Iman di hatiku

Posted on

Salam

Setelah 18 bulan imanshoppe baru ada signboard
Setelah 18 bulan imanshoppe baru ada signboard

Ada sesuatu perkara baru yang benar-benar mengekstasikan perasaan saya ketika pulang ke Malaysia. Sesuatu yang saya tidak pernah lihat dan nampak, sehinggalah Allah mengizinkan saya mempelajarinya. Saya ingin kongsikan bersamamu agar satu masa nanti kamu akan menjadi lebih baik dari diri saya satu masa nanti.

Ketika zaman idealisme dahulu, banyak masa diluangkan untuk dakwah. Dahulu peluang dan kesempatan ada. Kita boleh arrange daurah, jaulah , ziarah ikut masa kita dan idea kita. Kita boleh mencorakkan wasilah-wasilah dakwah mengikut apa yang kita mahukan. Kita ada idea, kita buat. Ramai orang terkesan dengan cara itu dan kita dapat membina jaringan kader-kader dakwah begitu ampuh sekali.

Pernah saya berada di Jordan dan mesir selama 2 bulan lebih, tidak ada satu hari pun yang tidak saya berikan pengisian di dalamnya, kecualilah di waktu saya jaulah, memandu kereta untuk melihat alam yang begitu indah di sana. Jejak kaki di sana, daurah, usrah, semua di susun dengan rapi sekali setiap hari. Rasa begitu bahagia dan bermakna. Rasa penuh iman di jiwa.

Pulang ke Malaysia, keadaan begitu ‘hay-wire’. Fiqh dakwah yang berbeza perlu difahami. MEmasuki kawasan baru yang tidak pernah ada gerakan dakwah di situ, amat berbeza dengan tempat yang sudah sekian lama established gerakan dakwahnya. Di Malaysia, saya memasuki kawasan yang tidak mengenali nama saya, dan saya pun tidak ‘familiar’ dengan sistem sedia ada. Dahulu setiap malam dan minggu penuh dengan aktiviti dakwah atau mesyuarat. Kita involve dengan semua program di kawasan. Dari usrah , kepada mukhayyam, kepada tamrin, semuanya. Di kepala kita sudah ada planat dakwah untuk 3 tahun mendatang, dan kita sentiasa berfikir untuk mencapai gol-gol tersebut. Itu juga yang saya ajarkan kepada mutarabbi saya, agar merancang setahun ke 3 tahun ke hadapan dalam membina manusia. Lengkap dengan tajuk-tajuk daurah dan usrahnya. Lengkap dengan masuliyat tugasan dakwahnya agar dia belajar dari tajribah/pengalaman dakwahnya tersebut.

Namun, begitu lama saya menunggu dan melihat peluang-peluang untuk apply apa yang saya fahami di waqie Malaysia, ternyata keadaan tidak semudah yang disangka. Di Malaysia, perancangannya tidak lagi untuk 3 tahun, tapi untuk a lifetime. Untuk 10 hingga 50 tahun mendatang. BEgitu juga kita perlu menghargai dan mengambil kesan-kesan dakwah yang telah sedia ada di kawasan tersebut, serta melihat kekurangan yang boleh dibaiki di situ. PErlu pandai masuk dengan sistem yang ada.

Selain mengenal pasti kekurangan yang ada, kita harus melihat peluang dan juga ‘jalan’ untuk kita baiki keadaan tersebut. Memang, ikhwah akhawat di tempat baru akan mengambil masa agakkkkk lamaa untuk mengenal kita, seperti mana kita mengambil masa mengenal mereka. SAya lebih banyak dijemput untuk memberi taujihaat di kawasan yang ramainya student ex luar negara kerana mereka mengenali saya, berbanding dengan kawasan yang mmg tidak ramai student dari luar negara. Untuk berinteraksi dan integrasi dengan mereka tanpa ada perselisihan dan penuh harmoni memerlukan seni diplomasi dan ukhuwah yang amat menarik untuk dipelajari. Kesabaran dalam bertindak dan kata-kata yang digunakan juga amat memberi impak kepada apa yang mahu kita utarakan.

