Detik tarbiyah yang kita rindui

Salam,

baiklah, saya terima saranan untuk kekal menulis di sini. iALlah saya akan cuba menulis di kedua2nya supaya akhirnya ramai dapat manfaat.

Terkadang saya tidak tahu apakah sumbangan paling terbaik untuk dakwah boleh diberikan pada ruang-ruang sempit yang ada.

Apabila saya ada masa menulis, selalunya saya dihimpit oleh beberapa pilihan:

1) Edit artikel jom

2) tulis artikel untuk jom ! —> ini palinggggg susah sebab kene tunggu semua artikel siap baru boleh buat kesimpulan ( khulasah)

3) habiskan penulisan buku saya –> dah half. tunggu! nipis je tapi. bahan tarbiyah yang diolah je pun

4) susun balik artikel2 di muharikah.com/wordpress utk dibukukan.

Akhirnya yang saya pilih adalah, blog ini. Entah. Saya menjadi diri saya di sini. Dan saya senang menulis tanpa memikirkan huruf besar dan kecil, serta ejaan tersalah dan ayat yang tunggang langgang. ( owh ya, saya adalah editor paling tak cermat! hoho)

Saya tersentuh dengan ucapan murabbi saya yang amat merindui zaman-zaman kami di tarbiyah dahulu di UK. Masyaallah, sungguh indah kenangan itu dan ternyata amat manis.

Terkadang memori itu mengimbau halaman-halaman indah dalam kehidupan ini. Kisah merantau ke negara Ireland seorang diri, menunggu bestfren saya siha ambil saya di dublin airport. Kemudiannya membayar duit teksi teramat mahal ke rumahnya sejauh 30km dari airport. Selalu sampai waktu malam yang tiadanya teksi. Suasana di Ireland amat mengimbau perasaan dan kenangan. Di situlah aku menghirup banyaknya mutiara tarbiyah dan pengalaman. Di situlah aku mendengar bait-bait muntalaq yang begitu tertancap di jiwaku sehingga terngiang-ngiang lagi suara murabbiku menempelak diriku:

Pada diri anti, masih ada jahiliyah


Di saat aku bertanya pada dia keinginan ku untuk memiliki barang2 mewah di dunia ini. Aku terus berubah di waktu itu.

Di bumi itulah juga aku mengenali erti manisnya ukhwah dan tarbiyah . Mengenal erti pengorbanan untuk mengecapi indahnya tarbiyah.

Kami pernah khatam usul 20 , sebanyak lima enam kali tanpa bosan. Ada sahaja benda baru kami pelajari. Kami pernah mengikut pengajian selama 24 jam tanpa tidur, hanya tertidur sewaktu menunggu waktu kapal terbang berlepas ke bumi scotland. Ini kerana masa yang amat terhad sekali.

Aku masih ingat perasaan menanti hari-hari di hujung mingguku. Menantikan detik-detik menaiki kenderaan untuk bertemu saudara-saudaraku di jalan dakwah. Sampai sahaja tempat mereka, pasti waktu malam. Sampai sahaja, pasti kami akan singgah di moon light jika tiba di manchester atau pun di  Coventry road di Birmingham. Pasti malam itu kami tiba dengan penuh kesejukan tapi disambut dengan haba ukhuwah yang memanaskan. Sungguh indah.

Kenangan jaulah dengan anak2 usrah. Gambar ini anak usrah yang ambil
Kenangan jaulah dengan anak2 usrah. Gambar ini anak usrah yang ambil

Tidak ada yang mengasyikkan melainkan mendapat bait-bait pengajaran dari murabbi kami yang mengubah cara pandang kami dan kehidupan. Seterusnya menggerakkan tenaga muda kami untuk dakwah sepenuhnya yang tidak pernah muncul sebelumya. Dari kehidupan dakwah itu kami mengecapi kemanisan dan ketenangan walaupun begitu bergulirnya ujian.

Di bumi sana, kami belajar untuk survive dan berjuang demi sesuap tarbiyah.

Namun, itulah dunia keindahan . Saya sangkakan kehidupan yang jauh dari murabbi dan sukar dapatkan pengisian adalah kehidupan yang sengsara.

Namun tidakku sangka, apabila pulang sahaja ke Malaysia, rupa2nya dunia itulah yang paling ideal. Dan dunia Malaysia inilah realiti.

Sungguh, jika aku putarkan masa sekalipun, aku takkan mampu untuk kembali ke zaman itu. Aku takkan mampu merasai semula kemanisan itu. Aku takkan mampu berbuat apa yang aku perbuat dahulu. 4 usrah seminggu. daurah setiap minggu. Travel setiap minggu. kuliah online setiap malam.

