Noktah di jalan dakwah

Posted on

Apabila aku pulang ke Malaysia, dimensiku mengenai dakwah jelas berubah. Ujian yang menimpa diriku sendiri cukup mengubah cara pandangku terhadap dakwah itu sendiri.

Pelajaran penting yang aku pelajari di kota Kuala Lumpur ini adalah istiqamah di atas jalan dakwah. Kami diberikan peluang untuk bertemu dengan makcik, pakcik, akak2 dan abang2 yang bukan sahaja lama di atas jalan dakwah, namun mereka telah melepasi beberapa cabaran di dalam jalan dakwah:

i)              keluarga

ii)             anak-anak

iii)           kerjaya

Ternyata, di usia yang hampir senja, mereka masih gagah untuk berlari di atas jalan ini dan mengungkapkan bahasa-bahasa yang sama seperti kita; bahasa dakwah.

Walaupun dengan kekurangan yang ada, yalah, tak semua mereka mendapat pendidikan agama dan tak semuanya mampu menghafal al-quran, namun kefahaman asas mereka ternyata amat kuat, dan keimanan mereka begitu mendalam sehingga tidak goyah berjatuhan.

Berbeza dengan seorang yang idealis, berpegang pada kata-kata ISHAB dan Syed Qutb secara baku. Tanpa melihat kepada realiti masyarakat. akhirnya mereka berlegar di dalam kelompok mereka dan memandang sepi orang yang tidak bersama grup mereka. SAyang keadaan ini berlaku kerana kekuatan ini harus dimanfaatkan.

 

Golongan lama di atas jalan dakwah ini cuba untuk menghidupkan fikrah dakwah dalam kehidupan yang penuh sederhana dan mencabar di Malaysia. Akhirnya mereka berjaya mencari kekuatan yang mahal dan menggabungkan orang-orang hebat di atas jalan dakwah ini.

Apabila kita bertemu mereka, mereka takkan berkongsi dengan kita tentang tawasul ijtimaiy atau qawaid dakwah atau almassar, bahkan tidak semua mereka dapat mentafsirkan al-quran secara harf ( huruf by huruf), tapi mereka cuba dengan sedaya upaya mereka, dengan kefahaman sederhana itu, untuk terus berlari, dan menyumbang untuk dakwah.

Jika kita masih di dunia idealis, dan dunia kita yang tersendiri, pasti kita melihat mereka sedang membuat kerja-kerja yang tidak muntij. Barangkali  pada kita tidak ada kerja paling muntij melainkan membina manusia. Kita sebagai orang muda sering kecewa kerana selalu berharapkan bekalan yang menggerakkan dan taujihat pengarahan arah tujuan dakwah. Kita mengharapkan orang yang sentiasa memandu kita sentiasa di jalan dakwah.

Namun apabila kita melihat, mereka yang sudah lama di jalan dakwah ini sibuk dengan urusan-urusan dakwah yang lain, kita merasai bahawa tarbiyah telah diabaikan. kita merasakan mereka hilang fokus dan tidak sepatutnya berlaku, Kita merasa jalan kita betul dan yang selainnya itu .. agak kurang sket betulnya. Alangkah pandainya syaitan cuba mencabut salamatus sadr dalam hati kita sesama saudara kita.

Barangkali kita yang begitu power dengan tarbiyah takkan mampu menyantuni masyarakat dengan bahasa pekat dan haraki kita. Sedangkan mereka, walaupun dengan kekurangan yang ada , telah menyentuh ramai manusia dan membantu dakwah ini.

Generasi kita ini berbeza. Kita amat dahagakan pengisian. Kita amat merindui bekalan tarbiyah berterusan. Kita mahu dipimpin tangan serta dibimbing untuk melalui jalan dakwah ini. Dari A hingga Z. Kita mahu bergerak dan terus bergerak, disebabkan itulah kita memerlukan bekalan.

Inilah kelebihan kita. Kita perlu pelihara rasa itu dan terus mencari. Dengan saluran yang betul.