Pendek katanya, di dunia dakwah baru kita, saya tidak sesibuk yang dahulunya. Walaupun saya merindui perbincangan -perbincangan dakwah saban waktu. Namun, terkadang kita memerlukan masa untuk mewujudkan perkara itu, sedikit demi sedikit. Untuk metajmik adik2 di Malaysia sendiri amat mencabar kerana memerlukan waktu malam untuk menziarahi mereka, dan mereka semua duduk di rumah! MEnjadikan tajmik amatlah slow berbanding yang duduk di asrama. Begitu juga jika kita mahu membawa usrah lebih dari 2 jam, kita akan melihat keresahan di wajah adik-adik mutarabbi kita terutama yang akhawat, kerana ramai perlu pulang ke rumah sebelum pukul 12.  BEgitu banyak penjenayah di luar sana menyebabkan akhawat sukar untuk spend masa yang lama untuk usrah. Maka, di manakah lagi ruang masa untuk lebih menekankan pendidikan iman dan kefahaman dakwah? Di mana peluang daurah pun agak pendek dan tak banyak yang dapat diberikan sewaktu daurah pun.

Terkilannya hati saya akan keadaan ini terubat dengan sesuatu yang amat luar biasa. Keadaan tarbiyah yang amat perlu didinamikkan dan di’vibrant’kan semula memerlukan masa pengubatan.. Bukan setakat mengadakan halaqah2 dan daurah yang boleh cover banyak tajuk dakwah dan tarbiyah, namun mendidik jiwa para kader dakwah untuk mengorbankan masa mereka untuk dakwah.

Ini memerlukan masa. Mungkin setahun dua, mungkin lima tahun.

Di satu ruang lain, Allah bukakan peluang yang sangat mengujakan.

Itulah peluang bisnes. I never know I love bussiness so much until I became involved in it.

And it is not about making money. It is about how you change people and society through it.

Alhamdulillah, Allah buka jalan untuk saya melihat dunia bisnes untuk dakwah melalui dua tokoh pendakwah dan juga bussinesman terkemuka di dalam dunia dakwah:

1) Brotherhood arts

2) Pustaka Darul Iman

Memang, dahulu kita tak pernah fikir untuk buat duit. Sebab dapat duit tiap-tiap bulan dari sponsor. Lepas itu bekerja sebagai doktor yang confirm dapat duit gaji tiap bulan. Tambah claim oncall lagi.. Di waktu itu, belajar untuk infak dan terus infak pada dakwah. Fikir bagaimana untuk menghabiskan duit untuk dakwah. Bukan untuk menambah pendapatan. Jika ada usaha tambah income pun hanyalah skala kecil sahaja.

Sehinggalah saya pulang ke Malaysia, wang simpanan makin susut, dan terpaksa pula meminta ihsan akhawat untuk membayarkan duit minyak petrol kerana seringkali habis minyak untuk ke tempat program. Usah dicakap untuk infak, saya lagilah memerlukan infak tersebut.

Pulang ke Malaysia sedikit sebanyak memberi tekanan perasaan bagi para pendakwah dari sudut ekonominya. Everything in Malaysia is all about money. I hate that fact, but all of us has to swallow it. Saya bertemu ramai akhwat yang terjerat dengan hutang kerana masalah ekonominya. Begitu juga yang mengganggur dan tidak bekerja tetap kerana tidak memiliki pekerjaan. Saya sedih melihat mereka namun tidak tahu bagaimana untuk membantu. Ramai yang mahu bekerja untuk dakwah, tapi akhirnya tidak ada kerja yang available buat mereka. Mereka terpaksa memilih kerja yang tidak membantu keimanan mereka seperti di kedai-kedai makan mahupun supermarket. Alangkah sedihnya tidak ada pekerjaan yang boleh kita providekan buat mereka ini sedangkan merekalah orang core dalam dakwah.. Jika ada pun kerja, hanyalah kerja  guru yang tidak semua orang minat untuk mengajar.