Duit pun habis macam air. Beli tiket ke serata tempat. Hari2 kasi pengisian pada adik2.

Hidup yang dilalui dahulu, adalah kehidupan tarbiyah yang disediakan Allah untuk kita jadikan bekalan di hari-hari seterusnya.

Sepertimana para sahabat berada dalam dunia ideal mereka di Makkah dan Madinah, akhirnya bertemu realiti sebenar selepas kewafatan Rasulullah. Masa tidak boleh diputar kembali. Tentu mereka mahu Rasulullah bersama mereka lagi. Namun, susunan ALlah itu tetap berlaku.TArbiyah sebenar adalah tarbiyah selepas kewafatan RAsulullah. Kehebatan sahabat-sahabat Rasulullah begitu terserlah selepas kewafatan baginda.

Seperti mana kita amat rindu pada zaman tarbiyah kita yang dahulu, kita harus belajar melihat ke hadapan, dan mengutip mutiara-mutiara indah yang masih bertaburan dalam kehidupan kita.

Mungkin jika kita masih di dunia yang dahulu, kita tak mampu menjadi diri kita yang sekarang. Mungkin jika usrah kita begitu best, daurah kita amat haraki, kita takkan appreciate sengsaranya orang yang dah berbulan2 takde usrah. Mungkin kita akan sombong serta mendabik dada, tak berpuas hati semua orang tak buat kerja dakwah seperti kita.

Mungkin keadaan kita seperti dahulu, kita takkan mampu meningkatkan kapasiti kita sebagai kader dakwah, kerana kita terlalu bergantung dan bergayut pada murabbi kita. Cuba kita lihat mereka yang hebat di dunia ini, mereka bukan sahaja ada mentor, mereka banyak berusaha sendiri untuk mencapai apa yang mereka citakan.

Kenangan dan memori dahulu adalah obor semangat kita untuk kita terus melangkah kehadapan. MEmberi harapan bahawa dunia dakwah dan tarbiyah ini memiliki cahaya yang cemerlang.

Namun, kita harus terbuka dan terus mencari mutiara-mutiara lain di dunia ini yang indah dan begitu berharga sekali.

Dahulu, saya tidak biasa dengan suasana di Malaysia. Dengan pengisian-pengisian begitu basic yang saya pelajari di tingkatan 1 lagi. Begitu juga dengan keadaan dakwah yang sukar untuk saya adaptasi. Namun lama kelamaan, saya memahami dan merasai kemanisannya. Pada perkara-perkara basic itulah saya temui kedalaman iman dan kekuatan amat luar biasa sekali. Begitu juga saya melihat betapa indahnya amal jamaie, di mana dari situ akan kita temui kekuatan luar biasa.

Saya dh terlalu biasa bersendirian di Scotland. Saya handle 5-6 program serentak berseorangan, sebab tidak ada rakan usrah di tempat saya. Rakan usrah semua di negeri lain. Jika di program tajmik, saya perlu memasak, memberi taujih, buat video, buat games, drive, bawak derang, semuanyalah terpaksa di buat. Namun, itulah latihan yang saya dapat di sana, sehingga Allah izinkan saya berbuat sepertimana sekarang. Hattkan, mmg amat sukar saya duduk diam tanpa berbuat macam-macam perkara.

 

Time saya takde kerja sangat dulu. Saya gi buat topi ikram dan kasi kat pakcik2 ikram yang datang ziarah kami di scotland
Time saya takde kerja sangat dulu. Saya gi buat topi ikram dan kasi kat pakcik2 ikram yang datang ziarah kami di scotland

Dahulu ketika bercuti selepas kerja, siang, petang, malam, semuanya dalam rangka mendidik, mentakwin, merancang dan menyusun program dakwah. Atau berjaulah dengan adik-adik sambil muayashah. Atau ke pasar memasak untuk mereka. Atau membaca buku untuk pengisian seterusnya.

Namun, di Malaysia, kesibukannya amat berbeza sekali. Maka, kita perlu belajar adaptasi. Pelajaran paling penting di Malaysia yang saya pelajari adalah untuk menautkan ukhuwah dan hati mutarabbi saya dalam usrah hanya dalam perjumpaan selama sejam 45 minit seminggu. Bukan senang tu! dan mmg sukarrrrr cari masa selain usrah utk jumpa. unless adanya qiyam dan daurah.

