Buatlah persiapan

Posted on

Salam

buat adik2ku di luar sana.
AKu tahu kamu pasti akan terus menanti untuk mendapatkan himmah dan semangat. Sungguh aku tidak mahu semangat dan geloraan bara di dadamu surut kerana berlalunya masa-masa tanpa taujihaat.

Sungguh hidupku sendiri amat berbeza apabila pulang ke bumi Malaysia. Dilanda ujian yang amat besar, walaupun tidak sebesar yang dihadapi oleh muharrik dakwah di Syria, mahupun Mesir dan Tunisia, namun cukup bagiku untuk memandang dunia ini dengan cara amat berbeza sekali.

Sekali sekala masalah itu menjadi terkubur sebentar apabila disibukkan oleh projek-projek research mahupun pengurusan syarikat Jom dan artikel yang banyak untuk diedit. Begitu juga terkadang boleh terlupa masalah yang begitu terpendam dan terbuku di hati apabila berhadapan dengan mutarabbi di Malaysia yang bergelut dengan ujian dunia yang begitu menghantui sekali.

Ternyata apa yang kita dapati di luar negara, tidak semestinya menjadi penentu kepada kejayaan dakwah dan kelestarian istiqamahnya kita di jalan ini.

Tidak sama sekali.

AKu mendengar rekording yang aku rekodkan di Glasgow pada 4 tahun yang silam. Mendengar untuk mendapat nafas yang segar bagi menyampaikan tajuk 3T pada pagi tadi di hadapan penggerak dakwah Usim , ikhwah dan akhawat ( kat Malaysia ini dah kene praktis sampaikan depan ikhwah.huhuhu).

Yang menyayat hatiku adalah suara-suara pertanyaan yang kedengaran di corong gegendang earphoneku. Suara-suara yang eager untuk mengenal jalan dakwah dan mahu memahaminya. Dan aku tahu yang bertanya itu bukan sebarangan orang.Orang itu adalah orang yang sanggup merentasi perjalanan ratusan kilometer, hanya semata-mata untuk mendengar sebuah taujihaat dari murabbinya.

Kini, orang itu sudah tidak lagi bersama saff ini. Aku mendengar dia mahu kembali. Tapi ternyata mungkin dia keliru dia mahu kembali sebab Allah, atau sebab kini dia sudah kehilangan semua teman rapat dalam hidupnya, kerana sudah lama tidak bersama dengan mereka.
Aku merenung kisah ini begitu lama sekali.

Dan merefleksi diri ini juga.

Surah Al-ahzab yang Allah turunkan pada Nabi untuk menegur sikapnya berdoa untuk Abu Talib terngiang-ngiang di otakku.

‘Kamu sekali-kali tidak akan dapat memberikan hidayah kepada orang yang kamu cintai, tetapi Allahlah yang memberikan hidayah buat orang yang Dia kehendaki..’

Allahlah pemengang hati-hati ini.

Terrmasuk aku. Termasuk kamu. Termasuk mereka yang kamu pandang kagum dengan usaha dakwah dan tajmik mereka.

Kita tak mampu menjamin akhir hayat kita bagaimana dan sungguh kita harus berpegang teguh pada Allah, pada setiap masa.

Murabbiku pernah berkata padaku: ‘ Jangan terlalu buruk sangka pada orang yang sudah tidak bersama dengan kita. Kita tak diuji seperti mereka. Mana tahu barangkali mereka akan berubah dan kembali semula. Sungguh manusia cepat sekali berubah!’

Aku mahu katakan padamu adik-adikku di luar sana, berpegang teguhlah dengan Allah. TAutkan hati kamu hanya pada Dia.

Jangan ikutkan dakwah kerana manusia. Jangan sekali. Jangan bersama gerabak ini hanya kerana naqibah mahupun ukhuwah. Walaupun ukhuwah itu manifestasi iman, tapi seringkali kita tertipu dengan makna ukhuwah, sehinggakan apabila berlaku persengkataan, kita sudah tidak menyertai dakwah ini.

Jika kita benar-benar ikhlas pada Allah, sudah tentu, apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita, kita akan stay di jalan ini.

