Bisnes Untuk Dakwah: Mengapa penting tujuan bisnes yang betul

Posted on Updated on

Ini kerana masa kita tak banyak.

Kita hanya punya satu kehidupan. Kehidupan kita pula harus memenuhi dua tujuan utama perciptaan kita.

1) Sebagai Khalifah ( QS 2: 30)

2) Sebagai Hamba Allah (  QS 51:56)

Maka, tidak banyak waktu yang kita miliki sebenarnya dalam meraih banyak perkara. Maka, segala masa yang ada haruslah ke arah gol yang sama. Usaha yang dilaksanakan haruslah mencapai gol yang paling utama dalam hidup kita: Redha Allah dan syurga-Nya.

Sebenarnya jika jelas matlamat kita tersebut, maka mudahlah kita mengecilkan skop fokus bisnes kita agar dapat mencapai dua tujuan tersebut.

Tentu bukan pada wang sahaja. Percayalah dengan wang sahaja Islam tidak boleh menang. Islam boleh menang apabila kita berjaya mengubah lifestyle hidup manusia dan persepsi hidup manusia itu sendiri.

BERMULA DENGAN DIRI SENDIRI

Oleh itu, dakwah itu harus bermula dari dalam diri kita sendiri. Kita perlu all out untuk dakwah. Kita perlu luahkan segala apa yang ada dalam diri kita hanya untuk dakwah semata-mata.

ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. ( An-Nahl: 125)

Inilah misi paling utama kita sebenarnya.

Menyeru manusia kepada Allah. Dengan hikmah. Dengan mau’izah, contoh, pelajaran yang terbaik. Jika kita mahu berdebat dengan mereka, berdebat dengan cara paling genius. Agar mereka mudah menerima Islam dan memeluknya.

Kita perlu memahami konsep ini dengan sebenarnya. Kita harus hidup dengan kefahaman ini. Inilah tujuan kita dihidupkan. Inilah kebahagiaan hidup kita. Inilah gol paling utama dalam hidup kita.

قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.  ( Al-An’am: 162)

Apabila hidup kita adalah dakwah, nafas kita adalah dakwah, fikiran kita adalah dakwah, gerak anggota badan kita adalah dakwah, denyutan nadi kita adalah denyutan dakwah, hembusan nafas kita adalah hembusan dakwah, maka barulah segala yang kita laksanakan akan berasaskan dakwah.

Sehingga neraca hati kita amat peka jika sesuatu perkara itu bukan berdasarkan dakwah. Hati kita akan terasa kesat apabila matlamat kita jauh dari dakwah.

Disebabkan itulah, all out dahulu dengan dakwah. Tenggelam dahulu dengan kemanisan dan kepayahannya. Ghairah perasaan dan semangat pada dakwah dahulu. Sehinggalah aliran dakwah itu mengalir dalam tubuhmu.

Maka, kamu akan faham tujuan bisnes kamu. Kamu akan tahu ke mana hala tuju bisnes kamu. Kamu akan nampak apa yang mahu kamu capai dalam hidup kamu.

BUKAN SEKADAR UNTUK BISNES

Perkara ini tidak hanya termaktub untuk mereka yang mahu berbisnes sahaja. Ini termasuklah juga kepada anda yang berada dalam jurusan kejuruteraan, arkitek, kedoktoran, perakaunan, guru, bahasa, editor buku, penulis dan sebagainya. Jika tiadanya dalam dakwah dalam hidup kita , our work doesnt make sense to us.

Kita akan hidup seperti mana manusia biasa hidup. Bukan seperti manusia yang pernah disentuh dengan tarbiyah.

Apabila berbuat sesuatu, buatlah disebabkan dakwah. RAsailah impak dakwah yang boleh diberikan dari pekerjaan tersebut.

Disebabkan itulah saya tak berhenti jadi menjadi doktor, and purse my career in medical field. Murabbi saya menyarankan saya menjadi professor muda ( although I don’t know how on earth am I going to achieve that) apabila saya bertanya apakah sumbangan saya boleh berikan dalam dakwah menerusi bidang kedoktoran. Dah lah sibuk. Hujung minggu oncall. Tak sempat baca banyak buku. Kena fokus dan rajin baca buku medik dan buat latihan banyak-banyak kat hospital. What a life!

But I come to realize that that kind of life, will impact dakwah more than if I stop becoming doctor and focus on my interest in bussiness.

Kehidupan itulah yang dapat memberi kesan kepada ramai orang. saya bertemu dengan rakyat jelata. The real people of malaysia can only be found in the hospital. Saya dapat mengenal masalah sebenar masyarakat malaysia. Saya mendalami kesusahan mereka. Saya merasai kesakitan dan kepahitan mereka. Saya juga bertemu dengan doktor-doktor yang cream of the cream people in Malaysia. These kind of people, if they dont take medicine as career, will do very well in other field. Mereka orang yang bijak pandai, dan saya seronok bergaul dengan mereka.

