Merawat kefuturan

Image Posted on Updated on

 

Salam

buat adikku yang sentiasa menanti tulisanku ini. Maaf menangguhkan permintaan sekian lama dan aku harapkan Allah sentiasa memberikanmu ganjaran yang sebaiknya atas kesabaranmu.

Seterusnya, aku ucapakan terima kasih buatmu kerana sentiasa memercikkan api semangat dalam jiwaku untuk menulis buat manusia sepertimu. Manusia yang mempunyai potensi amat besar untuk dakwah. Manusia yang mampu memimpin umat ini. Moga tulisan ini dapat membantumu ke arah itu.

Jujurnya ketika dirimu memintaku berkongsi pengalaman di saatku bangkit dari futur, aku sendiri amat malu menyingkap kenangan lama yang dahulu. Walaupun kenangan tersebut telah mengajarku erti kehidupan dan membentuk diriku seperti diriku hari ini.

Namun aku tahu, ramai antara kita mengalami masalah kefuturan. Namun, tidak ramai yang tahu bagaimana untuk bangkit semula dari kejatuhan yang dalam.

Kita futur hanya kerana dua perkara sahaja:

1) Lemahnya hubungan dengan Allah

2) Jauhnya kita dari ukhuwah Islamiyah.

Maka akibatnya kita akan dekat dengan 3 perkara:

1) bisikan nafsu dan keegoan

2) Hasutan syaitan

3) Tertipu dengan keindahan dunia yang fana.

Terpulang juga bagaimana kamu mendefinisikan futur. Kamu hidup di dunia amat berbeza denganku. Keadaanku berbeza denganmu.

Dahulu, aku hidup dalam suasana kesepian. Pelajar Melayu di dalam kelasku cuma 2 orang sahaja. Muslimah yang minat pada islam ada, tapi tidak ramai. Yang tidak ramai itulah yang menjadi support systemku walaupun tidak ada seorang pun dari jemaahku. Ramai antara mereka adalah akak2 senior dalam phd dan masters. Dari mereka, banyak yang aku pelajari. dari mereka jugalah aku mengutip sedikit keimanan yang sering terhakis dalam diriku.

Begitu juga aku mengutip ilmu dan juga bekalan ukhuwah itu secara live sebulan sekali sahaja dari akhawat. Aku hanya bertemu rakan seangkatan cuma sewaktu daurah. Usrah kami terpaksa online. Usrah komuniti ada di tempatku, itu juga menjadi bekalan. Biah solehah, hurmm.. aku cuma menikmati nikmatnya ketika aku berjaulah di mesir dan jordan.Di situlah aku merasai keindahan biah solehah. Di situlah aku membentuk peribadi dan akhlakku. Melihat adik2 yang bertudung labuh selalu cukup menyentuh imanku.

Di sebabkan aku berseoranganlah , tidak ramai contoh akhawat boleh aku ikuti. Pakaianku tak seberapa, Pergaulanku juga. Namun, aku masih ada iman di dada.

Namun, pernah satu ketika di waktu aku terpaksa kuarantinkan diriku dari usrah dan daurah selama sebulan ( sebab aku kene repeat year), itulah zaman aku futur. Malu untuk aku ceritakan apa aku buat. Namun, aku masih ingat satu peristiwa yang sangat berbekas di hatiku.

Sewaktu aku ke Taylor’s College, aku menyaksikan sebuah kehidupan yang berbeza dari suasana terjaga dan tertutup di Al-Amin. Selama bersekolah agama di Al-Amin dari darjah 1 hingga form 5, tidak pernah aku berkawan rapat dengan chinese. Aku tidak ada kawan yang mmg betul2 free hair ( yg tak pernah pakai tudung). Aku tidak pernah dating dengan mana2 lelaki. Aku tidak pernah merasai ‘nikmatnya’ jahiliyah. AKu tidak pernah merasai keseronokan tersebut.

Namun, peluang merasainya terbuka di Taylor’s College. Aku berpeluang merasai nikmat tersebut. Dan memang, aku rasa seronok membuatnya. Teruja. Excited. Rasa macam ada hidup yang sentiasa baru untuk diterokai. Dalam waktu yang sama, aku menghadapi konflik dengan naqibahku. Aku merasai kurang kasih sayang darinya. Aku merasai tak boleh masuk lagi dengan grup usrahku kerana mereka mula bincnag pasal daulah/politik sedangkan aku merasai kehidupan amat berbeza di TAylor’s College. DUduk serumah dengan kawan2 cina cukup membuka peluang yang luar biasa untuk aku mengenali dunia baru itu.

Dan aku rasa seronok dengan kehidupan itu. TApi tak pernah puas. Aku rasa aku mengecapi sesuatu, tapi aku merasa tidak bahagia. Aku merasai aku telah berjumpa sesuatu, tapi hidupku makin gundah gelana.

Kebersihan dan kesejukan hati di waktu musim tarbiyah bertukar menjadi ekstasi yang menyeronokkan. Nampak indah, tapi ia tidak kekal. AKu sentiasa perlu pergi enjoy untuk terus rasa bahagia.

Sehingga saatnya aku minta untuk keluar dari usrah. Kerana aku rasa hipokrit. Aku berjumpa naqibahku dengan t-shirt biasa sahaja sebab aku merasai itulah diriku yang sebenar. Mengapa aku harus menipu dia. Aku tetap menziarahinya sebab dia guru sekolahku dari dulu, namun aku tidak lagi merasai nikmatnya dakwah dan tarbiyah.

