Jangan berputus asa dengan tarbiyah

Posted on Updated on

 

 

 

 

 

‘ Takkan saya nak biarkan diri saya mati bertahan dengan tarbiyah sebegini?’

Saya tersenyum kecil menerima wassap dari salah seorang mutarabbi yang amat ku kasihi di jalan dakwah. Aku masih ingat ketika aku menziarahinya di satu daerah amat terpencil di penjuru UK. Masa diambil untuk perjalanan dari scotland ke tempatnya itu adalah 15jam menaiki semua kenderaan yang wujud di waktu itu; kapal terbang, bas dan juga train. oh ya, teksi sekali!

Aku sangat hargai masa cutiku selama 5 hari dicurahkan buat mereka, berkenalan dan berkongsi rasa. Dari jiwa muda seperti merekalah aku perolehi kekuatan.

Aku memahami jiwanya. Dan ternyata aku tergelak kecil, kerana perkara yang sama aku sebutkan pada murabbiku satu ketika dahulu.

Ternyata, ramai kita berhadapan dengan situasi yang sama.

Seperti mana murabbiku menasihatiku, aku juga menasihatinya, ‘ takkan matilah awak tu.’

Saya cuba mendapatkan jawapan dan jalan keluar dari masalah ini. Masalah kekeringan tarbiyah. Terutama buat kita yang satu masa dahulu mendapat dos amat tinggi dalam tarbiyah. Yang mendapat daurah intensif 2-3 minggu berterusan. Yang mendengar kuliah hampir setiap hari. Yang menjelajah 5-6 negeri setiap minggu. Yang siang, tengahari, petang, malam, pagi, semuanya dicurahkan pada dakwah.

Kita pernah merasai kedalaman ruh tarbiyah, merasai kebasahannya, dan sentiasa dahagakan sentuhannya.

Seterusnya kita akan terus mencari-cari peluang untuk diisi tarbiyah kita kerana kita sedar bahawa banyak yang belum diketahui tentang Islam dan dakwah ini.

Inilah jiwa sebenar tarbiyah. Akan sentiasa mencari dan menghirup hidayah-hidayah tersedia ada.

Namun, waqie kita akan sentiasa berubah dan berkembang. Jika kita masih mahu berada dalam keadaan dan kelompok yang sama, kita sebenarnya sedang bermimpi dan mencipta zon kecil kita sendiri yang tidak mahu beradaptasi dengan realiti.

Dahulu, saya sendiri tidak menyedari hakikat ini. Saya dididik untuk mengutamakan tarbiyah diri dan usrah dalam apa keadaan sekalipun. Tarbiyah adalah segala-galanya. Padaku, tidak mementingkan tarbiyah adalah kesalahan yang besar buat seorang kader dakwah.

Namun, ketika itu, aku masih hidup dalam dunia kecilku. Dunia yang tidak mengenal waqie, dan perkembangan dakwah.

Sedikit aku terkilan pertanyaan adik yang aku kasihi itu,

‘ Istiqamah seseorang itu tidak menandakan dia lalui jalan yang betul, kak.’

Subhanaallah. Sedikit luluh aku mendengar ucapan naif itu. Kamu tidak tahu apa yang dilalui oleh orang terdahulu dik dan apa pengorbanan mereka untuk dakwah dan tarbiyah. Kamu berkata demikian kerana kamu tidak pernah tersentuh dengan kebaikan mereka dan mengkagumi pengalaman mereka teramat besar di dalam dakwah.

Apabila kamu mengenali mereka lebih dalam, kamu akan menangis kekesalan.

Namun, tidak dinafikan, kita mengalami masalah ini, masalah kekeringan di dalam tarbiyah.

Aku dan kamu sama sahaja.

Cuma tindakan untuk mengubahnya sahaja yang membezakan.

Samada kita boleh mengambil langkah positif, mencadangkan dan berfikir saluran yang betul untuk mengubah.

Atau kita mengambil langkah pintas untuk melangkaui jemaah dan berbuat sesuatu yang asing serta berbeza.

Langkah pertama adalah selamat, sejahtera serta lebih barakah, namun lambat.

Langkah kedua adalah cepat, namun mampu menghiris ukhuwah dan mencipta bibit permusuhan antara sesama kita.