Apabila saya berpeluang bergabung tenaga dengan team bro arts, Abang Ammar dan K Anfal, senior di SMIAA dahulu, ALlah telah memberikan juzuk kefahaman yang baru tentang kehidupan ini. SAya mula memahami hadis Rasululullah tentang perniagaan ini:

‘9/10 sumber rezeki adalah dari perniagaan’

Daripada Rifa’ah bin Rafi’ bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya: “Manakah usaha yang lebih baik? Baginda menjawab: “Kerja yang dilakukan sendiri dan setiap jual beli mabrur. ( Hadis sahih)

Pernah seorang murabbi kami yang juga seorang bussinessman berjaya mengatakan:

‘ Dalam perniagaan, sky is the limit. Dengan makan gaji, duit kamu tidak akan bertambah.’

Jujurnya, gaji doktor saya lebih banyak daripada hasil gaji  saya yang diperoleh dari perniaagaan. Namun , saya merasai keberkatan yang berbeza dari keduanya.

GAji doktor hanya dimiliki saya seorang. Ada portion-portion tertentu perlu saya simpan untuk jemaah, utk dakwah, untuk mak ayah, untuk simpanan persaraan, juga untuk membayar bayaran kehidupan bulanan saya. AKhirnya, tak banyak yang saya boleh berikan direct untuk ikhwah dan akhawat yang memerlukan.

Namun, dengan perniagaan, hasil jualan adalah kolektif. WAlaupun setiap orang mendapat amaun yang sedikit, tapi semua akan mendapat imbalannya. Paling menyeronokkan, perniagaan membuka ruang untuk setiap pekerjanya, bekerja untuk gajinya. Apa yang dia tanam, itulah yang dia tuai. SAya tidak perlu fikir bagaiamana untuk kasi wang pada ikhwah akhawat yang memerlukan, sebab mereka sendiri yang berusaha membantu diri mereka sendiri.

Bila murabbi saya itu mengatakan bahawa sky is the limit, habuan jualannya bukanlah pada pemiliknya, tapi pada pekerjanya dan juga sumbangannya pada dakwah.

Dahulu, saya boleh menyumbang dalam 10% gaji saya, dengan perniagaan, ianya berganda-ganda tanpa saya risau akan kekurangan duit di pihak saya.

Melalui perniagaan, income kami secara kolektif adalah 10 kali ganda dari gaji saya. Pada saya, ianya sangat mengujakan. Mampu memberikan peluang pekerjaan pada ikhwah akhawat adalah sesuatu yang mengujakan. Memberikan mereka wang yang akan mereka gunakan kembali untuk dakwah amat mengujakan. MEngeluarkan mereka dari pekerjaan yang tidak soleh kepada pekerjaan dakwah adalah sesuatu yang amat mengujakan. MEmbantu mereka membentuk budaya kerja di pejabat secara islamik dan profesional adalah sesuatu yang mengujakan.

Ianya satu pengalaman amat baru dan memberi nafas segar bagi semangat ini.

Bukanlah bermaksud kita semua harus berniaga. Tidak semua orang mampu berniaga. Aku mahu mahu ceritakan bahawa, jika di sana, ada halangan dari satu sudut yang lain, carilah jalan lain untuk menyumbang. Carilah cahaya baru yang menyegarkan agar himmah dan semangat kita tidak mati ditelan masa dan keadaan. Banyak peluang untuk kita berbakti dan menyumbang pada manusia. Carilah ia. Di dalam kesabaran kita menantikan perubahan dalam jemaah ini, carilah peluang untuk membaikinya dari arah yang tidak disangka-sangkakan.