Namun, satu yang pasti, aku merindui ‘rasa’ itu. rasa tarbiyah. rasa bersih. rasa iman. rasa penuhnya isi di dada. Aku cuba mencarinya dengan hiburan, tapi yang aku temui adalah fana.

dan padaku,  sukar untuk bertemu tarbiyah semula di malaysia. MAlaysia meninggalkan kesan buruk pada diriku, dan aku meninggalkan kesan buruk pada tarbiyah.

Aku berazam, untuk kembali pada dakwah, kerana aku merindui ‘rasa’ nikmat syahadah itu. dan aku mahu mencarinya di UK. Aku yakin, aku ada peluang untuk berubah di UK. Mungkin disebabkan itulah Allah masih membuka peluang padaku, kerana aku masih lagi membuka pintu harapan padaNya.

Namun, Allah takdirkan, setahun aku berada di bumi UK, aku merasa begitu terasing sekali. Akhwat paling dekat adalah sejam setengah perjalanan naik bas. Dalam keadaan aku baru tiba di UK dengan keadaan scotland teramat sejuk, amat mustahil untuk aku ke sana selalu. Lagipun naqibahku sendiri amat sibuk, terasa jauh dengannya. Namun dia tetap istiqamah mengajakku dan membimbingku. Namun, aku masih tidak merasai nikmat itu. Aku masih lagi berada dalam duniaku dahulu kerana aku tidak ada pilihan lain. Itu jelah dunia yang mengujakan. aku masih lagi terpaksa berseronok, kerana itu sahalah kehidupan yang ada di tempatku. mana ada daurah, mana ada jaulah. usrah pun sekali sekala.

namun, hatiku masih mencari dan akhirnya di penghujung akhir tahun 1 di UK, aku bertemu dengan akhawat di friendster. DIa kenalan senior sekolahku. Dari situlah aku mula mengenali semula akhawat, mengenali semula tarbiyah, mengenali semula dakwah. Hanya dari online.

And I never looked back after that. Walaupun terlalu banyak mehnah menghimpit. Walaupun banyaknya ujian dalam jemaah. Walaupun banyak reason utk saya keluar dan quit. But I stay. Sebab untuk keluar dari jemaah hanya kerana kita berselisih faham dengan ahlinya, is not worth it.

Sebab rasa itu lain bila kita keluar.

Akhirnya, saya kembali kepada tarbiyah. Kami berusrah online. Daurah ada setiap bulan. Bila anak usrah aku dah ramai, kami berdaurah pula di tempatku. Aku memanggil muwajih datang menziarahi kami di Scotland, dunia paling beku di UK. Begitu juga ketika aku mula menjadi senior di sana, ramai pula adik2 datang menziarahi. Hidup aku tidak pernah lagi rasa sunyi semenjak aku bertemu dengan tarbiyah.

Benar, memang ramai  apabila futur, rasa segan dan malu untuk kembali. Padaku, Allah tidak pernah segan menjemput kita. Kita pergilah menuju Allah. Jangan menuju manusia. Kita yang merasai orang judge kita, tapi sebenarnya orang tak judge pun. Kita je perasaan sendiri.

Paling penting, kita kene selamatkan diri kita dari api neraka. Kita perlu selamatkan diri kita dari murka Allah.

Maka, di waktu kita futur:

1) allowlah masa untuk berehat dan bermuhasabah. Asalkan kita tak lari dari sunnah rasulullah. Asalkan kita jangan keluar jemaah dan putuskan ukhuwah. Sekurang2nya jangan lari dari usrah seperti saya. That was the worst mistake I ever done in my life

2) Jangan bersendirian. Jumpalah orang2 yang soleh . Yang boleh menarik kita semula pada dakwah. Jangan jumpa kawan2 lama yang mmg akan ajak kita kembali kepada jahiliyah. Kawan kita yang tidak berada di jalan dakwah takkan memahami keadan kita dan dia akan nak kita ikut dia

3) Perbaikilah hubungan kita dengan ALlah. Antara sebab kita futur adalah:

a) Banyaknya maksiat

b) selesa dengan masa lapang.

Maka,pergilah kepada Dia. Kejarlah Allah. Bertaubatlah sebanyak2nya. Minta pada Dia untuk tunjukkan jalan. Minta Dia buka hati awak semula kepada dakwah dan tarbiyah

4) maafkan manusia yang bersalah denganmu, terutama ikhwahmu sendiri. Punca ramai keluar jemaah adalah kerana kecil hati dan tak puas hati sesama ikhwah.

5) terimalah dirimu sebagai manusia, tidak kira sehebat manapun dirimu di dalam dakwah.Oleh itu, kamu tidak akan down apabila tidak dapat mencapai expectation dirimu sendiri.

6) berdoa Allah mantapkan hati kita dalam iman..

 

Aku kira, cukuplah perkongsian tidak seberapa dariku ini. Banyak aku nak kongsikan, iAllah di lain masa.

Moga terlunas janjiku padamu agar satu masa nanti kamu boleh menasihatiku di saatku lupa

Akakmu di jalan dakwah,

aisyahz

Advertisements

4 thoughts on “Merawat kefuturan

    alamin said:
    September 11, 2013 at 11:52 pm

    jazakillahu khoir atas perkongsian kak aisyah..rasa mcm lebih kurang je flow crita kita..heheh. :p –

    path4life said:
    September 12, 2013 at 3:20 am

    heee. akhirnya dpt jugak menulis kakakku sorg ni. 🙂

    saya said:
    September 16, 2013 at 3:04 am

    salam kak Aisyah.

    rasa nak jumpa n hug akak sekarang jugak! moga Allah merahmati dan sentiasa istiqamah atas jalan ni.

    inshaAllah.

    uhibbuki fillah.

    nana said:
    August 8, 2015 at 12:27 am

    akak mohon share di blog saya. >.<

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s