‘ Jalan menuju syurga, kejayaan dunia dan akhirat, hanya dengan dakwah,’ Itulah kata-kta Syeikh Hamam Said dalam qawaid dakwahnya.

Begitu juga , walaupun banyaknya dosa-dosa dan kelemahan kita. Walaupun teruknya diri kita, jangan sekali-kali keluar dari jalan ini.

Keluarnya kita di jalan ini menjadikan diri kita lebih jauh dari jaminan syurga ALlah taala.

‘ Akak,saya terlepas solat Asar , sebab saya sibuk intubate patient and bagging dia tadi,’

Adik usrahku menangis di balik telefon sewaktu kami berbual lewat 11 malam. Hari itu adalah hari ke-5 dia tagging di ward medical, bekerja 7 pagi hingga 10-11 malam. Tidak berupaya menikmati indahnya matahari di waktu siang. Tidak sempat mengecapi manisnya kami berdaurah. Dia berjuang mempertaruhkan dirinya untuk manusia lain.

Sungguh dia amat kecewa dengan keadaan hidupnya yang seperti robot. Tapi dia harus laluinya. Itu sahaja jalannya untuk lebih kehadapan di bidang kerjaya untuk memenangkan dakwah.

Kehidupan di Malaysia ini akan terus memberikan cabaran. Apa yang kita hadapi dan lalui akan berbeza 180 darjah dari apa kita pelajari dari dunia ideal kita di luar sana.

Cabaran keluarga, cabaran kehidupan , cabaran wang ringgit dan segalanya. SEhinggakan terkadang tidur itu enak untuk dilakukan bagi melupakan segalanya.

Namun, motivasi ini adalah syurga. Untuk melihat wajah Allah.

Namun, benarkah kita mahu melihat wajah Allah?

Sedangkan kita banyak lupa akan Dia?

Dan ya, hidup di Malaysia, menyebabkan kita banyak lupa..

sebab kita amat takutkan boss kita time kita bekerja, dan kita sibuk memenuhi keperluan orang lain ketika bersama mereka.

Namun, inilah kehidupan.

This is real life. This is not an alice wonderland story. It is a real life.

Dan life kita sebenarnya jauh lagi dari cabaran-cabaran di dunia. Kita tak pernah dipenjarakan apatah lagi terseksa.

Kita cuma tersekat dalam satu fasa kehidupan : kesibukan.

Dan sibuk mengejar satu kedudukan untuk memenangkan Islam.

Dan kita harus buat perkara itu.

Membina dan mentakwin manusia.

Dalam masa yang sama meningkat iman di hati dan tsaqafah di akal.
Seterusnya cemerlang dalam kerjaya dan mampu menguruskan kewangan yang mampu membiak lebih banyak lagi.

And truly I wish, I have more time to do everything.

But I know, the time would not be added. There is only a fix 24 hours.

So, apa yang kita perlukan, adalah tenaga berterusan. Agar tidak kepenatan setelah selesai sesuatu urusan.

Juga keberkatan waktu amat luar biasa, agar setiap urusan kita dimudahkan dan dipercepatkan oleh Allah SWT.

 

Dan aku harap kamu pun begitu. Berbekallah. Tanpa penat dan putus asa. Belajarlah sehingga otakmu penat dan mengantuk. Jangan tertidur tanpa ada buku disisimu atau kamu tidur bersama buku itu. Kerana waktu-waktu itu amat sukar didapati apabila tanggungjawap menghimpit kamu.

Aku mahu kamu menjadi lebih baik, dari kami semua di sini..

Hingga bertemu lagi di ruangan lain. Harap tak boring baca entry takde gambar.Memang main tulis sementara menanti liqa pada malam ini.

Wassalam

ukhtikum fillah
aisyahz

Advertisements

2 thoughts on “Buatlah persiapan

    Wan Najwa said:
    February 12, 2013 at 3:03 pm

    Sangat sayu membaca semua ni… 😦 astaghfirullah astaghfirullah., mudah2an akak & kita semua terus thabat & istiqomah kerana Allah. Jazakillah khair ukhti..

    aziellah said:
    February 13, 2013 at 6:45 pm

    Akaaaak 😉 rindu kat akakkkk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s