Walau apapun yang berlaku dalam jemaah kita, kita harus tetap berada di atas jalan ini. Jangan mengikut seseorang individu hebat yang mengambil kesempatan di atas kekontangan hati kita dan membawa kita memusuhi orang lain di dalam jemaah. Menjadikan kita memandang serong saudara kita di atas jalan ini. Inilah pembunuh ukhuwah. Pelihara ukhuwah walaupun terpaksa banyak bersabar.

Barakah itu pada jemaah. Tangan Allah itu pada jemaah. Takkan boleh tertegaknya jemaah tanpa tsiqah dan ukhuwah. Apabila kita mula menyalahkan dan berburuk sangka pada ahli jemaah, kita sedang membakar tali ukhuwah sedikit demi sedikit.

Jadilah produktif saudaraku. Tetaplah berada di atas jalan dakwah. Cuba kita fikirkan Hasan Albanna cuma bertemu ikhwannnya ada yang setahun sekali, ada yang  6 bulan sekali, tetapi mereka tetap menambahkan bekalan mereka sendiri walaupun berjauhannya dengan murabbi. Mereka tetap berpegang pada jemaah dan perbaiki ia.

Kamu akan berjumpa golongan yang tidak sabar dalam jemaah ini. Dan golongan ini sering ada saban waktu. Kamu akan merasa pelik dan tidak memahami, kenapa perkara ini berlaku sedangkan orangnya adalah orang yang hebat. Fahamilah, di zaman hassan albanna sendiri ramai ikhwah yang tidak sabar dan mengatakan sesuatu tentang ikhwan tanpa hak. Sejarah berulang pada jemaah kita juga.

Sejauh mana kita geram dan tak puas hati dengan jemaah ini, jangan kita lari dan jangan kita cari jalan yang tidak mulzim/jamaie untuk menyelesaikannya. Jangan kita mulakan dengan condemn dan menyalahkan orang lain, merasakan apa yang kita buat itu yang betul. Jauh sekali bersikap tidak sabar dan membentuk grup asing. Ini tidak membantu jemaah. Percayalah. IA hanya akan membakar lagi api permusuhan dan merosakkan jemaah. Berhati-hatilah kerana satu ketika Allah akan menunjukkan kesalahan itu dan menjadikan kita menyesal.

Bersabarlah, sabarlah dengan indah. Walaupun mengambil masa puluhan tahun. Kerana pahala itu pada sabar dan solat. Bukan pada tindakan dan akibat yang berlaku. Carilah penyelesaian proaktif dan harmoni. Menyantuni hak-hak saudara kita.

Harapan untuk jemaah ini amat cerah. Secerah mentari. Jangan hadirkan ribut dan taufan disebabkan ketidak sabaran kita meraih cita-cita.

Percayalah, di saat kamu merasai bahawa jemaah ini mempunyai banyak kekurangan, pergilah ziarahi golongan lama di atas jalan ini. Berjumpalah sebanyak-banyaknya dari mereka.

Nescaya kamu akan temui dua perkara besar ini pada diri mereka:

1)   Kesabaran

2)   Ketawadukan

Dari situ hatimu akan tertunduk dan malu akan amal dakwah kita yang amat sedikit ini. Ternyata kita mendabik dada pada sesuatu yang fana sedangkan mereka telah membuktikan amal mereka dengan penuh ikhlas.

Apa yang dirasai kurang oleh jemaah ini, harus kita atasi dengan:

a)    menuntut ilmu sebanyaknya

b)   pro aktif memberi cadangan tanpa berharap pendapat kita diterima.

Moga membantu kamu membuat pilihan terbaik, tanpa dipengaruhi oleh emosi yang boleh merobohkan dakwah ini.. kerana sungguh, kita amat cintakan dakwah ini.

Ukhtikum fillah,

aisyahz

Advertisements

One thought on “Noktah di jalan dakwah

    anamutarabbi said:
    September 15, 2013 at 2:08 pm

    Reblogged this on anamutarabbi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s