Orang muda seperti kita, cenderung untuk mengambil langkah pintas untuk menyelesaikan masalah. Sebab kita tak nampak banyak perkara dan tidak melihat dakwah as big picture. Apa yang kita risaukan adalah tarbiyah kita yang tak terisi dan anak binaan kita tak terbina dengan baik, kerana kita sendiri tak terbina. Maka, apa sahaja peluang yang ada, yang boleh baiki keadaan ini, walau apapun caranya, samada betul atau salah, kita akan cenderung melakukannya. PAda kita, tarbiyah itu penyelesaiannya , tidak kira caranya sejahtera mahupun tidak.

Namun, kita tidak lihat kesan jangka masa panjang akan datang. Kita takkan lihat sekarang. Pada kita, apa kita buat akan menyelamatkan dakwah. Akan membantu tarbiyah.

Kami pernah lalui fasa itu.Fasa eksklusiviti, Fasa pembinaan intensif. Fasa pembentukan core group. Kami lalui fasa kegemilangan dakwah.

Namun, generasi kita harus bergabung dengan generasi terdahulu dalam dakwah yang sangatttttttttt lain cara pentarbiyahannya. Seperti mahu memintal tali rafia dan benang. Bergabung, tapi pelik dilihat. Seperti mengahwinkan lelaki Pakistan dan perempuan Melayu.  ( err,, tak tahu relevan ke tak contoh ini)

Pendeknya, dua perkara berbeza, pasti tidak akan sama dan bertembung dengan hebatnya. Pemikiran, caranya, akhlaknya, tindakannya, fiqh dakwahnya, berbeza sekali. Bila kita berbicara, seperti orang pakistan cakap dengan melayu, walaupun keduanya bertutur bahasa cinta.

Inilah elemen asimilisasi dan tautan ukhuwah yang mahal. Inilah cabaran generasi kita dalam menautkan ukhuwah dengan generasi yang lain di dalam dakwah.

generasi terdahulu dan terawal menafsirkan tarbiyah sebagai —> turun ke medan. Beramal di lapangan. Ya, itulah tarbiyahnya. Belajar dari pengalaman.

Pada kita, tarbiyah itu adalah —> pengisian core dan inti tarbiyah ; tafsir, buku2 fiqh dakwah dan sebagainya.

Dua bahasa yang sukar satu sama lain memahami.

Golongan pertama tak lalui apa kita lalui, dan kita tak lalui apa yang mereka lalui.

Kita harus BLEND. Kita harus bersama mereka. Menerima kekurangan jemaah ini, dan baikinya. Dengan sabar dan telan hati atas kepahitannya. Bukan berbuat sesuatu di luar jemaah secara rahsia, atas alasan tarbiyah.

Tentu takkan sama seperti kita ditarbiyah dahulu. PASTI ada kekurangannya. PASTI. Namun, kita harus cari cara penyelesaian secara jamaie, dengan hati yang amattttt sejahtera, dan tak blame orang lain/jemaah/atasan atas kekurangan tarbiyah kita.

Saya pernah melalui fasa seperti kamu. Saya tidak sabar. Dan memilih langkah untuk bersama mereka yang amat saya cintai perjuangan dakwah mereka. NAmun fasa ketika itu, jemaah ini belum muncul sebagaimana kamu lihat sekarang. Ketika itu kita belum mengenali dan benar-benar bersatu.

Kini, fasanya adalah untuk menyatukan. Fasa mencari titik pertemuan. Fasa kerjasama.

Saya tahu, kamu kering. Kamu tidak meningkat. Kamu sendiri bentangkan pengisian usrah kamu. Daurah kamu hanya bicarakan benda2 basic yang tak menggerakkan dan tidak meningkatkan. Tidak ada yang follow up kamu. Tidak ada yang qadhaya dengan kamu. Tidak ada yang bertanya perihal anak usrah kamu mahupun membantumu sangat menyusun gerak kerja dakwahmu. Pendek kata,  orang tak kisah pada kamu!

Malah, orang sekelilingmu tidak tahu kamu pernah khatam muntalaq dan qawaid dakwah serta pernah kasi daurah lagi kat orang lain akan tajuk2 itu. Kamu juga pernah jadi qiyadah satu masa dahulu di tempatmu, namun ternyata, di fasa dan tempat baru, manusia tidak meletakkan dirimu di tempat sepatutnya!!!! Malah satu usrah dengan anak usrah sendiri. hurm.

Astaghfirullah wa astaghfirullah.

