Bisnes untuk dakwah

Salam

aku menulis ini buatmu adikku, disebabkan keinginanmu yang membuak untuk membantu dakwah ini dari sudut ekonomi.

 

Dari sudut hatiku aku agak kecewa dengan diriku sendiri. Kerana aku gagal untuk membawamu menikmati manisnya dakwah dan tarbiyah apabila kita benar-benar all out di dalamnya.Gagal untuk membawamu mengisi masa-masa lapang dan sempit kita untuk bertemu ramainya manusia dan mendidik mereka. Seterusnya berguru dan terus berguru dengan ramainya masyayikh dakwah, agar kita benar-benar memahami erti dakwah yang sebenar.

 

WAng, dalah serpihan kecil di dalam dakwah. Ia bukanlah perkara besar di dalam dakwah. ia hanya sebuah kenderaan. Alat dan medium agar dakwah dapat berjalan lebih laju dan mudah.

Namun, porsi utama dalam dakwah tetap menyampaikan. Tetap membawa manusia kepada Allah. Tetap bersungguh-sungguh mengajarkan manusia dan membina mereka.

 

Padaku, apalah ada pada dunia jika kita tidak merasai nikmatnya dakwah ini. Nikmat memberi kesan dan impak kepada manusia. Melalui pertuturan dan juga perbuatanmu. Memberi kesan dan pengajaran.

 

Jika kamu benar-benar memahami dakwah, maka kau akan fahami bahawa ruang-ruang untuk menyelamatkan aqidah manusia di dunia ini sangat banyak dan masih lopong lagi. Banyak perkara harus dilaksanakan bagi memastikan ramainya manusia dapat disentuh dengan cahaya Islam ini.

 

Apabila dakwah memenuhi seluruh relung hatimu, merajut jiwamu, sehingga tutur katamu adalah dakwah, fikiranmu adalah dakwah, denyut nadimu adalah dakwah, kamu akan faham bahawa kekayaan dan wang yang lebih, tidak semestinya mampu untuk membantu dakwah.

 

Sebab itu kita melihat, ramainya kader dakwah menggunakan alasan dakwah untuk sibuk di dalam pekerjaan dan perniagaan mereka, akhirnya mereka lupa prioriti paling utama dan paling besar : dakwah. DAkwah bermakna turun ke medan membina manusia dan menyampaikan dakwah ini.

Sehingga segala pemikiran mereka tertumpu kepada wang yang ada di dalam bank mereka dan bagaimana untuk menambahkan lagi keuntungan. Akhirnya,apa bezanya kita dengan golongan yang tidak ikut tarbiyah? Sedangkan matlamat, tumpuan dan ghayah kita tidak ada bezanya dengan mereka.

Apabila kita melihat ALlah sebagai tujuan, sebagai tumpuan, maka kita akan fahami bahawa untuk apa kita berbisnes.

 

Kita berbisnes, bukan untuk jadi kaya. Tidak sama sekali. Itu bukan ghayah kita. Kalau kita kaya, maka itu  adalah hadiah dan ujian yang Allah berikan buat kita.

 

Kita berbisnes untuk membuat perubahan. Untuk memberi impak kepada dunia. Untuk mengesani jiwa manusia. Jauh sekali untuk kepentingan peribadi dan so-called-alasan–untuk-dakwah sedangkan di hujung bulan porsi infak kita dan pembelanjaan peribadi kita amat jauh bezanya.

 

Sehinggakan kita lupa kenapa kita berbisnes pada awalnya. Menjadikan kita lebih jauh dari Allah.

Langkah pertama ini amatlah penting. Ramai yang tersilap memilih langkah pertama dengan melihat wang dan kekayaan sebagai tujuan utama dalam berbisnes.  Sedangkan apalah bezanya kita dengan orang yang tidak mengikuti tarbiyah jika tujuan kita pun serupa. Iaitu wang.

