam satu masa nanti. Aim kita adalah mendirikan daulah Islam.

Dalam mendirikan sebuah daulah Islam, negara Islam, kita memerlukan banyak kepakaran. Setiap juzuk kepakaran yang diperlukan untuk pembagunan sebuah negara, amat memerlukan ruh orang beriman untuk mendukungnya. memerlukan orang yang faham untuk mengetahuinya.

Kalau ada projek buat lebuh raya, siapa yang akan buat? Bukankah engineer?

Jika ada projek untuk uji kaji bahan bakar baru yang lebih murah untuk kegunaan rakyat, siapa yang akan buat? bukankah engineer?

Maka, mana2 kepakaran pun amattttt penting seewaktu kita memiliki daulah. Sbeab kita tak mahu orang yang corrupt melaksanakan semua itu seperti mana yang berlaku sekarang.

Adikku,

Dakwah kita sewaktu student berbeza dengan dakwah kita sewaktu bekerja dan juga setelah pulang ke Malaysia.

Medannya berbeza. Keadaannya. Objektifnya. Wasilahnya.

Di luar negara, fokus kita tajmik dan takwin. Kita hanya fokus untuk mengkaderkan ramainya kader-kader Islam yang dapat membawa aspirasi Islam di dalam kehidupannya. Kita fokus kepada menghidupkan usrah, program, kesedaran dan sewaktu dengannya.

Di Malaysia, situasinya berbeza. Kita bukan sekadar hanya perlu bawa usrah, kita perlu bersedia ke arah pembinaan sebuah negara! Kita perlu lengkapkan skil diri untuk memimpin masyarakat. Kita perlu berhubung dengan badan-badan yang boleh bekerjasama dengan kita dari sudut penyebaran dan pembagunan islam. Kita perlu menawan seramai mungkin hati masyarakat di Malaysia, tanpa kita aim untuk membawa usrah mereka! Ini kerana kita takkan mampu dan mereka sendiri tidak boleh terikat dengan disiplin jemaah. Ini kerana usrah adalah tempat pembinaan kader dakwah. Tidak seperti definisi usrah di hari ini.

Maka, apa yang perlu kita persiapkan diri kita tidak hanya untuk menjadi murabbi sahaja. Tetapi menjadi manusia yang mempunyai kepakaran dan kepimpinan. Kepakaran dalam bidang pengkhususan sehingga ketika negara Islam memerlukan seorang engineer untuk melahirkan tenaga percuma untuk rakyat, mereka boleh mencari adik untuk melaksanakan projek tersebut.

Itulah sumbangan yang besar , sumbangan yang amat membahagiakan.

Ketika kita pulang ke Malaysia dan bekerja, ada dua perkara utama yang perlu kita hadapi:

a) Keperluan wang yang amat mendesak.

– Ini adalah satu dilema sangat luar biasa bagi seorang daie. Seorang daie harus memiliki banyak duit. Harus. untuk membantu ramai orang, serta membeli aset untuk keperluan ummah. Aset ini berbentuk rumah, kereta, ofis, dewan, markas dan sebagainya. KEnapa ramainya ahli perniagaan cina boleh memiliki wisma sedangkan tak ramai orang muslim ada wismanya sendiri? Mengapa UMNO boleh bermesyuarat agung di dewan PWTC yang amat megah sedangkan jemaah Islam perlu menyewa hotel dan dewan besar untuk muktamarnya?

Dakwah amat memerlukan duit. Untuk keperluan peribadi dan dakwah.

Maka pekerjaan yang amat stabil sangat diperlukan di awal permulaan dakwah. Agar diri tak serabut kerana tidak cukupnya duit ketika pulang ke Malaysia. Sewaktu kita student, memang kita tak terasa kepentingan memiliki wang yang banyak. Keadaannya berbeza di Malaysia. Everyhting is about money. Setiap ringgit harus dicatu dan diambil kira.

Di UK saya boleh spend ratusan pounds begitu sahaja utk dakwah. Lain di Malaysia, because I need to think camne nak generate duit yang banyak utk dakwah. Sebab mmg di Malaysia, duit lagi laju dari air mengalir.

Maka, carilah pekerjaan yang stabil pada peringkat permulaan. Apatah lagi jika kamu berkemampuan.Apatah lagi kamu memiliki kepakaran. Bersabarlah sementara waktu. Sehinggalah kamu tahu bagaiamana untuk mencari duit kamu sendiri. Barulah kamu quit.

Di saat kamu tahu menjana kewangan sendiri, tidak ada pekerjaan lebih membahagiakan melainkan menjadi fulltimer utk dakwah. Di waktu itu kamu takkan bebankan jemaah untuk bayar gaji kamu. Malah kamu sendiri boleh kasi duit pada jemaah.

Ini tak boleh berlaku tanpa mengetahui asas perniagaan. Jika kamu mahu benar2 bebas dari terikat dnegan mana-mana pekerjaan, maka pilihlah bidang perniagaan.

2) Peluang bertemu dengan masyarakat sebenar.