Nukil seorang ukhti ketika saya bertanya akan fitnah/ ujian yang berat ini, dia berkata:

‘ Kita berada di zaman ujian, mari kita sama-sama istighfar  dan bertaubat dan hindarkan fitnah ini dari berleluasa. Kita kurang beristighfar dan bertawakal , Allah mahu kita dekatkan diri kita kepadaNya dan ilhamkan hikmah dan kudrat untuk selesaikan masalah ini.’

Hikmah dan kudrat. Inilah yang harus kita cari untuk atasi permasalahan tarbiyah kita ini.

Kita kurang asatizah yang pernah dapat tarbiyah direct dari ikhwan. Kebanyakan kita profesionals; doktor, guru, akauntan, engineer, bussiness,..

asatizah? hurmm…

asatizah yang boleh kasi pengisian power, menggerakkan dan menggegarkan jiwa? hurmm..

kita tak boleh nak namakan lebih dari 10 nama di kalangan mereka yang boleh memukau kita dengan pengisian mereka.

Namun, takkan kita nak berpeluk tubuh dan hanya kecewa dengan apa yang ada.

Maka, kita harus proaktif dan mencari solusinya!

Solusinya adalah seperti di bawah ini:

1) Bersabar.

Walaupun sukar. Walaupun susah nakkkkkkkkkk buat. ( ingat senang ke duduk kat scotland 8 tahun usrah onlineeeee je??????????) Sabar itu bukan pada rasa, tapi pada perbuatan. Sabar dengan keadaan tarbiyahmu. Sabar bukan bermakna tak berbuat apa dan pasrah. Sabar dalam membaiki keadaan dan mencadangkan langkah-langah untuk baiki keadaan.

2) Tetap bersama jemaah.

Bukan pada peribadi dan individu. Bila kita mula terikat dengan individu dan bukannya syura mahupun jemaah, itulah bibit fitnah yang merosakkan tarbiyah kita. Tak kira sehebat manapun orangnya itu. Kita pernah dengar banyak jemaah yang bergantung pada individu akhirnya kecundang apabila individu itu meninggalkan jemaah. Contoh-contohnya amat banyak sekali.

3) Pro aktif membina jemaah.

Maksud membina adalah :

i) aktif memberi cadangan membina. Walaupun orang rasa alieennnn dengan cadangan kita.

huh? ISK? apsal nak kasi ISK lak?

SH tu apakah?

KEnapa tak kasi tauhid zindani, nape nak kasi wahai pemuda plak kat adik2?

Muntalaq? Bukan itu untuk level 04-05 ke?

Sedarlah, orang yang tidak melalui tarbiyah seperti kita takkan faham. Macam orang pakistan cakap dengan orang melayu. Bukan salah orang pakistan, bukan salah orang melayu. Tapi kerana mereka dibesarkan dalam suasana , keadaan dan bahasa yang berbeza.

Orang yang dibesarkan dengan bahan2 haraki akan pelik mendapat bahan2 tarbiyah asasi walaupun mereka tak pernah dapat lagi.

Orang seperti ini akan sentiasa nak something yang menggerakkan dan membasahkan.

Orang yang dibesarkan dengan bahan2 asasi , aqidah , akhlak, akan merasai bahan2 haraki itu tidak perlu dibentangkan kerana, iman akan melahirkan amal. Tanpa bahan haraki pun, iman yang akan menggerakkan.

Maka, setiap orang akan rasa selesa dengan cara pembinaan awalnya. Seperti mana orang Pakistan dengan karinya dan orang Melayu dengan sambalnya.

Percayalah, jika kita mencadangkan dan terus mencadangkan tanpa putus asa, cadangan kita akan diterima. Ini kerana kombinasi bahan asasi dan bahan haraki adalah kombinasi paling baik untuk bahan tarbiyah.

4) Harapan masih ada untuk jemaah ini.

Maka, jangan putus asa. Ada juga pimpinan jemaah yang kurang tolerasinya pada orang bawahan dan mungkin tidak mampu memahami kehendak orang bawahannya. Seperti mana kita sendiri mungkin satu masa nanti akan jadi seperti itu.

Maka, berhikmahlah dengan mereka. Mereka ibarat kedua orang tua kita. Ada benda kita minta kita dapat, ada benda tidak. BErgantung pada cara permintaan kita.

5) Bergaullah dan bertaaruflah seramai mungkin dengan orang di dalam dakwah ini.

