Kursus Penulisan

Posted on

1405000_402478739855543_1698215338_o

 

Seringkali aku teringat kata-kata ibuku:

‘Get the expert to do the job, you will get splendid result’.

 

Sewaktu aku menyiapkan slide penyampaianku esok hari, ternyata kata-kata ibuku itu memukul jiwaku.

Memang, aku bukanlah orang yang layak dalam menyampaikan tajuk penulisan ini..

Buku pun tak keluar lagi. Yang aku ada, hanyalah pengalamanku berblog dan menjadi editor majalah.

Namun, bercakap tentang penulisan serta bagaimana melahirkan penulis Islam yang hebat, ternyata aku masih sangat jauh dan hijau lagi.

Kepakaranku masih belum terasah lagi di bidang penulisan. Banyak ilmu yang tidak aku ketahui. Backgroundku pula perubatan. Bagaimana mungkin untuk bercerita akan sesuatu yang tidak pernah aku pelajari secara formal?

 

Namun aku tahu, keinginan terhadap dakwah ini lebih besar dari kelemahan dan alasan-alasan yang mahu aku berikan.

Melihat kepada statistik, mahasiswa di Malaysia hanya membaca 4 buah buku setahun sahaja! Ini sangat cukup memukulku. Aku amat sayangkan bangsaku. Aku amat cintakan negara ini. Aku juga amat rindukan tertegaknya daulah di Malaysia ini. Aku mahu merasai indahnya berjalan di atas jalan raya, serta merasai nikmatnya barakah sebuah negara Islam.

 

Itu semua takkan terjadi tanpa rakyat yang cintakan ilmu. Tanpa rakyat yang cintakan buku.

Statistik juga menunjukkan bahawa penerbitan buku-buku di Malaysia masih sangat sedikit berbanding negara maju lain.

Daripada semua buku yang diterbitkan, hanya 30% sahaja buku ilmiyah. Selebihnya? Dari 30% buku ilmiyah itu berapa persen sahaja buku-buku Islam?

Membuka syarikat penerbitan adalah satu risiko yang amat besar. Alhamdulillah saya berjaya mengutip dana dari akhawat sebanyak RM 40k untuk mendirikan syarikat tersebut. Lengkap dengan pejabat training ( tempat buat program penulis nanti) dan juga pejabat yang selesa untuk dijadikan tempat menimba ilham dan melahirkan produktiviti. Dari wang itu jugalah kami menggajikan beberapa ikhwah akhawat yang tegar dalam menjadikan impian ini sebuah realiti. Impian melahirkan karya-karya monumen dakwah dan tarbiyah. Agar ilmu dan juga khazanah Islam sentiasa mengalir di tanah Melayu ini.

Memang, adanya syarikat, tapi tanpa penulis berwibawa, syarikat tidak akan mampu bertahan lama. Syarikat penerbitan buku akan terus hidup seiring lahirnya buku-buku baru.

Namun cabaran dakwah tetap sama–> kita kekurangan kader-kader dakwah yang berilmu dan kritis fikirannya. Dari ramainya kader-kader ini, yang sempat dan tahu menulis pula tidak ramai.

Disebabkan itulah aku meneruskan juga niat untuk melaksanakan bengkel ini. Walaupun tidaklah semuntij memberi pengisian daurah mahupun agenda dakwah yang lain, namun aku yakin, benih yang ditanam esok, bakal membuahkan pohonan yang ranum kelak.

Segala yang besar bermula dari setapak yang kecil. Walaupun sukar melangkah pada awalnya.

Impian kita besar. Banyak perkara harus dilakukan. Walaupun ramai yang menjadi kaya dengan wang MLM atau menjual produk-produk shaklee dan herbalife, aku sentiasa yakin bahawa, hidup ini bermakna dengan sebuah visi. Walaupun kehidupan kita akhirnya menjadi amat sederhana. Kerana misi dakwah hanya boleh dipikul oleh orang dakwah. Agenda tarbiyah hanya boleh berjaya dicaknakan apabila diungguli oleh orang yang menyakininya.

Sering aku melihat staffku dan sentisa memikirkan mereka. Bagaimana boleh aku naikkan gaji mereka agar mereka boleh hidup senang dan selesa. Boleh buat pinjaman kereta dan rumah. Namun, perjalanan mereka masih di peringkat permulaan. Aku tidak boleh memberikan mereka wang tanpa mereka pelajari dengan sukar bagaimana untuk melahirkan wang tersebut. Dengan cara dan ilmu yang betul. Itu semua mengambil masa yang tidak sedikit. Rata-rata mereka semua di awal 20an, dan tidak ada background bussiness pun.

Menjual shaklee dan herbalife, ternyata jalan yang mudah menuju kekayaan, namun, visi yang dibawa, tidak akan sama dengan visi yang dibawa oleh syarikat ini. Syarikat penerbitan Islam. Maka, perjalanannya memang kelihatan amat mencabar, namun moga ALlah sentiasa memberikan kami kecukupan dan barakah pada sedikitnya yang kami miliki.

moga satu hari nanti, Allah mengizinkan banyaknya pintu-pintu rezeki terbuka buat mereka.dengan sedikit kesabaran.

 

Ini kerana, dakwah telah pun beranjak ke tangga seterusnya. Dari pengkaderan manusia, kepada penyebaran fikrah. Kepada pengaliran ilmu dan dakwah kepada masyarakat.

Ini usaha bukan kecil. Walaupun orang yang tidak layak memberikannya esok, moga satu hari nanti akan lahir pengganti yang benar-benar berwibawa dan mendidik manusia untuk sentiasa menulis. Seperti ustaz salim a filah, ustaz anis mata, mahupun asmaa nadia dan helvy tiana rosa.

Moga satu hari nanti, kita sama-sama berkarya untuk dakwah, di relung manapun kita berada.

 

Doakan kami esok!

PS: powerpoint dan juga video akan dikongsikan selepas habisnya program ya! Maklumat lanjut boleh cek di http://www.imanpublication.wordpress.com

 

Wasalam

AisyahZ

gombak

Advertisements

One thought on “Kursus Penulisan

    md said:
    November 29, 2013 at 10:52 am

    Saya amat berbangga dengan peningkatan dan usaha kamu. Tahniah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s