Begitu juga, saya mula memahami tentang jiwa dan keadaan fizikal manusia. SAya melihat keajaiban ciptaan Allah pada hamba-hambaNya. saya melihat miracles happen in medicine dan banyak lagi. Kesannya pada jiwa dan dakwah adalah besar. Walaupun dibandingkan dengan bisnes, apalah ada sangat dengan bidang perubatan ini.

Ada seorang adik yang saya kasihi, selalu merasa rendah diri akan dirinya. Dia memiliki jawatan yang beprestij di mata akhawat dan sahabat-sahabatnya. Tetapi tidak di mata ibu ayahnya. Sering dia rasa sedih dengan kekurangan dirinya dan ketidak mampuannya untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik untuk kepuasan ibu ayahnya. Pertama untuk dapat memberikan duit yang lebih. Kedua, supaya mak ayahnya bangga dengan dia.

Benar, saya tidak pernah berada dalam situasi dia. Mungkin amat sukar memahami perasaannya. Namun, saya seringkali mahu katakan pada dia:

‘ Be proud of yourself. You are good in what you are doing! Regardless of what people say about you!’

Namun saya tahu ucapan itu seakan tidak cukup.Seakan bebaban besar di dadanya masih belum terangkat lagi.

Memang, mentaliti masyarakat dan keluarga di Malaysia memberi kesan besar pada ramai orang di dunia ini. RAmai orang hidup dan bekerja di atas expectation orang lain. Ini sangat memenatkan. Ini sangat mendukacitakan.

Saya masih ingat detik mak saya mengetahui saya involve dalam majalah jom, dia begitu menghalang sekali. Dia langsung tidak setuju saya terlibat sama sekali dalam penerbitan itu. Dia merasai orang lain mempergunakan masa dan bakat saya untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Sedangkan pada dia, jika saya fokus pada kerjaya saya, berjaya dalam exam, dapat jadi specialist, dapat jadi consultant dengan cepat, maka saya boleh jadi kaya raya dengan cepat. Dapat bawak dia jalan-jalan ke mana-mana sahaja dia nak. Itulah harapan dan impian dia.

MAlam itu saya masih ingat lagi dia memarahi saya dan mahu saya berhenti menulis dengan serta merta.

Itulah kali terakhir saya bercerita apa2 dengan mak saya berkenaan dengan majalah jom. Kebahagiaan dan kegembiraan saya pada setiap percapaian Jom dirahsiakan sehingga ke hari ini.

Astaghfirullah. Sudah lama mahu saya katakan pada mak saya, kebahagiaan itu tidak terletak pada kekayaan. Sama sekali tidak. Kebahagiaan itu terletak pada membantu manusia dan mendapatkan redha Allah semata-mata.

Itulah kemanisan dalam kehidupan.

I will go through a hell of life, lame  and painful life. By the time I am 40, i will miss all the good thing in life. Including what am I doing now. Doing writing and bussiness.

Disebabkan itu, saya mengambil ijtihad meneruskan juga penulisan dan bisnes. Because both of them give passion to my life. It gives the energy back to my life. It gives me some purpose. Most importantly, it gives me ways and channels to help people.

Membantu manusia. Menyebarkan dakwah. Itulah semanis-manis pekerjaan.

If you are working in the dakwah field, berbahagialah. Bergembiralah. Tidak ramai yang bertuah merasai kebahagiaan dan kemanisan yang kamu rasai sekarang.

BUATLAH SEGALANYA UNTUK DAKWAH

Allah telah memilih kita untuk mengenal dakwah. Embrace ia. Peluk ia. Hayati ia. Hidup dengannya.

Maka, apa sahaja kamu lakukan, berbanggalah. Izzahlah. Laksanakan ia dengan penuh kegembiraan dan keghairahan untuk meraih redha ALlah dengan dakwah ini.

A078

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: “orang-orang Islam” semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. ( Al-Hajj: 78)

Maka, berbisneslah untuk dakwah.

Berbisneslah untuk:

1) Mencipta gaya hidup baru dakwah

2) Memberi kesan kepada manusia untuk dakwah

3) Menyediakan keperluan baru dakwah

4) menyediakan produk-produk keperluan umat Islam

Dari produk-produk tersebutlah, kembangkan bisnesmu supaya keuntungan yang ada adalah untuk membuka lagi bisnes untuk dakwah yang lain.

Bersambung…….

Advertisements

One thought on “Bisnes Untuk Dakwah: Mengapa penting tujuan bisnes yang betul

    syuhada said:
    November 6, 2013 at 2:50 pm

    tq sbb berkongsi informasi yg sangat berguna…
    Salam Ukhwahfillah….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s