Sebab utama kita amat taksub dengan murabbi yang pernah menyentuh hati kita adalah kita tak mengenali ramai orang hebat kat dunia ini. SAya dahulu amat taksub dengan naqibah pertama saya. Saya rasa dia lah murabbi paling ideal dan paling best kat dunia ini. Pada saya takde yang sehebat dirinya. Ini menjadikan saya memandang lekeh murabbi-murabbi lain yang cuba membina dan menyentuh saya. Pada saya, itulah kerugian amat besar dalam hidup saya kerana gagal memanfaatkan individu hebat di sekeliling saya.

Akhirnya, saya berjumpa dengan ramainya manusia lain di dalam dakwah ini yang super duper hebatnya. Mereka hebat dalam perkara berbeza namun tetap hebat pada kualiti dan potensi mereka. benar, tak semua hebat dalam menyampaikan bahan. Tak semua hebat membentangkan tafsir dari buku arab. Namun, ada di antara mereka merupakan pakar dalam bidang masing2 dan mempunyai kelebihan luar biasa. Cuma kelebihan itu bukanlah seperti yang kita mahukan. Cuma Allah telah datangkan mereka yang terbaik kepada kita untuk mendidik kekurangan kita yang tidak kita lihat.

Bergaullah. Kamu memandang serong kepada ramai orang hanya kerana kamu tidak mengenali dan memahami mereka. Kamu mahu dirimu difahami, namun kamu sendiri gagal memahami keadaan dan situasi orang lain.

6) Cari peluang untuk meningkatkan diri.

Ini dapat dilakukan dengan menziarahi khudama/syeikh dan kelas-kelas quran dan hadis yang amat banyak. Belajarlah fiqh dakwah dari kepimpinan agar ia bersifat waqie dan jamaie.

Jangan berharap jemaah akan berikan segala-galanya buat kita. Kitalah harus proaktif membina diri kita.

Dahulu di waktu saya putus asa di saat terputusnya bekalan tarbiyah saya ( sebab berjaulah lama, takde usrah lama juga), saya amat merasai pentinganya satu masa nanti untuk fokus belajar tafsir dan hadis, agar sentiasa ada bekalan di dalam diri secara berterusan. Agar saya tak bergantung pada murabbi saya untuk mengisi saya selalu.

7) Lapang dada dengan saudara sedakwah kita.

8) Istighfar dan berdoa, agar Allah memenangkan dakwah ini.

Kunci kejayaan kita adalah kesatuan. Jangan berpecah. Jangan keluar dari jemaah dakwah. Kerana berada dalam jemaah ini ada barakahnya.

Ya Allah, janganlah kau jadikan kami berpecah belah. Bantulah kami membaiki keadaan tarbiyah kami dan menangkanlah kami di kalangan para syuhada’.

Wallahualam

moga bermanfaat.

AisyahZ

Gombak

Advertisements

4 thoughts on “Jangan berputus asa dengan tarbiyah

    Laili said:
    September 27, 2013 at 10:07 am

    Think big, be more mature, and being mature is when we start to hnderstand everythng, even the smallest thng.
    Mrk yg lebih senior mmg berbeza, kita harus yakin pd mereka. Itu hikmah syuyukh.
    Kita yg junior juga ada cara sendiri, hamatussyabab. Kita harus tetap bergerak.

    Jazakillah khoir kak.

    Roslan mohamad said:
    September 28, 2013 at 3:29 pm

    Ya Allah aku bersyukur kerana masih ada anak muda yg berfikiran sematang ini dalam gerakan dakwah ini….barakallahu fiki..ya ukhti Aisyah..

    muslimdaie said:
    October 13, 2013 at 5:36 pm

    Bergerak dan beramallah atas jalan yang kita yakini..Atas cara yang kita yakini..Bertegas dengan prinsip..Kerana kita nampak masalah dan cuba memperbaikinya…Masyaa Allah

    pencinta dakwah said:
    April 16, 2015 at 2:58 pm

    Tsabatlah dengan neraca quran sunnah!, antum pasti gembira dan tersenyum. Neraca iman kita yg haraki bukanlah terletak pada ijtihad qiyadah maupun syuyukh. Kerana wala pertama kita pada Allah baru manusia. Jangan mengatas namakan fiqh dakwah hanya kerana kita cuba ingin terikat atas dasar janji setia, hingga mengabaikan yg tsawabit.

    Berlegar2, cuba mencari dalil utk benarkan sesuatu tindakan, pastilah mudah. Namun bertindak atas dalil kebenaran itulah yang susah.

    Moga Allah beri petunjuk pada semua yg ikhlas berjuang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s