Begitu juga, disebabkan waqie ini jugalah masa yang dahulu digunakan untuk memberi taujijaat, berpindah kepada penulisan dan juga perniagaan. Dua2nya membina ummah. SAtu membina masyarakat dengan penulisan. Satu lagi membina manusia yang terlibat dalam perniagaan. Sungguh luar biasa peluang ini. Melihat angle berbeza berkenaan ikhwah akhawt dari sudut kerjaya pula.

Dahulu saya amat fokus kepada pembinaan menjadi murabbi dan keupayaan menguasai bahan. Kini ,saya berpeluang melihat kaedah pembinaan membentuk peribadi muslim yang syumul, dari aspek dakwah, tarbiyah dan kehidupannya. Yang hebat di dalam dakwah dan cemerlang sebagai manusia.

Yang punctual dan amanah di dalam dakwah, begitu juga cekap dan kompeten dalam kerja. Saya kira, dahulu, tidak semua ikhwah akhawat kita balance dalam hal ini. selalu akan senget sebelah di mana-mana.

Begitulah fasa kehidupan kita mengubah dan mematangkan kita. TErimalah ia dengan sejehtera, positif dan terus terbuka. Saya amat rindukan saat-saat saya ditarbiyah di UK dahulu bersama teman-teman seperjuangan. Namun, masa tersebut takkan mampu kembali lagi.

Maka saya melihat peluang yang amat besar di hadapan. Mencorakkan wajah dakwah ini dengan pelbagai sarana dan peluang. Dan kemanisan dan keindahan itu mulai meresapi hati dan jiwa saya. Tentu tidak sama, namun ia tetap indah dan manis.

 

Tazkirah di tepi laut mmg kenangan yang tidak ada bandingannya.. Mana nak cari laut kat KL ni???
Tazkirah di tepi laut mmg kenangan yang tidak ada bandingannya..
Mana nak cari laut kat KL ni???

Moga, dalam keadaan apapun dirimu sekarang, kamu merasai kemanisannya dakwah dan tarbiyah ini. Walaupun tidak sama seperti dahulu.

Wassalam

ukhtimum fillah

aisyah z

Advertisements

Author: Muharikah

Dr Aisyah Daie di JalanNya..

4 thoughts on “Detik tarbiyah yang kita rindui”

  1. Terima kasih kerana terus menulis. Jgn sesekali berniat utk berhenti. Apa lagi utk menutup blog yg bermenfaat ini. Disini kamu membina pahala. Disini kami mengutip mutiara. Dan disini juga kita bersama memburu syurga. Jgn pernah kalah dengan halangan. Diakhir zaman ini kita tidak terlepas dari gangguan utk berdakwah. Mereka akan berbuat apa saja utk mematahkan semangat kita. Redahlah! Redahlah jahiliyah itu sepertimana angin meredah segala benda dihadapannya. Insyaalah. Allah membantu. Nyalakan kembali hamasah lalu utk menerangi hati hati yg kelam. Bersabar selalu dan jangan banyak mengeluh. Sepertimana yang Saydina ali berpesan, ” Barangsiapa yg tidak dimenangkan oleh kesabaran maka ia akan dihancurkan oleh keluhan.” Semuga Allah merahmati kamu dan keluarga kamu. Jakllah

  2. Mengapa nada enti sepertinya berputus asa dan ridho,

    Sedangkan kaki itu bisa berjalan dari kota sengsara kpd kota cahaya?

    Umpamanya si pembunuh 99 nyawa (100 termasuk yg terakhir sekali) yang menggunakan segala kudratnya utk berpindah dari kota penuh kefasikan kpd kota yg bnyk org berbuat kebaikan.

    Dalam hidup ini kita sentiasa punya pilihan..

    Ma lakum kaifa tahkumun?

    Kalau lah para sahabat di kiaskan kpd kisah enti

    Macam tak kena…

    Kerana mereka memang sudah hilang Ar Rasul..

    Sedangkan kalian masih punya orang yg bisa menyusun kalian spt masa dulu..

    Hanya saja kalian memilih untuk duduk bersama dgn orang orang yg duduk

  3. Salam ukhti.

    Tolonglah buat statistik bilangan kader/murabbi di IPT seluruh Malaysia dulu sebelum buat conclusion yg kita patut fokus pada penulisan dan perniagaan sbg Jalan nk Bina umat.

    Bilangan kader pun da sikit..ni tak check detail lg brp ramai yg kuasai bahan2 asas yg boleh jadi murabbi..kalu dakwah kita tak menguasai IPT..dah mcm mana nk hidup di mehwar sya’bi dan tamkin..

    Tolonglah buat statistik..at least kirelah brp byk majalah jom yg terjual di setiap IPT..

    Waulahualam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s