APabila kita bekerja di sebuah syarikat kerajaan mahupun swasta bukan milik ikhwah akhawat, kita akan hidup di dunia realiti. Bukan mimpi. Kita akan berhenti berfikiran ideal. Kita akan lebih mengenali manusia. Lebih tahu bercakap bahasa mereka. Lebih lembut dan mengasihani hati mereka. Maka kamu akan lebih membumi dan melangit. Lebih factual dari ideal.

Pengalaman ini mahal. Kamu tidak akan dapat memilikinya melainkan kamu bergaul dengan masyarakat sebenar menerusi pekerjaanmu itu.

Sebagai wanita, mmg kita tak nampak keperluan kita dalam bidang engineering. Namun, fikirkanlah apa yang ummah perlukan melalui kepakaran kamu itu. Jika tidak pun, bercita-citalah untuk menjadi menteri pembangunan kerja raya atau menteri sumber alam ke, yang memerlukan kepakaran kamu itu. Fikirkanlah kebaikan yang kamu boleh laksanakan untuk negara lagi 20 tahun.

Allah pilih kamu ada sebabnya. Ada sebab Allah berikan kepandaian sehingga adik dapat ke sana. tidak ramai mampu ke sana termasuk saya.huhuh. maka gunakanlah kelebihan itu ya!

Jangan berputus asa. Kalau fikirkan nak berhenti dan buat dakwah sepenuh masa, dah lama juga saya buat.

tapi kita kene fikirkan long term. FIkirkan daulah ISlam yang akan tertegak lagi 10-20 tahun. ketika itu, tidak cukup dengan pandai buat usrah sahaja, kita kena tahu membina negara!

Bagaimana nak bina negara, tentu dengan kepakaran yang awak sedang belajar sekarang.

Wallahualam

Moga membantu. Saya pun tgh struggle study untuk exam. Walaupun saya asyik fikir kenapalah kena belajar banyak2 dah tua ini pun. tapi kene selalu betulkan niat dan istighfar. Perjalanan kita masih jauh. Ummah memerlukan kita untuk bertahan, bernafas panjang, dan istiqamah dalam perjuangan kita.

Allahu Mustaan!

Aisyahz

gombak

Advertisements

7 thoughts on “Takleh fokus study, nak all out dakwah dan tarbiyah

    anamutarabbi said:
    December 16, 2013 at 5:08 pm

    Reblogged this on anamutarabbi and commented:
    Jazakillahu khair kak aisyah

    Miss Curious said:
    December 20, 2013 at 11:15 am

    Jazakillah khair kak aisyah.

    bintu Mohamad said:
    December 28, 2013 at 4:44 pm

    salam.

    ingin saya letakkan perspektif dari kata² seorang Ustaz yang lebih kurang berbunyi : “menikah adalah sebahagian dari dakwah dan jihad”.
    Jadi untuk situasi ukhti di atas : study adalah sebahagian dari dakwah dan jihad.

    Itu sifirnya 🙂
    Mujahadah ukhti, sikit je lagi. Besar ganjarannya insyaAllah, kerana ia sebahagian dari dakwah dan jihad! Allah yusahhil umrik!

    f_s said:
    December 30, 2013 at 12:05 am

    This is how i feel when i start to know about usrah n everything… Rasa mcm nak quit je medic… Tapi kuatkan hati jgk… Bila baca post akak ni, rasa mcm betulla.. Kita kna fikir jauh ke hadapan… Kita bukan setakat nak bina manusia, kita nak bina negara jgk kan…. Kdng2 kita perlu cari orng yg sama masalah dgn kita, supaya dua2 sama2 memahami.. Dua2 sama2 saling menguatkan antara satu sama lain… Thanks kak aisyah

    Rahmat said:
    January 3, 2014 at 8:19 am

    Kita org islam kena kuat dari segi ekonomi dan politik supaya kita dapat terus berdakwah dengan mudah. Saya sgt bersetuju dgn saranan Aiyshah tu. Kuatkan ekonomi umat dan perintah negara dgn berhemah, maka semua org boleh berdakwah dan menerima islam dgn lancar…

    si aneh said:
    October 6, 2014 at 3:22 am

    Assalam k.aisyah..this post really inspired me coz i always feel like wanna quit from this engine school and all out for dnt and now i found the reason to stay.jazakillahu khair k.aisyah. May Allah put barakah in every single effort we do. 🙂

    NFH said:
    December 23, 2014 at 8:14 am

    Tersenyum akak baca emel diatas dan komen2 yg diberi….myself dlu pun buat engineering degree, dan dalam tak berapa minat tu…sampailah ke PhD buat engineering…dakwah n tarbiah mmg nadi nyawa kita, tapi there is always hikmah of why and what study we do. Tak semua org boleh bawa certain2 field, mmg Allah created kita unique…so kalau mmg Allah bg kemampuan kpd kita adalah sgt patut kita galas kewajipan tu, kan? Takkan nak bagi makcik tukang kebun perah kepala buat engineering :)? Setiap field tu mmg seperti muharikah sebut diatas sgt penting buat ummah. Kalau adik ada goodsoftskills, you can always be a lecturer in engineering, which I am today. Bnyk ruang dakwah disini….so dont give up and work hard…the motivation is that you want to serve Allah and His Deen the best way with all the opportunities given to you.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s