Tidak pernah di dalam daurah kita, kita belajar ekonomi, dan cara berniaga efektif seperti RAsulullah. BErniaga sambil berdakwah. BErniaga untuk dakwah. Seperti para pedagang Arab yang menggunakan alasan bussiness untuk menyebarkan dakwah. Alangkah bestnya satu hari kita memiliki jet peribadi kita berharga RM5 juta ( erkk) untuk ke tempat-tempat program di seluruh dunia, melebarkan jaringan bussiness dan berdakwah?

Niat utama dalam perniagaan, bukanlah untuk buat duit. Konsep ini jelas berbeza dengan konsep conventional yang lain. ini kerana kita adalah orang dakwah.

Kita berniaga untuk membuat perubahan. Mengadakan sesuatu yang tidak ada di dunia ini kepada ada.

Bro arts muncul dengan media islamik dan karya kreatif islamik. Melalui pakaian  dan produk mereka.

Pustaka darul iman muncul dengan quran terjemahan kecil yang tidak pernah wujud di pasaran malaysia. Merekalah yang menjadi perintisnya di Malaysia.

Both of them showed to me, bagaimana untuk memulakan perniagaan dari kecil. Berniaga tanpa hutang dan riba. Berniaga untuk dakwah. Akhirnya mereka berjaya. Bukan sahaja dari sudut wang, tapi dari sudut impaknya kepada dakwah.

Maka, muncullah idea bisnes untuk dakwah yang lain.

a) Majalah Jom melalui deen prints

b) IMANSHOPPE store.

 

Majalah Jom mencipta sejarah sebagai majalah Islam pertama memiliki versi digital.
Majalah Jom mencipta sejarah sebagai majalah Islam pertama memiliki versi digital.

Dua perkara ini pernah dilakukan oleh beberapa orang sebelum ini namun kerana kurangnya kefahaman dari sudut bisnes entiti, ia berhenti begitu sahaja.

Maka inilah dua perubahan yang berjaya dilaksanakan.

Setiap kali melihat perkembangan kedua syarikat ini, saya menjadi sangat terharu dan bersyukur berpeluang to be part of the family. Di mana, banyak yang saya pelajari dalam kehidupan ini.

Seperti Steve Jobs merubah dunia dengan Apple, kenapa bukan kita orang dakwah mengubah dunia dengan sesuatu berunsur Islamik? Tidak kira apa jua ia.

Memang, ada ikhwah akhawat yang multimillonaire. Jika transaksi bulanan imanshoppe bawah RM100k, transaksi syarikat2 mereka tak kurang 2-3 juta  sebulan.

Namun, segala yang besar, bermula dari langkah kecil yang pertama. Memulakan sesuatu dengan hadaf dan niat yang betul untuk dakwah. Ia bermula dengan sebuah mimpi. Mimpi untuk berbuat perubahan. Itulah kuncinya.

Jika kita hebat dalam dunia dakwah, kita hanya hebat dalam membentangkan teori dakwah dan juga skill DF. Tidak ramai yang mampu memberikan skill kehidupan dan survival. Skill untuk kendiri dan memberi manfaat pada ramainya manusia. Ini adalah sesuatu pelajaran amat mahal perlu kita miliki.

 

Kita tak perlu menjadi dikotomi. Kalau all out dakwah, sure susah nak sukses dalam kerjaya atau bisnes.

Atau kalau nak berjaya dalam bisnes /kerjaya, kene give up dakwah.

 

Itu teori zaman lama yang tidak perlu wujud lagi. Kini masa penuh efisiensi. Semua perkara boleh dibuat mudah simultaneously. We don have to give up anything to achieve our dreams. Semua perkara adalah equally important. We just have to do it.

iAllah, next time, saya akan share kisah-kisah bagaimana Majalah jom bermula, imanshoppe boleh tercetus, dan bagaimana dua syarikat ini boleh berdiri sendiri walaupun saya sibuk di hospital dan ambil masters.

Saya perlu menuntut ilmu medik pula. Doakan saya selalu.

Wassalam.

ukhtikum fillah,

aisyahz

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s