 

Oleh kerana kesilapan ini, ramai kader dakwah, termasuk ikhwah akhawat yang cemerlang dalam dakwah, turut terjerat dengan bisnes yang tidak menjurus kepada dakwahnya, tidak menggambarkan agenda tarbiyahnya serta tidak membantu dalam pembinaan manusia di dunia ini.

 

Masa memang dihabiskan untuk membuat duit. Dia juga menggunakan rangkaian usrahnya untuk menjual produk-produk kesihatan,pakaian,ubat-ubatan dan sebagainya sehinggakan orang lain berasa pelik dan tak mahu berjumpa dengannya. AKhirnya agenda usrah berakhir dengan jualan MLM dan juga jual beli produk2 yang tidak kena dengan orang tarbiyah. Sehingga imej dakwah dan peribadinya tercalar sekali.

 

Maka, haruslah kita bersihkan niat kita sebelum memasuki bisnes ini.

Perlu jelas untuk apa kita berbisnes?

 

Mahu kaya? Kalau mahu kaya, tinggalkan semua pekerjaan sedia ada dan betul2 all out dalam bisnes.

Untuk buat perubahan? Dan ya peluang ini terbuka amat luas sekali di mana-mana dan siapa sahaja.

 

Dalam bisnes apa sahaja kamu ceburi, wang adalah nombor dua. Yang pertama adalah membuat perubahan pada dunia. Bukan pada wang. Tapi pada produk yang dibuat dan dijual.

Oleh kerana itulah starbuck, nike, zara, apple, microsot, satay kajang begitu berjaya sekali kerana mereka mencipta lifestyle manusia yang baru. mereka memberi impak luar biasa bagi kehidupan dunia.

 

Produk dakwah? Masih belum ada lagi. Maybe kalau adapun johor corp, tapi itu pun menggunakan brand kfc.

 

Bila kita memilih jalur bisnes yang mampu memberi impak kepada kehidupan manusia, kita akan puas. Kita ada sumbangan dakwah di situ. Maka kita akan fikirkan apakah produk yang mampu memberikan kesan dakwah pada manusia.

 

MAlangnya tidak banyak produk dakwah memberikan bantuan sokongan baik pada ejennya. ejen terkapai-kapai dan tidak ramai yakin dengan barangan2 dakwah.

Lantas produk2 yang pembangunan ejennya mantap mendapat pilihan. Malangnya produk2 ini mmg tidak menjurus direct kepada islam.

 

Aku hanya menulis ini untuk kamu. Kerana kamu bukan sebarangan manusia. Kamu adalah kader dakwah. Kamu adalah khairu ummah. Kamu adalah ejen pengubah dunia. Takkan sama dirimu dengan manusia di luar sana. Maka tentu sekali kamu harus berbeza!

 

Di dalam kemelesatan ekonomi negara, kita sangat perlu untuk tahu saluran mana yang boleh kita janakan wang. Cuma pesanku, carilah saluran yang mampu mendekatkan manusia dengan Allah.

 

Kita harus mencarinya. Walaupun tidak banyak wang dapat kita janakan untuk diri kita, sekurang-kurangnya impaknya ada pada manusia.

 

Doing bussiness is not about making money, Is about making change to the world.

 

Nanti sambung lagi. Banyak produk dakwah boleh dilaksanakan di malaysia ini. Yang tak perlukan banyak tenaga dan wang insyaallah. kene share waktu lain.

 

Advertisements

Author: Muharikah

Dr Aisyah Daie di JalanNya..

One thought on “Bisnes untuk dakwah”

  1. Assalamualaikum akak,

    Ana sangat-sangat tertarik dengan post akak, berkenaan dakwah dan bisnes serta tujuan dan hadaf yang di mindsetkan semula, iaitu berbisnes untuk mencipta perubahan dan membawa manusia kepada Islam bukan semata2 mengaut keuntungan dunia.

    Share-share lagi ye kak, ada manusia sedang meneliti dan ingin memahami kerana dia juga ingin menjadi titik2 noktoh mencipta perubahan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s